HARI KE-12 PAGI
14HB MAC 2024 PAGI
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Yang Mulia Jurutulis
بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari kedua belas, pada hari ini Khamis, 3 Ramadan 1445 bersamaan 14 Mac 2024, didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMAT
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz (Imam Masjid Jame’ ‘Asr Hassanal Bolkiah).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله رب العالمين وبه نستعين وصلى الله عليه وسلم وعلى ءاله وصحبه ومن والاه. أمابعد، kita bersyukur ke hadrat الله سبحانه و تعالى kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat sama-sama hadir pada pagi ini bagi bersidang pada hari yang kedua belas dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita محمد صلى الله عليه وسلم kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan mengenai Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Maka bagi membolehkan kita meneruskan penelitian Rang Undang-Undang ini satu per satu dengan lancar dan teratur saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
بسم الله الرحمن الرحيم Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis ini sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa pada hari semalam telah pun selesai membahaskan dan seterusnya meluluskan belanjawan di bawah Kementerian Pendidikan. Maka sekarang kita beralih kepada Tajuk seterusnya.
Yang Mulia Jurutulis
Tajuk SA01A hingga SA27A – bagi Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang kita beralih kepada tajuk-tajuk di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sebelum saya membukakan bagi tajuk di bawah Kementerian ini untuk dibahaskan seperti yang lazimnya, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II untuk membentangkan mukadimahnya mengenai perancangan dan hala tuju mengenai penyediaan belanjawan bagi Jabatan Perdana Menteri bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ salam sejahtera, selamat pagi dan salam 3 Ramadan.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ بِسْمِ اللهِ وَبِاللهِ وَعَلٰى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ أَحْمَدٍ
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dirahmati Allah yang peramba/kaola/saya hormati. Lebih dahulu, izinkan peramba/kaola/saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi di atas peluang untuk menyampaikan ucapan mukadimah tentang fokus Belanjawan Jabatan Perdana Menteri bagi Tahun Kewangan 2024/2025 di Dewan yang mulia ini, di hari ketiga kita berpuasa fardu bulan Ramadhan Syahrul Quran, bulan keampunan yang penuh keberkatan dan keistimewaan.
Dalam kesempatan ini, peramba/ kaola/saya bagi pihak Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya dengan penuh hormat sukacita menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas kurnia perkenan bagi penyediaan peruntukan sebanyak $566,321,410.
Yang Berhormat Pengerusi, sebelum jawatankuasa ini membincangkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya, kaola ingin memohon keizinan Yang Berhormat Pehin Pengerusi untuk mengongsikan secara ringkas tumpuan dan keutamaan Jabatan Perdana Menteri bagi Tahun Kewangan 2024/2025 ini. Ianya bertujuan untuk memandu perbincangan secara lebih fokus dan terarah kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal belanjawan yang akan dibincangkan.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Sukacita dimaklumkan bahawa Anggaran Perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya dirangka dengan memberikan penekanan kepada matlamat dan keutamaan tema belanjawan negara Tahun Kewangan 2024/2025 "Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur”.
Jabatan Perdana Menteri sebagai agensi utama dalam menerajui dan menyelaras pelaksanaan fungsi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjunjung sepenuhnya hasrat titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam terus meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan sebagai pemangkin kepada pembangunan perekonomian negara yang berdaya tahan serta menjaga kepimpinan, keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara serta rakyat dan penduduk di negara ini.
Ianya adalah selaras juga dengan visi pelan strategik Jabatan Perdana Menteri iaitu kepimpinan dan tadbir urus yang cemerlang dan matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.
Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya menyasarkan pelaksanaan anggaran perbelanjaannya berasaskan usaha-usaha mendukung tiga keutamaan belanjawan negara yang telah ditetapkan.
Keutamaan Pertama iaitu meningkatkan kesejahteraan dan produktiviti awam. Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya akan terus bertindak merangka strategi ke arah memelihara kestabilan politik, mempertahankan kedaulatan negara serta menyokong usaha-usaha berkaitan pertahanan dan hubungan diplomatik di peringkat antarabangsa termasuk perencanaan kebangsaan dalam memerangi ancaman kepada keselamatan. Justeru, agensi-agensi keselamatan negara akan sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan khasnya orang awam sebagai penekanan kepada pendekatan whole of government dan whole of nation.
Dari aspek kemajuan dan pembangunan sosial di negara ini pula, pembentukan social blueprint akan menjadi dokumen utama dalam penyediaan, pelaksanaan dan pemantauan dasar strategi dan program yang berkaitan. Ianya juga diselaraskan dengan keutamaan-keutamaan Wawasan Brunei 2035 khasnya kepada matlamat 2 iaitu kualiti kehidupan rakyat yang tinggi. Keberkesanan dan mutu perkhidmatan berkaitan menjaga keselamatan awam akan terus sahaja diberikan perhatian dan keutamaan. Ianya dilaksanakan menerusi kerahan tenaga kerja secara berancang dan perolehan aset secara berhemat serta penggunaan yang optimal.
Sebagai misalannya, ke arah memastikan kelancaran operasi dan meningkatkan keberadaan agensi penguatkuasa di seluruh negara, penggunaan kenderaan dan motosikal dilaksanakan di bawah Projek Perancangan Perolehan Aset Pasukan Polis Diraja Brunei bagi kegunaan Pasukan Polis Diraja Brunei, Biro Kawalan Narkotik dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
Kepentingan memelihara kesejahteraan awam juga turut dititikberatkan menerusi peranan agensi-agensi media rasmi kerajaan iaitu Jabatan Radio Televisyen Brunei dan Jabatan Penerangan. Agensi-agensi berkenaan akan terus bekerjasama dengan setiap kementerian, jabatan-jabatan kerajaan serta agensi-agensi berkanun dalam sama-sama memastikan maklumat-maklumat berkaitan kerajaan adalah betul serta penyiarnya teratur dan cepat kepada umum. Antara pendekatan yang dimaksudkan termasuklah penerbitan program radio dan televisyen, penerbitan akhbar rasmi kerajaan iaitu Pelita Brunei dan juga pelaksanaan program-program kemasyarakatan di peringkat akar umbi dan kenegaraan.
Tidak kurang pentingnya ialah peranan yang diambil di peringkat Jabatan Perdana Menteri sendiri, khasnya penggunaan platform multimedia terkini dalam menyalurkan maklumat sebagai misalannya Pejabat Wawasan Brunei melancarkan aplikasi Instagram rasmi @wawasanbrunei2035 dan juga laman sesawang matlamat pembangunan yang berdaya tahan (Sustainable Development Goal-SDG Tracker) dan aplikasi Instagram rasmi @sdg_brunei. Manakala Jabatan Mufti Kerajaan, selain penerbitan makalah Al-Hadaf dan terbitan-terbitan yang lainnya secara rutin juga telah memperkenalkan saluran YouTube dan aplikasi Instagram rasmi @jmkmbrunei.
Usaha-usaha sedemikian bertujuan agar semua pihak khasnya orang ramai memperolehi maklumat terkini dan betul mengenai usaha-usaha dan kemajuan dalam bidang-bidang berkenaan selain menjadi landasan bagi perkongsian kemajuan di peringkat antarabangsa dan menggalakkan kerjasama serta meningkatkan tindakan bersepadu senegara, serantau dan antarabangsa.
Dari segi ketersediaan dan kedayatahanan hydrocarbon pula, usaha-usaha terus dipertingkatkan dalam memastikan sumber minyak dan gas adalah mencukupi dan adanya kesinambungan bagi bekalan tenaga dalam negeri, khususnya bekalan tenaga elektrik dan bahan api termasuk produk petroleum dan tong LPG.
Bekalan tenaga yang berterusan adalah penting dalam mendukung pertumbuhan aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan bagi kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.
Dalam pada itu, Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Tenaga amat menitikberatkan keberlangsungan bekalan tenaga. Dengan pelaksanaan projek pembangunan yang berterusan di bawah Peruntukan Belanjawan Tahunan dan juga Rancangan Kemajuan Negara sebelum ini, Negara Brunei Darussalam telah berjaya mempertingkatkan kedudukan indeks reliability bekalan tenaga elektrik atau System Average Interruption Duration Index (SAIDI) secara signifikan sejak di antara tahun 2013 hingga ke tahun 2022 iaitu di tahap yang setaraf dengan yang terbaik di rantau ini.
Namun, seperti juga dalam utiliti-utiliti pembekal tenaga negara lain, negara Brunei tidak terlepas daripada cabaran insiden gangguan bekalan tenaga yang tidak dijangka-jangka yang mana pada lazimnya disebabkan oleh infrastruktur sistem yang gagal untuk berfungsi di tahap optima dan juga perkara-perkara yang di luar kawalan. Oleh yang demikian, keutamaan adalah diberikan kepada penaitkatarafan prasarana sistem bekalan tenaga elektrik dari segi pengukuhan, pembaikan dan pembaharuan.
Ini termasuk meningkatkan lagi keberkesanan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) dan penyelenggaraan pembetulan (corrective maintenance). Pada sistem penjanaan, sistem rangkaian penghantaran (transmission) dan pembahagian (distribution) dan juga lampu-lampu jalan.
Di samping itu, dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan-perkhidmatan kritikal yang terkesan oleh insiden gangguan pembekalan tenaga elektrik, pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik giat memperbaiki tindakan balas khususnya melalui Pelan Kesinambungan Operasi (Bussines Continuity Plan) yang lebih berintegrasi di antara pihak-pihak kerajaan yang berkaitan. Ini termasuk memastikan ketersediaan bekalan tenaga dari saluran dan sumber alternatif termasuk genset bergerak bagi menampung bekalan pada situasi gangguan yang diluar jangkaan.
Dalam terus memenuhi keperluan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, usaha-usaha untuk meningkatkan kapasiti bekalan giat dilaksanakan. Ke arah ini, pembinaan Stesen Janakuasa Bukit Panggal Fasa 2, telah direncanakan dan dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2027.
Keutamaan turut diberikan bagi memperluaskan penyediaan perkhidmatan bekalan tenaga elektrik ke kawasan-kawasan pedalaman termasuk Mukim Sukang dan Melilas, Daerah Belait yang mana sudah mula menerima bekalan secara berfasa.
Bagi bekalan bahan api untuk kegunaan dalam negeri pula, أَكْثَرَ بِهَ dengan adanya loji penapisan minyak di Pulau Muara Besar, bekalan produk petroleum akan sentiasa dapat dijamin dan had minimum stok negara (country wide stock) kekal ditahap 21 hari pada setiap masa.
Manakala bagi tong LPG pula, had minimum stok negara kekal akan ditingkatkan daripada 7 hari kepada 14 hari mulai tahun ini bagi memastikan bekalan adalah lebih tinggi daripada kadar permintaan pada masa ini. Pelan kontingensi bekalan LPG yang merupakan langkah jangka masa yang pendek juga diperkukuhkan melalui pengimportan LPG secara bulk untuk seterusnya diproses bagi pembotolan di kilang LPG, Lumut.
Sebagai jaminan masa jangka yang panjang, إِنْ شَاءَ اللّٰهُ sebuah kilang pembotolan baharu akan dibangunkan di Pulau Muara Besar pada tahun 2026 dengan kapasiti yang lebih tinggi dan konsep reka bentuk yang lebih cekap. Ke arah mendukung sebahagian keutamaan pertama, ini khususnya meningkatkan produktiviti awam Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkenaan terus melaksanakan inisiatif-inisiatif menujurus kepada meningkatkan lagi tahap produktiviti dalam perkhidmatan awam dan mutu perkhidmatan yang disediakan bagi orang ramai dan pihak swasta.
Inisiatif-inisiatif ini antara lainnya termasuk:
Peralihan sebahagian daripada peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ke kementerian-kementerian bagi pengambilan jawatan-jawatan Bahagian 2 ke bawah yang mana ianya adalah bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengisian jawatan kosong. Selain daripada itu, usaha untuk menambah baik sistem Public Service Commission Recruitment 2.0 (PSCR 2.0) dan Public Service Commission Computerised Assessent Management System (PSC CAMS) juga diteruskan dalam penambahan dan penambahbaikan features agar proses jawatan kosong dapat dipercepatkan.;
Pelaksanaan fasa kedua bagi Sistem Sumber Manusia (SSM) yang mana model-model berkaitan pengurusan sumber manusia dan payroll dilancarkan. Pelancaran model-model ini akan mengurangkan lagi proses kerja yang dilaksanakan secara manual termasuk keupayaan bagi perolehan data secara digital dengan cepat. Ini setentunya dapat menyumbang kepada pengurusan sumber manusia dan pelaksanaan proses kerja yang lebih efisien dan bersistematik.;
Anugerah Inovasi Perdana (AIP) akan terus diadakan pada setiap tahun bagi mempergiatkan usaha- usaha serta memupuk budaya inovasi dalam perkhidmatan awam. Sejak AIP bermula pada tahun 2019 sehingga 2023 sebanyak 50 projek telah diterima dan 39 daripadanya telah dipertandingkan bagi penganugerahan tersebut.;
Melaksanakan bengkel membangunkan rangka kerja bagi mengukuh tahap produktiviti di sektor awam di peringkat ASEAN yang mana bengkel ini adalah merupakan antara insiatif di rangka kerja ASEAN Cooperation Of Civil Service Matters (ACCSM) 2021 - 2025 di mana hasilnya nanti akan dapat membantu dalam merancang, meneroka, membentuk dan melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah meningkatkan produktiviti awam khususnya bagi negara ini.;
Terus melaksanakan dan memastikan program-program latihan kepada pembangunan keupayaan dan kemahiran yang diteraskan perkembangan teknologi di samping membudayakan inovasi dalam pelaksanaan tugas seharian.
