HARI KE-18 PAGI
23HB MAC 2024 PAGI
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Yang Mulia Jurutulis
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 bagi Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari kelapan belas, pada hari ini Sabtu, 12 Ramadan 1445 bersamaan 23 Mac 2024, didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMAT
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz (Imam Masjid Jame' 'Asr Hassanal Bolkiah).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الررَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىٰ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ
Syukur ke hadrat الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى kerana dengan limpah rahmat-Nya dan izin-Nya juga kita dapat sama-sama hadir pada pagi ini bagi bersidang pada hari yang kelapan belas dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara.
Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita نَبِىِّ مُحَمَّدٍ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ dan kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Syukur ke hadrat الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى 因 Persidangan Majlis Mesyuarat Negara yang kita telah adakan pada hari Khamis yang lepas telah selesai meluluskan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 bagi membolehkan kementerian-kementerian meneruskan operasinya bermula pada 1 April 2024.
Persidangan juga telah pun selesai meluluskan dua Ketetapan iaitu Ketetapan di bawah Perkara 83, Fasal 7 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, 1959 dan Ketetapan di bawah Bab 4 Ceraian 2 dari Akta Kumpulan Wang Kemajuan (Penggal 136).
Maka sekarang Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini akan beralih ke perkara selanjutnya.
Yang Mulia Jurutulis
Perkara VIII - Ucapan-Ucapan Penangguhan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan sekarang beralih kepada perkara VIII - Ucapan-Ucapan Penangguhan.
Ucapan Penangguhan pertama ialah daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Dato Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Saya dengan hormatnya mempersilakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
سبحانك اللهم و بحمدك أشهد أن لا اله الا أنت استغفرك و أتوب إليك
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu wa ta'ala, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam, serta kepada keluarga, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua, saya lebih dahulu ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa bulan Ramadan kepada Yang Berhormat Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat serta sekalian yang hadir yang beragama Islam dan mendoakan semoga segala amal ibadah yang kita kerjakan di bulan yang penuh keberkatan dan keistimewaan ini akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada الله سبحانه وتعالى.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Berhormat.
Syukur ke hadrat الله سبحانه وتعالى kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya juga negara kita masih menikmat keamanan dan kemakmuran serta dapat terus membangun di bawah berkat dan daulat kepimpinan bijaksana lagi penuh Wawasan Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Di kesempatan ini saya dengan tulus ikhlas sukacita merakamkan ucapan setinggi-tingginya tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana telah dapat memimpin permuzakarahan kita di Dewan ini dengan penuh berwibawa, adil lagi bijaksana dalam suasana muhibah dan silaturahim.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada Yang Mulia Jurutulis yang meskipun buat pertama kali tetapi telah dapat menyusun agenda persidangan dan jadual kerja harian kita dengan baik, teratur dan lancar serta kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan persidangan pada tahun ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat Ahli-Ahli kerana jawatan di atas penjelasan-penjelasan yang diberikan pada menjawab pertanyaan-pertanyaan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dilantik.
Begitu juga kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dilantik kerana telah dapat mengetengahkan pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan penduduk di negara ini untuk dibincangkan di dalam persidangan ini.
Penglibatan dan penyertaan Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam memberikan pandangan yang bernas dan cadangan-cadangan penyelesaian yang membina menunjukkan komitmen dan kesungguhan Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam sama-sama menanai dan mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara maju selaras dengan matlamat Wawasan Brunei 2035.
Segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat selaku wakil rakyat dan penduduk di negara ini adalah sangat-sangat dihargai dan setentunya akan diambil perhatian serta dijadikan sebagai rujukan, panduan dan nilai tambah oleh pihak kerajaan dalam mengubal dan melaksanakan apa juga dasar, strategi dan inisiatif ke arah pembangunan sosioekonomi negara.
Perkara ini sangat penting dalam memastikan segala dasar, strategi dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan itu akan dapat memenuhi kehendak dan ekspektasi kesemua pihak yang berkepentingan serta mendatangkan impak yang positif terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk.
Ia juga diharap akan dapat meningkat keyakinan terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan di samping memastikan perkembangan dan pembangunan yang inklusif dan menyeluruh bagi semua pihak sebagaimana yang dihasrat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Bercakap mengenai dengan peranan kepentingan majlis ini dalam mengubal dasar pentadbiran negara, saya amat tertarik kepada slogan atau moto Adil Laila Bahagia yang terdapat pada logo Jabatan Majlis Mesyuarat Negara yang tersergam di hadapan kita sekarang yang saya telah difahamkan membawa maksud mengekalkan keadilan dalam membuat keputusan untuk kebahagian dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini.
Di dalam logo terdapat sebuah dacing atau alat timbangan yang melambangkan keadilan dalam membuat sesuatu keputusan. Moto tersebut pada hikmah saya amat penting untuk sentiasa dijadikan sebagai prinsip dasar dan panduan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan bukan sahaja bagi kita selaku Ahli-Ahli Mesyuarat Negara sama ada Ahli Rasmi Kerana Jawatan mahupun Ahli-Ahli Yang Dilantik menurut kategori-kategori tertentu bahkan Adil Laila Bahagia itu hendaklah sewajarnya juga sentiasa diamalkan oleh semua peringkat pegawai dan kakitangan sama ada yang berkhidmat di sektor kerajaan mahupun swasta.
Perkara ini pernah ditekankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah semasa mempengerusikan Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet yang diadakan pada 4 Julai 2022 di Istana Nurul Iman yang mana antaralainnya saya petik seperti berikut:
Di antara amanah bagi pemegang-pemegang jawatan ialah melaksanakan tanggungjawab dengan tulus dan adil dan bersikap baik sangka terhadap semua anak buah serta mengelakkan amalan pilih kasih termasuk tidak sekali-kali bersikap suka mencari-cari kelemahan atau kesalahan orang-orang di bawah tangan kita kemudian menghukumnya dengan tindakan-tindakan melulu yang menyakiti.
Brunei Darussalam adalah Negara Zikir. Etika Negara Zikir mengenai kuasa dan kepimpinan aksinya adalah keadilan. Justeru semua pegawai dan kakitangan yang dipertanggungjawab dengan kuasa untuk memimpin rakan-rakan dan kakitangan bawahan dalam mana-mana organisasi mempunyai kewajipan untuk menanai dan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Mulia tersebut iaitu menggunakan kuasa yang dipertanggungjawabkan dengan adil dan saksama terutama sekali apabila mempertimbangkan sesuatu sokongan seperti kenaikan pangkat, sokongan disiplin ke atas mana-mana pegawai dan kakitangan.
Yang Berhormat Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
بِسْمِ اللَّهِ, dalam persidangan ini kita telah meluluskan beberapa akta penting termasuk Akta Perbekalan 2024/2025, yang إِنْ شَاءَ اللَّهُ akan membolehkan jentera kerajaan untuk terus bergerak ke arah melaksanakan rancangan-rancangan dan inisiatif pembangunan yang mana demi kesejahteraan rakyat dan penduduk.
Sebagaimana yang telah diterangkan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Belanjawan Negara pada tahun ini akan memfokus kepada usaha- usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk melalui pembangunan infrastruktur, menjana kepelbagaian ekonomi bagi mengurangkan kebergantungan kepada sektor minyak dan gas, dan menyediakan Sistem Pendidikan yang berkualiti ke arah melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan menyumbang kepada pembangunan negara.
Semua ini setentunya memerlukan komitmen sokongan, kerjasama dan usaha gigih yang berterusan daripada semua pihak termasuk sektor pekhidmatan awam dan swasta serta seluruh lapisan masyarakat untuk sama-sama bekerja keras, berganding bahu dan Bersatu-padu menggemblengkan tenaga ke arah membina masa depan yang lebih cerah dan makmur untuk seluruh rakyat dan penduduk selaras dengan pendekatan Whole of Nation yang sering kita dengar dan ungkapan pada masa ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaedah Whole of Nation Approach ini atau pendekatan senegara ini sebenarnya bukanlah satu konsep yang baharu malah ia juga telah diguna pakai dan diamalkan semasa zaman pemerintahan Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien yang terkenal dengan nama 'Arkitek Brunei Moden'. Sebagaimana titah Al-Marhums empena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-43 pada 23 September 1959, yang antara lainnya saya petik dan saya kongsikan di sini untuk rujukan dan panduan serta iktibar bagi kita semua seperti berikut:
"Dalam suasana yang sedang kita hadapi masa ini, dan masa-masa yang akan datang, kita sekalian bukan hanya menyatukan bukan hanya menumpukan harapan pada pegawai-pegawai kerajaan tetapi juga meliputi seluruh rakyat yang taat setia di Brunei ini. Penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung, menteri-menteri darat, pegawai-pegawai ugama, menteri-menteri ugama serta sekalian pehin-pehin mahu;ah berusaha menumpukan perhatian ke arah kemajuan dan kemakmuran bangsa dan tanah air di Brunei. Dirikanlah dan timbulkankah perasaan yang kukuh dan tabah dengan perasaan yang benar-benar ikhlas, jujur dan berani di atas dasar-dasar yang benar yang mendatangkan faedah, manfaat dan kebajikan."
Titah nasihat dan saranan Al-Marhum tersebut jelas sekali menggambarkan kebijaksanaan dan pandangan jauh baginda dalam mana tugas dan tanggungjawab dalam meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negara itu, tidaklah seharusnya diserahkan kepada kerajaan semata-mata tetapi ia haruslah dipikul bersama secara bersepadu oleh seluruh anggota lapisan masyarakat sebagai usa ha ke arah memenuhi tanggungjawab bernegara dan sebagai lambang ketaatan dan kesetiaan pada raja, bangsa dan negara selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-40 iaitu 'Bersatu Mencapai Cita Negara'.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak ini, marilah kita sama-sama memohon kepada الله سبحانه وتعالى semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta ahli-ahli kerabat diraja baginda akan sentiasa berada di dalam kandungan sihat wal’afiat, kesejahteraan dan kebahagiaan serta sentiasa dalam rahmat dan lindungan الله سبحانه وتعالى.
Kita juga bedoa semoga Negara Brunei Darussalam serta seluruh rakyat dan penduduknya akan terus dilimpahi dengan rahmat dan nikmat keamanan, kemajuan dan kemakmuran serta dilindungi daripada segala ancaman, bala bencana dan wabak penyakit oleh الله سبحانه وتعالى. آمين يا رب العالمين.
Sebelum mengakhiri Ucapan Penangguhan ini, saya ingin mengongsikan, tanpa alunan atau lagu, beberapa rangkap syair yang saya petik daripada dua buah syair berjudul 'Sha’er Laila Hasrat’ dan 'Syair Perlembagaan Negeri Brunei' yang telah digubal oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien berasaskan pengalaman baginda sendiri semasa menjadi Sultan memerintah Negeri Brunei selama 17 tahun dari tahun 1950 sehingga 1967 untuk ristaan dan renungan 'kitani' bersama. Syair itu berbunyi:
Tugas pentadbir dan juga sultan, Boleh jadi senang pada sebutan, Apabila diteliti banyak kesulitan, Pada menjalankan tugas, perbuatan.
Pada menjalankan tugas pentadbir, Hendaknya banyak menggunakan fikir Membuat kiraan dan juga sifir, Daripada mula sehingga akhir.
Tuhan itu amat pemurah, Bekerja rajin, berhati tabah, Kepada hamba-Nya yang bersusah payah, Akan menikmati rahmat yang limpah.
Berusaha bertekun tiada mungkir, Akan mendapat rahmat dikair, Tidak dikirakan Islam atau kafir, Sama ada mastautin atau musafir.
Menjalankan hukum usaha kebajikan, Kepada saudara rakyat sekalian, Melaksanakan kerja untuk kebaikan, Dengan izin الله Malikuldian.
Dengan bertawakal kepada الله سبحانه وتعالى maka saya sukacita mengusulkan agar Persidangan Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2024 ini ditangguhkan.
Sekian,
والله الموفق والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan penangguhan yang kedua akan disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلٰاةُ وَالسَّلاَمُ عَلٰى اَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat الحمدلله kita bersyukur ke hadrat الله سبحانه وتعالى kerana dengan izin dan rahmat-Nya juga, kita telah sampai ke sesi penutup Persidangan Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 bagi Majlis Mesyuarat Negara Tahun 1445 bersamaan Tahun 2024.
Kaola sekali lagi ingin menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda merasmikan Majlis ini dan limpah kurnia titah baginda di Dewan yang mulia ini.
Izinkan juga kaola mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua di atas kebijaksanaan Yang Berhormat Yang Di-Pertua memimpin dan memandu permesyuaratan ini dengan cekap, sabar, tenang dan lagi sempurna.
Dengan kepimpinan Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Dewan ini telah dapat menjuuruskan perbincangan pada isu-isu strategik dan berkeutamaan. Sesuai dengan sifat majlis ini sebagai sebuah institusi yang menjadi lambang keunggulan sistem kerajaan dan fungsinya sebagai wadah untuk melahirkan idea-idea baharu, membina dan bernas.
Kaola juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan kepada semua Yang Berhormat Menteri-Menteri yang telah dengan penuh sabar, meluangkan masa mendengar pertanyaan dan saranan dari Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sini. Jawapan-jawapan yang diberikan أَكْفَتُمُ adalah cukup memuaskan, bernilai dan informatif.
Ini jelas menggambarkan tujuan murni Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk mencapai satu matlamat yang sama iaitu untuk menjunjung hasrat dan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memakmurkan negara dan menjaga kesejahteraan rakyat dan penduduk di dalamnya masa kini dan generasi yang akan datang dengan bekerja sebagai satu pasukan ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035.
Kaola menyambut baik dan berterima kasih kepada Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memberikan jaminan dan cadangan-cadangan yang telah diajukan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat akan diteliti, diambil perhatian dan menjadi nilai tambah bagi menggubal dasar kerajaan terutamanya yang membabitkan kemaslahatan dan kepentingan rakyat secara menyeluruh.
Kaola juga mengucapkan penghargaan terima kasih atas nasihat-nasihat yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi. Kaola juga mengambil baik dan menghargai nasihat Yang Berhormat Yang Di-Pertua sepanjang permesyuaratan ini supaya mana-mana isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang belum terjawab atau belum dijawab sepenuhnya akan disusul sama ada secara bertulis atau dengan mengadakan sesi muzakarah susulan di masa yang akan datang.
Cuma kita memohon jasa baik dan budi bicara Yang Berhormat Menteri-Menteri supaya meluangkan masa dan memberi ruang bagi sesi muzakarah ini akan dapat diadakan lebih awal sebaik-baiknya sebelum penyediaan bajet yang akan datang. Ini ialah bagi membolehkan maklum balas dan keprihatinan rakyat yang disampaikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dapat diteliti dan yang berpatutan akan dapat dimasukkan dalam cadangan belanjawan yang dipohonkan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sebenarnya, maklum balas yang disampaikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik adalah hasil usaha turun padang ahli-ahli tersebut untuk mendapatkan keadaan sebenar ataupun situation on the ground rakyat dan penduduk negara ini. Ianya adalah sebagai sumbangan positif Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk mempraktikkan inclusiveness dalam mendapatkan fakta dan maklumat terkini yang dapat dijadikan input dan asas bagi menyokong dan membantu kementerian-kementerian untuk menggubal dasar supaya ianya akan lebih inklusif, menyeluruh dan meliputi semua aspek kehidupan rakyat dan penduduk di semua peringkat.
Oleh itu, kaola berharap supaya maklum balas ini akan diterima dengan tangan terbuka (open minded), positif dan membina supaya apa jua dasar yang bakal digubal nanti akan lebih mantap, kukuh dan mendapat sokongan ataupun buy in dari semua peringkat rakyat dan penduduk negara ini.
Perkara ini adalah sangat penting dan relevan mengambil kira hasrat dan niat ikhlas kita di sini adalah sama iaitu untuk menyokong dan mendukung dasar kerajaan untuk menjadikan Negara Zikir yang berpaksikan amalan Melayu Islam Beraja ini akan sentiasa makmur, maju jaya, aman damai di bawah pimpinan bijaksana dan berwawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan rakyat dan penduduknya sentiasa sejahtera mencapai kehidupan dengan sentosa dan selesa.
Dalam pada itu, kaola juga penuh berharap apa jua dapatan, dasar dan peraturan yang dipersetujui di dalam Dewan yang mulia ini mahupun yang akan dilaksanakan di luar Dewan ini, ianya akan dapat dibarigakan ataupun publicized kepada orang ramai secara telus dan berterusan bagi memberikan maklumat yang betul, sahih, cepat dan tepat.
Langkah ini adalah penting dengan adanya pembarigaan yang berterusan ini ianya akan membolehkan orang ramai, masyarakat bisnes dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk menyambut baik, melibatkan diri dan ikut serta dalam pembangunan dan kemajuan negara bagi mencapai hala tuju dan sasaran seperti yang termaktub dalam Wawasan Brunei 2035, Insya'allah.
Usaha ini juga adalah selaras dengan hasrat supaya negara ini akan sentiasa mengamalkan the Whole of Nation Approach. Sebagai contoh,salah satu usaha yang dapat dikongsi sama hasil dari perbincangan di dalam Dewan ini ialah pelaksanaan Rancangan Kemajuan Negara ke-12 yang akan bermula pada Tahun Kewangan 2024/2025 ini.
Pada hemat kaola, ini adalah satu usaha kerajaan paling unggul untuk mensejahterakan rakyat, merangsang aktiviti ekonomi dan menjana peluang pekerjaan di negara ini. Kita berharap dengan suntikan kerajaan sebanyak $4 bilion pada Rancangan Kemajuan Negara ke-12 ini, ianya akan menjadi pemangkin dan penguat kepercayaan terutamanya masyarakat bisnes tempatan mahupun FDI’s terhadap peluang-peluang perniagaan di negara ini dalam waktu terdekat, sederhana dan panjang.
Apa yang penting ialah hala tuju yang jelas dan tindakan sejajar kerajaan selaku pemudahcara untuk mengaktifkan dan merangsang aktiviti ekonomi domestik supaya ianya akan bertambah maju dan lebih banyak FDI’s baru akan melibatkan diri dalam menjana ekonomi negara. Prasyarat dan building blocks untuk menjadikan ekonomi berdaya tahan dan berdaya saing telah pun kaola sentuh dalam beberapa intervensi kaola di dalam Dewan ini. Kaola tidaklah berhasrat mengulanginya lagi, memadailah ianya diambil kira dan dijadikan sandaran dalam usaha-usaha kita menjadikan ekosistem ekonomi negara lebih kondusif, business friendly dan probisnes.