Beralih pula kepada Keutamaan Kedua, iaitu Memupuk Kepelbagaian Ekonomi yang Mampam. Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Tenaga terus giat berusaha dalam mengekalkan sektor huluan bagi tujuan mendukung usaha-usaha mempelbagaikan ekonomi negara yang secara langsung dalam memperkembangkan lagi sektor hiliran minyak dan gas. Kita terus mensyukuri nikmat dalam mana kita masih mampu bertahan mengeluarkan minyak dan gas semenjak tahun 1929. Walau bagaimanapun, sektor huluan adalah semakin mencabar dari segi teknikal, komersial dan economical.
Dalam meningkatkan prospek pengeluaran, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri dan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam, terus mengutamakan persepaduan dengan semua pihak bagi memastikan operasi yang optima dalam jangka masa yang pendek dan bagi jangka masa serderhana dan panjang pula untuk mempertingkatkan kebolehlaksanaan projek-projek pemajuan padang dan aktiviti eksplorisi sepertimana juga seruan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mengekalkan dan mengaktifkan hala tuju pengeluaran sektor huluan.
Ke arah mendukung usaha-usaha ini, sebuah Jawatankuasa Pandu Pertumbuhan Huluan telah pun ditubuhkan bagi pendekatan yang lebih berintegrasi yang boleh mempercepatkan pelaksanaan. Pada tahun 2023, تكميل بيه Projek Kemajuan Baharu, iaitu Projek Salman telah mula menghasilkan first oil dengan pengeluaran daripada telaga-telaga baharu juga turut berjaya dipercepatkan. Dalam memajukan sektor hiliran, Perjanjian Pelaksanaan (Implementation Agreement) bagi Projek Kemajuan Pulau Muara Besar Fasa 2 telah pun ditandatangani pada bulan November tahun lepas di antara pihak Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam dan pihak Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) bersama pihak syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. bagi memperkembangkan sektor hiliran minyak dan gas di negara ini ke arah mendukung dan merealisasikan Wawasan Brunei 2035 dan Economic Blueprint Negara Brunei Darussalam.
Fasa 2 ini dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2029 dan akan menumpukan kepada produk-produk baharu hiliran yang mempunyai nilai yang lebih tinggi yang mula menambah lagi produk-produk seterusnya bagi perkembangan kegiatan hiliran lanjutan.
Ini akan mengukuhkan lagi nilai rantian bekalan sektor hiliran dan secara tidak langsung mengukuhkan lagi kedudukan keterjaminan tenaga negara dan terus memainkan peranan sebagai pembakar sulung rasmi negara bagi membekalkan produk-produk petroleum seperti gasoline, diesel dan Jet-A1 dan bakal dikeluarkan, iaitu LPG, yang mana produk-produk ini memenuhi piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi kualiti produk, kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE).
Di samping itu, Fasa 2 ini dijangka akan meningkatkan lagi peluang-peluang pekerjaan dan perusahaan baharu bagi anak-anak tempatan. Dalam memastikan sektor tenaga secara keseluruhannya adalah lestari dan rendah karbon pula, Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Tenaga akan terus memberi fokus terhadap inisiatif-inisiatif seperti pengoptimaan operasi, kecekapan dan penjimatan tenaga serta penggunaan teknologi dan tenaga alternatif yang mula diperbaharui, khususnya tenaga solar (suria).
Projek Tenaga Suria 30 Megawatt di Kampung Belimbing Subok pada masa ini sedang dimajukan, إن شاء الله akan mula beroperasi pada tahun 2025, manakala yang selainnya termasuk Projek Tenaga Suria yang dimajukan oleh pelbagai agensi, termasuk syarikat-syarikat pengendali seperti sistem solar berskala besar anjuran TotalEnergies Brunei dengan kapasiti 12 megawatt yang dijangka menghasilkan first power pada awal tahun 2025.
Ke arah ini, beberapa tapak perairan (floating solar) telah dikenal pasti sebagai tapak-tapak sistem loji tenaga suria. Pembangunan tenaga suria yang berskala kecil dan sederhana juga akan diusahakan untuk menggalakkan orang ramai memasang sistem tenaga solar secara sukarela. Dengan memastikan teknologi alternatif ini adalah mampu milik bagi menggalakkan penggunaan tenaga suria yang lebih berleluasa, Jabatan Tenaga telah menekan terus mekanisme kos yang paling berkesan. Walau bagaimanapun, harga keseluruhan pembekalan dan pemasangan sistem solar adalah juga dipengaruhi oleh faktor-faktor pasaran.
Dalam memajukan dan mempercepatkan projek-projek tenaga yang boleh diperbaharui dan lebih berintegrasi, satu Jawatankuasa Pandu Keselamatan dan Kecekapan Tenaga telah pun ditubuhkan dalam melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan seperti yang peramba/kaola/saya telah kongsikan pada minggu lepas. Input daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah sangat-sangat dialu-alukan juga oleh Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri.
Bagi mencerminkan komitmen kerajaan dalam menerajui usaha-usaha penjimatan tenaga pula, Jabatan Tenaga giat bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain menerusi energy managers yang dilantik masing-masing untuk mengamalkan penjimatan dan kecekapan tenaga di bangunan-bangunan kerajaan termasuk mengadakan pengauditan tenaga.
Penubuhan ASEAN Centre for Climate Change (ACCC) atau Pusat Perubahan Iklim ASEAN di Negara Brunei Darussalam juga menekankan komitmen negara terhadap usaha-usaha berkaitan perubahan iklim selaras dengan hasrat ke arah menjan pembangunan negara dan ekonomi yang berdaya tahan. Pusat ini, yang dijangka akan beroperasi pada tahun ini, merupakan sebuah hab ilmu serantau dan penyelidikan perubahan iklim yang menggalakkan tindakan iklim collective serantau di kalangan negara-negara anggota ASEAN.
Ini dapat direalisasikan menerusi pembangunan dasar dan mengenal pasti bidang-bidang kerjasama perubahan iklim terutamanya berkaitan mitigasi, adaptasi dan kewangan.
Kaola seterusnya mengongsikan secara ringkas mengenai dengan Keutamaan Ketiga, iaitu pembangunan modal insan yang dinamik dan berwawasan. Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya akan terus melaksanakan program-program pembangunan kapasiti bagi meningkatkan kemahiran para penjawat awam di negara ini. Sebagai usaha pembaharuan, pelaksanaan program-program di bawah Civil Service Leadership Pipeline (CSLP), untuk pertama kalinya Program Executive Development Programme for Senior Government Officers (EDPSGO) kali ke-30 pada tahun lalu telah dikendalikan dengan kerjasama pihak Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.
Demikian kepakaran ini diharap dapat memberikan impak positif kepada pembelajaran yang lebih komprehensif dan mendorong para peserta program untuk mempraktikkan daya pemikiran yang berasaskan solution centered di samping menerapkan keupayaan dalam membuat keputusan yang lebih berkesan dan penghasilan cadangan dasar dan projek yang inovatif dan bersifat transformatif.
Program-program peningkatan kapasiti yang lainnya seperti Young Executive Program (YEP), dan Executive Development Programme for Middle Management Officers (EDPMMO) akan terus dilaksanakan termasuk penelitian terhadap keberkesanannya agar perisiannya akan kekal relevan dan memberikan impak signifikan yang diharapkan.
Selain program dalam negara, berhubung kerjasama dengan negara luar turut diberikan keutamaan antaranya adalah program perkembangan perkhidmatan awam yang merupakan sebuah program penempatan kerja penjawat awam negara ke Republik Singapura. Program selama satu tahun ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dan memperkemaskan jangkauan profesional para peserta menerusi pengalaman kerja secara langsung dan kefahaman tentang amalan-amalan terbaik yang dapat diterapkan di dalam bidang fokus masing-masing.
Setakat ini, seramai 9 orang pegawai yang merupakan kohort pertama mengikuti program berkenaan pada tahun lepas, dan بِسْمِ اللهِ ini akan dilaratkan kepada pegawai-pegawai lain pada tahun ini. Di samping itu, program pertukaran perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Echelon Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura terus dikendalikan melibatkan penyebaran pegawai-pegawai kanan di perkhidmatan awam di kedua-dua buah negara.
Sudah setentunya kerjasama seumpama ini dapat memberikan manfaat bukan sahaja dalam meningkatkan keupayaan pegawai-pegawai yang menyertai khasnya menerusi pertukaran idea, perkongsian pembelajaran yang berasaskan pengalaman (experiential learning) dan amalan-amalan terbaik; dan perkongsian ilmu pengetahuan, malah akan mengukuhkan lagi jaringan kerjasama (networking) dan hubungan baik antara kedua buah negara yang telah sekian lama terjalin.
Dalam mengukuhkan lagi keupayaan penjawat awam di negara ini yang merentasi Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Institut Perkhidmatan Awam (IPA) kini giat mengungkayahkan dan mengemaskini Rangka Kerja Pembangunan Keupayaan Perkhidmatan Awam atau Public Service Capability Development Framework secara ringkasnya PSCDF. Rangka kerja ini merupakan pembaharuan dalam ekosistem pembangunan keupayaan perkhidmatan awam melalui penilaian keupayaan dan kebolehan tenaga kerja dalam melaksanakan strategi, inisiatif dan program kementerian dan jabatan.
Menerusi agensi-agensi kerajaan akan dapat mengenal pasti jurang, keupayaan individu dan seterusnya membolehkan perancangan dan pelaksanaan latihan yang disesuaikan dengan keperluan individu berkenaan. Ini adalah penting kepada meningkatkan prestasi kerja di peringkat individu dan kesan limpahan positifnya terhadap organisasi dan perkhidmatan awam amnya.
Dalam mewujudkan tenaga kerja tempatan yang employable dan marketable, Pejabat Perancangan Tenaga Manusia dan Pusat Pekerjaan Brunei melalui Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPTMP) atau Manpower Planning and Employment Council (MPEC), dan kerjasama institusi-institusi pendidikan negara ini melaksanakan usaha berterusan dengan menyediakan program-program seperti i-Ready, Program Study and Professional Institution SPIN, Skills Plus, Technical and Vocational Education Training (TVET), Tradeskills dan Program Jati diri yang mendukung usaha-usaha ke arah pembangunan modal insan yang dinamik, proaktif dan inovatif.
Dalam pada itu, bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anak-anak tempatan pada peringkat profesional selain penyediaan rangka kerja kompetensi seperti Brunei ICT Industry Competency Framework, dan Brunei Darussalam Marine Competency Framework, Program TechInspire Apprenticeship Program, Clinical Supervisory Program (CSP) dan iLeap Flexi telah diperkenalkan yang menyediakan program latihan di dalam bidang ICT, Kesihatan dan Minyak & Gas, ke arah memastikan kemahiran anak tempatan disejajarkan dnegan keperluan industri dan ekonomi.
Dalam usaha menarik minat anak-anak tempatan untuk bekerja di sektor swasta, salary guideline juga telah diperkenalkan yang menggariskan maklumat gaji jawatan-jawatan tertentu, dan bagi membantu syarikat-syarikat swasta dalam menyediakan pakej gaji yang lebih kompetitif.
Tidak terkecuali ialah penganjuran Program bagi peringkat Akar Umbi, kendalian Pusat Pekerjaan Brunei, yang melibatkan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung (diantaranya adalah Ahli-Ahli Yang Berhormat berada di Dewan yang mulia ini) untuk berganding bahu dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh anak-anak kampung, terutamanya dari segi hal ehwal pekerjaan.
Melalui program ini, taklimat mengenai skop kerja, inisiatif serta program yang diungkayahkan, telah diberikan dan sesi dialog juga dilaksanakan. Melalui sesi dialog tersebut, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung telah berkesempatan mengongsikan isu-isu, pandangan dan cadangan penambahbaikan dalam sama-sama berusaha ke arah mengurangkan kadar pengangguran serta meningkatkan pengambilan pekerjaan dan kemahiran dalam kalangan anak-anak tempatan di Negara Brunei Darussalam.
Dalam menjaga kebajikan peserta-peserta program-program tenaga manusia yang dikendalikan, inisiatif-inisiatif seperti pemberian on-boarding pack, pemantauan dan penilaian berkala melalui lawatan-lawatan, penyediaan borang maklum balas dan nombor talian hotline juga telah diperkenalkan oleh Pejabat Perancangan Tenaga Manusia.
Sementara di sektor tenaga pula, inisiatif dalam memperluaskan lagi peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan khususnya di syarikat-syarikat pengendali utama minyak dan gas termasuk juga syarikat-syarikat industri sektor hiliran minyak dan gas, giat dilaksanakan selaras dengan matlamat Arahan Bruneianisation (Bruneianisation Directive). Manakala Arahan Pembangunan Perniagaan Tempatan untuk Industri Minyak dan Gas (Local Business Development Directive for the Oil and Gas Industry) akan terus memainkan peranan penting dalam penyediaan ekosistem yang kompetitif bagi perusahaan-perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) tempatan sebagai misal program i-Usahawan.
Usaha-usaha juga dilaratkan kepada mengukuhkan lagi pengurusan dan pembangunan sumber tenaga manusia di sektor tenaga. Justeru itu, pembangunan kapasiti kemahiran dan kompetensi pegawai dan kakitangan yang mampam, latihan-latihan yang berbentuk teknikal dan khusus serta pengendalian coaching programme akan terus saja dilaksanakan melalui Rangka Kerja Kecekapan Sumber Manusia atau Human Resource Competency Framework (HRCF).
Secara keseluruhannya, usaha-usaha memperkasa tenaga manusia di negara ini dipandu oleh Manpower Blueprint yang diterajui oleh JPM melalui Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan bersama Kementerian Pendidikan, sebagai panduan kebangsaan bagi agensi pelaksana dan pihak-pihak berkepentingan merangka pelan strategik di peringkat kementerian dan sektor-sektor lain, di samping mensejajarkan dasar pendidikan, latihan dan tenaga manusia, serta haluan strategik ke arah perancangan tenaga manusia yang berkesan, selaras dengan Wawasan Brunei 2035 dan berteraskan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) dan objektif Maqasid Syariah.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam mendukung ketiga-ketiga keutamaan belanjawan yang telah peramba/kaola/saya huraikan tadi, dari sudut urus tadbir Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035 di bawah Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang mana selaras dengan usaha mengukuhkan lagi urus tadbir Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035.