Kita penuh yakin dengan koordinasi dan penjajaran kukuh, kecepatan dan kecekapan agensi-agensi pelaksana dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing, usaha ini إن شاء الله akan berhasil membuka dan membanyakkan lagi peluang perniagaan, perdagangan, perkhidmatan dan peluang pekerjaan yang baharu serta berkualiti kepada negara. Ini juga diharap akan mengurangkan jumlah rakyat yang termasuk dalam kategori kemiskinan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Jika kita amat-amati penglibatan rakyat memeriahkan dan menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan yang ke 40 tahun pada tahun ini, kita dapat merasakan cetusan perpaduan yang kukuh dan mantap, kecintaan yang mendalam atau semangat patriotik yang berkobar-kobar seluruh rakyat dan penduduk negara ini. Ini kaola rasa adalah satu petanda yang baik keterlibatan rakyat dalam mengisi kemerdekaan negara.
Pada hemat kaola, jika semangat, kecekalan, jati diri, penjajaran dan koordinasi, kerja keras serta penglibatan ikhlas seluruh rakyat dan penduduk negara ini dalam menyemarakkan sambutan hari yang bersejarah tersebut dijadikan iktibar, pedoman dan titik tolak ataupun benchmark, kaola penuh yakin dan tidak ragu-ragu dengan izin dan pertolongan Allah, kita akan berjaya merealisasikan usaha negara untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 إِنْ شَاءَ اللّٰهُ dan menjadi negara بِنَاةِ زُرُوعِ غَدٍ.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Dalam kesempatan ini, izinkanlah juga kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mantan Jurutulis, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, di atas sumbangan beliau selama ini.
Kaola juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, Jurutulis Majlis di atas lantikan beliau.
Kaola juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jurutulis serta seluruh warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat di atas kerjasama, kecekapan dan sokongan berterusan mereka sepanjang permesyuaratan ini.
Dengan mengambil sukut baik bulan Ramadan yang Mubarak ini, marilah sama-sama kita berdoa semoga الله سبحانه وتعالى akan mengurniakan taufik, petunjuk dan hidayah-Nya, membuka minda dan mata hati kita semua untuk melaksanakan amanah ini dengan ikhlas, tabah, penuh keredhaan dan tanggungjawab.
Kaola juga ingin memohon maaf kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua juga semua Ahli-Ahli Yang Berhormat sekiranya tersuruk langkah dan terkasar bahasa dalam menyampaikan pandangan dan pendapat. Yang baik itu semua datangnya dari Allah dan yang kurang baik itu adalah dari kaola sendiri selaku manusia yang serba kekurangan, yang hanya berharap semata-mata kepada petunjuk, pertolongan dan limpah kurnia الله سبحانه وتعالى yang maha pemurah.
Akhir sekali, kaola berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan seluruh kerabat diraja akan sentiasa sihat walafiat, dikurniakan nikmat lanjut usia, taufik dan hidayah, keberkatan dan kebahagiaan, perlindungan dan pemeliharaan الله سبحانه وتعالى, kekal karar memerintah negara dengan penuh kesejahteraan dan kemakmuran dan seluruh rakyat dan penduduk di negara ini akan berterusan dikurniakan kesejahteraan, rahmat dan nikmat الله سبحانه وتعالى.
Sebagai penutup, izinkanlah kaola menyudahi Ucapan Penangguhan ini dengan 3 rangkap pantun:
Kapal belayar mudik ke hulu,
Singgah sebentar di Kampung Peramu,
Persidangan Dewan berhenti dulu,
بِسْمِ اللهِ panjang umur kita bertemu.
Singgah sebentar di Kampung Peramu,
Untuk membeli juadah bekalan,
Panjang umur kita bertemu,
Salah dan silap mohon maafkan.
Kapal belayar menyusur bukit,
Berlabuh sebentar di Bukit Merikan,
Sarana para Ahli bukan sedikit,
Mana yang baik tolong timbangkan.
Sekian,
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang ketiga akan disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ dan salam sejahtera. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang telah sama-sama menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi di sepanjang persidangan.
Sebagaimana yang kita telah lihat dan mendengar, persidangan pada tahun ini mencerminkan hasrat baginda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sebagaimana yang ditiathkan semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Negara ke-20 iaitu bagi Ahli-Ahli menggunakan platform atau medan ini untuk menyuarakan pendapat dan idea yang membina serta membincangkan isu-isu yang relevan demi kebaikan negara dan rakyat.
Kaola juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri yang telah menjawab pertanyaan-pertanyaan 'abiskaola’ dengan penuh kesabaran dan sedaya upaya. Kaola yakin bahwa perbincangan ini tidak akan berakhir di sini sahaja dan seperti lazimnya sesi muzakarah, dialog dan lawatan akan diadakan dengan berteurusan di sepanjang tahun dengan harapan kita terus dapat bekerjasama dan berkolaborasi dalam apa jua kaedah untuk kemajuan serta kebaikan rakyat dan negara kita. Persidangan yang telah diadakan sepanjang 4 minggu ini juga mencerminkan hala tuju dan perancangan negara, industri mana yang dijangka akan berkembang dan di mana kita sedang menerokai peluang.
Oleh yang demikian, kaola menyeru agar semua lapisan masyarakat untuk tidak berputus asa dan menggunakan peluang ini untuk mengejar peluang pekerjaan dan untuk sama-sama membangunkan negara. Belia-belia adalah masa depan negara, generasi yang penuh kreativiti, idea dan tenaga. Oleh itu, diharap dapat memanfaatkan peluang-peluang yang ada sepenuhnya.
Kaola juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dalam memandu persidangan dengan penuh kesabaran dari hari pertama ia bersidang. Kebijaksanaan dan panduan Yang Berhormat Yang Di-Pertua sangat dihargai dalam memastikan persidangan dijalankan dengan lancar, teratur dan sempurna.
Juga tidak lupa mengucapkan tahniah dan berbanyak terima kasih kepada Yang Mulia Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara dalam membantu mengendalikan persidangan buat kali pertamanya pada tahun ini serta juga kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat yang telah bekerja keras dan bertungkus lumus untuk memastikan persidangan dapat diadakan dengan teratur dalam menghasilkan hansard harian tanpa gagal setiap hari sehingga memastikan penyampaian maklumat kepada orang awam dibuat dengan baik mengenai perkara-perkara yang dibincangkan dari hari pertama persidangan.
Akhir sekali, kaola ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua dan didoakan agar الله سبحانه وتعالى akan sentiasa memberkati kita semua dan memberikan kita perlindungan dan kesihatan serta mengampuni dosa-dosa kita dan menerima semua amal ibadah kita di sepanjang bulan yang mulia ini.
Kaola juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya yang akan tiba kepada semua dan untuk kita tidak lupa mendoakan orang-orang yang telah mendahului kita. Dalam suasana gembira dan aman sejahtera, kita juga mengingati saudara-saudara kita yang sedang berjuang di Palestin dan untuk sentiasa mendoakan mereka agar الله سبحانه وتعالى menurunkan rezeki yang melimpah ruah dan perlindungan kepada mereka dan seterusnya saudara-saudara kita akan dapat bebas dari kekejaman dan peperangan yang sedang berlaku.
Sekian,
يأيتها النفس المطمئنة.ارجعى الى ربك راضية مرضية
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang keempat akan disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ. سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
السَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَتُهُ، Yang Berhormat Yang Di-Pertua, dengan rasa penuh hormat disertai dengan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat-Nya kepada kaola khasnya sempat lagi menyertai Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan rakan-rakan sejawatan serta juga rakan-rakan sepemesyuaratan dalam Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Permseyuaratan Kedua Puluh Majlis Mesyuarat Negara bagi Tahun 1445/2024.
Kaola seterusnya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua, yang memang diketahui berkewibawaan memimpin sesi-sesi permesyuaratan majlis ini iaitu Majlis Mesyuarat yang merupakan medan untuk melahirkan pendapat dan buah fikiran yang membina oleh para ahlinya, sebagaimana disebut dan direkodkan sebagai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena majlis pembukaan rasmi mesyuarat ini pada hari Selasa, 17 Syaaban 1445 bersamaan 27 Februari 2024.
Dalam konteks itu, baginda juga menyatakan bahawa majlis ini dihasratkan kekal relevan untuk membincang perkara-perkara strategik yang bermanfaat bagi rakyat dan negara. الأمينةلله, Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola memahami dan menyifatkan titah baginda itu adalah pada menyatakan hope bukan sahaja harapan bahkan keyakinan baginda tentang relevansinya Majlis Mesyuarat Negara ini yang ditubuhkan semula di bawah Perkara 23 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam (Pindaan), 2004 dan dalam konteks itu baginda menyatakan bahawa perlembagaan juga akan menyediakan lebih banyak peluang bagi rakyat untuk melibatkan diri dalam perundingan serta menyumbang secara membina kepada kemajuan negara yang baginda seterusnya bertitah bahawa perkara sedemikian akan lebih mengukuhkan sistem kerajaan serta perpaduan antara kita.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Maaf kaola menghubungkaitkan titah sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Negara tahun ini dengan titah baginda sempena Majlis Penandatanganan Pemasyhuran Perlembagaan Negara Brunei Darussalam (Pindaan), 2004 itu.
Dalam sesi Ucapan Penangguhan ini yang sepatutnya kaola ucapkan dalam masa ucapan sembah junjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan titah baginda dalam pada Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Negara 'kitani' ini.
Kaola mohon maaf tapi dalam hal ini kaola merasakan ia adalah kerana kaola dan rakan-rakan Yang Berhormat sekalian yang berada dalam Dewan ini dengan masing-masing 'kapasitas' atau kapasiti adalah untuk menjayakan harapan dan keyakinan baginda dengan memastikan relevansi Majlis Mesyuarat Negara (MMN) ini untuk seterusnya berkembang ke arah kemajuan negara dan mengukuhkan lagi perpaduan antara kita.
Kaola menyebutkan perkataan 'kita' dengan merujuk kepada titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam itu sendiri dengan maksud bagi kaola 'kita' itu bermaksud adalah kerajaan berpemerintahan beraja yang bijaksana dan berwawasan, adil berdaulat menaungi nusa, memimpin rakyat kekal bahagia sementara rakyat sekalian yang taat setia akan berusaha dan sentiasa mendoakan semoga hidup sentosa, negara dan Sultan, Ilahi selamatkan Brunei Darussalam.
Dalam memanfaatkan 'kapasitas' masing-masing untuk mengembangmajukan negara dan menguatkan lagi perpaduan negara di antara kita sendiri. Setentunya akan bijaksana menyampaikan signal (isyarat) yang sampai di luar Dewan ini kepada rakyat dan orang ramai bahawa Majlis Mesyuarat Negara adalah sebahagian lembaga pemerintahan negara yang dinamik, tidak statik namun akan sangat-sangat berhati-hati berkembang menurut tahap-tahap yang sihat, berkebajikan, selamat dan aman dengan sentiasa berpaksikan perpaduan di antara kerajaan berpemerintahan beraja dengan rakyat seperti sifat dan hakikatnya yang kaola sebutkan tadi.
Dalam hubungan ini Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Pada hemat kaola sistem berpemerintahan negara kita sebagaimana menurut perlembagaan, baik Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dan perlembagaannya yang kini Perlembagaan Negara Brunei Darussalam (Pindaan), 2004 adalah Syariah Compliance kerana itu kaola tidak ragu untuknya berkembang dengan semangat musyawarah seperti yang jelas ketara dalam peruntukan-peruntukan di dalam perlembagaan itu.
Mengenai perkara ini kaola menaruh harapan agar pusat-pusat pengajian tinggi negara ini akan berperanan memberikan kefahaman ilmiah meliputi undang-undang dan sejarah, iaitu mengenai ketatanegaraan meliputi sudut-sudut kenegaraan kita, negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat, demokratik, bersendikan ugama Islam menurut ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan mengajarkan ilmu ketatanegaraan, iaitu undang-undang perlembagaan dan syariahnya beserta sejarahnya tidak semata-mata setakat sekarang ini adalah semboyan tentang Melayu Islam Beraja yang mana rumusannya telah pun 'kitani' ketahui oleh Jawatankuasa Tertinggi Peringkat Kebangsaan yang mana seolah-olah selepas itu kita lupa bahawa ia adalah negara berdaulat, merdeka, demokratik, bersendikan ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang seolah-olah hakikat ini kita tidak menyebutnya.
Maka huraikanlah apa demokratiknya itu yang disebut secara demokratik berdasarkan ugama Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah diajarkan secara ilmiah dan untuk menjadi pegangan yang kuat bagi rakyat terutama sekali yang berpendidikan tinggi dan kesannya ialah kepada masyarakat biasa.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola ingin menyebut ringkas mengenai peranan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak-pihak eksekutif, iaitu kementerian-kementerian daripada keahlian Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik menurut kategori masing-masing sebagaimana juga diisyaratkan dalam titah semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Negara baru-baru ini.
Kaola dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, kaola masuk part lain Yang Berhormat Yang Di-Pertua setelah part yang pertama tadi. Kaola dari Kementerian Hal Ehwal Ugama dan juga Majlis Ugama Islam اِنْ شَاءَ ٱللَّهُ akan menyertakan beberapa Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam beberapa peringkat jawatankuasa yang ada kaitannya dengan orang ramai, iaitu bidang-bidang Zakat, Wakaf dan Baitulmal, bidang Haji dan Umrah, bidang Hal Ehwal Masjid, bidang-bidang pelajaran ugama dan bidang dakwah بإن شاء الله.
Maka sebelum mengakhiri Ucapan Penangguhan ini kaola sukacita menyampaikan tahniah dan penghargaan kepada Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara dan Pemangku Timbalan Jurutulis, Yang Mulia Pengiran Hajah Zaidah binti Pengiran Haji Petra yang mana walaupun baru dalam tugasan ini semua 'abiskaola' rasa, semua 'abiskaola' di sini mengucapkan syabas atas keterampilan kedua-duanya dalam mengurus dan menjalankan perjalanan mesyuarat ini yang bukan sahaja membantu 'abiskaola' bahkan juga kaola percaya membantu Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Begitu juga kepada semua peringkat tenaga dalam Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat dan juga beberapa pegawai yang kaola difahamkan diperbantukan untuk membantu perjalanan mesyuarat pada Musim Permesyuaratan Ke-20 ini dari kementerian-kementerian yang lain. Semoga mereka itu juga akan bukan sahaja mendapat pujian bahkan juga mendapat balasan yang baik daripada الله سبحانه وتعالى.
Kaola akhiri dengan doa semoga الله سبحانه وتعالى. memberkati kita sekalian berkat dalam bulan Ramadan ini dengan limpah rahmat, kasih sayang-Nya dengan dilanjutkan usia dalam keadaan sihat dan bahagia, istiqamah, mengibadati الله sambil bermuhibah sesama kita manusia iaitu makhluk dan hamba الله Kaola tidak mengambil kesempatan untuk berpantun ataupun bersyair, memadai dengan,
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَعَلٰي صَلَاةً وَسَلَامًا عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang kelima daripada Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub
Terima Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ، السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكٰتُهُ
lebih dahulu kaola mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas memimpin permesyuaratan dengan ramah dan cekap serta kadangkala tegas, namun abiskaola sangat memahami tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Yang Berhormat Yang Di-Pertua amatlah berat.
Kaola tidak lupa merakamkan terima kasih kepada Yang Mulia Puan Jurutulis dan Yang Mulia Puan Timbalan Jurutulis, pegawai-pegawai Jabatan Majlis Mesyuarat Negara kerana dapat menguruskan dan melaksanakan Musim Permesyuaratan kali ini dengan sempurna dan berjalan lancar.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Di dalam kita memperkatakan soal ekonomi mapan (sustainable economy), Negara Brunei Darussalam dilihat mampu mewujudkan landskap dan iklim perniagaan yang lebih kondusif untuk rakyat berkecimpung di dalam keusahawanan.
Ini termasuk menyediakan tempat-tempat perniagaan lebih menarik dan strategik. Pelan transformasi ke arah menaik taraf tempat-tempat perniagaan bumiputera sama ada di bandar mahupun di kampung-kampung perlu diwujudkan.
Ini termasuk menjadikan gerai-gerai sebagai Pusat Perekonomian Kampung yang berfungsi sebagai multibusiness centre yang menyediakan bukan hanya sekadar meja dan bangku tetapi lebih daripada itu bagi menarik lebih ramai pelanggan serta menepati cita rasa semasa.
Memang tidak dapat dinafikan kerajaan telah pun berbelanja besar bagi menyediakan prasarana perniagaan. Namun pada itu usaha dan inisiatif bagi melestarikan iklim perniagaan yang lebih kompetitif bukanlah sekadar membina sahaja tetapi lebih daripada itu. Seperti kata-kata Harold Geneen, "Dalam dunia perniagaan, semua orang dibayar dalam dua syiling; wang tunai dan pengalaman. Ambil pengalaman terlebih dahulu, wang tunai akan datang kemudian".
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola menyentuh soal isu banjir kilat yang berlaku di sana sini apabila berlaku hujan lebat. Kita mungkin telah berlajar daripada pengalaman yang sudah-sudah tentang terjadinya keadaan sedemikian. Kadangkala ia disebabkan oleh longkang tersumbat, rumput panjang dan sebagainya. Isu ini bukan isu baru malah sudah ada cara untuk mengatasinya.
Merujuk kepada sesi muzakarah bersama pemimpin-pemimpin akar umbi kawasan Zon 1 dan Zon 2 bagi Daerah Tutong, isu yang sama antara isu tertinggi yang dibangkit oleh penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung. Ini bererti rakyat sangat terkesan dengan situasi ini dan memerlukan tindakan segera daripada pihak-pihak yang berkenaan.
Di dalam projek-projek RKN-12, telah disediakan peruntukan sebanyak $6,310,441.00 bagi menangani Risiko Menghadapi Bencana Alam, sebanyak $692,905.00 ke arah mengukuhkan Kelestarian Alam Sekitar dan sebanyak $526,080.00 bagi menangani Perubahan Iklim. Skop peruntukan ini sememangnya berkait rapat dengan isu-isu yang kaola nyatakan tadi.
Di kesempatan ini, kaola menyeru kepada pihak-pihak yang berkenaan agar lebih prihatin dengan permasalahan ini dan tangani secara bijak sebagai persiapan 'kitani' menjadikan sebuah negara maju menjelang 2035.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, di kesempatan ini kaola juga mengharapkan agar projek-projek yang akan dilaksanakan samaada dibawah RKN-12 juga menyasarkan kepada kemajuan di dalam luar bandar.