Jabatan Perdana Menteri melalui Pejabat Wawasan Brunei sedang melaksanakan inisiatif bagi mendapatkan Sijil Pengiktirafan Sistem Kualiti Pengurusan (ISO Certification) bagi Pejabat Wawasan Brunei.
Inisiatif ini akan memberikan penilaian terhadap keberhasilan pencapaian Wawasan Brunei 2035 termasuk verifikasi ke atas KPI's Kebangsaan melalui perspektif dan pengesahan bebas, peningkatan kualiti Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035 termasuk kualiti KPI's Kebangsaan, penekanan kepada data dan pembuatan keputusan berasaskan bukti dan pengenalpastian dan pengurusan risiko yang boleh menjejaskan pencapaian Wawasan Brunei 2035 melalui pemikiran berasaskan risiko.
Sukacita juga peramba/ saya memaklumkan bahawa usaha-usaha Tahun Kewangan 2024/2025 ini juga dihasratkan untuk mendukung program Fiscal Consolidation dalam memastikan perbelanjaan secara berhemat dan berkeutamaan tinggi (priority spending) yang menekankan 'value for money' di samping terus memastikan kawalan dalaman adalah mencukupi berkaitan pengurusan kewangan setiap jabatan ke arah mencapai keberhasilan yang dihasratkan menerusi perbelanjaan tersebut.
Kesimpulannya, dengan izin الله سبحانه وتعالى juga dan berkat daulat kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya akan sentiasa terpandu oleh keutamaan-keutamaan di bawah setiap matlamat Wawasan Brunei 2035 dengan terus menekankan pendekatan 'Whole-of-Government' dan 'Whole-of-Nation' dalam perencanaan dan pelaksanaan strategi-strategi yang diterajuiinya.
Jabatan Perdana Menteri juga akan terus berusaha dalam menguruskan perbelanjaan yang diperuntukkan secara berhemat dan memastikan setiap perbelanjaan akan menghasilkan impak positif dan bermakna kepada pembangunan negara serta setiap rakyat dan penduduknya.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Berasaskan itu, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, bagi Tahun Kewangan 2024/2025 telah disokong untuk disediakan peruntukan bagi Gaji Kakitangan dan Perbelanjaan Berulang-Ulang berjumlah sebanyak:- $566,321,410, iaitu sebanyak $321,284,710 bagi Gaji Kakitangan dan $245,036,700 bagi Perbelanjaan Berulang-Ulang.
Yang Berhormat Pengerusi. Sekianlah sahaja secara ringkas yang dapat kaola terangkan mengenai cadangan Belanjawan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Sebelum mengakhiri, kaola ingin memaklumkan bahawa 5 buah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah jabatan-jabatan yang tertutup iaitu Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Pasukan Polis Diraja Brunei, dan Jabatan Penyelidikan Brunei.
Oleh sebab jabatan-jabatan ini adalah berkaitan langsung dengan hal ehwal strategik keselamatan negara yang mana isu-isu yang akan dibincangkan mungkin perkara yang sensitif dan tidak bersesuaian untuk dibincangkan secara terbuka, maka kaola memohon pertimbangan Yang Berhormat Pengerusi supaya bajet bagi Jabatan-Jabatan tersebut tidaklah perlu dibincangkan.
Sekian,
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلٰوةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
Terima kasih Yang Berhormat Pehin Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II di atas penerangan yang jelas dan terperinci berkenaan dengan hala tuju dan keutamaan dalam penyediaan Belanjawan Jabatan Perdana Menteri bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum kita mula untuk membahasakan dan membincangkan Tajuk-Tajuk di bawah Jabatan Perdana Menteri, saya ingin mengingatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat bahwa sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pertahanan II tadi bahawa 5 jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dikategorikan sebagai jabatan-jabatan yang tertutup iaitu Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penyelidikan Brunei. Jabatan-jabatan ini berkaitan secara langsungnya dengan hal ehwal strategik dan keselamatan negara dan tidak sesuai untuk dibincangkan secara terbuka maka jabatan-jabatan ini tidaklah perlu kita dibincangkan Belanjawannya di dalam Dewan ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat,Jabatan Perdana Menteri mempunyai 21 Tajuk, maka saya berpendapat bagi memudahkan perbincangan dan supaya ia lebih berkesan dan teratur maka Tajuk-Tajuk di bawah Jabatan Perdana Menteri ini akan kita pecahkan kepada 3 bahagian untuk diteliti dan dibahasakan. Tajuk SA01A hingga Tajuk SA07A sekarang saya bukakan untuk dibahasakan. Saya mempunyai senarai Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta dalam membincangkan Belanjawan Kementerian ini. Saya kira, saya akan menjemput beberapa orang Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik dahulu untuk mengemukakan soalan-soalan mereka dan seterusnya saya akan mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II untuk memberikan jawapan ataupun responsnya.
Sekarang, saya mempersilakan untuk mendahuluiya Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ dan salam sejahtera.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II atas penjelasan mengenai hala tuju Belanjawan Jabatan Perdana Menteri sebelum ini. Kaola ingin mengetengahkan isu pengangguran di negara ini yang sebenarnya isu yang berulang kali ditimbulkan.
Kaola ingin memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II mengenai beberapa perkara. Seperti yang diterangkan sebelum ini semasa perbincangan mengenai Rang Perbekalan pada awal-awal persidangan tahun ini bahawa kadar pengangguran di negara kita dilaporkan sebanyak 5.2% pada tahun 2022. Namun jika dibandingkan dengan jumlah penduduk yang lebih kurang setengah juta, angka tersebut masih merupakan jumlah yang tinggi berbanding dengan negara-negara yang mempunyai bilangan penduduk yang lebih besar.
Kaola ingin memohon penjelasan lebih lanjut mengenai peratus yang dikongsikan ini sama ada 5.2% ini adalah termasuk individu yang sedang bekerja tetapi pay scale yang diterima tidak berdasarkan pencapaian pendidikan mereka serta mereka yang bekerja secara sementara tetapi berpotensi untuk menganggur semula seperti mereka yang terlibat dalam program i-Ready atau pekerjaan sementara berdasarkan projek di mana apabila kontrak mereka berakhir, mereka akan mengganggur semula? Selain itu, kaola ingin mengetahui strategi atau langkah-langkah yang selanjutnya yang telah diambil atau akan diambil oleh pihak MPEC setelah kontrak-kontrak mereka yang sementara itu berakhir untuk memastikan bahawa individu-individu ini tidak perlu berbalik kepada pengangguran? Apa yang dapat ditawarkan kepada mereka untuk membantu mereka tetap berada di dunia kerja? Sekian dan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum itu kaola tidak lupa mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di atas usaha dan perancangan ke arah tadbir urus Perbelanjaan Belanjawan 2024/2025. Apa yang kaola harapkan agar ia dapat dilaksanakan sesuai dengan hasrat matlamat pihak kementerian إن شاء الله
Secara ringkas, kaola sukacita merujuk kepada persoalan kaola pada sesi muzakarah bersama Jabatan Perdana Menteri berkenaan dengan status taraf hidup rakyat yang terkini dengan mengambil kira situasi ekonomi sekarang yang serba mencabar. Perkara ini adalah penting sebagai petunjuk kedudukan kualiti hidup rakyat bagi mencapai Wawasan Brunei 2035. Dalam pada itu kaola ingin mencadangkan agar satu kajian khusus perlu diwujudkan bagi mengetahui kedudukan semasa taraf hidup rakyat Negara Brunei Darussalam dengan menyediakan peratus berdasarkan pendapatan setiap isi rumah mengikut kategori seperti di negara-negara jiran. Apakah pernah dikemaskinikan status taraf hidup berdasarkan pendapatan dalam kategori iaitu fakir miskin, miskin dan sederhana serta kaya? Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi yang dapat kaola sampaikan.
Sekian,
وباركة الله في والية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركة.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan pula Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
بسم الله الرحمن الرحيم
أشكر لي بر مع الأمتنان والشكر والتقديم على التعيين الأشباب والقيمين. سيناء مجمع وقتل الله ونصيب.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dengan hormatnya sukacita kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang kepada kaola untuk ikut serta dalam membahaskan peruntukan Jabatan Perdana Menteri bagi sesi tahun 2024/2025.
Dalam kesempatan ini juga kaola ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II ke atas pembentangan peruntukan bagi Tahun Kewangan 2024/2025 yang sangat komprehensif yang menggariskan hala tuju dan rangka kerja yang strategik mengikut keperluan dan keutamaan bagi mencapai ke arah visinya, kepimpinan dan tadbir urus yang cemerlang. Transformasi dan permodenan perkhidmatan awam yang cemerlang bagi sesebuah negara amat penting bagi memacu kemajuan dan perkembangan sosioekonomi negara memandangkan jentera penggerak utamanya yang berperanan sebagai pemudah cara terletak pada warga perkhidmatan awam.
Selari dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035 dan ke arah menepati hasrat ini, kita sangat bersyukur dan tahniah kepada Jabatan Perdana Menteri kerana telah berjaya menyediakan satu peta jalan yang strategik yang berbentuk rangka kerja perkhidmatan awam bagi tahun 2016-2020. Rangka kerja perkhidmatan awam tersebut telah mengenal pasti tiga (3) tema strategik iaitu:
- Kepimpinan Yang Cemerlang.;
- Prestasi dan Produktiviti Organisasi.; dan
- Pro-Business dan Persekitaran Awam (Public Environment).
Sehubungan itu, sukacita mendapat pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, setakat manakah pelaksanaan transformasi dan pemodenan selaras dengan rangka kerja perkhidmatan awam yang dimaksudkan tersebut? dan seterusnya apakah kesinambungan kepada rangka kerja berkenaan untuk menyelesaraskan dan sejajar dengan keadaan dan trend pada masa ini dan pada masa akan datang?
Kedua, adakah pihak Jabatan Perdana Menteri sudah membuat kajian menyeluruh mengenai tahap produktiviti kerja perkhidmatan awam? Kajian merupakan komponen sangat penting untuk mengetahui setakat manakah sukat-sukat produktiviti kerja perkhidmatan awam khususnya di aspek ranking mengikut indeks tertentu seperti World Bank atau peringkat ASEAN.
Ada juga perlu untuk dikaitkan dengan indeks-indeks lain seperti benchmark seperti indeks keberkesanan kerajaan (Government Effectiveness Index) sepertimana juga dipraktikkan oleh badan antarabangsa seperti World Bank.
Sehubungan ini, sukacita memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, apakah langkah-langkah atau pelan tindakan untuk meningkatkan tahap pembangunan produktiviti khususnya di jabatan-jabatan kerajaan?
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jabatan Perdana Menteri sebagai agen yang utama dan unggul bagi memperkasa dan menerajui ekosistem dasar kerajaan yang berkesan yang didukung oleh semua kementerian-kementerian dan juga jabatan-jabatan kerajaan dalam jentera kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Sebagaimana juga dalam misi Jabatan Perdana Menteri dalam pelan strategik Jabatan Perdana Menteri 2021-2024 yang menggariskan Jabatan Perdana Menteri menerajui pembentukan, penyelesaran dan pelaksanaan dasar dan keutamaan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Peratuan Negara Brunei Darussalam.
Sehubugan dengan ini, koala juga ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, setakat manakah Jabatan Perdana Menteri as a leading agency mempergiatkan usaha dalam menyelarasakan atau mensejajarkan dasar-dasar atau polisi-polisi kerajaan untuk memastikan semua kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan mendukung dan melaksanakan tugas di bidang kuasa masing-masing untuk kita bersama-sama merealisasikan atau menjayakan sesuatu dasar yang lebih berkesan dan mendatangkan impak yang signifikan serta efektif bagi mencapai sasaran yang dihasratkan, misalnya di sini kaola perkara ini telah pun disentuh iaitu bagaimana 'kitani' untuk menarik lebih banyak lagi pelabur-pelabur di negeri ini dan untuk mempromosi industri pelancongan di negara ini.
Itulah, kaola tidak akan mempanjangkan perkara ini, itu kaola ingin penjelasan sahaja macam mana cara 'kitani' untuk meningkatkan pensejajaran dan penyelarasan semua sekali kementerian dan agensi-agensi kerajaan supaya kita dapat menuju pencapaian yang satu-satu dasar kerajaan.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ingin menyentuh di sini Jawatankuasa Audit. Pada ingatan kaola, Jawatankuasa Audit pernah diwujudkan yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri beberapa tahun yang lalu yang membincangkan mengenai laporan audit yang disediakan oleh Jabatan Audit.
Kaola berpendapat jawatankuasa ini perlulah diwujudkan kalau ia belum wujud lagi atau direvive. Ia adalah sangat penting di mana antara lainnya menilai laporan audit dan hasil pengauditan kepada agensi-agensi kerajaan dalam mengenal pasti punca sebarang penyelewengan ataupun pelanggaran yang bertentangan dengan peraturan-peraturan kewangan apatah lagi yang melibatkan kerugian kepada pihak kerajaan.
Di samping itu, membuat penilaian bagi sokongan untuk diambil tindakan yang sewajarnya. Jawatankuasa Audit ini seterusnya akan mencadangkan langkah-langkah pembaikan dan tindakan yang sewajarnya diambil untuk memperkesankan lagi tadbir urus yang berintegriti, bertanggungjawab dan lebih efisien, efektif dan dinamik dalam jentera Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Dalam perkara ini, kaola memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Sekali lagi, adakah jawatankuasa masih diwujudkan dan apakah fungsi dan peranannya?
Setakat ini, apakah kalau ia wujud, apakah keberkesanan, peranan dan fungsi Jawatankuasa Audit ini untuk memastikan keseluruhan agensi-agensi kerajaan dalam mematuhi peraturan-peraturan kewangan dalam memperkasakan urustadbir dan pengurusan hal ehwal kewangan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya?
Mohon juga kepastian, sejauh manakah 'pembarigaan' dan penyebaran tentang kefahaman untuk diserapkan kepada semua peringkat pegawai dan kakitangan termasuk peringkat executive dan management bagi memahami dan berpengetahuan dalam pengurusan hal ehwal kewangan dan perkara-perkara yang berkaitan menurut peraturan-peraturan kewangan bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan, penyelewangan dan juga kegiatan yang tidak diingini seperti rasuah dan seumpamanya.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. نڬارا كيت Brunei Darussalam memanglah kaya dengan adat istiadat dan menjadi ristaan turun temurun. Namun, generasi pada masa ini sebilangannya kaola sendiri nampak sudah kurang mengambil perhatian dan kurang peka atau faham mengenai dengan adat istiadat yang berunsurkan 'kebruneian'.
Usaha untuk memberikan kefahaman mengenai adat istiadat dan Melayu Islam Beraja ini mestilah kita teruskan dan dipertingkatkan. Apa yang juga dipahami dan dipraktikkan adalah tidak dinafikan jabatan-jabatan seperti Jabatan Adat Istiadat, Pusat Sejarah, Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja melalui majlis ilmu, pembentangan dan muzakarah, melalui majlis ceramah-ceramah dan kursus-kursus telah pun juga diadakan kepada sekolah-sekolah, institusi-institusi dan mereka-mereka yang berkepentingan.
Dalam perkara ini, kaola juga ingin mencadangkan supaya dibanyakkan lagi buku-buku rujukan atau penulisan secara lengkap dan komprehensif mengenai adat istiadat kebruneian yang kita dapat nanti إن شاء الله dapat dijadikan sebagai bahan rujukan dan ristaan zaman berzaman.
Dengan demikian, adat istiadat kita yang sudah termasyhur turun temurun akan sentiasa terjaga dan terpelihara. Di sini juga, kaola ingin melihat dalam topik Jabatan Istiadat yang menunjukkan indicator jumlah taklimat mengenai pengetahuan kefahaman adat istiadat adalah tidak begitu memberangsangkan pertambahannya.
Kaola melihat di antara tahun 2023 hingga 2027, hanya pertambahan tiap-tiap tahun satu tambahan sahaja. Misalnya, dalam tahun 2022/2023, 2024/2025 dan 2025/2026, maka kaola mengambil kesempatan di sini kalau dapat 'kitani' usahakan lagi bagi mempertingkatkan lagi usaha ini dari semasa ke semasa kerana perkara ini adalah sangat mustahak untuk 'kitani' 'barigakan' dan disebarluaskan yang berhubungkait dengan adat istiadat kebruneian di kalangan stakeholders yang berkepentingan sama ada di sektor swasta mahupun pemimpin-pemimpinakar umbi dan lapisan rakyat Negara Brunei Darussalam.
Sama ada 'kitani' boleh lakukan melalui media massa, kursus-kursus, majlis ilmu dan diubahsuai diperbaharui selari dengan peredaran dan kehendak semasa. Jadi, sekali lagi kaola ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesempatan dalam majlis ini dan disudahi dengan واللة التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بسم الله الرحمن الرحيم
أحمدك يارب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera. Kaola terlebih dahulu ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi laluan kepada kaola untuk turut serta membincangkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di dalamnya.
Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II di atas mukadimah yang disampaikan yang begitu panjang lebar dan terperinci. Kaola mengucapkan tahniah di atas inisiatif-inisiatif yang telah mahupun yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Perdana Menteri dalam memperkesankan lagi fungsi Jabatan Perdana Menteri selaku lead and coordinating agency.
Yang Berhormat Pengerusi, dalam Belanjawan 2024/2025, Jabatan Perdana Menteri telah menetapkan 8 program. Yang menarik perhatian kaola ialah program baharu iaitu yang berkaitan dengan hal ehwal Wawasan Brunei 2035 yang bertujuan untuk mengurus dan memantau perkembangan pelaksanaan Wawasan Brunei 2035 dan sustainable development goals.
Tahniah di atas penubuhan semula dan pengukuhan bahagian ini. Kaola hanya ingin memohon pencerahan mengenai persoalan yang berkaitan dengan program ini. Berasaskan data-data yang terkumpul oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik dan laporan-laporan yang dibentangkan oleh Institusi Kewangan Antarabangsa dan Serantau seperti IMF, AMRO_dan _ADB.
Secara keseluruhannya, jika dibandingkan dengan glidepath ataupun langkah-langkah yang telah diusahakan oleh negara sehingga ini, apakah penilaian ataupun assessment Jabatan Perdana Menteri mengenai pencapaian negara dalam memenuhi sasaran-sasaran Wawasan Brunei 2035 setakat ini?
Dalam erti kata yang lain, di manakah tahap negara ketika ini dalam menepati sasaran Wawasan Brunei 2035 ini? Bagi kaola apa yang penting juga ialah impaknya on the ground yang mana penilaian berterusan perlu dibuat secara saksama dan telus dari segi kesannya kepada semua pihak-pihak yang berkepentingan terutamanya yang melibatkan kehidupan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk.
Oleh itu, kaola seterusnya memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, apakah bentuk penilaian yang telah dilaksanakan untuk menyukat pencapaian ini terutamanya mengenai impak sebenarnya on the ground dan sama ada impak assessment ini juga dinilai oleh pihak ketiga?
Perkara kedua ialah mengenai apa yang kaola namakan sebagai '3P' pekerjaan, pengangguran dan pembasmian kemiskinan. '3P' ini adalah berkaitan dengan social blueprint yang diterajui oleh Jabatan Perdana Menteri. Perkara ini adalah saling berhubungkait dan benar-benar memberikan impak yang mendalam bagi kehidupan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini.
Seperti yang dimaklumi, isu pekerjaan, pengangguran dan kemiskinan ini adalah sinonim juga dengan isu pertumbuhan ekonomi. Jika ekonomi berkembang dengan baik dan maju, pertumbuhan yang menggalakkan dan pesat, sudah setentunya ia akan menghasilkan banyak peluang-peluang pekerjaan dalam semua peringkat dan sektor.
Ini sedikit sebanyak akan mengurangkan jumlah rakyat dan penduduk yang berada dalam kategori kemiskinan. Namun demikian, pada hemat kaola isu ini juga memerlukan penelitian yang komprehensif kepada faktor-faktor yang penyebab lain yang berkaitan, yang antara lainnya termasuk seperti budaya hidup (life style), budaya kerja, dasar perumahan, dasar pendidikan, dasar buruh dan gaji minima, dasar perbankan, welfare dan system safety net negara, jati diri, mindset dan lain-lain.
Oleh itu, kaola ingin memohon pencerahan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II mengenai way-forward dan tindakan-tindakan yang telah, sedang dan yang akan dilaksanakan oleh agensi-agensi yang berkepentingan dalam menangani isu ini secara holistic. Kaola berpendapat isu ini adalah cross-cutting issue yang memerlukan concerted, integrated dan coordinated effort serta penyelarasan tindakan dari semua pihak yang terlibat.
Ketiga, mengenai inisiatif Jabatan Perdana Menteri untuk meningkatkan produktiviti penjawat-penjawat awam telah pun disentuh oleh rakan Ahli-Ahli yang Berhormat di sini tetapi belum lagi dijawab. Jadi, kaola tidak lagi membangkitkan perkara ini kecuali memohon pencerahan Jabatan Perdana Menteri sama ada adakah perancangan Jabatan Perdana Menteri untuk meneliti semula (review) Civil Service Framework yang ada pada ketika ini untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa terutamanya untuk menyelaras dengan transformasi digital negara ke arah pencapaian Connected Smart Nation dan dalam waktu yang sama untuk menjadikan ekosistem business di negara ini lebih kondusif?
Misalnya dengan mengadakan flexi hours bagi penjawat-penjawat awam bagi menangani kemaslahatan ibu bapa ketika menghantar dan mengambil anak-anak mereka berikutan pengintegrasian mata pelajaran ugama dan mata pelajaran biasa.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola mengucapkan tahniah di atas program-program pembangunan nilai insan yang telah dan akan diusahakan oleh Jabatan Perdana Menteri dalam meningkatkan kapasiti penjawat-penjawat awam.
Kaola sendiri berpendapat ianya bukan sahaja akan memerlukan pembaikan pada hardware support perkhidmatan awam secara menyeluruh, akan tetapi yang penting juga ialah pengukuhan peraturan dan dasar serta peningkatan upgrading competency, productivity dan effectiveness warga kerjanya supaya ianya akan menghasilkan service ready penjawat-penjawat awam.
Oleh itu kaola mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II mengenai usaha strategik Jabatan Perdana Menteri untuk mengenal pasti pegawai-pegawai yang berprestasi tinggi sebagai future leaders yang bukan sahaja telah teruji kewibawaan, pengalaman dan kepakaran mereka dalam bidang masing-masing malahan yang mempunyai integrity, credibility dan discipline yang tinggi, berkelakyan, forward-looking dan berfikiran strategik serta mempunyai kebolehan untuk memahami issue on the ground.
Kaola berpendapat dengan adanya pengenalpastian polished diamonds, high flyers dan rising star ini ianya akan membolehkan Jabatan Perdana Menteri untuk meningkatkan kapasiti pegawai-pegawai ini dan mengadakan subsection plan yang teratur, tulus dan teruji.
Yang terakhir mengenai pencapaian MPEC, yang mana dalam petunjuk prestasi utama sasaran ialah bagi pengambilan pekerja tempatan sektor awam dan swasta sebanyak 12,635 orang setahun. Setakat ini أَثْرُهُ بِالْأَحْرَى laporan-laporan yang dikongsikan oleh JobCentre nampaknya agak menggalakkan tetapi on the ground maklum balas dari orang ramai terutamanya para ibu bapa dan pencari-pencari pekerjaan sendiri nampaknya berbeza dengan laporan yang diberikan.
Oleh itu kaola ingin mohon pencerahan, adakah kemungkinan yang sebahagian pencari-pencari pekerjaan ini tidak diliputi ataupun outside the radar dan tidak dikongsi sama ataupun captured oleh JobCentre? Apakah usaha-usaha kerajaan untuk memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan baru dan berkualiti di semua sektor awam, swasta, GLC's dan FDI terutamanya diperinkat HND dan pemegang-pemegang ijazah?
Perkara ini juga pernah ditekankan dalam laporan IMF Article IV Consultation 2023 bagi Negara Brunei Darussalam, di mana terdapat kebimbangan (concern) IMF terhadap inisiatif kerajaan yang banyak dijuruskan atau dipusatkan kepada mengisikan jawatan low paid jobs. Perkembangan ini menjadi cabaran kerana sebilangan pemegang-pemegang ijazah dan belia- belia yang memasuki pasaran kerja terpaksa menerima gaji yang lebih rendah dari kelulusan tertinggi mereka, yang kesannya akan menjejasikan domestic consumption dan inter-generational equity.
Sekian, (missing jawi words)
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II untuk memberikan respons kepada soalan-soalan yang telah pun dikemukakan oleh empat orang Ahli-Ahli Yang Berhormat tadi. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terutama sekali kaola ingin menyampaikan ucapan banyak terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed yang telah mengetengahkan isu-isu yang dihadapi oleh negara dari sudut pengangguran dan perkara ini kaola kira adalah mengenai dengan MPEC, yang mana kaola yakin rakan sejawat kaola Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II selaku menerajui MPEC ini akan bersedia untuk menyampaikan dan pencerahan mengenainya.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terlebih dahulu kaola ingin mengucapkan terima kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat atas soalan-soalan yang diajukan tadi.
Sebahagiannya menyentuh mengenai dengan pengangguran dalam negeri, ada juga yang satu dua soalan mengenai dengan Jawatankuasa Audit dan kaola ingin terus juga menjawab soalan-soalan tersebut.
Terlebih dahulu kaola ingin merujuk kepada soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed mengenai dengan kadar pengangguran dan strategi atau langkah-langkah yang telah diambil atau akan diambil pihak MPEC setelah kontrak para-apprentice i-Ready berakhir.
Kaola terlebih dahulu kongsikan penjelasan lebih lanjut mengenai dengan kadar pengangguran yang mana ianya adalah berdasarkan kepada Kajian Tenaga Kerja (KTK). KTK ini dijalankan berdasarkan kaedah pensampelan sistematik dan data yang diperolehi adalah calibrated berdasarkan penduduk di negara ini.
Kadar pengangguran adalah mengambil kira jumlah penganggur, iaitu golongan yang tidak bekerja dan sedang mencari pekerjaan daripada jumlah tenaga kerja. Menyentuh mengenai soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi, iaitu individu yang sedang bekerja tidak kira sama ada pay-scale yang diterima tidak berdasarkan pencapaian pendidikan mahupun bekerja di dalam jenis pekerjaan sementara atau Program Perantis. Mereka adalah dikira sebagai golongan yang bekerja dan adalah termasuk sebagai sebahagian daripada tenaga kerja.
Pengiraan ini adalah selaras dengan methodology piawaian antarabangsa ataupun dari International Labour Organization yang biasanya diguna pakai oleh di negara-negara lain termasuk negara 'kitani'.