Tumpuan kepada penambahan baik infrastruktur dan kemudahan asas bagi merealisasikan kemajuan yang seimbang. Justeru itu, isu penghijrahan warga luar bandar ke bandar dapat diatasi dengan sewajarnya. Perkara ini telah kaola timbulkan di sesi permesyuaratan yang lalu. Usaha pihak kerajaan meletakkan zon-zon Skim Rancangan Perumahan di kawasan luar bandar untuk masa akan datang adalah sesuatu yang disambut baik.
Akhirnya, kaola sangat-sangat mengharapkan kerjasama padu daripada pihak kerajaan agar sentiasa duduk semeja dengan pihak-pihak berkepentingan khusus kepimpinan akar umbi bagi membantu ke arah mewujudkan pelan-pelan kemajuan serta menggerakkan semua bentuk kemajuan dan pembangunan yang dihasratkan.
Di kesempatan ini juga, kaola memohon maaf jika ada kata-kata dan perbualan kaola yang keterlaluan serta menyinggung perasaan ketika berhujah dan mengemukakan soalan di sepanjang Musim Permesyuaratan Ke-20 ini. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada الله سبحانه وتعالى, kekurangan dan kelemahan itu datang dari diri kaola sendiri.
Sekian sahaja Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
وبالله التوفيق والهداية، و السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang keenam daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الحمدلله ربّ العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola terlebih dahulu sukacita mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberikan peluang kepada kaola untuk bersama-sama untuk menyertai ucapan penangguhan bagi Mesyuarat Pertama dari Muslim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara.
Dalam pada itu, kaola juga dengan penuh hormat sukacita mengucapkan setinggi-tinggi penghargan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana أَحْسَنَتُمْ telah berjaya memimpin di sepanjang persidangan Majlis Mesyuarat Negara di Dewan yang mulia ini dengan penuh kewibawaan dan ketabahan dalam memastikan mesyuarat berjalan dengan lancar, teratur dan penuh sempurna.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Yang Mulia Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara dan keseluruhan pegawai serta warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat diatas kegigihan dan dedikasi serta kerjasama dalam menyelenggarakan perjalanan mesyuarat dengan penuh tersusun dan lutanan pada Musim Permesyuaratan pada tahun ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pada kesempatan ini juga, kaola ingin merakam berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan kepada kesemua Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet di atas pembentangan dan pencerahan yang begitu komprehensif termasuk dalam memberikan respon dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh abiskaola di Dewan yang mulia ini.
Di samping itu, kami Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sini mengharapkan mana-mana idea, input dan sasaran yang positif yang dikongsikan bukan sahaja di Musim Permesyuaratan di Dewan yang mulia ini, tetapi semasa sesi permuzakarahan bertempat di kementerian masing-masing supaya apakah kiranya akan dapat diambil perhatian dan seterusnya dipertimbangkan dengan sewajarnya demi semata-mata bersama-sama bertanggungjawab dan menambah baik dan juga memantapkan bukan sahaja dari aspek perkhidmatan fasiliti-fasiliti awam malahan melangkaui mengembangmajukan sosioekonomi negara menujurus ke arah اِنْ شَاءَ اللّهُ yang lebih mampu dan sistematik.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini apatah lagi dalam bulan suci Ramadan Al-Mubarak yang penuh kerahmatan dan keberkatan.
أَلْحَمْدُ لِلَّه، kita sebagai rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam ini, marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى dan seterusnya dengan penuh hormat dan takzimnya menyembahkan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya dengan berkat kepimpinan, bijaksana, kewibawaan, keprihatinan dan berwawasan yang jauh Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadien Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertua Negara Brunei Darussalam, dimana kita semua أَلْحَمْدُ لِلَّه terus menerus menikmati pelbagai perkhidmatan, kemudahan serta berbagai kemajuan yang disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertua Negara Brunei Darussalam, di samping kita bersama-sama menikmati kehidupan yang sejahtera dalam suasana keamanan, kemakmuran dan keharmonian.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sepertimana kita sedia maklum dan apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II mengenai penyediaan Rang Anggaran Perbelanjaan Negara bagi Tahun Kewangan 2024/2025, antara lain menyatakan sekali lagi negara ini dijangkakan mengalami fiscal deficit berjumlah $2.99 billion bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Bukan sahaja cabaran fiscal deficit yang telah kita alami sejak beberapa tahun sehingga pada masa kini, malahan juga melangkaui cabaran yang lebih besar iaitu bagaimana kita menujurus untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 yang hanya tinggal 11 tahun sahaja lagi.
Khususnya 3 matlamat utama:
Rakyat Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi dan Berjaya;
Kualiti Kehidupan yang Tinggi; dan
Ekonomi Yang Dinamik dan Berdaya Tahan.
Di dalam Dewan yang mulia ini, kaola ingin memetik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi Wawasan 2035 Kali Pertama 2023, antara lain baginda bertitah,
"...oleh itu semua pihak tidaklah boleh goyang kaki melainkan sama-sama mesti serentak menggandakan usaha ke arah mencapai semua sasaran yang telah ditetapkan. Pihak pelaksana tidak boleh lemah atau pun semangat sejuk untuk menghadapi sebarang cabaran. Sangat mustahak untuk diingat bahawa sebarang usaha atau kerja untuk mengurus negara dan kerajaan, memang tidak sunyi dari cabaran”.
Titah baginda semestinyalah kita junjung yang setinggi-tingginya dan dengan penuh bertanggungjawab oleh semua stakeholders bukan sahaja di sektor kerajaan bahkan sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan semua lapisan rakyat dan penduduk di negara ini.
Alhamdullilah, kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya melalui Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah dan akan terus berusaha menyusun strategi-strategi dan inisiatif-inisiatif strategik yang dikenal pasti termasuk melalui Economic Blueprint for Brunei Darussalam untuk dijadikan sebagai panduan kepada pihak berkepentingan untuk membangun dan mempelbagaikan ekonomi negara yang lebih mampan dan sustainable melalui aspirasi dan hala tuju dasar yang jelas yang melengkapi usaha untuk mencapai ke arah matlamat Wawasan Brunei 2035.
Ke arah ini, kesemua peringkat stakeholders di negara ini, bukan sahaja di sektor kerajaan malahan pihak swasta, badan-badan bukan kerajaan, seluruh lapisan rakyat dan penduduk negara ini, semestinyalah kita bersama-sama berganding bahu, bekerjasama lebih erat dan padu serta bersungguh-sungguh bagi lagi berintegrasi dalam 'kitani' usaha bagi memajukan, sama-sama berperanan mengikut bidang kuasa dan tugas masing-masing bagi menggerakmajukan sosioekonomi negara. Ini adalah juga bagi kita sama-sama mendukung dan menyokong sepenuhnya kaedah yang sering dilaung-laungkan Whole of Nation dan Whole of Government Approach.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola berpendapat economic driven activity dan initiative adalah sebagai tonggak ataupun penggerak utama bagi pertumbuhan dan perkembangan perekonomian yang merupakan asas utama berupaya dan mampu menjelmakan serta menyumbangkan impact yang signifikan bagi mengembangmajukan lagi sosioekonomi negara yang dinamik.
Di antara yang perlu diambil perhatian adalah bagaimana ataupun tatacara untuk memperhebatkan serta memperkesankan lagi kepelbagaian ekonomi, menarik pelaburan langsung asing ke negara ini, menggerakkan dan memajukan industri-industri dengan lebih agresif termasuk yang telah dikenal pasti seperti aliran minyak dan gas, permakanan, pelancongan, teknologi dan infokomunikasi dan perkhidmatan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ini sudah setentunya memerlukan dasar atau polisi memfokuskan ke atas destinasi yang sama dalam memastikan sesuatu inisiatif, إن شاء الله akan dapat direalisasikan dengan penuh kecemerlangan.
Setiap kementerian, agensi-agensi kerajaan dan semua stakeholders yang berkepentingan, mendukung bukan sahaja menyejajarkan malahan menye laras dasar atau polisi yang ditetapkan terutama sekali yang mendatangkan spin of effect yang signifikan dalam pelbagai bidang aktiviti-aktiviti perekonomian dan perdagangan di negara ini.
Contohnya dasar menarik lebih banyak pelaburan asing dan mempergiatkan serta meningkatkan industri pelancongan di negara ini. Di antara kemajuan dan perkembangan kedua-dua sektor ini, misalnya mampu men jana, mewujudkan industri-industri aliran, lebih banyak peluang pekerjaan dan seterusnya membuka lebih banyak sektor perniagaan dan perusahaan.
Kepentingan research and development semestinyalah juga diperluaskan yang berpotensi menambahbaikkan lagi produktiviti, meningkatkan kreativiti, inovasi, value of the product dan memperbanyakkan serta menaikkan tahap kemahiran tenaga manusia.
Ini kesemuanya sekaligus merancakkan lagi pertumbuhan sosioekonomi, menaikkan tahap kehidupan rakyat dan penduduk negara ini dan seterusnya meningkatkan lagi pertumbuhan keluaran dalam negeri iaitu KDNK.
Apa yang mustahak juga diambil perhatian perlu dipertingkatkan, dikembangmajukan keberkesanan yang ada mempunyai connectivity dalam economic driven activity tersebut yang berhubungkait keperluan infrastruktur dan utiliti yang mencukupi seperti air, elektrik, energi dan prasarana yang juga berperanan dalam mewujudkan industri dan juga menjaga, meningkatkan kesejahteraan awam.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola berpandangan negara kita ini pada hakikatnya tidak ketandusan dalam pelbagai bidang kemahiran, expertise dan profession diiktiraf di persada dunia ditambah lagi dengan pengalaman yang meluas, ada di sektor kerajaan, sektor swasta dan di kalangan masyarakat awam.
Ada dalam kalangan mereka ini berkelulusan daripada universiti-universiti yang tersohor dan terkemuka di dunia, misalnya dari University Oxford, Cambridge, London School of Economics, Imperial College, Kings College, National University of Singapore dan lain-lain.
Persoalannya, adakah kita sudah mengoptimize dan menggunakan sepenuhnya talented pool apa juga kepakaran atau profession dari kalangan mereka yang berkliber, berfikiran dinamik dan jauh berpandangan dalam jurusan yang relevan untuk bersama-sama mengongsikan peranan, idea yang bernas dan pengetahuan dalam usaha mempercepatkan dan meningkatkan lagi keberkesanan dan mengambil langkah-langkah efektif ke arah lebih maju ke hadapan sehinggalah kita بِإِنْ يَشَاءَ ٱللَّهُ berjaya mencapai Wawasan Brunei 2035.
Mereka yang talented dimaksudkan khususnya di kalangan generasi muda perlu dikenalpasti dan diberikan peluang untuk diasuh, dicungkil dan digilap supaya mempunyai sense of belonging sehingga mencapai kecemerlangan jika dilibatkan dalam tadbir urus dan pengurusan yang bersesuaian, bukan hanya diketepikan kerana mereka berpeluang dan berpotensi untuk menjadi penerus kepimpinan akan datang.
Kaedah dan tatcara memilih dan menggunakan mereka yang berkemahiran dan berkepakaran mengikut jurusan pekerjaan atau profession masing-masing dapat 'kitani' ambil natijah pengajaran dan tauladan daripada ayat suci al-quran dalam surah Al-Anbiya ayat 7,
Antara lainnya, "Tanyakanlah kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui", manakala dalam hadis رسول الله صلى الله عليه وسلم diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermaksud, "Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah akan kehancurannya".
Mengambil tabarruk keberkatan bulan Ramadan, dalam usaha kita bersungguh-sungguh serta memartabatkan jentera pentadbiran dan pengurusan negara yang berintegriti serta menyemarakkan ke arah Negara Zikir lagi diredhai الله سبحانه وتعالى kita sepatutnyalah juga jangan membelakangi malahan mempergiatkan lagi dalam penyebaran dan membarigakan penyebaran dan penerapan serta penghayatan kerohanian keugamaan berlandaskan maqasid syariah di kalangan segengap lapisan rakyat dan penduduk di negara ini dalam kita sama-sama mengukuhkan ajaran Islam mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
بِسْمِ اللَّهِ الرَحْمَنِ الرَحِيمِ dengan petunjuk dan hidayah الله سُبْحَانَهُ و تَعَالَى dan kita memohon syafaat junjungan besar kita نَبِيُّ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم disertai keimanan yang kukuh di negara ini, نَگَرَا Brunei Darussalam akan menjadi بَلْيَتٌ طَيِّبَةٌ ورَبٌّ غَفُورٌ.
Sekian,
وَبِلَّغْ الرَّسُوْلُ وَبَلَّغْتُمْ وَنَصَحْتُمْ وَنَصَحْتَ اَلشَّخْص الَّذِي وَرَكَةُ دَمْ Dan kaola sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan penangguhan yang ke 7 akan disampaikan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua
بِسْمِ الله الرَحْمَنِ الرَحِيمُ الحَمْدُ لله ربُّ العَالَمِينَ وَالصَّلاة وَالسَّلام عَلَى نَبِيِّنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِين
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan salam sejahtera.
Awal kalam, kaola sukacita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberikan peluang untuk kaola ikut serta menyampaikan ucapan penangguhan pada pagi ini di Dewan yang mulia ini.
Alhamdullilah syukur ke hadrat الله سبحانه وتعالى kerana dengan petunjuk dan izinNya jua kita dikurniakan nikmat kesihatan dan berkesempatan untuk sama-sama hadir di sesi penutup Persidangan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara bagi Tahun 1445 / 2024 setelah bersidang selama 18 hari.
Di kesempatan ini, kaola dengan penuh hormat dan takzim sekali lagi menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertua Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda merasmikan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara dan atas limpah kurnia titah baginda di Dewan yang mulia ini pada hari Selasa, 17 Syaaban 1445/ 27 Februari 2024 yang lalu.
Keberangkatan baginda ini jelas menunjukkan kepimpinan dan kebijaksanaan baginda untuk terus menyokong persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini yang baginda sifatkan sebagai medan bagi para ahli melahirkan pendapat dan buah fikiran yang membina agar kekal relevan untuk membincangkan perkara-perkara strategik semata-mata untuk kemanfaatan rakyat dan negara.
Sokongan dan kepercayaan baginda ini terhadap pelaksanaan permesyuaratan ini sangat bertepatan dengan firman ﺍﻟﻠﮧ dalam Surah Ali Imran, ayat 159 yang bermaksud:
"Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan peperangan dan permasalahan keduniaan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam untuk berbuat sesuatu sesudah bermesyuarat, maka bertawakallah kepada ﺍﻟﻠﮧ (untuk melaksanakannya). Sesungguhnya ﺍﻟﻠﮧ mengasihi orang yang bertawakal".
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana dengan cekap telah berjaya memimpin permesyuaratan ini dengan penuh kesabaran dan tekun untuk memastikan perjalanan mesyuarat yang sempurna dan dalam keadaan yang tenang.
Setinggi penghargaan dan terima kasih juga kaola ucapkan kepada Yang Mulia, Puan Jurutulis, Yang Mulia, Pemangku Timbalan Jurutulis dan seluruh warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat atas kecekapan mengurus permesyuaratan ini agar berjalan lancar dan teratur serta atas kerjasama berterusan dalam memudahkan segala urusan 'abiskaola’, bukan sahaja semasa musim permesyuaratan ini, malah di sepanjang masa.
Seterusnya, di kesempatan ini juga kaola mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih serta tahniah kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet yang dengan penuh kesabaran dan bersungguh-sungguh memberikan maklum balas terhadap sebahagian besar isu dan persoalan yang dikemukakan di dalam Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, أَعْظِمُ بِهِ marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat rezeki yang dikurniakan oleh أَللّٰه سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى kerana denganNya jua, kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mampu memperuntukkan jumlah belanjawan yang agak besar bagi Tahun Kewangan 2024/2025 untuk membangun negara yang kita cinta ini.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab bersama semua pihak di sektor kerajaan, swasta, NGO's serta individu dan pihak lain yang berkepentingan untuk melipatgandakan usaha bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan kemajuan pembangunan demi untuk memberikan kehidupan yang berkualiti tinggi kepada rakyat dan menjadikan ekonomi negara ini dinamik dan berdaya tahan menjelang tahun 2035, إِنْ شَاءَ اللّٰهُ.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kemakmuran dan kemajuan sebuah negara berkait rapat dengan kestabilan ekonomi dan faktor-faktor sosial seperti kadar jenayah, kemiskinan dan pengangguran. Masalah sosial akan lebih terkawal dengan memperkasakan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya tahan dalam pelbagai sektor yang ada.
Selama 18 hari permesyuaratan berlangsung, sehingga ke hari ini kita mendengarkan berbagai cabaran, strategi dan inisiatif kemajuan yang dilaksanakan telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet khusus untuk mempertingkatkan ekonomi negara.
Manakala, di pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik, telah mengemukakan lebih 700 soalan dan pandangan serta cadangan penyelesaian yang difikirkan dapat memberikan impak positif kepada kesejahteraan rakyat dan kestabilan sosioekonomi negara.
Semuanya dibentangkan atas dasar niat ikhlas dan keinginan 'abiskaola’ untuk menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan kemajuan pembangunan yang pesat di negara yang kita cintai ini dari pelbagai aspek antaranya aspek perekonomian, pembangunan, kesihatan, pendidikan, keugamaan, pelancongan, perkhidmatan-perkhidmatan, sekuriti makanan dan di sektor pertanian dan penternakan, pengangguran dan juga peluang-peluang pekerjaan serta hal ehwal sosial berkaitan wanita dan kanak-kanak, kebajikan warga emas dan orang-orang kelaianan upaya serta isu kemiskinan.
Semuanya dikemukakan dalam konteks yang berbeza tetapi membawa maksud dan tujuan yang sama, iaitu untuk dipertingkatkan, ditambah baik, dikembangluaskan, dimantapkan, dan dibasmi tertakluk pada isu yang dikemukakan agar rakyat hidup dengan sejahtera dalam negara yang maju dan makmur.
Harapan 'abiskaola' supaya semua isu-isu ini yang dikemukakan di dalam Dewan yang mulia ini dan medan perbincangan yang mulia ini supaya diteliti dan dinilai kesesuaiannya dan dipertimbangkan sewajarnya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaola menghargai kepimpinan Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet yang berusaha gigih merancang pelbagai strategi dan inisiatif berimpak tinggi, termasuk perubahan-perubahan sistem dan penggubalan berbagai dasar, garis panduan, peraturan, pelan tindakan dan rangka kerja bertujuan untuk meningkatkan ekonomi negara dan menangani isu serta cabaran yang mengesankan rakyat dan negara.