Selain itu, beberapa negeri lain seperti negeri-negeri jiran ini juga mengukur kadar pengangguran jangka masa panjang atau juga dikenali sebagai long term unemployment rate. Kadar tersebut mengambil kira hanya golongan yang tidak bekerja, sedia untuk bekerja dan sedang mencari pekerjaan bepanjangan selama tempoh satu tahun atau lebih. Bagi Negara Brunei Darussalam ﷲ ﷻ kadar pengangguran jangka masa panjang telah menunjukkan trend yang menurun, iaitu dari 4.3% pada tahun 2019 kepada 2.4% pada tahun 2022.
Mengenai dengan soalan seterusnya, iaitu mengenai strategi atau langkah-langkah yang telah diambil atau akan diambil oleh pihak MPEC setelah kontrak para perantis i-Ready berakhir. ﷲ ﷻ pihak Sekretariat Tetap MPEC melalui JobCentre Brunei telah dan sedang melaksanakan beberapa usaha ke arah memastikan individu-individu ini tidak perlu berbalik semula kepada pengangguran. Untuk makluman Yang Berhormat Pengerusi, objektif utama Program Perantis i-Ready adalah untuk memberikan pengalaman dan kemahiran kerja di sektor swasta mahupun kerajaan selama 18 bulan. Pada masa yang sama juga, ia dapat membantu dalam meningkatkan marketability dan employability graduan-graduan tempatan.
Dalam memastikan tahap kualiti Program i-Ready sentiasa terjamin serta meningkatkan bilangan anak tempatan mendapat pekerjaan, pihak JobCentre Brunei telah mengambil beberapa langkah-langkah iaitu:
Memperketatkan lagi proses pemilihan syarikat yang mengikuti program ini seperti mengutamakan syarikat-syarikat yang memberikan Conditional Offer of Employment setelah selesai tempoh perantisan. Setakat ini, sebanyak 70% perantis di sektor swasta telah ditawarkan Conditional Offer of Employment.;
Nama-nama perantis ini juga dimasukkan ke dalam senarai pencari kerja atau talent pool di JobCentre Brunei dan dikongsikan dengan syarikat-syarikat yang mencari pekerja tempatan dari masa ke masa, melalui usaha job matching.; dan
Para perantis juga digalakkan juga mengikuti inisiatif-inisiatif pembangunan kapasiti yang dijalankan oleh Sekretariat Tetap MPEC seperti Program Skills Plus dan inisiatif yang diungkayahkan bersama Manpower Industry Steering Committe.
بِسْمِ ٱللَّٰهِ dengan usaha berterusan dari semua pihak, ia akan dapat sama-sama membantu dalam menangani isu pengangguran khususnya kepada anak-anak tempatan seperti yang dihasratkan.
Seterusnya, untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub mengenai dengan soalan sara hidup, taraf hidup rakyat dan sebagainya. Jadi kaola ingin mengongsikan bahawa kajian khusus bagi pendapatan isi rumah mengikut kategori, JPES memang menjalankan kajian setiap 5 tahun.
Pada masa ini, Kajian Perbelanjaan Keluarga KPK 2023/2024 sedang dijalankan bermula pada 1 Ogos 2023 hingga 31 Julai 2024. KPK ini pada asalnya dijalankan pada tahun 2020/2021 dan ditundakan disebabkan penularan pandemik COVID-19.
Objektif utama kajian ini ialah untuk mengumpul maklumat terkini mengenai corak perbelanjaan dan tahap pendapatan keluarga. Maklumat daripada kajian ini nanti akan dapat digunakan sebagai maklumat penting dalam membantu perancangan, penyelidikan, penyediaan dasar dan pengurusan sosio ekonomi negara.
Hasil daripada kajian ini boleh digunakan sebagai input Kos Minima Keperluan Asas ataupun KMKA untuk mengira kos minima bagi menyara keperluan asas harian bagi golongan yang berpendapatan rendah.
Seterusnya mengenai soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai dengan Jabatan Perdana Menteri sebagai leading agency, terutama sekali atasi isu unemployment pengangguran, ekonomi dan sebagainya.
Jadi kaola ingin mengongsikan memang Jabatan Perdana Menteri ataupun melalui juga Kementerian Kewangan dan Ekonomi sentiasa bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain untuk meningkatkan lagi usaha 'kitani' ataupun strategise lagi dasar-dasar 'kitani' untuk 'kitani' lebih berjaya untuk menarik pelabur-pelabur dari negeri-negeri asing.
Jadi perkara ini memang satu usaha berterusan yang di coordinate di bawah Economic Blueprint. Memang terlibat semua pihak seperti kaola pernah kongsikan di Dewan yang mulia ini, membangun ekonomi atau sama-sama menarik FDI ke dalam negeri ini, adalah tanggungjawab semua pihak.
Itulah kerjasama di antara semua kementerian dan juga pihak swasta adalah penting untuk 'kitani' sama-sama menjayakan agenda tersebut.
Seterusnya, soalan juga daripada Yang Berhormat tadi mengenai dengan Jawatankuasa Audit. Untuk mengongsikan sebelum ini, memang Jawatankuasa Audit memang diteruskan berfungsi.
Pada Ogos 2020, nama Jawatankuasa Audit ditukar nama jadi Jawatankuasa Audit Kebangsaan. Jadi sebelum itu, dari tahun 2016 ada juga satu Jawatankuasa Ad Hoc Disiplin ditubuhkan.
Jadi memandangkan keahlian bagi kedua-dua jawatankuasa ini lebih kurang sama, jadi pada September tahun 2022, kedua-dua jawatankuasa ini digabungkan menjadi satu jawatankuasa sahaja, dinamakan Jawatankuasa Audit Kebangsaan dan ataupun Jawatankuasa Audit Kebangsaan dan Ad Hoc Disiplin.
Setakat ini, sejak kaola sendiri mempengerusikan jawatankuasa tersebut, telah mengadakan 8 mesyuarat dalam 2-3 tahun yang lepas ini. Jadi dalam jawatankuasa ada juga mengatasi isu laporan-laporan dari Jabatan Audit sejumlah 166 laporan.
Pada masa ini, 59 laporan telah selesai, jadi yang tinggal lebih kurang 100 lebih laporan masih lagi dalam perbincangan dengan Jabatan Audit. Memang ini satu usaha yang diteruskan untuk menyelesaikan laporan-laporan audit memandangkan kebanyakan isu-isu dalam laporan audit ini ada menyentuh mengenai dengan Peraturan Kewangan Kerajaan sama ada rasuah ataupun salah guna kewangan.
Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah ada beberapa sesi perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan, sama ada yang terlibat dalam laporan audit ataupun 'inda'. Jadi Kementerian Kewangan dan Ekonomi rasa, adalah satu isu yang serius perlu 'kitani' mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan supaya apa yang 'kitani' sering lihat dalam laporan audit ini 'inda' akan terus terjadi.
Seterusnya, mengenai dengan soalan dari Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim mengenai dengan pencapaian Wawasan Brunei 2035 setakat ini. Tidak dinafikan, pada masa ini memang 'kitani' semua faham Wawasan Brunei 2035 dilancarkan pada tahun 2007, ini sudah setengah masanya sudah 'lapas'.
Jadi apa yang tinggal 'atu ganya' 11-12 tahun lagi. Jadi perlulah 'kitani' merebiu balik kalau sekiranya 'kitani' masih lagi kan mencapai apa yang dihasratkan dalam Matlamat-Matlamat di bawah Wawasan ini, perlulah 'kitani' merebiu juga balik KPI dan sebagainya.
Jadi walau bagaimanapun, nampaknya jua dalam setahun dua tahun ini pun ada kejayaan. Seperti Matlamat I, rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan Berjaya, mengenai dengan Matlamat ini, negara 'kitani' telah mencatat peningkatan dalam penilaian Programme for International Student Assessment (PISA) 2021 yang mana telah dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan sebelum ini, dalam mana score ketiga-tiga domain jika dibandingkan dengan kajian PISA 2018 iaitu 442 bagi Matematik, 429 bagi Membaca dan 446 bagi Science.
Di antara negara-negara ASEAN yang ikut serta, Negara Brunei Darussalam berada di kedudukan antara tiga negara teratas dalam semua domain PISA 2022. Mengenai dengan Matlamat II, Negara Brunei Darussalam berada dalam kedudukan ke 51 daripada 191 buah negara yang dikategorikan sebagai negara yang mempunyai very high human development menurut laporan Indeks Pembangunan Manusia yang dikeluarkan oleh United Nation Development Programme bagi tahun 2021/2022.
Jadi bagi Matlamat III, iaitu ekonomi dinamik yang berdaya tahan. Bagi kaola untuk menjawab soalan ini, kaola pernah kongsikan jua membangun satu ekonomi bukannya hanya dapat dicapai dalam dalam masa yang pendek, ini memang perlu 'kitani' teruskan usaha 'kitani'.
Jadi kaola sudah mengongsikan beberapa faktor-faktor mikro ekonomi di Dewan yang mulia ini dalam beberapa hari yang lalu, jadi 'inda' perlu lagi kaola mengulangi lagi. 'Ganya' "kitani" menyentuh saja sedikit mengenai dengan pertumbuhan non-oil and gas sector yang berterusan dalam 7 tahun kebelakangan mencapai on average 4.3%, 7 tahun on average. Jadi ini sudah nampaknya usaha 'kitani' untuk diversify ekonomi "kitani" ini sudah nampak ada pencapaian. Tapi perkara ini memang mesti "kitani" teruskan lagi. Pengangguran dari 9.3% tahun 2011 hingga masa ini 5.2% pada tahun 2022.
Itu sudah 'kitani' nampak ada usaha dari kerajaan untuk menurunkan pengangguran. Tidak dinafikan masih juga ada sejumlah orang ramai 'kitani' belum mendapat pekerjaan, dan ini terus menjawab jua soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim mengenai dengan usaha MPEC. Jadi, apa yang penting 'kitani' melihat, adakah kerajaan terus mengusahakan untuk mengatasi isu pengangguran kah inda, jadi ini 'kitani' melihat statistik dalam beberapa tahun yang kebelakangan ini sudah nampak kadar ini 'mikin' menurun.
Jadi inilah, kalau sekiranya ada masih yang rasa 'indung'kah atau pencari kerja masih rasanya mungkin ia 'inda' termasuk radar boleh 'diorang' mendaftar dirinya dengan JobCentre Brunei ataupun berjumpa kepada MPEC.
Pada masa ini, fasiliti-fasiliti di MPEC termasuk JobCentre Brunei pun telah disediakan supaya mudah orang ramai kunjungi ke JobCentre Brunei ataupun MPEC sama-sama mengongsikan information dan sebagainya. Jadi, ini digalakkan, mana-mana pihak yang rasanya belum lagi lebih faham apa peranan MPEC ataupun JobCentre Brunei, boleh datang ke JobCentre Brunei atau MPEC. Jadi MPEC pun sentiasa mengadakan roadshow ataupun recruitment fair dan sebagainya di shopping centre dan sebagainya. Ini memang sebelum itu diadvertise dalam surat akhbar dan sebagainya ataupun Instagram dan sebagainya, mungkinlah kalau bagi yang pencari kerja ini yang serious mustahil akan missed this advertisement-advertisement yang dikongsikan dengan orang ramai itu.
Kalau sekiranya ia minat 'benar-benar', bolehlah jumpa di JobCentre Brunei. Jadi, بِنَاءَكُمْ perkara ani memang 'kitani' akan teruskan, kerajaan 'inda' kira stop memikirkan ideas-ideas yang baru yang pada masa ini jua 'kitani' memikirkan juga jawatan-jawatan yang dipegang oleh pekerja asing di peringkat tinggi, di peringkat professional, manager, engineering technician level. Jadi 'kitani' pun jua Ada Manpower Industry Steering Committee.
Pada masa ini, ada beberapa komiti ditubuhkan untuk 'kitani' memikirkan kemungkinan ada sebahagian pekerjaan itu boleh diganti oleh anak-anak tempatan seperti construction, accountancy dan sebagainya. Jadi pada masa ini, ada sudah 5-6 Manpower Industry Steering Committee bekerjasama dengan pihak swasta dan trainers dari pihak swasta. Sama-sama 'kitani' mencari peluang untuk mengganti jawatan-jawatan yang pada masa ini dipegang oleh pekerja asing oleh anak-anak tempatan 'kitani'.
Dan seterusnya dikongsikan jua, ada beberapa program pembangunan tenaga manusia yang sedang dijalankan oleh MPEC seperti Skill Plus, SPIN in Accountancy dan sebagainya. Jadi ada lagi satu because nampak ada dari statistik ada sebahagian pekerja ini, ia 'inda' berapa tahan lama. Jadi ada sekajap bekerja 3 bulan berheanti dan sebagainya. Jadi, bagi pekerja tersebut, 'kitani' ada jua satu program dinamakan Program Jati Diri berkerjasama PKBN supaya 'diorang' lebih berdisiplin.
Jadi nampaknya, sejak program ini ditubuhkan pada tahun 2021, nampaknya hasilnya sudah ada positif. Jadi satu soalan dari Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim mengenai dengan cukup kah 'kitani', pekerja 'kitani' 'cemana' 'kitani' menolong 'diorang' dapat certificate dalam HND, TVET. Ini memang isu ditimbulkan dalam perbincangan dengan beberapa pihak yang berkepentingan.
Kalau 'kitani' meliat statistik 'kitani', mengikut economic development yang dirancangkan pada masa ini, kalau mapping ia ke 5 tahun yang akan datang, 'kitani' kalau berjaya dengan FDI yang target untuk dibawa ke Negara Brunei Darussalam ini, dalam 5 tahun yang akan datang 'kitani' akan ada kekurangan graduan dari TVET dan HND.
Jadi at the same time, kalau 'kitani' setiap tahun 'kitani' melihat school dropout. School dropout ini on average 1800 orang, inilah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim tadi. School dropout ini bagaimana 'kitani' menolong mereka supaya mereka sekurang-kurangnya dapat meningkatkan lagi kemahiran, meningkatkan lagi skillnya, meningkat lagi peluang mereka untuk mendapatkan kerja yang lebih berkualiti dan pendapatan yang lebih tinggi.
Ini satu usaha yang akan diteruskan dan ini akan bekerjasama dengan IBTE dan Politeknik Brunei supaya mana-mana school dropout tidak tergantung begitu saja, jadi 'kitani' akan memikirkan satu tarikan supaya mereka ini terus, mungkin juga dari sekolah biasa mungkin minatnya bukannya untuk belajar seperti subjek-subjek di sekolah biasa, mungkin ada interest kepada more hands on, TVET dan sebagainya. Jadi inilah 'kitani' bukakan peluang lagi supaya mereka dapat meningkatkan lagi kemahiran, mendapatkan qualification.
Perkara ini juga membantu pembangunan ekonomi 'kitani' seperti yang kaola kongsikan tadi, kalua ikut mana-mana economic development yang 'kitani' hasratkan dalam 5 tahun ini, kalau sekiranya 'kitani' berjaya 'kitani' mungkin akan berkurangan pekerja di peringkat HND dan TVET. Itu sahaja yang dapat kaola kongsikan setakat ini. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Yang Berhormat Pengerusi, kaola akan menambah sedikit. Kaola berterima kasih kepada rakan sejawat atas jawapan-jawapan tersebut walaupun ia khusus kepada bidang Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Amin Liew bin Abdullah.
Namun demikian, kaola berharap tadi akan menjawab satu per satu daripada Yang Berhormat itu dan kaola ingin menambah saja mengenai soalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @Tekpin bin Ya'akub mengenai dengan pembangunan dan kemajuan sosial memanglah merupakan misi jangka panjang Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Jabatan Perdana Menteri mempunyai komitmen yang kukuh terhadap kesan positif yang berkekalan telah memberikan jaminan pembangunan sosial negara ini, JPM akan sentiasa membuat pemantauan dan penilaian berterusan untuk memastikan keberkesanan strategi dan program-program yang dilaksanakan khususnya dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat negara ini.
Kaola mengambil baik saranan Yang Berhormat itu dan sangat menghargai keprihatinan serta penglibatan semua pihak dalam hal ini dan JPM إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ akan memastikan kerjasama berterusan dengan semua pihak termasuk juga komuniti dan masyarakat sivil dan agensi-agensi berkenaan seperti JAPES, KKBS dan JAPEM Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk mengumpul maklumat seperti Yang Berhormat cadangkan dan menggabungkan pelbagai perspektif dan penggubalan dasar yang efektif.
Mengenai soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof sudah sebahagiannya dijawab oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Namun demikian soal transformasi dan pemodenan rangka kerja perkhidmatan awam dan keupayaannya sedikit sebanyak telah pun disentuh dalam mukadimah dan mengenai dengan kajian menyeluruh prestasi pekerja perkhidmatan awam ini sudah jua dilaksanakan dan akan diteruskan dengan kaedah-kaedah baharu dan بِسْمِ ٱللَّٰهِ pencerahan-pencerahan yang perlu dibuat akan dapat abiskaola terangkan sama ada secara bertulis atau di sesi yang berlainan.
Yang kedua, ada juga Yang Berhormat bertanya setakat mana pensejajaran kementerian-kementerian dengan JPM dalam menghala tujuukan prestasi perkhidmatan awam ini. Seperti juga dalam mukadimah ada menyatakan bahawa ada beberapa living document sebagai sandaran dan panduan terutama 'kitani' berpandukan kepada Wawasan Brunei 2035 dan dikuatkan dengan adanya 3 blueprints pada masa ini dan juga tiap-tiap kementerian mengemaskinikan ataupun membuat, menggubal rancangan strategik masing-masing yang mana ditunduki oleh JPM dan yang peringkat terakhirnya ialah SUT Platform masih juga berjalan seperti yang sebelumnya dan di sanalah perkara-perkara ini masih dapat dibincangkan dan dapat diusahakan.
Isu-isu lain seperti audit telah pun dijawab oleh rakan sejawat tadi dan kaola pun menyambut baik jua pengamatan yang dibuat oleh Yang Berhormat mengenai dengan adat istiadat yang berunsurkan kebruneian yang mana mungkin sudah ada kekurangannya kerana generasi sekarang telah pun berhadapan dengan cabaran-cabaran persekitaran yang baharu, yang lain dan mungkin perkara itu juga perlu Jabatan Adat Istiadat membuatkan pendekatan yang baharu juga selain daripada 'memberigakan' apa-apa yang sudah sebagaikan adat kepada penuntut dan sekolah.
Dan dalam Istiadat Perkahwinan Diraja belum lama ini juga secara whole of government antara Jabatan Penerangan dan juga Radio Televisyen Brunei termasuk Jabatan Adat Istiadat juga seberapa banyak yang boleh membarigakan ataupun mengenalkan mengenai dengan adat-adat Brunei lama khususnya Adat Perkahwinan Diraja melalui pengenalan kepada Alat-Alat Kebesaran Diraja diperjelaskan dan sebagainya. Inilah antara satu inisiatif dengan yang demikian pengamatan Yang Berhormat itu adalah diambil maklum dan akan dibuat dengan sebaiknya jua.
Mengenai perkara-perkara yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim juga banyak telah pun diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, namun demikian apa-apa yang dikirakan masih lagi perlu untuk ditunduki, abiskaola akan cuba menerangkannya jua di suatu kesempatan yang berseuaian.
Selain daripada cadangan Yang Berhormat untuk melihat flexi hour dan pengintegrasian pelajaran ugama ini, barangkali juga 'kitani' jangan lupa bahawa COVID-19 telah pun memberi hikmat dan pengajaran yang banyak jua khususnya dalam bagaimana cara untuk menggunakan kaedah-kaedah online digital dan sebagainya dan juga business continuity plan tanpa bekerja di tempat kerja itu mungkin perkara-perkara ini dapat juga diserasikan dan diberikan synergy tertentu kepadanya.
Namun demikian yang lain-lain seperti pemilihan pegawai yang berpotensi itu tidak akan diketepikan malahan diberikan keutamaan seperti fahaman Yang Berhormat polished diamonds ini mesti diutamakan. إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ itulah antara lain sebagai tambahannya Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk memberikan sedikit penerangan mengenai dengan perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat yang berkenaan tadi. Silakan.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ وَٱلصَّلَاةُ وَٱلسَّلَامُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menambah sedikit saja mengenai persoalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohammad Danial @ Tekpin bin Ya’akub mengenai dengan kajian tahap kehidupan di Negara Brunei Darussalam.
Pada masa yang sama kaola ingin menarik perhatian pada statement Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim tadi mengenai dengan dari sudut makronya memanglah pertumbuhan ekonomi memainkan peranan, ia akan membuka ruang-ruang, peluang-peluang pekerjaan dan sudah setentunya ia akan membuka lebih banyak peluang-peluang untuk masyarakat golongan sasaran untuk mencapai tahap mandiri.
Jadi pihak kerajaan pada umumnya memang tidak 'camah mata' dan mengeluarkan dan menghulurkan pelbagai-bagai bantuan kepada golongan sasaran yang memerlukan bantuan berkenaan.
Walau bagaimanapun, kaola ingin menarik perhatian kepada sudut mikronya. Dari sudut mikronya kaola ingin mengongsikan bahawa mana-mana permohonan bantuan adalah disalurkan kepada Sistem Kebajikan Negara dan sistem ini merupakan sebuah program yang dikenali sebagai 'Power Business Intelligence'(Power BI).
Power BI ini adalah sebuah perisian yang dapat membantu dan mengumpulkan data-data yang terdapat di dalam sistem dan menyatukannya untuk menjadi sebuah 'papan pemuka' yang lebih interaktif bagi kemudahan analisis dan kajian ekosistem bantuan yang terperinci. Hasil kajian analisis ini dijalankan dengan data yang terdapat di dalam SKN dan apa gunanya? Ia akan boleh membantu dalam mengenal pasti corak dan pola kemiskinan di negara ini.
Salah satu contoh ingin kaola contoh analisis yang ingin kaola kongsikan, contoh penerima-penerima bantuan dari kalangan belia yang berumur 18 tahun hingga ke 40 tahun yang dikategorikan sebagai able-bodied, able to work (ABAW) atau sebenarnya apa yang 'kitani' ketahui sebagai mempunyai tubuh badan yang sihat dan berupaya untuk bekerja, yang berstatus kahwin maknanya ada tanggungan, tidak bekerja, tidak ada pendapatan dan bergantung kepada keseluruhannya kepada bantu kerajaan dan didapati seramai 207 penerima bantuan daripada jumlah keseluruhan sebanyak 13,277 pemohon bertaraf belia bersamaan dengan 1.6% iaitu angka yang didapati setakat 4 Mac 2024.
Jadi, ini sebagai satu contoh, dapatan seperti ini boleh membantu dan menyumbang kepada penggubalan dasar yang bersandarkan bukti atau fakta, (evidence-based policy formulation) mahupun pelaksanaan program-program intervensi yang lebih bersesuaian dan mengikut sasaran, ertinya customised dan targeted intervention serta memperbaiki mana-mana program mahupun projek yang sedia ada yang dapat dicadangkan dan ditangani oleh pihak-pihak berkenaan. Apa yang penting di sini kaola kongsikan, sebahagian besar daripadapenerima-penerima bantuan ini tidak ada mempunyai kelulusan, tidak ada dapat memenuhi kehendak-kehendak keperluan minima untuk 'durang' sama ada ia melanjutkan pelajaran, sama ada ia mendapatkan kelulusan kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan.
Jadi, dalam hubungan ini, melalui Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, ada terdapat Pusat Pembangunan Belia yang menjalankan program-program kemasyarakatan yang berunsurkan pemberian kemahiran.
Ertinya, memberi satu-satu kursus baik jangka pendek untuk memastikan mereka ini mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk ia mendapatkan pekerjaan yang bertepatan, sesuai dengan kemahiran yang ada dan dengan sendirinya melahirkan penerima-penerima bantuan yang keluar daripada kitaran penerima bantuan, ertinya golongan yang mandiri.
Jadi, itu yang kaola ingin kongsikan di sana. Kadang-kadang ada timbul soalan kenapa perlu 'durang' menghadapkan permohonannya melalui SKN? Jadi, kaola di sini ingin mengongsikan apa sebenarnya manfaat yang didapati daripada sistem SKN itu selain daripada menyalurkan pemohonan bantuan dan melahirkan masyarakat yang mandiri. Kenapa kaola ingin mengongsikan di sini, kerana soalan yang ditimbulkan tadi oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub itu tadi adalah sangat relevan mengenai tahap kehidupan rakyat dan sangat relevan untuk melihat peluang-peluang pekerjaan untuk melahirkan lebih ramai masyarakat yang mandiri.
Sekian, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola sekali lagi mohon maaf kerana terlampau banyak mengambil masa dan diucapkan terima kasih. والسلام عليكم ورحمة الله وبركته
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاْتُهُ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola mengambil kesempatan untuk menambah ataupun memberikan penjelasan kalau persoalan mengenai kemiskinan ini dihubungkan dengan usaha-usaha yang ada melalui agihan zakat misalnya. Ini ada hubungannya juga dengan SKN Yang Berhormat Pengerusi.
Dan hubungannya itu sudah pun dijelaskan di sana yang dapat kajian data-data di sana kalau dari segi orang menerima bantuan. Tetapi, menerima bantuan dengan menerima agihan berbeza Yang Berhormat Pengerusi. Menerima bantuan maknanya sudah tetap misalnya able-bodied. Kalau dalam pemohonan SKN ia akan terus dimigrate ke bahagian zakat Yang Berhormat Pengerusi. Kerana able-bodied tidak semestinya mempunyai pekerjaan, kerana tidak mahu bekerja saja atau memang ada sebab-sebab lain yang ia tidak bekerja.
Tetapi dari segi zakat, ia bukan menerima bantuan tetapi ia menerima agihan, agihan itu maknanya ada haknya daripada kumpulan wang zakat yang diserahkan oleh pengeluar-pengeluar zakat. Jadi, haknya itu dinamakan agihan. Jadi, agihannya itu mestilah diukur daripada keperluannya. Dari segi keperluan inilah, 'lakat' dari tahun 2015 memakai 'sukat-sukat' apa yang dinamakannya kos minimum keperluan asas.
Jadi, kalau kos minima keperluan asas itu tidak mencukupi daripada apa yang pendapatannya ataupun apa yang namanya kalau orang yang pencen ada gajinya dan sebagainya tidak mencukupi, maka mereka dengan sendirinya masuk ke dalam asnaf miskin. Dengan asnaf miskin itu mereka mendapat agihan zakat. Itulah keadaannya. Tapi satu yang jelas sekarang ini, suatu yang menarik dalam soalan ini tadi ialah perlunya ada data yang mengetahui untuk taraf kemiskinan.
Usaha ke arah itu sebagaimana diterangkan oleh rakan sejawat sebentar tadi, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, data itu boleh didapatkan daripada BI tadi sebagai satu analisa dan sebagainya. 'Ganya' yang diusulkan tadi itu yang disarankan ialah 'kitani' adakah sudah ada suatu ketetapan taraf hidup di Brunei ini? Ketetapan yang mana kalau macam misalnya tadi antara menerima bantuan dengan menerima agihan. Kedua-duanya keperluannya adalah di sana.
Jadi, perkara macam ini barangkali difikirkan bagi memudahkan lagi penyaluran atau penyantunan ke atas orang-orang atau kalangan-kalangan yang hidupnya memerlukan.
Kemudian dari segi kemiskinan, ini ada hubungannya dengan bukan saja apa namanya itu pekerjaan, tetapi adalah juga dengan keperluan perumahan Yang Berhormat Pengerusi. Jadi, kerana itulah keperluan perumahan ini diambil sebagai termasuk dalam sebahagian daripada makan, minum, pakaian dan perlindungan iaitu perumahan.