Kaola menyokong perubahan yang dibuat kerana kaola yakin setiap perubahan itu tidak lain adalah dihasratkan untuk menambah baik apa yang sedia ada bagi kepentingan dan kebajikan semua pihak. Namun, dalam membuat perubahan, justifikasi dan manfaat yang dijangkakan dari hasil perubahan itu hendaklah jelas kepada semua pihak yang berkepentingan khususnya masyarakat awam.
Selain itu, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian yang lebih cekap dan efektif hendaklah ditekankan agar apa yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Sudah sampai masanya untuk pihak-pihak yang berkepentingan membuat perubahan minda dan sikap terhadap pendekatan dan budaya kerja yang sedia ada, menilai semua langkah, inisiatif dan strategi yang kurang efektif yang masih mendatangkan hasil yang tidak mencapai sasaran yang dihasratkan untuk tempoh yang bertahun-tahun lamanya, kenal pasti punca kelemahan serta siap siaga ke arah budaya kerja yang lebih efektif dan efisien bagi mendapatkan hasil berbeza yang lebih baik semata-mata untuk kebajikan rakyat dan negara.
Maksud dari Ayat 11, dari Surah Ar-Ra’d berikut ini sangat relevan untuk menjadi panduan kita semua “Sesungguhnya الله tidak mengubah (keadaan) apa yang ada pada sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah (keadaan) apa yang ada pada diri mereka sendiri”.
Semua pihak di dalam perkhidmatan awam harus bergerak aktif agar lebih produktif dan bersikap terbuka, mengakui kelemahan dan kelambatan yang ada dalam sebahagian perkhidmatan kerajaan.
Contohnya dalam pemprosesan permohonan-permohonan bantuan-bantuan kebajikan, penyelesaian tuntutan-tuntutan kewangan rakyat dan sebagainya. Proses-proses yang ada perlu diperbaiki untuk perkhidmatan yang lebih cekap dan cepat.
Adalah juga perlu untuk mendengar dan memanfaatkan pemikiran-pemikiran baharu melalui perbincangan dan sesi dialog bersama golongan-golongan yang berpendidikan dan berkemahiran, seperti para belia, graduan dan pegawai-pegawai dalam kerajaan yang berpotensi tinggi tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di sektor pelancongan, أَحْمَدُ kita mempunyai banyak bangunan ikonik dan tempat tarikan pelancong untuk dipromosikan.
Dari alam semula jadi yang hijau kepada yang berunsurkan keislaman ataupun berbentuk pengembaraan dan kesukanan. Strategi dan promosi perlu dilipatgandakan dengan lebih aktif dengan perancangan-perancangan strategik untuk menarik masuk lebih banyak pelancong ke negara ini.
Kaola mengambil kesempatan ini agar kementerian yang berkenaan merancang Tahun Melawat Brunei untuk jangka masa 2 tahun ke hadapan dengan tema yang khusus yang dapat menarik dan mula bergerak membuat persiapan-persiapan yang perlu.
Ini bukan sahaja akan menarik minat pelancong dari luar negeri, tetapi yang lebih penting untuk memastikan rakyat Brunei melancong dan berbelanja di negara sendiri. Ini akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi pelancongan kita dan membukakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan.
Kaola masih menaruh harapan tinggi berkaitan kos menunaikan ibadah Haji di negara ini. Kaola berpendapat masih ada ruang dan peluang untuk pengurangan kos berkenaan dengan perbincangan-perbincangan bersama pihak-pihak yang berkepentingan dan meneliti serta menilai aspek-aspek yang di bawah kawalan kerajaan untuk membuat penyelarasan harga yang lebih berpatutan bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk menunaikan ibadah Haji bagi kali pertama.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Perlindungan bagi kaum wanita dan kanak-kanak merupakan satu kewajiban khususnya dalam konteks dunia teknologi masa kini.
Dasar-dasar dan akta-akta yang melindungi kedua-dua golongan ini perlu diperkukuh dan segera dikuatkuasakan. Reka bentuk bangunan yang memprosikan inklusiviti bagi semua anggota masyarakat juga perlu difikirkan untuk mewujudkan persekitaran kondusif bagi golongan-golongan orang kurang upaya dan warga emas lebih berdikari dalam komuniti meskipun memiliki kelainan fizikal dan keupayaan. Stigma masyarakat terhadap pesakit kesihatan mental juga perlu dihapuskan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Peranan pengusaha-pengusaha warga tempatan dalam pertumbuhan ekonomi tidak dapat dinafikan dan hendaklah disokong oleh pihak kerajaan dan pihak-pihak yang berkepentingan dengan menyediakan kemudahan dan kemahiran yang bersesuaian serta mewujudkan persekitaran yang membantu perkembangan mereka ke tahap yang lebih baik secara berterusan.
Peniaga-peniaga 'Ali Baba' tidak seharusnya mendapat tempat di negara ini. Tindakan yang lebih tegas perlu diambil untuk memberikan hak perniagaan kepada warga tempatan.
Para pemimpin hendaklah bersikap lebih telus 'membarigakan' apa jua dasar dan inisiatif yang dirancang, mengongsikan isu dan cabaran yang dihadapi oleh negara serta bersifat lebih terbuka, memeduli, mendengar dan memberikan respons terhadap pandangan dan keluhan rakyat, meskipun hanya yang diluahkan di media-media sosial.
Sifat pemedulian ini akan membuatkan rakyat merasa didengar dan dihargai oleh pihak berwajib dan بِسْمِ اللهِ dengan kefahaman yang mendalam, rakyat akan memberikan kepercayaan mereka dan lebih mudah untuk mereka menyokong dan menerima sebarang perubahan dengan hati yang terbuka dan bersedia untuk maju ke arah kehidupan yang lebih cemerlang.
Dalam hal ini, kaola menyambut baik dan terus memberikan sokongan padu terhadap strategi dan inisiatif kolaborasi antara sektor-sektor kerajaan, swasta dan NGO's serta semua golongan masyarakat umum di luar sana untuk diusahakan secara bersepadu untuk satu tujuan dan matlamat iaitu mencapai kebajikan rakyat dan kestabilan sosioekonomi negara semata-mata.
Berkat perpaduan semua rakyat, petunjuk آية سبحانه وتعالى serta dengan bertawakal kepada-Nya, إن شاء الله kita mampu merealisasikan hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar Negara Brunei Darussalam ini menjadi baik (aman makmur), yang mendapatkan keredaan آية سبحانه وتعالى yang maha pengampun.
Marilah kita semua mencontohi kepimpinan نبينا محمد صلى الله عليه وسلم sebagai amalan dalam tadbir urus kerajaan di Negara Brunei Darussalam ini dengan bersandarkan empat sifat Baginda yang masyhur, iaitu: Siddiq (Jujur), Amanah (Dipercayai), Tabligh (Menyampaikan) dan Fatanah (Bijaksana).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Penutup kalam, kaola memohon doa kehadrat آية سبحانه وتعالى agar melanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melimpahkan rahmat-Nya dan mengurniakan nikmat kesihatan dan ke'afiatan kepada baginda dan ahli-ahli kerabat Di-Raja serta seluruh rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam ini agar hidup aman dan makmur dalam keadaan ekonomi yang mampam mengikut petunjuk, keberkatan dan keredaan اللّه سبحانه وتعالى di dunia dan di akhirat, آمین یا رب العلمین.
Kaola juga memohon kemaafan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat andai tersorok langkah dan terkasar bahasa dalam ucapan kaola hari ini. Mohon dimaafkan segala kekurangan dan kelemahan yang ada. Akhir kalam, kaola ucapkan selamat menunaikan ibadah Puasa di bulan Ramadan Al-Mubarak ini.
Semoga nikmat kesihatan, rahmat dan keredaan اللّه سبحانه وتعالى sentiasa melimpahi kehidupan 'kitani' serta ahli keluarga dan selamat menyambut bulan Syawal yang mulia nanti, آمین یا رب العلمین.
Sekian, Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
وبالله التوفيق والهداية، والسلام علیكم ورحمة الله وبركاته.
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang kelapan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
Terima Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الحمد لله ربّ العالمين، والصلاة والسلام على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسلام على نبينا محمد وعلى آله وصحبه dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu kaola ingin merafakkan sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda di Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dan Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara, Tahun 2024 dan mengurniakan titah yang penuh berwawasan dan prihatin terhadap hal ehwal rakyat.
Seterusnya kaola suka mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberikan peluang kepada kaola untuk bersama-sama menyertai Ucapan Penangguhan di Dewan yang mulia ini.
Tidak lupa juga kaola ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Mulia, Jurutulis, Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia, Pemangku Timbalan Jurutulis dan keseluruhan warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat dan mereka yang terlibat telah bekerja dengan keras dalam memastikan kesempurnan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini berjalan dengan lancar.
Penghargaan dan terima kasih yang setinggi-tingginya juga kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet di atas pencerahan dan respons yang komprehensif serta begitu jelas tentang isu-isu atau perkara-perkara yang 'abiskaola' sebelah sini timbulkan di Dewan yang mulia ini.
Kaola dengan penuh semangat menantikan jawapan bertulis yang akan diajukan oleh kementerian-kementerian berkaitan. أَكْفُ بِئْلَه, kaola bersyukur kerana Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam masih mampu membiayai belanjawan yang besar untuk pembangunan Negara Brunei Darussalam.
Kaola yakin bahawa kementerian-kementerian, Government Linked Companies dan pihak-pihak terlibat lainnya, bekerja keras untuk meningkatkan pe rtumbuhan ekonomi yang berdaya tahan dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.
Kita perlu mengejar pertumbuhan Negara Brunei Darussalam tanpa henti. Terdapat pelbagai sektor utama yang sudah kita kenal pasti dengan memberi fokus utama bagi mengekalkan kemakmuran negara kita seperti keterjaminan air dan tenaga, termasuklah minyak dan gas huluan dan hiliran, peningkatan sara diri dalam bekalan makanan dan juga pertumbuhan ekonomi dalam sektor pelancongan untuk pertumbuhan negara.
Namun, kaola berpendapat tiba masa bagi kita membuat transformasi yang besar kerana langkah-langkah kecil yang ada belum lagi memberi impak yang efektif seperti yang dihasratkan. Salah satu aspek penting dalam transformasi ini adalah memanfaatkan potensi generasi muda sebagai agen perubahan yang proaktif.
Ini juga selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-77 di mana baginda menyatakan Negara Brunei Darussalam perlu bergerak lebih cepat, dengan menggalakkan lebih banyak Foreign Direct Investment yang berkualiti untuk membantu mempelbagaikan ekonomi dan dalam masa yang sama, menyediakan peluang pekerjaan dan spin off untuk perniagaan kecil dan sederhana tempatan.
Dari segi pendidikan, kaola berpendapat bahawa kementerian perlu memberikan perhatian serius terutama bagi transformasi pendidikan teras untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan ‘O’ Level yang kekal pada kadar yang rendah untuk sepuluh tahun kebelakangan. Hal ini membimbangkan kerana ianya berkaitan rapat dengan matlamat pertama Wawasan Brunei 2035, iaitu rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.
Dari segi pelancongan, kaola juga menggalakkan usaha untuk menarik lebih banyak pelancong ke Negara Brunei Darussalam melalui pelbagai acara antarabangsa seperti mengadakan marathon di Jambatan Sultan Omar 'Ali Saifuddien dan strategi pemasaran yang lebih cekap bukan sahaja untuk menarik minat pelancong tetapi memastikan rakyat kita berbelanja di negara 'kitani'. Kaola teruja dengan Tourism Industry Roadmap yang dijanjikan dan berharap ia akan dilaksanakan segera bagi mempercepatkan pertumbuhan sektor pelancongan kita, إن شاء الله.
Dalam konteks kesihatan, penting bagi kita untuk mengakui perlunya mengurangkan stigma sosial terhadap individu yang mempunyai masalah kesihatan mental. Sejalan dengan perkembangan dunia digital yang semakin pesat, keprihatinan yang berterusan terhadap perlindungan golongan vulnerable seperti wanita dan kanak-kanak perlu diberikan keutamaan.
Selain itu, kemakmuran ekonomi kita juga bergantung kepada faktor-faktor seperti kadar penurunan jenayah, kemiskinan, dan pengangguran. Kadar-kadar ini seharusnya dijadikan sebagai indicator bagi kemajuan negara kita.
Semakin tinggi kadar peningkatan, seharusnya kita harus bertungkus lumus untuk memperkasa ekonomi kita, mempertingkatkan lagi ekonomi dengan memajukan sektor-sektor seperti pertanian, pelancongan, pengukuhan industri tenaga dan sebagainya.
Pemeriksaan peniaga-peniaga tempatan harus diteruskan, terutama sekali di tapak-tapak perniagaan kerajaan dan bumiputera. Elemen 'rent seeking' atau konsep 'Ali Baba' di dalam ekonomi kita haruslah dikawal dan digubal satu Rang Undang-Undang untuk menangani isu ini bagi membendung usaha meraih keuntungan 'atas angin'.
Dari segi peluang pelaburan yang baru, ia harus diambil dengan cepat. Kaola mencadangkan satu pasukan khas perlu ditubuhkan untuk memastikan peluang-peluang ini dapat direalisasikan dengan berkesan, terutama dengan fokus pada sektor-sektor yang memberikan impak yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Di samping itu, kita juga perlu ikut serta dalam arena global untuk mempromosikan negara kita, khususnya dalam isu perubahan iklim melalui Pusat Perubahan Iklim ASEAN (ASEAN Centre for Climate Change; ACCC) yang telah dinanti-nantikan.
Di sini juga, kaola berharap Negara Brunei Darussalam akan terus lebih aktif memainkan peranannya di arena diplomasi dengan rakan serantau bagi mempercepatkan lagi usaha-usaha yang dapat membantu menaikkan imej negara terutama dalam ACCC ini.
Dalam era ekonomi hijau, kaola menyarankan perlunya BNCCP ini untuk disemak semula dengan menetapkan indikator prestasi kunci (KPI's) yang selaras dengan pelan pertumbuhan ekonomi negara seperti penjanaan pekerjaan hijau dan pertumbuhan KDNK di industri hijau.
Ini akan dapat membentuk strategi pertumbuhan ekonomi baru yang lebih mampan dan dalam masa yang sama menjadi salah satu negara peneraju utama dalam kemajuan aktiviti menangani perubahan iklim dengan dan visi yang jelas untuk memanfaatkan keberadaan ACCC di negara ini.
Bersama-sama dengan pembangunan ekonomi, tidak lupa juga cultural transformation dalam kerajaan. Ini adalah penting kerana sebagai jentera negara, kita harus merangkul budaya yang menghargai dialog terbuka, ketelusan dan akauntabiliti, memastikan bahawa suara rakyat kita didengar dan kebimbangan mereka ditangani tanpa rasa bimbang.
Pemimpin dalam sesebuah organisasi juga adalah penting dalam menggerakkan kemajuan. Kita harus mengambil pendekatan berorientasikan hasil dan membina kumpulan pemimpin yang komited kepada inovasi dan keunggulan, dari peringkat tertinggi kerajaan hingga peringkat akar umbi.
Rakyat kita yang berpendidikan tinggi, yang berkhidmat di dalam sektor kerajaan, dengan kekayaan pengetahuan dan kepakaran yang dimiliki, haruslah dimanfaatkan sebaiknya pandangan mereka untuk memaklumkan pembuatan dasar kita. Kaola percaya mereka juga mempunyai pelbagai cita-cita dan aspirasi untuk meneraju pembangunan negara bersama.
Akhirnya, mari kita singkirkan sebarang kekangan dan merangkul semangat, cita-cita dan keazaman yang tinggi dalam mengejar aspirasi negara kita. Idea negara kita yang sangat kecil dari pelbagai aspek, pada kaoala perlu dikembangluaskan. Bak kata pepatah, Kecil-kecil Cili Padi; Brunei meskipun kecil haruslah berani mengharungi cabaran yang sangat kompleks ini. Lead by example, بِسْمِ اللهِ rakyat akan mengikut juga.
Dengan mencabar diri untuk melampaui batasan yang dilihat, kita dapat menggenggam penuh potensi negara dan mencapai kemajuan seiring dengan impian kita.
Kaola berdoa semoga الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى akan terus mengurniakan rahmat dan kebahagiaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli-ahli kerabat Baginda serta seluruh rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam akan sentiasa dalam aman tenteram dan makmur. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
وَبِاللَّهِ التَّوْفِيقُ وَالْهِدَايَةُ. وَالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُهُ
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan penangguhan yang ke-9 akan disampaikan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
أَلْحَمْدُ لِلَّهِ, terlebih dahulu kaola mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas memimpin permesyuaratan dengan ramah dan cekap serta kadang kala tegas, namun abiskaola sangat memahami tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Yang Berhormat Yang Di-Pertua amatlah berat.
Tidak lupa merakamkan terima kasih kepada Yang Mulia, Puan Dr. Jurutulis dan Yang Mulia, Puan Timbalan Jurutulis, pegawai-pegawai Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara kerana dapat mengurus dan melaksanakan musim permesyuaratan kali ini dengan sempurna dan berjalan dengan lancar.
Kaola sukacita menarik perhatian berkenaan dengan peranan belia di dalam pembangunan negara. Direction serta bimbingan secara berterusan adalah penting bagi mewujudkan belia-belia yang lebih bertanggungjawab dan komited menjayakan semua bentuk kemajuan dan pembangunan negara.
Memahami kehendak belia serta kemampuan mereka mampu mencipta pelbagai kejayaan di dalam melaksanakan program-program belia yang menjurus kepada teknologi, sosial dan kemasyarakatan.
Justeru itu, kaola sangat-sangat berharap agar semua bentuk program dan projek yang akan dan sedang dilaksanakan sewajarnya perlu melihat kepada nadi dan kehendak belia.
Sehubungan dengan itu, segala cadangan dan saranan yang melibatkan pembangunan belia pada musim permesyuaratan di Dewan yang mulia ini hendaklah diberi perhatian dan dijadikan inti pati bagi mengukayahkan program-program yang lebih baik.