Mereka ini pun berhak mendapat agihan untuk mendapat perlindungan perumahan. Kerana itulah bantuan-bantuan perumahan dari segi sewa rumah sekitar ada 600 keluarga pada masa ini ditanggung oleh zakat dan perumahan yang dibangunkan sekitar lebih 100 dan ada lagi akan menyusul sebanyak itu.
ini dari segi zakat yang menyumbang kepada menyantuni orang-orang yang memerlukan ini Yang Berhormat Pengerusi. Bagaimanapun, perkara ini 'kitani' barangkali bersetujulah bahawa perkara rasional yang menghendaki penjelasan ataupun 'nya' orang kejelasan mengenai taraf hidup bagi 'kitani' bagi rakyat di Negara Brunei Darussalam ini.
Kaola selalu menyebutkan mungkin sebutan kaola ini sebagai layman dari segi orang ekonomi bahawa makin maju nanti 'kitani' akan mencapai 2035 itu, akan terjadi gap kemiskinan yang berada dan tidak berada akan ada. Jadi, berpandukan kepada pengalaman negara-negara yang maju, sebahagiannya gap ini semakin luas. Jadi, usaha untuk tidak meluaskan inilah sekarang ini yang mana Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sedang berusaha melalui mengatasi pengangguran, mewujudkan pekerjaan dan sebagainya. Tetapi, jangan 'kitani' 'nya' orang 'rapan-rapan' 'karang' pada 2035 telah mencapai kehidupan ekonomi yang tinggi, taraf hidup yang tinggi, tidak lagi ada kemiskinan, kaola rasa terlampau ideal juga itu Yang Berhormat Pengerusi. Itu saja yang dapat kaola tambah Yang Berhormat Pengerusi.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih atas jawapan-jawapan yang telah pun diberikan dan keterangan-keterangan lanjut yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya suka untuk mencadangkan supaya kita berhenti berehat selama 10 minit dan kita akan menyambung semula mesyuarat ini lagi nanti. إن شاء الله.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat disambung semula)
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang Majlis ini bersidang semula bagi meneliti dan menimbangkan Rang Undang-Undang (2024), Perbekalan 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
أَكْمَلَتْ sebelum rehat tadi, Mesyuarat Jawatankuasa telahpun mula membahaskan dan membincangkan sebahagian Tajuk di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sekarang kita akan menyambung perbahasan tajuk-tajuk di bawah kementerian ini, kita masih membincangkan tajuk-tajuk SAO1A dan SAO7A dan saya akan meneruskan dengan menjemput Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَحْمَنِ الرَحِيمِ وَبِهِ نَستَعِينُ وَالصَلاةُ وَالسَلامُ عَلَى شَرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. السَلامُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُهُ dan salam sejahtera. Kaola mempunyai 2 soalan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II:-
Mengenai renewable energy development and climate change. Penubuhan Dasar Perubahan Iklim Nasional Brunei (BNCPP) pada tahun 2021 merupakan langkah penting dalam membimbing Brunei ke arah pembangunan yang berdaya tahan dengan objektif pertamanya, Established To Pave For Brunei Low Carbon In Climate Change, Resilient Pathway For A Sustainable Nation.
Brunei National Climate Change Council (BNCCP) menetapkan arah yang jelas bagi usaha masa depan negara dan menetapkan sepuluh strategi utama, setiap satu penting dalam membimbing Brunei ke arah matlamat hala tuju.
Strategik-strategik ini termasuk sasaran penting seperti mencapai sifar pembakaran rutin menjelang tahun 2035, strategi satu industrial emissions dan mencapai sekurang-kurangnya 30% daripada campuran tenaga daripada sumber-sumber boleh diperbaharui (Strategy 4 - Renewable Energy). Persoalan yang timbul adalah sama ada ini boleh dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Selain itu, adalah penting untuk mempertimbangkan implikasi peralihan ini terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Brunei National Climate Change Council (BNCCP) mencadangkan pelbagai peluang dalam industri hijau dan karbon rendah, pembangunan perniagaan tempatan, pekerjaan, teknologi digital dan penyelidikan dan pembangunan.
Pemantauan berterusan dan adaptasi adalah penting untuk memastikan kemajuan ke arah masa depan yang lebih hijau dan berdaya tahan untuk Brunei. Soalan koala yang pertama, bagaimana kita mengukur peluang-peluang ini dan memahami impak potensinya terhadap pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan; dan
Sebagai tuan rumah bagi ASEAN Centre for Climate Change, kaola ingin mendapatkan perkembangan terkini mengenai pertubuhan pusat tersebut. Pada musim permesyuaratan yang lalu telah diumumkan bahawa rancangan penubuhannya akan beroperasi pada tahun 2023. Namun demikian, kaola mengamati bahawa pusat tersebut belum beroperasi sehingga kini.
Kaola mengambil maklum melalui mukadimah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II bahawa ia akan beroperasi pada tahun ini.
Kaola mohon pencerahan mengenai perkembangan ini. Yang ketiga, apakah pecahan dana-dana yang bakal digunakan sama ada hasil peruntukan bajet negara ($2.1 juta dan $700 ribu) setiap tahun dan sehubungan negara lain seperti NZD500,000 untuk ASEAN Centre for Climate Change.
Soalan kaola yang kedua Yang Berhormat Pengerusi mengenai reputasi dan crisis management. Dalam menghadapi cabaran semasa yang memberi kesan terhadap reputasi Brunei di peringkat domestik dan antarabangsa.
Strategi pengurusan reputasi yang efektif adalah menjadi keutamaan contohnya insiden gangguan bekalan elektrik pada bulan Oktober tahun 2023 dan penutupan loji BL/NG pada bulan Jun, tahun yang sama.
Impak gangguan bekalan elektrik berpanjangan sangat besar antaranya mengakibatkan gangguan bekalan air, kanak-kanak 'damit' terpaksa tidur di kereta kerana kurang selesa di rumah dan pesakit-pesakit di rumah yang memerlukan bantuan peralatan elektrik seperti oksigen terpaksa dibawa ke hospital. Dari aspek perniagaan, kerugiaan besar ditanggung oleh peniaga-peniaga dan perkhidmatan-perkhidmatan kaunter ditaidakan.
Terdapat juga perspektif yang negatif di media sosial berkaitan isu penutupan loji BLNG antaranya seperti "BLNG is no longer a reliable supplier" dan berkaitan dengan gangguan elektrik yang berpanjangan seperti "Brunei is struggling to serve the basic needs of the community". Brunei menghadapi cabaran untuk memenuhi keperluan asas masyarakat.
Dalam hal ini, media sosial memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat yang sahih. Oleh itu, pihak-pihak yang berkaitan hendaklah telus menyampaikan maklumat-maklumat yang berkaitan isu-isu yang mendapat perhatian awam dan menghadapi persepsi negatif peringkat antarabanga.
Soalan kaola yang pertama, apakah langkah-langkah khusus yang telah diambil oleh kementerian ini untuk menangani insiden-insiden terkini yang memberi kesan kepada reputasi BruneI? Yang kedua, bagaimanakah langkah-langkah ini diselaraskan dalam strategi pengurusan reputasi yang lebih luas untuk menggurangkan persepsi negatif di peringkat domestik dan antarabangsa?
Brunei sebagai negara yang membangun yang memerlukan pelaburan-pelaburan luar negara yang sepatutnya mempunyai komunikasi yang lebih terbuka dan jelas untuk mempertahankan imej negara dan memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur dan masyarakat antarabangsa.
Oleh itu, kaola mencadangkan supaya Jabatan Perdana Menteri menerajui pembinaan National Reputation Management Policy and Strategy.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terlebih dulu kaola merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas mukadimah, rancangan dan perancangan serta hala tuju kementerian di dalam pengurusan perbelanjaan belanjawan bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
alhamdullilah kaola mengharapkan agar ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya terutama sekali ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035. Kaola ingin membincangkan di bawah Tajuk SA01A.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bacaan doa ketika bertugas adalah merupakan amalan baik yang perlu diterapkan di jabatan-jabatan kerajaan dan ia merupakan budaya kerja yang perlu dipraktikkan agar setiap pekerjaan dan perkhidmatan beroleh keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Selain daripada itu, ia mampu mewujudkan suasana kerja yang lebih kondusif serta mendukung berkonsepkan 'Melayu, Islam Beraja'.
Sehubungan dengan ini, kaola sukacita mencadangkan agar ditubuhkan suatu Unit Bahagian Keagamaan di seluruh jabatan-jabatan kerajaan dan melantik atau menyerapkan seorang pegawai atau guru-guru agama bagi tujuan menghidupkan amalan membaca doa sebelum memulakan tugas harian. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri mengenainya. Sekian.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II kerana membentangkan mukadimah penyediaan belanjawan bagi Jabatan Perdana Menteri bagi Tahun Kewangan 2024/2025 yang begitu jelas sebentar tadi.
Kaola ada beberapa usulan dan soalan:-
Mengenai MPEC iaitu penggunaan peruntukan tahunan tidak habis dan proses kebenaran menjalankan kursus yang memakan masa lama yang menjejaskan program Pembangunan Sumber Tenaga Manusia.
Kaola sukacita merujuk Tajuk peruntukan Jabatan Perdana Menteri iaitu 006/003 - Perkhidmatan Sumber Tenaga Manusia berjumlah $24,909,000.00.
Isu yang dialami tahun demi tahun ialah penggunaannya tidak habis. Salah satu dari punca yang kaola percaya adalah disebabkan oleh proses-proses sedia ada dalam penggubalan kursus kemahiran dan juga proses kebenaran yang lambat di agensi-agensi dan autoriti yang berkaitan.
Sebagai contoh, untuk memohon kebenaran untuk menjalankan kursus pendek bidang Health and Safety Executive (HSE), memakan masa 8 minggu dan ada kalanya terlebih daripada tempoh berkenaan berbulan-bulan yang menjajaskan pusat latihan yang berdaftar untuk menjalankan kursus-kursus kemahiran yang diperlukan oleh MPEC, terlambat. Ini dengan sendirinya menjajaskan pembangunan sumber tenaga mahir yang dirancang. Kaola cadangkan agar punca-punca ini dikaji dan tindakan penambahbaikan diambil dengan segera;
Izinkan kaola untuk membangkitkan soalan yang seterusnya iaitu mengenai kesan dan manfaat Pelaburan Langsung Asing (FDI) terbesar perusahaan Hengyi Industries Sdn. Bhd. kepada negara setakat ini yang mana fasa 1 telah tamat dan kini bermula fasa 2. Apa yang kaola ingin bangkitkan di sini ialah mengenai kesan dan manfaatnya kepada negara setakat ini iaitu dari segi manfaat penyediaan pekerjaan kepada anak-anak tempatan.
Dari jumlah keseluruhan anak tempatan yang diambil bekerja di Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. fasa 1, berapakah jumlah anak-anak tempatan yang berhenti? Dan apakah sebab mereka itu berhenti? Kalau ramai yang bekerja sekejap sahaja dan berhenti bererti ada yang tidak kena dengan perusahaan tersebut; dan
Izinkan kaola Yang Berhormat Pengerusi, mengenai pemandu perempuan. Iaitu pemandu jabatan-jabatan kerajaan yang telah saya bangkitkan semasa di Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Izinkan kaola membangkitkan lagi cadangan kaola ini mengenai pemandu jabatan-jabatan kerajaan bagi pegawai-pegawai kanan kerajaan yang telah kaola bangkitkan semasa kementerian tersebut.
Kalau diamati, semua pemandu-pemandu kenderaan yang disediakan oleh kerajaan bagi mereka ini adalah semuanya lelaki. Adakah pemikiran Jabatan Perdana Menteri untuk mengambil khidmat pemandu dari kalangan wanita khusus untuk pegawai-pegawai kanan kerajaan VIP? Adalah nampak lebih sopan dipandang jika pemandu jabatan-jabatan kerajaan VIP kita dipilihkan dari kalangan pemandu wanita.
Perkara ini bertepatan dengan agama, adat resam dan cara orang Brunei. Tidak ada ruang lagi untuk akan timbul desas-desus percakapan orang dan lebih teruk lagi fitnah mengenai close proximity. Kaola percaya akan adanya rasa rimas bagi pegawai kanan kerajaan tersebut untuk tidur sekejap atau tertidur kerana keletihan bertugas atau pulang lewat malam dari menerima jemputan dan tambahan pula tinggal di luar daerah. Sebaliknya kaola percaya akan rasa selesa sekiranya pemandunya wanita.
Kaola ingin menarik perhatian Surat Kelliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan: 11/2009 Negara Brunei Darussalam yang menetapkan garis panduan tambahan bagi penghantaran ke luar negeri bagi seorang pegawai lelaki dan seorang pegawai perempuan yang tiada hubungan mahram secara berduaan, yang kaola hampir warga kerajaan semua maklum.
Kaola juga difahamkan bahawa adanya pihak-pihak yang didakwa di bawah Bab 196 Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 (Syariah Penal Code Order 2013) kerana mereka bukan mahram dan berada di dalam kereta iaitu kes close proximity yang menimbulkan kecurigaan. Ada baiknya pihak yang berkenaan lebih berawas untuk tidak memandang ringan akan perkara ini.
Perkara ini bukanlah lagi darurat kerana kita mempunyai pilihan lain iaitu pemandu wanita yang dari segi kebolehan mereka kita dapati أكثرهن mereka ini ada yang mampu menjadi pemandu bas-bas anak sekolah dan juga pilot kapal terbang. Natijahnya ia juga memberi kemanfaatan terutamanya memberi peluang pekerjaan kepada wanita.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
انكم بي يوفق الجميع، والالتزام على توفيم الأنصباء والقواتمين، سنتعاون معكم ونقف الي جنبكم.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera dan selamat berpuasa. Terlebih dahulu kaola berterima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi memberi kaola peluang untuk ikut serta membincangkan peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri bagi Tahun 2024/2025.