Program-program integrasi belia bersama Majlis Perundingan Kampung hendaklah diungkayahkan ke arah memantapkan lagi kegiatan belia agar lebih berkesan dan efektif melalui kepimpinan akar umbi yang banyak menyumbang kepada kesejahteraan dan sosioekonomi masyarakat mukim dan kampung ke arah mewujudkan kemajuan yang seimbang.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, pelbagai kenangan dan pengalaman telah kaola diterima di sepanjang mengikuti musim permesyuaratan di dewan yang mulia ini, pelbagai isu dan permasalahan rakyat sering disuarakan, namun niat dan hasrat ke arah penyelesaian dan pertimbangan amatlah tinggi kerana akhirnya sebarang kejayaan di dalam melaksanakan kepentingan rakyat dan negara itulah yang akan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Kaola juga ingin menyentuh berkenaan dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di dalam mempelbagaikan sumber ekonomi negara.
Kaola mengharapkan semua usaha-usaha ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan lebih teratur dan sabar. Setiap pelaksanaan perlu melihat kepada kapasiti dan kemampuan kita.
Setiap pelaksanaan hendaklah bermula dari akar sehingga ianya tumbuh menghasilkan buah iaitu kejayaan yang diharapkan. Tidak ada jalan mudah atau jalan pintas, kita harus menerima hakikat ini. Kalau kita melihat kepada sejarah kejayaan ahli perniagaan Jack Ma pengasas Alibaba, yang telah menerima kegagalan mampu bangkit sehingga mewujudkan sebuah empayar perniagaan e-dagang yang terkemuka dunia.
Inilah yang menjadi harapan kita bagi melahirkan ahli-ahli perniagaan yang berjiwa besar bagi mencipta sumber ekonomi baru yang berdaya maju. Namun pada itu kejayaan ini tergantung kepada komitmen kita untuk berubah, bersikap lebih terbuka untuk membuat perubahan dan transformasi tanpa mengetepikan nilai-nilai kebruneian berlandaskan Melayu Islam Beraja.
Perubahan dasar dan peraturan yang sedia ada perlu diteliti dan dilaksanakan sejajar dengan kehendak masa yang terlalu cepat berubah.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, dari sudut pembangunan negara, kaola menyambut baik di atas perancangan strategik pihak kerajaan melalui kementerian-kementerian berkenaan di dalam kemajuan daerah-daerah dengan melaksanakan beberapa projek di bawah RKN-12. Justeru itu, kaola sangat-sangat mengharapkan agar Daerah Tutong tidak terkecuali mendapat manfaat yang sama.
Ini termasuklah bagi membangunkan Pekan Tutong sebagai sebuah pemandaran yang strategik di dalam sektor perekonomian, pelancongan dan sosial kemasyarakatan. Selain daripada itu, perancangan ke arah menaik taraf infrastruktur seperti Jalan Enche Awang dan kawasan Jeti Pekan Tutong kepada mesra pengguna dan alam sekitar memerlukan perhatian yang sewajarnya.
Isu-isu kesesakan lalu lintas di lampu isyarat Lebuhraya Telisai - Tutong pertemuan di antara Jalan Enche Awang dan Jalan Kuala Tutong hendaklah ditangani secara serius dengan mengambil kira kepentingan serta keperluannya kepada pengguna-pengguna jalan raya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Akhirnya, kaola sudahi ucapan penangguhan ini dengan pantun;
Baik budi baiknya hati, Tersusun bahasa budaya kita, Mohon pertimbangkan dengan teliti, Agar penyelesaian dapat di kota.
Anak kampung mengusai atap, Hidup bersendirian sebatang kara, Kaola memohon ampun dan maaf, Jika terlanjur tutur bicara.
Sekian, وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan penangguhan yang ke-10 akan disampaikan oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
Yang Berhormat dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara. Selamat pagi dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu kaola mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana telah memimpin dan mengendalikan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara dengan sempurna, penuh kesabaran dan kewibawaan yang tinggi.
Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Mulia, Jurutulis dan Yang Mulia, Pemangku Timbalan Jurutulis serta kakitangan dan pegawai Jabatan Majlis - Majlis Mesyuarat atas kerjasama dan kecekapan yang diberikan sepanjang permesyuaratan ini dijalankan.
Dalam interaksi dan perbualan dengan pelbagai jabatan di seluruh kementerian adalah jelas bahawa pentingnya keperluan tindakan kerjasama yang lebih padu dan ketara antara semua pihak dalam kementerian. Sinergi dan kerjasama sedemikian adalah amat penting bagi menggelakkan kehadiran dasar yang tidak produktif yang boleh menghalang inisiatif pihak kerajaan secara kolektif.
Kaola amat berharap dan tidak sabar untuk menyaksikan penyejajaran yang lebih cohesive dan mantap dalam semua kementerian yang akan mengukuhkan asas dan landasan kita serta mendorong semua pihak untuk mencapai objektif bersama dengan lebih cekap dan produktif.
Memandangkan peningkatan kebergantungan agensi-agensi kerajaan terhadap media sosial dalam membarigakan pemberitahuan dan penglibatan awam, ditambah lagi dengan kepentingan kaji selidik dalam memahami pendapatan orang ramai bagi membuat dasar atau policy making, terdapat kebimbangan yang ketara mengenai keberkesanan dan pengurusan profesional platform ini.
Meskipun dengan adanya usaha terbaik daripada agensi-agensi kerajaan, nampaknya kaedah semasa melibatkan media sosial dan dengan menjalankan kaji selidik mungkin masih tidak mencukupi untuk mengesan dan mencapai sasaran serta kehendak demografi yang diperlukan.
Walaupun sesetengah jabatan telah menjalankan usaha mereka dengan baik komunikasi dalam media sosial yang kurang berkesan boleh membawa kepada salah tanggapan atau interpretasi orang ramai tentang stagnation atau kurangnya kemajuan sehingga menjejaskan usaha gigih pegawai-pegawai dari jabatan.
Oleh yang demikian, disarankan supaya agensi kerajaan menggariskan langkah-langkah untuk meningkatkan keupayaan para pegawai di semua kementerian dalam menguruskan media sosial dan menjalankan kaji selidik dengan lebih berkesan.
Selain itu, disarankan juga supaya ditubuhkan sebuah akademi untuk meningkatkan piawaian dalam perhubungan awam.
Dalam konteks cita-cita kita untuk menjadikan sebuah negara yang Smart Nation adalah penting untuk mempertimbangkan kajian semula bagi asas kurikulum ICT di Kementerian Pendidikan iaitu dicadangkan agar pendekahannya dimulakan seawal peringkat sekolah rendah.
Inisiatif ini amat penting untuk mempersiapkan dan melengkapkan generasi yang akan datang dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk membantu ke arah, serta menyumbang kepada perubahan dunia yang semakin digital.
Marilah kita bersama-sama melangkah ke hadapan dengan perpaduan demi matlamat dan hala tuju yang jelas dalam usaha ini serta komited sepenuhnya dalam merealisasikan wawasan kita untuk pencapaian dan kemajuan negara dengan kerjasama yang kukuh dari semua pihak, kita pasti dapat mencapai kemajuan yang amat signifikan dan menetapkan landasan yang kukuh bagi masa depan yang sejahtera dan inovatif untuk Negara Brunei Darussalam.
Dewan MMN tempat bertemu, Senangnya rasa Ahli Yang Berhormat semua, Baliknya kita membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan negara.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan salam Ramadhan.
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan penangguhan yang ke-11 akan disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ dan salam sejahtera.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ الحمد لله ربِّ العَالَمِينَ والصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَىٰ شَرَفِ الأنبِياء والمُرْسَلِينَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
kaola bersyukur ke hadrat اللهمَّ صلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya juga dan berkat daulat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kita kini sampai ke penghujung persidangan dari Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara.
Alhamdullilah hampir semua tajuk belanjawan kementerian telah dapat dibahaskan sepanjang 18 hari persidangan dan diluluskan dengan sebulat suara.
Kaola ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kepimpinan yang bijaksana, sabar dan tegas dari awal persidangan hingga ke hari ini.
Persidangan telah berlangsung dalam suasana yang tenang, mesra, saling hormat-menghormati serta dengan penuh tanggungjawab.
Di kesempatan ini Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola juga mengucapkan tahniah atas lantikan Yang Mulia, Jurutulis Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah selaku Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara dan kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Mulia, Jurutulis dan juga Pemangku Timbalan Jurutulis, Pengiran Hajah Zaidah binti Pengiran Haji Petra dan pegawai-pegawai Jabatan Majlis Mesyuarat Negara yang bekerja behind the scene untuk memastikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Negara berjalan dengan teratur.
Kaola dengan tulus ikhlas sekali lagi menyembahkan setinggi menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saiffuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda dan atas limpah kurnia semasa Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara.
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah bagi negara meneruskan dan mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi serta memberi tumpuan kepada industri-industri strategik yang negara mempunyai potensi dan kekuatan untuk berjaya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. السلام عليكم hampir semua Rang Belanjawan telah dapat dibahaskan dalam suasana yang mesra, saling faham-memahami akan peranan masing-masing di samping sama-sama mencari solusi yang terbaik bagi permasalahan.
Banyak isu yang dibangkitkan tetapi tidak kurang juga cadangan-cadangan termasuk lebih 700 soalan yang dibuat oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Dilantik bagi pertimbangan Yang Berhormat Menteri-Menteri. Semogalah semua pandangan dan cadangan diambil secara positif. For whatever it is worth.
Dalam kita sama-sama menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu perundingan timbal balik untuk memastikan inclusiveness bagi membantu reka dasar kerajaan.
Kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri atas sikap terbuka dan toleransi dengan Ahli-Ahli Yang Dilantik semasa perbahasan.
Kaola menyokong sepenuhnya hala tuju dan perancangan strategik serta tindakan-tindakan yang berkaitan kementerian masing-masing. Beberapa pencapaian dan objektif utama telah dikongsikan dan kita mengalukan pencapaian setiap kementerian.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola tidaklah akan berpanjang lebar dalam ucapan penangguhan ini kerana apa yang ingin kaola sampaikan telah pun kaola sampaikan dan juga oleh rakan-rakan lain semasa membahaskan peruntukan belanjawan kementerian.
Kaola cuma ingin merumuskan inti pati apa yang terkandung dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa pembukaan rasmi persidangan ini dan juga apa yang disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan iaitu usaha mempelbagaikan ekonomi yang perlu kita teruskan.
Aktiviti perekonomian dalam sektor pertanian, makanan, kewangan, pengangkutan dan pelancongan dilaksanakan berterusan perlu dipertingkatkan, diperkukuhkan, usaha kita untuk menarik pelabur asing mesti juga dipertingkatkan, mengenal pasti dan memfokus kepada industri-industri strategik, melahirkan tenaga kerja yang berkelulusan tinggi dan berkemahiran dan tetap fokus kepada mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.
Antaranya juga ialah menambah pekerjaan dan mengurangkan pengangguran. Meningkatkan kesejahteraan rakyat dan mengurangkan kemiskinan. Memelihara kesihtan rakyat, persekitaran yang bersih dan tidak tercemar. Keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan dan juga melalui perhubungan diplomatik yang kukuh dan rapat.
Kaola juga ingin menambah mewujudkan ekosistem perniagaan yang business friendly sebagai prerequisite untuk menarik pelabur langsung asing dan menggalakkan perniagaan. Kaola yakin setiap kementerian dalam menggunakan peruntukan yang telah diluluskan akan berusaha menggunakannya secara berhemah dan sebaik mungkin bagi pembangunan dan kemajuan negara kita untuk menuju kepada the big future dalam mana kita ini akan better off today than yesterday, sesuai dengan tema Belanjawan Negara bagi Tahun 2024/2025 iaitu 'Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur'.
Sekian sahaja Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola sudahi dengan mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa mendapat rahmat dari بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ, sentiasa sihat walfiat dan nikmat umur yang panjang.
Sekian, وَبِـهِ التَّـوْفِـيـقُ وَالـهِـدَايَةُ, وَالسَّـلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْـمَةُ اللهِ وَبَـرَكَاتُـهُ. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Walaikumsalam. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya cadangkan supaya kita tangguhkan dahulu Persidangan Mesyuarat kita ini bagi membolehkan kita berehat selama 15 minit.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan yang kedua belas akan disampaikan oleh Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ أَشْكُرُ بِهَا رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالْفَضْلَ وَالسَّلامَ عَلىٰ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن.
اسْلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. أَحْمَدُ اللهَ bersyukur dengan izin الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ kerana telah dapat bersidang selama 18 hari dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke 20 bagi Tahun 2024/2025 dengan penuh rasa muhibah, berjalan dengan lancar.
Kaola dengan hati yang tulus ikhlas sukacita merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan yang setinggi-tingginya atas kepimpinan, kebijaksanaan serta kesabaran Yang Berhormat Yang Di-Pertua di sepanjang mesyuarat ini.
Terima kasih kaola tujukan kepada Yang Mulia, Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah dan Yang Mulia, Pengiran Hajah Zaidah binti Pengiran Haji Petra, Pemangku Timbalan Jurutulis Mesyuarat Negara serta semua pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat atas kecekapan dan kerjasama yang diberikan sepanjang persidangan ini.
Dalam kesempatan ini, kaola juga tidak lupa merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri kerana memberikan penjelasan dan pencerahan kepada soalan-soalan yang telah diajukan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola sukacita memfokus dalam ucapan penangguhan ini kepada kepentingan pengawasan perbelanjaan kerajaan, pembangunan sosioekonomi melalui pelaksanaan projek yang berkesan, melalui semua peringkat pegawai setiap kementerian dengan memberikan kualiti perkhidmatan yang tinggi, penuh efisien dan penuh tanggungjawab.
Pengawasan dan pemantauan perbelanjaan kerajaan merupakan tanggungjawab yang amat penting. Ia tidak hanya melibatkan kewangan negara tetapi juga hendaklah berkesan dalam pengurusannya.
Oleh itu, adalah penting untuk memastikan bahawa setiap perbelanjaan diurus dengan berhemah, teliti dan rapi serta mematuhi tempoh pelaksanaan yang telah ditetapkan. Semua harus dipantau dengan bersungguh-sungguh dengan berkesan supaya tidak ada ketirisan dan tidak ada rancangan yang tertangguh menurut masa yang ditetapkan.
Selain itu, adalah penting setiap pegawai memahami bahawa setiap projek yang dilaksanakan oleh kerajaan mempunyai impak langsung terhadap kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Projek-projek ini tidak hanya bertujuan untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi juga memastikan bahawa semua lapisan masyarakat dapat menikmatinya.
Dalam hubungan ini adalah penting usaha hendaklah diteruskan dalam meningkatkan aliran Pelaburan Langsung Asing (FDI) dengan tindakan-tindakan yang cepat supaya mereka tidak akan beralih untuk melabur di negara-negara lain.
Semoga FDI ini akan dapat menambah kemakmuran dan meningkatkan lagi kehidupan rakyat di negara ini. Peluang-peluang pekerjaan akan bertambah dan dalam masa yang sama mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.
Dari segi pendidikan, akan bertambah lagi rakyat yang berpendidikan tinggi dan berkualiti. Semua kemudahan di sekolah dan institusi pendidikan tinggi mempunyai kelengkapan yang canggih seperti alat peranti mudah alih dan mudah diakses oleh semua pelajar.
Suasana pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif bagi semua warga sekolah dan pendidikan tinggi. Tidak kurang penting juga, guru yang boleh membimbing dan membantu pelajar yang berkeperluan khas.
Mengenai Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), ia haruslah dipercepatkan pembinaannya kerana ini adalah langkah penting dalam memperkukuhkan pendidikan, terutamanya dalam bidang pengetahuan berasaskan ilmu Islam, sejajar dengan nilai-nilai kebudayaan dan agama kita.
Sebagai Universiti Islam yang tulen yang bertaraf dan berkualiti tinggi di persada antarabangsa, pembinaan dan pembangunannya mestilah ikonik yang menjadi bukan sahaja rakyat di Daerah Temburong tetapi semua kita di negeri ini.
Kaola yakin bahawa dengan membangukan institusi pendidikan yang berkualiti dan memartabatkan kepentingannya, kita dapat meluaskan lagi ilmu-ilmu Islam, pemahaman, pengamalannya dalam masyarakat kita.
Dalam sektor pelancongan, kita berharap akan lebih ramai lagi pelancong-pelancong dari luar negara terutamanya pelancong high-end dengan adanya kemudahan-kemudahan yang sedia ada ditambah baik dan tempat-tempat baru yang menarik dibina di negara ini. Ini akan juga membuka ruang pekerjaan bagi anak-anak tempatan dalam sektor ini.
Di hospital-hospital dan klinik-klinik, kakitangan kesihatan seperti juga ahli-ahli berpakaian uniform dapat dilihat dan diperhatikan bahawa pegawai-pegawai kesihatan seperti jururawat dan doktor-doktor memberikan penjagaan dan rawatan kepada semua peringkat pesakit dari anak-anak damiit, wanita, orang-orang tua dengan penuh komitmen dan dedikasi serta penuh tanggungjawab.
Walaupun diketahui bahawa pada masa wabak COVID-19 yang merbahaya dan berisiko tinggi yang boleh memudaratkan mereka, tetapi mereka menghadapi semua cabaran ini dengan terus bekerja dengan bersungguh-sungguh, beyond the call of duty.
Akan tetapi amatlah sedih, mereka ini kurang diberikan penghargaan dan penghormatan di atas jasa-jasa mereka. Sebaliknya, mereka diberikan kata-kata yang kurang disenangi daripada sebahagian orang ramai.
Oleh yang demikian, sebagai usaha kesedaran kolektif, sepatutnya mereka ini patut diberikan penghargaan dan pengiktirafan yang tinggi.
Dalam segala usaha kita membangun dan memajukan negara, marilah kita berdoa semoga semua projek yang diluluskan dalam Belanjawan 2024/2025 akan berjalan dengan baik dan lancar seperti yang diharapkan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola ini tidak pandai berpantun dan bersyair tetapi dalam Ucapan Penangguhan ini, kaola akan membaca sebuah puisi yang dicipta oleh seorang anak muda yang sentiasa mengikuti persidangan dalam Dewan yang mulia ini.
Beliau mempunyai kelulusan BA dan MBA tetapi belum mempunyai pekerjaan. Begini puisi beliau:-
Di mesyuarat ini kami bersyukur,
Bersama-sama dengan izin Illahi yang luhr,
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua,
Penuh muhibah lancar jalan mesyuaratnya.
Ucapan tahniah untuk kepimpinan yang tulus,
Keberhasilan mesyuarat, tanda kesabaran yang khusus,
Terima kasih kepada Jurutulis dan Pegawai-Pegawai,
Kerjasama yang diberikan sungguh luar biasa.
Menteri-Menteri, terima kasih atas penjelasan,
Pengawasan perbelanjaan tanggungjawab bersama,
Projek yang berkesan untuk kesejahteraan rakyat,
FDI meningkat, pengangguran pun kurang amat.
Universiti Islam Sultan Sharif Ali penting disegerakan, Pendidikan berkualiti, nilai keagamaan terjaga, Kita tawakal kepada Allah dalam segala usaha, Ramadan yang berkat, ampun dan maaf dipohon.
Semua kesilapan datang dari kita juga, Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Dengan kesungguhan dan doa yang tak putus, Ke arah kebaikan bersama kita terus.
Kaola dalam bulan Ramadan yang berkah ini, memohon ampun dan maaf zahir dan batin sekiranya terdapat tutur kata yang kurang manis dan sorok langkah yang tidak disenangi.
Dengan bertawakal kepada الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى kaola memohon supaya terhindar dari fitnah dunia dan akhirat. Yang baik itu adalah الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى, semua kesilapan, kelemahan dan kekurangan itu adalah datang dari kaola juga.
Pada akhirnya, kaola memohon doa ke hadarat الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى agar melanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melimpahkan rahmat-Nya dan mengurniakan nikmat kesihatan keafiatan kepada Baginda dan Ahli-Ahli Kerabat.
Diraja serta seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam ini, agar hidup aman dan makmur dalam keadaan ekonomi yang mampan, mengikut petunjuk, keberkatan, keredhaan الله سبحانه وتعالى dunia dan akhirat. إِنَّ شَاءَ الله إِمْنِ بِكَ يَا رَبِّي العَالَمِينَ
Sekian.
والسلام عليكم والرحمة وبركاته
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan yang ketiga belas akan disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. السلام عليكم ورحمة وبركاته dan salam sejahtera.
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ الحمد لله ربّ اّلعالمين، والصلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمُرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola sukacita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kesempatan kaola untuk memberikan Ucapan Penangguhan di Dewan yang mulia ini.
الحمد لله bersyukur kita ke hadrat الله سبحانه وتعالى bahawa dengan izin-Nya juga, Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan ke-20 Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2024 telah bersidang dengan jayanya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola dengan penuh rasa tulus ikhlas mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kewibawaan Yang Berhormat Yang Di-Pertua memimpin pemuzakarahqn di Peringkat Majlis Mesyuarat Negara dan juga di Peringkat Jawatankuasa. Ia dijalankan dengan lancar dan berjalan dalam suasana yang harmoni.
Kaola juga merakamkan tahniah dan terima kasih kepada Jurutulis dan Pemangku Timbalan Jurutulis serta semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Mesyuarat Negara ini dengan penuh dedikasi.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menyambut baik peruntukan Belanjawan Tahun Kewangan 2024/2025 yang telah diluluskan di Dewan yang mulia ini.
Kaola berharap dengan kelulusan belanjawan yang diluluskan ini maka pihak kementerian akan lebih bijaksana serta amanah dalam melaksanakan perancangan demi kemaslahatan rakyat di Negara Brunei Darussalam ini.
Kaola juga menyokong dan menyambut baik atas usaha-usaha kerajaan dalam mempertingkatkan kemajuan dan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat melalui kementerian-kementerian dengan peruntukan yang diberikan.
Kaola juga bersyukur kerana kita dapat menikmati hidup dengan aman dan makmur serta negara akan terus membangun berkat dan daulat kepimpinan kebijaksanaan, kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Kaola juga berharap, semoga isu-isu yang ditimbulkan atau saranan yang diberikan akan diambil perhatian dan tindakan dengan penuh pertimbangan dan kebijaksanaan dengan adanya perhatian dan tindakan terhadap isu-isu tersebut serta turun padang.
Ia akan lebih memacu ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035. Segala perbincangan dan saranan di dalam permesyuaratan ini, masyarakat di luar sana sentiasa menilai dan menantikan penyelesaian.
Segala isu-isu yang dibangkitkan terutama isu-isu yang perlu diambil tindakan segera seperti masalah jalan raya, air, elektrik, masalah isu proses permohonan yang memakan masa yang lama dan lain-lain lagi yang perlu diperhatikan dan dikaji demi kebaikan semua pihak.
Di samping itu juga, isu pengangguran yang masih belum dikurangkan ke tahap yang lebih baik. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. ان شاء الله kaola selaku pemimpin akar umbi akan terus berusaha dan sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan khususnya Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam menangani apa juga kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat khususnya masyarakat kampung di bawah tadahan kaola.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Sebelum kaola mengundur diri, kaola tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberi peluang kaola bercakap dan memberi pandangan dan perbincangan-perbincangan mengenai peruntukan Belanjawan Tahun Kewangan 2024/2025.
Semoga segala isu-isu yang dibangkitkan dan saranan yang diberikan akan dijadikan sebagai bahan pertimbangan dalam melaksanakan apa juga tindakan demi penambahbaikan pentadbiran kerajaan.
Kaola juga tidak lupa merakamkan tahniah kepada semua kementerian-kementerian atas usaha yang gigih demi kemajuan negara dan juga demi kesejahteraan rakyat di Negara Brunei Darussalam ini dengan penuh kesabaran dan bertanggungjawab.
Semoga usaha yang baik dan ikhlas itu akan mendapat keberkatan dan keredaan daripada الله juga.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan yang keempat belas akan disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Lebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih atas kesempatan ini dan merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyampaikan Ucapan Penangguhan mereka bagi Permesyuaratan ke-20 ini.
Semoga apa-apa disampaikan dapat diteliti dan diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan sebagai panduan ke arah menyelesaikan permasalahan dan merancang sebarang pembangunan yang lebih strategik dan relevan, إِنْ شَاءَ الله.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sepanjang musim permesyuaratan berlangsung banyak isu-isu dan pertanyaan disuarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, adakalanya isu-isu berkenaan merupakan isu-isu popular yang sering ditimbulkan pada setiap kali Musim Permesyuaratan diadakan.
Inilah yang disuarakan oleh rakyat tentang permasalahan yang masih belum diberi perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak berkenaan sehingga ia disuarakan lagi di Dewan yang mulia ini. Begitu juga berkenaan dengan cadangan kaola mengenai dengan Peruntukan Khas untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat ini.
Ini adalah kali kedua kaola bawakan untuk perhatian dan penelitian pihak-pihak berkenaan dan koala bersedia memberi penjelasan mengenainya jika diperlukan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bukan hanya menyuarakan isu-isu rakyat bahkan juga turut turun padang bagi menangani dan menyelesaikan sebarang masalah terutama yang memerlukan penyelesaian segera dan mendesak. Tidak semua masalah atau isu dapat ditangani secepatnya oleh pihak kerajaan mahupun agensi-agensi yang berkenaan disebabkan kapasiti yang terhad termasuklah hal-hal peruntukan kewangan.
Dalam pada itu, kaola mencadangkan agar disediakan Peruntukan Khas di bawah kapasiti Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang boleh digunakan bagi membiayai projek-projek dan aktiviti-aktiviti tertentu yang memerlukan perhatian dan bantuan seperti membaiki bumbung rumah disebabkan bencana alam, membina jambatan sementara atau membaiki infrastruktur awam seperti jalan raya yang menimbulkan kesusahan kepada orang ramai, membiayai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan terutama sekali misi-misi bantuan dan sebagainya.
Yang Berhormat Di-Pertua. Di dalam kita sama-sama memperkatakan soal kemajuan dan pembangunan Pusat Bandar, kaola berpandangan sudah tiba masanya Kuala Belait diiktirafkan sebagai Pusat Bandar kedua selepas Bandar Seri Begawan memandangkan Kuala Belait merupakan kawasan industri minyak dan gas yang menjadi sumber ekonomi negara.
Pengiktirafan sebagai bandar kedua mampu memacukan lagi sektor perekonomian industri dan membuka peluang-peluang perniagaan kepada pelabur. Selain itu, Kuala Belait juga berpotensi dari segi geografi kerana berdekatan dengan pintu masuk negara jiran.
Selain daripada itu, mempunyai penduduk yang berbilang bangsa serta kehadiran pekerja-pekerja asing di dalam industri minyak dan mampu menyumbangkan kepada pertumbuhan yang ekonomi yang lebih baik.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Slogan Tekad Pemedulian Orang Ramai atau dikenali dengan TPOR adalah merupakan visi dan misi pihak agensi kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan yang efisien kepada orang ramai mengikut tempoh yang ditetapkan.
Namun pada itu, sejauh manakah TPOR ini dapat dilaksanakan kerana masih sahaja ada proses-proses permohonan yang masih perlahan?
Kaola berharap dengan adanya usaha-usaha ke arah menambah baik sistem maklumat dan perkhidmatan di setiap agensi kerajaan ia diharapkan mampu 'membisaikan' lagi sebarang kekurangan yang ada melalui RKN-12 sebanyak $10,936,558.00 telah disediakan ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.
Dengan peruntukan ini kapasiti perkhidmatan awam dapat dipertingkat dari semasa ke semasa, إن شاء الله.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, kaola mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua di atas kebijaksanaan dan kecekapan memimpin permesyuaratan ini dengan sempurna.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Yang Mulia Jurutulis dan Timbalan Jurutulis serta seluruh warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat di atas kelancaran Musim Permesyuaratan yang Ke-20 ini. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan yang kelima belas akan disampaikan oleh Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. (missing jawi words) dan salam sejahtera.
أَحْمَدُ terlebih dahulu kaola merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana mengemudi permesyuaratan di Dewan yang mulia ini dengan bijak dan penuh cermat serta teratur sehingga semua perbahan dapat disampaikan dengan penuh yakin dan bersemangat.
Sekalung budi juga kaola sampaikan kepada Yang Mulia Puan Dr. Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis Mesyuarat Negara yang telah mengurus atau mengurus atur Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara tahun 2024 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Di dalam era digitalisasi yang serba mencabar ini kita hendaklah sentiasa mencari jalan ke arah meningkatkan keupayaan diri khususnya mempelbagaikan kaedah perkhidmatan agar lonjakan arus perubahan dapat diperkenalkan di dalam pentadbiran kerajaan terutama sekali di dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.
Ini termasuk memansuhkan penggunaan kertas dan beralih ke sistem atas talian sepenuhnya untuk sebarang proses permohonan. Langkah ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai.
Transformasi ini penting dilaksanakan kerana ketika ini masih saja ada proses permohonan untuk memperbaharui pasport dikehendaki setiap pemohon untuk mengemukakan salinan Kad Pintar dan pasport yang lama.
Keadah ini sepatutnya tidak lagi dipraktikkan memandangkan kerajaan telah pun mempunyai sistem pengenalan data pemohon yang komprehensif.
Kaola menyeru agar usaha-usaha ke arah menambahbaikan proses untuk mana-mana permohonan di jabatan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien agar tidak lagi membebankan orang ramai.
Namun pada itu, kaola juga menyambut baik dengan usaha kerajaan melalui projek-projek di bawah RKN-12 yang menyenaraikan pelaksanaan ke arah mengukuhkan infrastruktur ICT dengan penyediaan akses infrastruktur yang serba lengkap.
Negara Brunei Darussalam bukan sahaja akan memupuk pertumbuhan ekonomi digital tetapi juga memacu pemerksaan masyarakat yang membawa kepada penyertaan di dalam ekonomi digital merentasi pelbagai industri termasuk pertanian, pendidikan, penjagaan kesihatan dan perubatan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Peranan dan penglibatan masyarakat adalah penting bagi memantau menggerakkan agenda pembangunan negara.
Ini termasuklah usaha-usaha ke arah menghidupkan suasana Pekan Bangar. Ini dapat dilihat dengan penganjuran acara-acara seperti 'Temburong Bisai' mampu merangsang aktiviti kemasyarakatan dan sosioekonomi. Penglibatan Majlis-Majlis Perundingan Kampung (MPK) dilihat serampang dua mata ke arah meramaikan Pekan Bangar sebagai destinasi hujung minggu.
Dalam perkara ini, untuk usaha yang berterusan, kaola sukacita mencadangkan agar diwujudkan kalendar acara tahunan (Yearly Event Calendar) untuk Daerah Temburong khususnya Pekan Bangar yang menyenaraikan jadual acara-acara sepanjang tahun melalui rangkaian kerjasama pihak kerajaan, swasta dan Majlis Perundingan Kampung.
Di kesempatan ini juga, kaola juga sukacita menyuarakan berkenaan dengan isu gaji bagi kakitangan swasta yang berpendapatan rendah. Isu ini sememangnya tidak disandarkan sepenuhnya kepada pihak kerajaan namun pada itu, ia juga berkait rapat dengan kualiti hidup masyarakat kita yang masih lagi ada di tahap rendah berbanding dengan negara-negara maju.
Kita perlu melihat dan mencontohi negara lain yang berjaya meningkatkan kualiti hidup rakyatnya. Pendekatan dan amalan ini boleh saja dijadikan kaedah bagi mengwujudkan ekonomi baru yang lebih stabil dan dinamik seperti kata-kata motivasi 'Jika kita ingin melihat masa depan kita, ciptalah masa depan itu hari ini'.
Akhirnya, kaola dengan ingatan tulus ikhlas memohon maaf jika ada kata-kata serta sorok langkah kaola yang tidak sempurna di sepanjang Musim Permesyuaratan ini berlangsung, sama ada disedari atau pun tidak disedari. Namun, kaola hanya melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negara.
Sekian. وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan yang keenam belas akan disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera.
kita sudah sampai ke penghujung Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara tahun 2024 dan berjaya membahaskan beberapa perkara berkenaan dengan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 dengan jayanya.
Ucapan tahniah dan terima kasih ditujukan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua di atas kebijaksanaan memimpin permesyuaratan ini dengan sebaik mungkin.
Tidak lupa juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Mulia Jurutulis dan Yang Mulia Pemangku Timbalan Jurutulis serta seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat yang berjaya melaksanakan urusan permesyuaratan ini dengan sempurna.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sektor pertanian sering dilihat sebagai satu aktiviti ekonomi yang boleh membawa banyak impak positif kepada negara. Sektor ini mampu menjana pendapatan yang besar kepada negara dan petani. Hasil pertanian yang dituai oleh petani kecil boleh menjadi penyumbang rezeki.
Bagi tanaman komersial pula, negara dapat menambahkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) melalui pengeksportan tanaman, secara tidak langsung pengaliran wang dari luar negara dapat ditambahkan dan memanfaatkan ekonomi negara. Pendapatan yang stabil dari bidang pertanian akan membantu negara menghadapi masalah kemelesetan ekonomi.
Selain itu, perkembangan pesat dalam sektor pertanian mampu menyediakan peluang pekerjaan yang cukup besar kepada rakyat di Negara Brunei Darussalam.
Sejak zaman dahulu lagi pertanian merupakan pekerjaan warisan yang menjanakan ekonomi negara. Pekerjaan dalam sektor pertanian bukan sahaja bekerja di ladang malahan meliputi pemprosesan dan pemasaran.
Justuru itu, pihak kerajaan melalui agensi-agensi berkanaan perlu melihat kepentingan ini dengan memberikan bimbingan berterusan terutama sekali di dalam memberi pendedahan kepada teknologi terkini kepada petani dan peladang bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran hasil yang lebih baik.
Selain daripada itu, penguatkuasakan harga barang bersubsidi seperti baja hendaklah sentiasa dipantau agar para peladang dan petani tidak dibebankan dengan kenaikkan harga yang melampau. Pemberian bantuan dan insentif daripada pihak kerajaan juga dilihat penting ke arah menggalakkan para usahawan baru berkecimpung di dalam sektor pertanian.
Semua pihak hendaklah melihat kepentingan sektor pertanian dan sektor hijau ini sebagai berpotensi untuk dimajukan, kita harus bersama-sama bak kata pepatah 'bagai aur dengan tebing' supaya sektor ini mendapat perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya.
Kerajaan sudah membuka jalan seluas-luasnya tentang kepentingan industri ini dan terus berusaha untuk menarik lebih ramai rakyat Negara Brunei Darussalam khususnya generasi muda turut menceburinya.
Kalau kita majukan pertanian, negara akan terus bertambah maju sekaligus mampu memantapkan ekonomi negara di dalam sektor bukan minyak dan gas.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, dalam RKN-12 Kerajaan memperuntukkan sebanyak $43,670,939 bagi mengukuhkan sekuriti makanan, dalam perkara ini kaola mengharapkan agar kajian-kajian diteruskan bagi menghasilkan benih-benih padi yang lebih baik dan mampu menghasilkan kapasiti beras tempatan yang konsisten.
Pembukaan tempat-tempat strategik dan pengunaan teknologi penanaman padi yang terkini membolehkan negara mencapai tahap sekuriti makanan yang dihasratkan إن شاء الله. Sebelum mengakhiri ucapan penangguhan ini, kaola dengan rasa rendah diri memohon maaf jika ada kesalahan dan tingkah laku kaola yang tidak menyenangkan di sepanjang Musim Permesyuaratan ini berlangsung.
Kaola juga tidak lupa mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, semoga segala amalan baik diberi ganjaran pahala daripada الله سبحانه وتعالى Amin. Kaola mengakhiri ucapan ini dengan serangkap pantun:-
Bunga mawar putih suci bersih, tumbuh mekar disiang hari, mohon maaf dan terima kasih kaola mengundur diri
Sekian, وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan yang ke-17 akan disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong.
Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الَّذِيْ لَهُ مُلْكُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَمَا فِيْهِنَّ وَهُوَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. الْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ أَنْزَلَ الْفُرْقَانَ عَلٰى عَبْدِهِ لِيَكُوْنَ لِلْعٰلَمِيْنَ نَذِيْرًا. الَّذِيْ لَهُ مُلْكُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَّهُ شَرِيْكٌ فِي الْمُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيْرًا.
kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberikan peluang kepada kaola bagi ikut serta dalam menyampaikan ucapan penangguhan ini. Kaola turut bersyukur ke hadrat الله سبحانهُ وتعالي kerana dengan rahmatNya juga kata sepakat telah pun dicapai dalam semua perkara khususnya dalam membincangkan dan meluluskan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 bagi semua kementerian-kementerian.
Kaola menyokong penuh dan menyambut baik peruntukan Belanjawan yang telah diluluskan di Dewan yang mulia ini dan mengharapkan ia digunakan dengan berhemah mengikut keperluan yang telah dirancangkan.
Dalam persidangan dalam Dewan yang mulia ini juga, berbagai isu pandangan dan permasalahan yang dihadapi oleh orang ramai telah pun disampaikan dan telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri-Menteri dengan baik dan jelas.
Ini bukanlah setakat di sini sahaja bahkan akan diteruskan dari masa ke masa melalui permuzakarahan dan perjumpaan bersama pihak-pihak yang berkenaan. Semoga semua perbincangan seperti ini dapat diteliti secara mendalam dan untuk diambil tindakan sewajarnya.
Mengenai usaha meningkatkan penghasilan produk-produk tempatan yang sedia ada di negara ini, koala selaku pemimpin akar umbi menyeru bagi mereka yang terlibat supaya akan dapat meningkatkan lagi hasil-hasil tersebut.
Ini termasuklah meningkatkan sokongan kepada Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dalam usaha mengembangkan 1 Kampung 1 Produk secara berterusan dan mengharapkan penglibatan para belia sebagai sukarelawan dalam program MPK ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, sebelum koala mengundurkan diri, koala dengan penuh hormat sukacita merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana sekali lagi dapat memimpin dan memandu Persidangan Majlis Mesyuarat Negara di Dewan mulia ini dengan penuh kebijaksanaan dan dapat menjadikan berjalan dengan lancar dalam suasana yang penuh muhibbah.
Inilah cara 'kitani' calak orang Brunei berpandukan konsep Melayu Islam Beraja. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Yang Mulia Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Pemangku Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara dan pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat di atas penyelenggaraan perjalanan mesyuarat yang teratur.
Juga tidak lupa merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga atas agensi-agensi kerajaan yang telah memberikan respon bagi menyokong dan membantu pembangunan dan sosioekonomi negara dari semua aspek untuk memastikan kesejahteraan rakyat di negara ini.
Sekian,
وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan yang ke-18 akan disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat.
Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-pertua.
بِسْمِ اللّهِ الرّحْمٰنِ الرّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللّهِ ربِّ الْعَالَمِينَ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِين. اَمَّا بَعْدُ
dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. أَحْمَدُهُ bersyukur ke hadrat الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى atas rahmatNya jua kaola mendapat peluang untuk menyampaikan ucapan penangguhan di Dewan yang mulia ini. Kaola lebih dahulu suka cita dengan penuh hormat dan takzim merakamkan tahniah dan penghargaan yang setinggi-tingginya atas kebijaksanaan dan kepimpinan Yang Berhormat Yang Di-Pertua sepanjang permesyuaratan di Dewan yang mulia ini.
Terima kasih juga kepada Yang Mulia Jurutulis dan Yang Mulia Pemangku Timbalan Jurutulis serta para pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat atas kerjasama dan sokongan sepanjang permesyuaratan ini.
Kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet atas kesabaran demi untuk mendukung inisiatif-inisiatif dan semangat baru untuk usaha menyokong pembangunan negara terutama sekali dengan mendengar suara masyarakat awam. Kaola berharap pendekatan whole of nation dan whole of government approach amat penting bagi menangani isu-isu yang memerlukan koordinasi dan melibatkan kerjasama yang rapat antara satu kementerian dan yang lain.
Kaola selaku pemimpin akar umbi ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri atas kepimpinan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas usaha-usaha mengadakan pendekatan dan permuzakarahan bersama kementerian yang berkepentingan untuk menyelesaikan masalah di peringkat daerah dan negara.
Kaola memohon ampun dan maaf jika ada suruk langkah dan kata-kata kurang manis di sepanjang 18 hari dari Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Bagi Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2024 ini.
Kaola mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, semoga ibadah puasa dan amal jariah 'kitani' semua diterima oleh اَلله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى
Sekian. .و السَّلا مُ ع ل يْكُمْ و ر حْم ةُ اللهِ و ب ر ك اتُه وبالله التوفيق والهداية
Sekian, terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan yang ke-19 akan disampaikan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua yang bijaksana.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ السَّلاَمِ أَحْمَدُ اللهَ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىٰ شَرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَسْلَمُ عَلَيْكُمْ عَائِضَةَ اللهِ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
sepeti juga sesi Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2023 tahun lepas dan khusus sepanjang sesi Majlis Mesyuarat Negara pada tahun ini yang berlangsung selama 18 hari, banyak perkara-perkara, isu-isu dan persoalan yang telah dibahaskan dan juga perdebatan sihat dan profesional mengenainya.
Kaola percaya semua itu adalah satu petanda yang baik dan perlu 'kitani' ambil langkah-langkah ke hadapan mengenainya supaya apa yang dibahaskan dan didebatkan itu akan dapat diterima dengan pemikiran minda yang positif, membina dan diambil tindakan yang wajar dan cepat demi hasrat 'kitani' mencapai Wawasan Brunei 2035.
Sebelum kaola merungkai penangguhan kaola ini, kaola ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua di atas kebijaksanaan, kewibawaan, kesabaran, lemah lembut tapi tegas menerajui mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan di sepanjang sesi Majlis.
Kaola sangat teruja bercampur terharu dengan Yang Berhormat Yang Di-Pertua, diusia yang sebegini tahan duduk sebegitu lama berjam-jam, berhari-hari.
Kaola yang berumur lebih 30 tahun muda, bukan tua, dari Yang Berhormat Yang Di-Pertua pun terasa 'sangal' dan rasakan tercramp saja.
Penghargaan dan terima kasih juga kaola ucapkan kepada Yang Mulia Jurutulis dan Yang Mulia Pemangku Timbalan Jurutulis, warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat yang bekerja keras di belakang tabir, media massa, Radio Television Brunei, Jabatan Penerangan, Media Permata, Borneo Bulletin dan lain-lain yang bertugas sepanjang sesi Majlis Mesyuarat Negara dengan penat lelah dan keringat mereka.
Terima kasih jua diucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat jemaah Menteri Kabinet yang telah menjawab soalan-soalan, usulan-usulan dan cadangan yang diberikan dari kaola dan rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain.
Semoga apa yang dibahaskan dan didebatkan dalam Dewan yang mulia ini akan mendapat rahmat dan ganjaran dari الله سبحانه وتعالى. Seperti juga sesi Majlis Mesyuarat Negara tahun 2023 fokus kaola adalah sentiasa kepada membahaskan:-
Strategi dan dasar ke arah penjimatan perbelanjaan kerajaan;
Langkah-langkah dan inisiatif ke arah menaikkan lagi hasil pendapatan fiscal negara;
Menyampaikan kemaslahatan pengusaha-pengusaha termasuk golongan belia untuk memastikan urusan-urusan untuk mengusahakan bisnis adalah diterima dalam sama-sama mendukung usaha mempertingkatkan lagi ekonomi negara termasuk memacu perusahaan dan perniagaan, mempelbagaikan ekonomi negara supaya kita tidak bergantung daripada hasil minyak dan gas; dan
Mengetengahkan isu-isu semasa yang melibatkan perekonomian negara, kemaslahatan rakyat dan golongan belia pemacu kesinambungan agenda negara.
Dari aspek ekonomi, apa yang kaola tekanan dalam perbahasan kaola sepanjang Majlis Mesyuarat Negara tahun 2024 ini ialah gagasan dalam usaha-usaha agenda mempelbagaiakan ekonomi terutama dalam subsektor pertanian, pengangkutan dan pelancongan, perikanan dan hiliran minyak dan gas.
Ini adalah teras dan perlu tindakan yang cepat dan berterusan.
Dari aspek jimat belanja dan naikkan hasil pendapatan, persoalan-persoalan dan usulan-usulan kaola mengenai memudahcara dan bekerjasama rapat dengan sektor swasta adalah penting. Kalau sektor swasta 'payah' atau perlahan usahanya, 'payah' juga kan maju ke hadapan dengan cepat. Pengemaskinian dasar dan proses-proses menarik pelabur asing adalah jua satu perkara yang perlu diberikan pendekatan yang lebih efisien.
Antara projek-projek dan inisiatif yang kaola tekanan ialah seperti bangunan-bangunan kerajaan yang terbiar, pendekatan modal yang kreatif dalam pembangunan perumahan negara dan lain-lain.
Dari aspek menangani kemaslahatan rakyat, أَكَثَرُ بَرَكًة berkat kepimpinan raja yang disanjungi dan disayangi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, suara-suara yang disalurkan melalui Majlis Mesyuarat Negara ini didengar oleh kementerian-kementerian berkaitandan ada jua tindakan yang memerlukan tindakan lanjut dan pengemaskinian.
Di antara yang kaola tekanan ialah seperti isu sistem pengangkutan bas awam yang masih lagi belum ada perubahan, isu perumahan negara yang masih ramai yang menunggu bertahun-tahun, isu sekuriti makanan (food security) iaitu padi, daging, ayam dan telur.
Ini adalah suara rakyat. Khusus berkenaan telur ini, kaola sekali lagi tekanan agar apa yang 'kitani' eksport ke luar negara dan tinggalkan untuk kegunaan dalam negara seimbang atau setara dari segi kualiti.
Ini adalah untuk menjaga imej negara dan kesejahteraan rakyat. Jangan yang kita tinggalkan untuk rakyat itu gred yang di bawah, yang masih mahal pula harganya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua yang bijaksana. Dalam merebiu lebih berpuluh-puluh soalan-soalan dan usulan-usulan yang telah kaola ajukan dan juga yang tidak sempat dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, أَحْمَدُ الله seperti juga pada sesi MMN 2023 tahun lepas, ada perkara-perkara yang diutarakan dan diusulkan telah diberi pencerahannya dalam Dewan yang mulia ini, بعد ان شاء الله selepas saja sesi MMN 2024 ini berakhir, kaola akan menyusul secara bertulis kepada Ahli Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan dalam jangka masa 45 hari hingga 90 hari.
Mengambil 'sukut' keberkatan di bulan Ramadan yang mubarak ini, kaola berdoa kepada الله سبحانه وتعالى semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan terus dikurniakan rahmat dan perlindungan الله سبحانه وتعالى serta Ahli-Ahli kerabat baginda dan juga seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.
Akhir kalam, di dalam Dewan yang mulia ini, kaola ingin memohon sejuta kemaafan jika sekiranya ada di dalam perbahasan dan perdebatan yang kurang senang didengar, jika sekiranya Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri dan juga pegawai-pegawai yang hadir di Dewan ini rasa terusik hati, kaola memohon maaf dari hujung jari hingga ke hujung rambut. Kaola sangat berharap apa juga kaola tekanan semasa sesi perdebatan supaya tidak akan diambil hati mengenainya walaupun selepas berakhirnya sesi MMN dan di luar nanti.
Sekian,
والله الموفق والمعين. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terima kasih sekali lagi, Yang Berhormat Yang Di-Pertua yang bijaksana.
Yang Mulia Jurutulis
Ucapan Penangguhan dari Ahli-Ahli Yang Berhormat yang terakhir, kedua puluh, akan disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُهُ أَحْمَدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, salam sejahtera dan salam Ramadan. Kaola akur kaola yang terakhir membuat Ucapan Penangguhan dan Dewan sudah mulai kosong di belakang.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. تَقَبَّلَ اللهُ diberi kesempatan untuk memberi sumbangan penangguhan. Kaola terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kebijaksanaan dan penuh kesabaran, memimpin, menegur dan mempengerusikan persidangan bagi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara pada tahun ini daripada awal hingga akhir penghabisan.
Dengan kebijaksanaan Yang Berhormat Yang Di-Pertua, perbincangan dalam majlis yang mulia ini تَقَبَّلَ اللهُ berjalan dengan lancar, penuh muhibah serta dalam suasana semangat permuzakarah sambil mengeratkan hubungan silaturahim yang harmoni dengan sama-sama memikul tanggungjawab dan amanah masing-masing untuk mencapai matlamat arah tuju yang sama iaitu membina negara yang berwawasan dengan perbelanjaan yang diperuntukkan bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Beberapa isu, pandangan, cadangan dan saranan telah pun dibangkitkan dalam Dewan ini untuk kita bersama-sama menanai tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh ikhlas dan jujur serta bersikap terbuka. Moga hasrat murni ini diderai السَّبْحَانَه وَتَعَالَى dan usaha kitani dirahmati, memberi kesan yang baik, positif dan produktif kepada Negara Brunei Darussalam, bangsa dan agama yang sama-sama kita cintai ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam pembentangan cadangan Belanjawan Tahun Kewangan yang membawa tema 'Bersatu Membina Masa Depan yang Lebih Makmur', membawa banyak makna dan memberikan harapan yang cukup besar bagi setiap lapisan masyarakat baik di sektor kerajaan, swasta dan rakyat serta penduduk negara. Koala sambut baik peruntukan ini dan telah menyokong untuk diluluskan.
Bersyukur kita kerana menjadi rakyat yang mendapat dan menikmati rahmat bernaung dalam Negara Brunei Darussalam yang mempunyai raja dan kepala negara wali-Amri yang prihatin atas kesejahteraan rakyat, kemakmuran dan keamanan negara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, أحمد بن بلال daripada mukadimah-mukadimah daripada Yang Berhormat Menteri-Menteri dalam pembentangan peruntukan bagi kementerian masing-masing dan dari penjelasan-penjelasan seterusnya diharapkan akan dapat memberi penerangan agar warga kementerian dan rakyat turut teruja akan arah tuju dan pelan-pelan tindakan kementerian agar dapat membantu mencapainya.
Masing-masing 'kitani' mengambil peranan dan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh dalam sama-sama memastikan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran negara akan terus terjamin. Rakyat berharapan penuh bahawa belanjawan tahun ini dengan inisiatif-inisiatif dan pelan-pelan tindakan dan dalam Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 yang akan dilaksanakan oleh kementerian akan boleh meringankan sedikit beban ekonomi yang ditanggung oleh sebahagian besar rakyat yang bergantung kepada belanjawan dan projek-projek kerajaan dan juga mana-mana aktiviti yang menaiktarafkan kehidupan rakyat masa ini dan untuk anak-anak mereka di masa hadapan.
Sebagaimana yang kaola sarankan di masa pembahasan menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberkatan dan mengurniakan titah sempena Istiadat Pembukaan Rasmi di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menitahkan untuk menggunakan Majlis Mesyuarat Negara sebagai medan, berhemah dan berpandangan strategik mengikut perkembangan semasa dalam sosioekonomi serantau dan global apabila meningkatkan satu-satu isu rakyat dalam membincangkan perbelanjaan kementerian.
سعيد بياء، بياء sedia upaya kaola telah cuba mempraktikkan pengalaman kaola dalam industri sebagai seorang bekas ahli profesional dalam teknikal dan korporat memberi pandangan yang mungkin berbeza tapi بياء، بياء tidak bertentangan dengan arah tujuan dan ideologi negara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri-Menteri, Ahli-Ahli Berhormat Yang Dilantik mengambil serius amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kaola dan telah membuat beberapa inisiatif awal untuk mempersiapkan diri untuk menghadiri sesi kedua Majlis Mesyuarat Negara agar lebih berwawasan dan terus relevan mewakili apabila membawa isu rakyat.
Justeru, kalau kaola telah membuat beberapa pendekatan dengan rakyat secara informal dengan membuat beberapa perjumpaan bersama individu, kumpulan-kumpulan yang berkepentingan dan agensi-agensi kerajaan.
Kaola juga beruntung dan berterima kasih diberi peluang oleh Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat yang telah membawa kaola dan teman-teman menghadiri sesi perundingan di peringkat antarabangsa seperti menghadiri Mesyuarat ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) untuk pendedahan pada isu-isu serantau dan global dan secara tidak langsung menimba pengalaman bagaimana legislatif di luar negara membuat penampilan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kaola maklum dari imbal balas daripada orang-orang awam yang mengikuti Dewan di luar sana, mana-mana soalan yang ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sini jika Yang Berhormat Menteri tidak menjawab dalam Dewan, maka soalan itu tidak dilaporkan oleh mana-mana media rasmi dan tidak rasmi dan seolah-olah tidak pernah diusulkan.
Walau bagaimanapun, jawapan pada isu dibangkitkan diterima secara bertulis kemudiannya, mana-mana soalan yang tidak dijawab dalam Dewan tidak dilaporkan dalam media, justeru seolah tidak pernah disuarakan. What is not answered dalam Dewan is not reported and thus does not exist. Ini kenyataan yang menyedihkan, sudah dua puluh kali Dewan bersidang. Sudah masanya 'kitani' mencari kaedah yang baharu, bagaimana rakyat dapat menghayati perbincangan dan isu yang diusulkan dalam Dewan dengan lebih berkesan kalau mereka tidak menyedari, tidak menghadiri sesi dalam Dewan atau tidak mahu membaca Hansard.
Jadi tidaklah keterlaluan apabila koala sampailkan bahawa ada dalam kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik termasuk koala terasa terharu apabila peluang untuk menyuarakan isu rakyat dengan serba kelemahan-kelemahan koala disekat pada satu soalan seorang untuk tidak disuarakan di dalam Dewan dan selanjutnya disampaikan sahaja secara bertulis di luar Dewan.
Ini disebabkan kesuntukan masa Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet yang tidak dapat hadir di dalam Dewan dengan tugas-tugas lain yang lebih penting. Koala sedar mana-mana isu, message yang tidak dibincang di dalam Dewan tidak akan sampai meluas.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat. Untuk membantu mengukuhkan isu-isu dan keluhan rakyat untuk dibincangkan di dalam Dewan dengan fakta-fakta agar strategik, koala telah mengambil beberapa anak-anak 'kitani' iaitu graduan lepasan universiti tempatan dan luar negara yang masih menunggu rezeki pekerjaan tetap serta membantu membuat research kepada kami secara part time.
Seperti kelainan yang tahun lepas, alhamdullilah research assistants telah membuat penilaian awal yang berkenaan isu keberkesanan isu-isu yang telah ditimbulkan di dalam Dewan ini. Seperti yang telah dimaklumkan awal jika tahun lepas Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sini telah membangkitkan lebih 500 isu yang bukan sahaja soalan tetapi juga berupa cadangan, tahun ini disebabkan penelitian awal Ahli-Ahli Yang Berhormat telah menimbulkan lebih 700 isu berupa 480 soalan dan 230 cadangan.
Terserahlah kebijaksanaan Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet dan warga kementerian-kementerian menerimanya sebagai hadiah dari rakyat untuk menilai kesesuaiannya jika perlu dimasukkan dalam agenda action item dalam kesibukkan mereka.
Untuk pengetahuan awal, Kementerian Pendidikan mendapat 96 soalan dan isu. Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Pembangunan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang paling banyak menerima segala soalan dan cadangan.
Masa terlalu suntuk untuk dilaporkan dalam Dewan ini result analysis kerana memerlukan quality check. إن شاء الله kita akan 'membarigakan' kepada kementerian-kementerian tentang analisis yang telah dibuat menggunakan lampu trafik, iaitu hijau isu yang dibentangkan telah dijawab sejumlah 230, kuning dijawab sebahagiannya 75 dan merah isu belum dijawab 173. Tidak termasuk soalan-soalan bertulis yang akan dikemukakan. إن شاء الله kaola akan gunakan analisis ini sebagai baseline untuk mengukur perbincangan lanjutan dengan kementerian-kementerian. Kaola tidak akan berhajat untuk mengulang lagi isu-isu yang telah dibangkitkan di dalam Dewan hanya setakat mengingatkan headline berikut:-
Mengenai ekonomi, mohon kaji selidik semula bagaimana bisnes-bisnes yang meraih untung besar di dalam negara sama ada business persendirian, orang luar yang datang overnight flyer diteliti untuk menyumbang ke khazanah negara;
Pendidikan, kalau kejayaan PISA dan 'O' Level adalah sebagai sukat-sukat petanda kejayaan negara ke arah Wawasan Brunei 2035, matlamat nombor satu. Masih banyak peningkatan pendidikan 'kitani' belum dikatakan berjaya dan berkesan;
Pengangguran, menyediakan 12 ribu pekerjaan setahun tidak cukup untuk mengurangkan pengangguran dalam kalangan anak-anak muda 'kitani' walhal 'kitani' ada banyak warga masih meraih rezeki mereka di sini. Kadeah perlu menjadikan anak tempatan lebih cepat mengisi kan kerja yang sedia ada dalam negeri seperti mencari industri baru untuk menjana pekerjaan baru;
Perumahan, apa perlu 'kitani' perlukan untuk mengurangkan waiting list rakyat yang ingin mempunyai rumah yang selesa?
Rancangan Kemajuan Negara Kedua Belas, pengajaran dari RKN-11 perlu diambil kira agar RKN-12 akan disiapkan seperti dikehendaki; dan
Perhubungan, rezeki tidak datang bergolek, mesti juga di cari. Apabila yang datang kecil tapak tangan, nyiru perlu ditadahkan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola teruja dan mengambil baik jaminan Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang pihak kementerian-kementerian akan meneliti cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Dewan ini untuk melihat keseuaianya dan teruskan dengan sesi muzakarah di luar Dewan, إِنْ شَاءَ اللَّهُ ini akan diusahakan.
Kaola dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat berharap penuh sekurang-kurangnya ada sesi mid-term review Bersama pihak kementerian untuk mendapat pendekatan status pencapaian jika pada waktu yang sama memberi peluang pada pihak kementerian memberi pendekatan awal tentang peruntukan-peruntukan dan bajet-bajet yang bakal dipohonkan untuk tahun hadapan. إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di kesempatan ini, izinkan kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Mulia Jurutulis dan seluruh warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat atas nasihat, tunjuk ajar, bantuan-bantuan yang diberikan kepada kaola dan teman di sini yang sebahagiannya masih mentah dan belum berpengalaman dalam membawa isu-isu rakyat dalam Dewan yang mulia ini, agar kehadiran kaola dan teman terus relevan dan terus berkesan. بِسْمِ اللهِ kaola akan akur dan menanai amanah yang telah dipertanggungjawabkan untuk mewakili rakyat dalam Dewan yang mulia ini.
Kaola akhiri dengan ucapan semoga kita berjaya meraih rahmat dan berkah dalam bulan Ramadan yang mulia ini, maaf zahir batin dan diiring doa semoga kita sihat walafiat dan rahmat dan taufik hidayah dengan keredaan بِسْمِ اللهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى. Usaha kita dalam Dewan ini menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan, 'kitani' bebas daripada fitnah dunia dan akhirat.
Kaola akhiri dengan pantun bekas ahli korporat:-
Rakyat mohon isu mereka dibuat susulan, Tanai amanah pemimpin Dewan jadikan medan, Rakyat berkeluh isu mereka tiada kedengaran, Hajat tidak kesampaian, Harap wakil dalam Dewan bukan pameran.
Orang Belait sekawan memburu ke Telisai,
Teguran orang-orang tua 'kitani' bijak bistari,
Kita akur dan hormati,
Muzakarah dalam Dewan baru pun selesai,
Usaha tulus sedia diberi agar negara terus dirahmati.
Padian beramai berumah di ujung batu,
Belikan kami rempah buat madu kesirat,
Harapan tunai amanah mohon doa restu,
Bebaskan kami dari fitnah dunia dan akhirat.
Sebelum menutup, koala ingin sekali lagi memohon maaf jika sekiranya ada tersilap kata, terkasar bahasa, tingkah laku yang kurang sopan sewaktu menyampaikan hujah memberi pandangan, saranan dan soalan semasa sesi muzakarah dan juga sepanjang musim permesyuaratan pada tahun ini. Yang baik itu dari الله سبحانه وتعالى dan yang kurang baik itu pastinya sebab kelemahan koala sendiri dan maaf dipohonkan. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya di atas Ucapan-Ucapan Penangguhan yang telah disampaikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sebentar tadi.
مسيوارت Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara telah selesai kita laksanakan dengan selamat dan teratur.
Saya kira saya tekanan perkataan teratur. Kita di sini bukanlah satu majlis yang mana 'kitani' bertikam lidah sesama sendiri. Kita di sini untuk mencari penyelesaian satu nya, yang kedua untuk memberi penerangan, penerangan yang dibuat oleh satu pihak iaitu pihak kerajaan yang menyokong kita sendiri, yang menyokong Dewan ini, yang menyokong Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Janganlah sampai kita dalam sesuatu situation atau satu stage di mana kita meniadakan apa yang dibuat oleh kerajaan, apa yang cuba dibaut oleh kerajaan, apa yang cuba dibuat oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sini.
Saya sekarang terkeluar daripada teks saya. Kalau dilihat dari segi governance ataupun pemerintahan yang berdemokrasi yang dielect oleh rakyat, tidak ada saya kira kerajaan yang terbuka seperti 'kitani' di sini, tidak ada kerajaan atau tidak ada menteri yang sanggup berdiri di hadapan Ahli-Ahli Majlis Masyuarat Negara menjawab soalan-soalan tentang kementeriannya daripada A to Z.
Cuba fikirkan, cuba bayangkan do we have super human ministers yang boleh berbuat sedemikian? We are all simple human, mere mortal yang cuba untuk membuat sebaik-baiknya apa yang dituntut oleh rakyat bagi kepentingan negara yang menyokongnya.
Saya bukan cuba untuk membuat penilaian tetapi saya cuba untuk menyuarakan harapan supaya terdapatnya persefahaman diantara kedua belah pihak supaya kita benar-benar bermusyawarah ertinya ada give and take. Kalau dijawab, jawapan itu telah diberikan dan tidak difahami oleh sebelah kiri 'barangkali' sampai mana pun tidak putus, pasal apa jawapan yang difikirkan yang betul dalam pemikiran di sebelah kiri ini adalah jawapan A sahaja, yang dijawab oleh mereka B+C+X tidak betul.
Jadi itulah saya tekankan apapun dibuat kita harus meneliti ataupun melihatnya secara dalam suasana yang terbuka supaya tidak ada manusia yang sama pemikiran. Jadi saya kira kita akan continue to be like this dan saya tidak fikir unless we come 'barangkali' dalam satu suasana yang berlainan 'kitani' akan berfahaman satu-satu stream sahaja.
Jadi diharaplah Ahli-Ahli Yang Berhormat akan faham kedudukan di sebelah kiri dan kedudukan di sebelah kanan. Jadi apabila jawapan sudah diberikan tentang berita yang they cache, macam mana sesuatu soalan ditimbulkan sedangkan di sebelah sini minta tangguh supaya perkara itu diteliti dahulu untuk dijawab, jadi kalau ini sudah dikeluarkan, sebelah sini tidak berjawab dalam suasana yang sama, seolah-olah di sini membenarkan apa yang dituduh tadi.
Tuduh-menuduh ini sudah tidak dalam culture kita, sepatutnya tidak ada timbul lagi. Saya haraplah dengan penuh harapan bahawa, saya kira saya ini umur sudahpun lanjut dan telah duduk di dalam Majlis ini dalam begitu lama even sebelum negara ini mencapai kemerdekaan, saya pun telah duduk sebagai Setiausaha Kerajaan dalam Majlis ini dan defending kerajaan pada ketika itu dan kita harus meneliti ataupun melihat sesuatu itu dengan pemikiran yang terbuka.
Ertinya kalau sudah belum dijawab, saya telah memberikan keputusan supaya akan diteliti atau dijawab oleh pihak sebelah sini, apa salahnya? Adakah ini semacam 'kitani' periksa dalam sesuatu peperiksaan persekolahan, jadi jika sudah putus waktunya, kira tidak lagi boleh dijawab sebelah sini, sudah dikira fail. Keadaan kita dalam hidup, tidak ada itu.
Jadi please forgive me also, saya juga berkali-kali minta maaf bahawa I have no intention to mengecilkan sesuatu pendapat daripada sesiapapun dalam Majlis ini. I really admire their courage but please understand also orang di sebelah dari pihak kerajaan bersedia untuk menjawab إن شاء الله akan menjawab.
Jadi, dapat saya balik ke skrip saya kembali supaya kita akan dapat dispose mesyuarat 'kitani' ini dan 'kitani' selesaikanlah mesyuarat 'kitani' ini.
إنهاحكمة الله, Mesyuarat Pertama dari Muslim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara telah selesai kita laksanakan dengan selamat dan teratur.
Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tulus ikhlas diatas kerjasama yang diberikan oleh kesemua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya hormati.
إن شاء الله kita telah melaksanakan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini selama 18 hari dalam suasana yang harmoni, saya kira, muhibbah dan saling hormat menghormati yang berasaskan kepada konsep pendirian kita "Melayu Islam Beraja".
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan juga saya tujukan khusus kepada Yang Mulia Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Pemangku Timbalan Jurutulis, Bentara-Bentara Dewan serta semua pegawai dan kakitangan termasuklah interns yang telah terlibat yang ditugaskan sama ada dari kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berkenaan atas usaha gigih dan komitmen tinggi yang diberikan dalam menyediakan pelbagai keperluan bagi melicinkan lagi segala urusan kita di sepanjang permesyuaratan ini diadakan.
Saya juga dengan penuh rendah diri ingin menyembahkan sepenuh-penuhnya menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda bercemar duli untuk membuka rasmi Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara pada hari Selasa, 17 Syaaban 1445 bersamaan 27 Februari 2024 dan seterusnya berkenan mengurniakan titah pada majlis tersebut.
الحَمدُلِلّهِ, kita bersyukur kerana Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam masih berupaya menyediakan peruntukan belanjawan bagi Tahun Kewangan 2024/2025 dan mengemukakan perancangan bagi Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 untuk meneruskan projek-projek dan inisiatif-inisiatif pembangunan negara demi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini.
Ini akan memberikan, saya percaya impetus yang sangat besar nilainya terhadap usaha-usaha pembangunan negara dari aspek ekonomi dan sosial dan memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur terutamanya dan rakan-rakan kita dalam rantau ini bahawa Negara Brunei Darussalam ini masih kukuh dan berupaya meneruskan pembangunannya meskipun dalam suasan ekonomi dunia yang tidak menentu ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam kesempatan ini, saya ingin memberikan beberapa pandangan hasil daripada saya mengemudi perbincangan di Dewan yang mulia ini:-
Di sepanjang persidangan diadakan, kita telah mendengar pertukaran fikiran berupa cadangan dan pandangan bernas Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang telah dikemukakan pada Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan yang sebelumnya. Saya penuh yakin, perkara-perkara ini telah diambil baik dan diberikan penelitian oleh Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkeneaan dan sedikit sebanyak dipertimbangkan dalam membuat keputusan di dalam peringkat kementerian masing-masing.
Ini adalah kekuatan Majlis Mesyuarat Negara kita. Kita sama-sama bermuzakarah bagi membincangkan perkara-perkara strategik yang berkepentingan untuk rakyat dan negara.
Seterusnya bergerak bersama ke hadapan sama ada dengan agenda pembangunan sama juga dengan agenda pembangunan negara kita terutamanya pada masa ini terdapat pelbagai cabaran-cabaran semasa dan kemelut yang melanda yang melahirkan kepada kepelbagaian buah fikiran dan lontaran pendapat.
Biarpun berbeza dan kadangkala berselisih pendapat dan pemikiran tetapi bukan bermakna tidak ada kesepakatan yang boleh disatukan agar terbentuk satu masyarakat Brunei yang bertamadun;
Persidangan Majlis Mesyuarat Negara merupakan landasan rasmi bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian untuk mengadakan perbincangan secara bermuafakat yang mana memerlukan kebijaksanaan dan seterusnya kesediaan untuk menerima serta menghormati keputusan yang telah dibuat dengan berpandukan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Negara, kita boleh melaksanakan perkara ini dengan menjaga adab dan tataertib dengan baik; dan
Selain daripada membentuk perbincangan yang berpegang kepada Peraturan-Peraturan Mesyuarat, Ahli-Ahli Yang Berhormat juga dicabar dengan kemampuan untuk mendengarkan pandangan-pandangan yang meliputi pelbagai aspek yang meluas dan perspektif yang mungkin juga berbeza.
Walau bagaimanapun, sikap keterbukaan dalam Dewan Majlis memerlukan kematangan dan tidak wajar untuk diambil kesempatan oleh mana-mana pihak untuk melancarkan agenda peribadi ataupun memperkecilkan mana-mana usaha atau keputusan yang telah diambil.
Perbezaan pendapat seharusnya menjadi landasan kepada pencetus idea-idea terbaharu untuk membangun dan menyatupadukan negara kita ini. Hanya dengan bersatu padu, negara kecil yang cantik molek ini akan terus dapat kita tanai. Apa yang kita rasai sekarang akan terus dapat dirasai oleh generasi anak cucu kita yang akan datang, إِنْ شَاءَ اللّٰه.
Saya berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian akan dapat meneruskan lagi pelbagai usaha untuk menyokong dan meneruskan kesinambungan usaha-usaha pembangunan negara seperti permuzakarahan dan mengadakan perbincangan di luar Dewan ini dari semasa ke semasa.
Perkara ini adalah dalam sama-sama kita menjunjung tinggi kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara pada mana baginda telah menaruh harapan agar Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik untuk senantiasa turun padang untuk bermuzakarah dengan pihak-pihak berkepentingan dari sektor kerajaan, sektor swasta, persatuan-persatuan, para penduduk yang diwakili mereka masing-masing.
Saya kira platform-platform lain yang difikirkan bersesuaian selain dari sesi-sesi muzakarah dan lawatan haruslah dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua. Saya berdoa semoga amalan ibadah yang kita lakukan di bulan yang penuh dengan keberkatan ini, bulan yang penuh rahmat di mana bulan yang mewajibkan 'kitani' bersilaturahim, maaf-bermfaan akan dapat diterima oleh الله سبحانه وتعالى, serta segala usaha murni yang dicurahkan dengan ikhlas akan dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan dengan berkat rahmat petunjuk dan keredaan daripada الله سبحانه وتعالى juga.
Saya juga ingin memanjatkan doa ke hadrat الله سبحانه وتعالى semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat Diraja akan sentiasa sihat walafiat di bawah perlindungan dan rahmat الله سبحانه وتعالى dan semoga negara kita serta seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam ini akan sentiasa berada di bawah perlindunganNya dan dikurniakan nikmat keamanan, kesejahteraan, kemakmuran yang berterusan.
Dengan ucapan yang ringkas dan harapan yang penuh tinggi tadi, saya dengan penuh tawakal dan mengikut peruntukan 35(1) dari Peraturan Majlis Mesyuarat Negara, maka Majlis Mesyuarat Negara ini saya tangguhkan ke satu masa yang belum ditetapkan tarikhnya إن شاء الله kita akan berjumpa lagi.
Sekian,
وبالله التوفيق والهداية. و السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
(Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ditangguhkan)
HADIR
YANG DI-PERTUA
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, P.S.N.B., S.L.J., P.H.B.S., P.J.K., P.K.L., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Ekonomi dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., D.P.K.T., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Grand Cross of Crown Order- G.K.K., (Netherlands), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula With The Rank of Grand Cross (Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (Johor), DSO (Military) (Singapore), P.H.B.S., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, D.K., S.P.M.B., D.S.N.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, P.S.S.U.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, D.P.K.T., S.M.B., P.H.B.S., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, P.S.N.B., D.P.M.B., Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, P.S.N.B., S.P.M.B., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, P.S.N.B., S.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmadddin bin Haji Abdul Rahman, P.S.N.B., S.P.M.B., P.S.B., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abd. Manaf bin Haji Metussin, P.S.N.B., S.P.M.B., S.N.B., S.M.B., P.S.B., P.K.L.r., Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. Rashid, P.S.N.B., D.P.M.B., P.I.K.B., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, P.S.N.B., S.P.M.B., P.I.K.B., P.K.L., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, P.S.N.B., P.S.B., Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, P.S.N.B., S.M.B., P.I.K.B., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG BERGELAR
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, P.S.N.B., D.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.
AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, S.U.B., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Awang Lau How Teck, P.S.B.
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, P.I.K.B.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin, S.M.B., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, S.N.B., S.M.B., P.I.K.B.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, S.M.B., P.S.B.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, P.I.K.B.
AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI DAERAH-DAERAH
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, P.I.K.B., P.K.L., Penghulu Mukim Lumapas -Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, P.K.L., Ketua Kampung Subok - Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Ketua Kampung Putat - Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong, P.K.L., Ketua Kampung Lumapas 'B' – Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, P.I.K.B., P.K.L., Ketua Kampung Belimbing – Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, P.I.K.B., Penghulu Mukim Bukit Sawat – Daerah Belait.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ketua Kampung Bukit Sawat – Daerah Belait.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub, P.I.K.B., Penghulu Mukim Ukong – Daerah Tutong.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai – Daerah Tutong.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L.P., Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau – Daerah Temburong.
HADIR BERSAMA
Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
Yang Mulia Pengiran Hajah Zaidah binti Pengiran Haji Petra, Pemangku Timbalan Jurutulis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.
Estimated Word Count
Total: 20652
Yang Berhormat Yang Di-Pertua: 1872
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam: 1866
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin: 1760
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim: 1565
Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: 1560
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof: 1555
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin: 1168
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama: 1071
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin: 1047
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin: 909
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman: 803
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan: 648
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub: 589
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir: 563
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin: 560
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann: 546
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman: 524
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed: 507
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee: 471
Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong: 395
Yang Mulia Jurutulis: 375
Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat: 298