Terima kasih juga kaola sampaikan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II atas pencerahan dan penerangan berkaitan dengan perkembangan dan hala tuju tumpuan dan keutamaan di kementerian tahun 2024/2025 ini.
Kaola ada beberapa soalan dan pandangan yang sebahagiannya adalah susulan dari isu yang kaola bangkitkan dalam Mesyuarat ke-19 dan semasa muzakarah serta beberapa isu semasa yang telah disampaikan oleh rakyat pada kaola.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, dalam Tajuk SA01A hingga SA07A. Kaola ada beberapa isu ingin pencerahan dalam tajuk Wawasan Brunei 2035, Jabatan Tenaga dan MPC. Soalan pertama, kod 010/000. Wawasan Brunei 2035, mengurus dan memantau perkembangan perlaksanaan Wawasan Brunei 2035 dan Matlamat Pembangunan Yang Berdaya Tahan (Sustainable Development Goals).
Kaola difahamkan antara tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri ialah mengurus dan pemantauan, memastikan perlaksanaan usaha dan pelan strategik kerajaan bersepadu sejajar untuk mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.
Kaola difahamkan juga ada lebih 100+ KPI yang mengandungi 37 national KPI. KPI-KPI di peringkat kementerian dan jabatan dari pelan-pelan tindakan dalam 3 matlamat yang perlu pemantauan. Kaola faham kementerian berperanan penting untuk memastikan bahawa aktiviti-aktiviti yang dilakukan sejajar untuk mencapai matlamat Wawasan.
Mohon pencerahan status audit bersepadu untuk memastikan progress-progress yang dilaporkan oleh kementerian dan agensi-agensi kerajaan dan perlukah memperkerapkan jadual audit dari tiap-tiap 5 tahun ke satu jangka yang bersesuaian agar intervensi awal dapat diambil jika perlu memandangkan waktu tinggal terlalu singkat mencapai tahun 2035.
Jika ada independent audit yang bebas untuk membantu mempastikan keselarasan untuk mencapai matlamat.
Kaola juga mohon pencerahan mengenai Unit Wawasan 2035 dapat memberi assurance bahawa integrasi inisiatif-inisiatif yang dibuat di agensi-agensi kerajaan mencapai keberkesanan maksimum dan membuat perubahan yang diperlukan (how can we be sure that a some of the various initiatives of the Wawasan will equal to meeting the Wawasan targets and make a prepared intervention as necessary).
Kaola juga mohon pencerahan tentang matlamat kedua, yakni kualiti kehidupan rakyat yang tinggi dan mencapai Human Development Index (HDI) ranking ke 10 terbaik di dunia. (HDI) adalah satu indikator yang baik yang mengambil kira kesihatan dan usia masyarakat, ekosistem pelajaran yang berkualiti dan menjadikan tahap kehidupan yang selesa.
Semasa pelancaran Wawasan Brunei 2035 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun 2008, ranking negara (HDI) ada ditahap 40an, tapi kini apabila kita telah menjalani setengah program Wawasan Brunei 2035, negara sekarang ditahap 51 ranking HDI dari 203 negara. Walaupun index value 084 ditahap yang very high.
Walaupun pencapaian dalam HDI meningkat tapi yang pasti negara yang lain pun turut meningkat atau adakah apa sebab-sebab yang lain, adakah ada perubahan dalam definisi (HDI) index yang kita terlepas pandang hingga menyebabkan kita turun dalam ranking dunia dan jauh daripada tahap yang diidamkan iaitu top 10 dalam dunia.
Mohon pencerahan intervensi yang perlu 'kitani' lakukan jika negara berhajat untuk still mencapai tahap ranking ke 10 dunia dalam waktu yang tinggal sebelum 2035.
Yang Berhormat Pengerusi saya teruskan isu nombor 2 mengenai dengan Jabatan Tenaga. Bruneianisation Plan. إنشاء الله, ada beberapa pegawai tertinggi dalam kementerian dan agensi-agensi kerajaan kini adalah tenaga kerja professional yang bermula kerjaya mereka dengan sebuah company swasta dalam bidang minyak dan gas.
Kejayaan Bruneianisation program yang diusahakan dalam syarikat ini berkesan bermula dari satu directive kerajaan untuk company mengungkayahkan Bruneianisation Program dan pemantauan yang kuat oleh Ahli Lembaga (Board of Directors) yang mohon status pencapaian target Bruneianisation Program itu dilaporkan di setiap meeting tahunan lembaga.
Ini juga dibantu oleh pemantauan yang kental oleh Autoriti Petroleum Unit di ketika itu. Lantas Bruneianisation Program bukan sahaja dapat mencapai menaikkan peratus anak tempatan dalam setiap peringkat dalam company swasta itu tapi yang lebih penting melalui program competency framework_nya telah berjaya menaikkan jumlah anak-anak tempatan ke tahap profesional. Anak-anak tempatan dalam teknikal, _finance, governance, IT dan aspek HSE.
Ini termasuklah menaikan taraf pengurusan kontraktor tempatan yang membuat kerja yang sukar ini. Industri sampingan juga turut meraih untung dengan kejayaan Bruneianisation program yang bermula dari syarikat ini. Ini pandangan kaola. Kaola pasti dengan keberadaan tenaga-tenaga profesional lepasan dari syarikat ini yang sekarang berada dalam kementerian dan agensi kerajaan akan menaburkan masa dan komitmen untuk introduce best practice program Bruneianisation yang agresif serta program menaik taraf pekerja ke tahap professional yang serupa, atau yang lebih baik lagi dapat diserapkan kepada industri yang dipantau atau skop tanggungjawab mereka.
بِسْمِ ٱللَّٰهِ. Pandangan kaola juga, kaola pasti dengan keberadaan tenaga-tenaga profesional lepasan dari syarikat ini dalam agensi kerajaan juga akan membawa mana-mana best practices and operational excellence seperti maintenance and equipment sparing standards, operational readiness assurance audit yang biasa dilakukan dalam industri minyak dan gas dan best practices dari operator pembekal elektrik bebas dapat diserapkan serta merta ke dalam industri kritikal dalam kerajaan seperti di Jabatan Elektrik agar insiden ketiadaan elektrik yang dikenali dengan tragedi Oktober tidak berulang atau jika berlaku sesuatu di luar rancangan, ada pemulihan recovery effort dan courtesy business continuity plan akan dapat disegerakan.
Soalan kaola tentang dengan Jabatan Tenaga. Rakyat maklum semenjak Hengyi Chemical Complex Phase 1 di Pulau Muara Besar mula beroperasi, semua produk petroleum untuk dalam negeri telah pun dibekalkan sepenuhnya oleh Hengyi dan Refinery Brunei Shell yang di Seria sudah ditutup dan kaola faham menunggu waktu untuk dirobohkan.
Mohon pencerahan mengapa retail station minyak di dalam negeri masih menggunakan logo patent Shell seolah-olah produk itu memang dijual adalah produk Shell. Walhal ke semua produk adalah keluaran Hengyi yang memenuhi internal standard yang tinggi. Walaupun Shell masih berbisnes partner dengan Brunei Shell Marketing.
Kaola berpendapat sudah masanya Brunei menampilkan logo sendiri bagi menjual produk-produk yang dikeluarkan oleh Brunei sebagai produk Brunei, made in Brunei dan bangga ia made in Brunei. Mohon pandangan Yang Berhormat Menteri.
Soalan kedua tentang tenaga. Landskap Pekan Minyak Seria sekarang berubah dengan projek meroboh rumah-rumah kediaman Syarikat Minyak Shell yang tidak dipakai lagi dan juga tapak refinery complex akan dikosongkan. Kaola memohon pencerahan kalau ada pelan-pelan awal, apa-apa development atau pembangunan yang telah difikirkan boleh dibina di atas tapak-tapak yang difahami sebagai high economic value estate yang dikosongkan ini nanti.
Harapan rakyat di Daerah Kuala Belait tapak ini akan bukan sahaja dibisai kan dengan landskap-landskap tetapi dibina dengan value adding infrastructure seperti menyediakan high end office complex untuk disewa oleh kontraktor-kontraktor industri tenaga yang boleh menampung menjana ekonomi setempat.
Isu ketiga Tajuk SA006 - 001 - MPEC. Kaola tidaklah ingin mengulang saranan dan harapan kaola semasa membincangkan perbelanjaan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri iaitu analisis permit-permit kerja untuk membantu MPEC dan MISC membuat forward manpower planning, menyediakan anak tempatan dengan skill plus dan mana-mana kemahiran yang bersesuaian untuk menggantikan pemegang permit-permit kerja apabila tempoh permit kerja mereka mansuh.
Yang ingin kaola memohon pencerahan KPI MPEC iaitu 12,635 orang setahun yang akan diambil kerja. Mohon pencerahan adakah ini incremental 12,600 pada tiap-tiap tahun, jika ia incremental 12 ribu target tiap-tiap tahun, أَكْمَلُ بَيْهِ dalam sedikit masa, banyak kerja-kerja work permit akan diganti dengan orang-orang Brunei.
Mohon pencerahan juga, perbelanjaan $24 juta iaitu naik $4 juta daripada tahun lepas, ialah bukannya sumbangan kepada anak tempatan tetapi ia mesti disiarkan sebagai sumbangan berupa subsidi kerajaan kepada swasta untuk membayar elaun 18 bulan pertama pekerja dengan i-Ready program. Ia adalah sumbangan subsidi kerajaan kepada industri untuk mengambil pekerja i-Ready Brunei diberi pengalaman pekerjaan.
Isu ini mesti dibarigakan supaya industri yang menerima pekerja-pekerja i-Ready tahu mereka menerima subsidi kerajaan. Sepatutnya mereka membayar gaji kepada pekerja i-Ready graduate tetapi kerajaan yang membayar subsidi gaji untuk 18 bulan pertama. Ini adalah satu dana yang besar yang kaola fikir mesti disiarkan kepada company-company yang banyak menerima graduan-graduan dan i-Ready program.
Sekian dahulu isu yang ingin kaola sampaikan pada sesi pertama dalam perbincangan perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri أَعْلَمُ وَأَجْمَلُ وَأَحْكَمُ
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Izinkan kaola menjawab dahulu beberapa soalan-soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sebentar tadi.
Pertama sekali soalan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, mengenai renewable energy and climate change. Soalan pertama mengenai dengan impak kepada pekerjaan kalau kita terus menggalakkan renewable energy dan usaha-usaha untuk mengatasi isu climate change ini dan juga impak kepada ekonomi.
Bagi kaola sebenarnya seperti isu-isu yang lain, digitalization dan sebagainya, ia memang akan membawa impak. Ini tertakluklah kepada setiap negara dengan perancangan dan sebagainya. Sama ada kita sambut isu-isu yang baharu ini dengan mengambil peluang ataupun di accept whatever they come, the impact with it.
Jadi bagi kaola, dari segi climate change ini, ia akan menubuhkan lagi pekerjaan yang baharu especially on the green economy dan sebagainya. We need new engineers' yang pakar dalam pembangunan dan penggunaan teknologi tenaga yang boleh diperbaharui. So, the renewable energy expertise and so on. Ini bagi kaola, a new job opportunity bagi kita, jadi kita mesti membuat persediaan untuk menyambut peluang-peluang ini.
Dari segi ekonomi, kaola rasa juga ini satu isu yang actually akan memanfaatkan kita. Kalau kita lihat sahaja pada masa ini, power generation kita menggunakan gas, kalau sekiranya kita dapat menggunakan renewable energy, gas kita dapat kita jual atau dimajukan downstream industry dan sebagainya.
Jadi this is _actually yang positif bagi ekonomi kita. Jadi kita menggalakkan kalau negeri lain seumpamanya, solar panel dan sebagainya kalau banyak negeri lain menggunakan solar panel dan bateri, mungkin harga masa depan akan menurun.
Jadi kita ambil peluang, kalau harga menurun, kita mengikut juga mengadakan solar energy dan sebagainya dengan harga yang rendah, kita dapat menjimatkan gas kita untuk memajukan downstream industry dan sebagainya. Itulah yang bagi kaola, this is positive. Kita mesti juga memainkan peranan dengan negeri-negeri lain untuk sama-sama mengatasi isu climate change ini. Tapi buat-buat itu, mungkin kita will also benefit dari segi job dan ekonomi.
Soalan mengenai dengan ACCC ini. Pada masa ini, peraturnanya sebelum ACCC ini ditubuhkan, kita memerlukan 10 buah negeri ASEAN sama-sama submit instrument of full power kepada ASEAN Secretariat. Jadi pada masa ini 5 buah negara sudah sign on. Satu lagi, إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ tidak lagi lama, mereka akan menyelesaikan, yang lain masih dalam internal process.
Jadi apa yang diharapkan sebelum ini kita akan menubuhkan ACCC ini secepat mungkin unfortunately ini di luar kawalan negara 'kitani' tertakluk terpaksaIah kita menunggu tetapi memang usaha untuk kita sentiasa berunding dengan negeri-negeri yang belum menghantar instrument of full power ini, memang kita sentiasa berhubung dengan negara berkenaan supaya mereka dapat mempercepatkan.
Dari segi bajet yang kita sediakan $2.1 million. Ini sebenarnya disediakan untuk 3 tahun yang akan datang bagi pertumbuhan ACCC kerana ACCC ini berguna fizikal office. Kalau sekiranya 10 buah negeri ini sign on sudah instrument of full power, kita akan berusaha untuk melantik seorang Executive Director supaya dapat menjalankan ACCC ini independent daripada Brunei Climate Change Secretariat.
Seterusnya kalau kaola dapat menjawab juga soalan daripada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Mengenai dengan kursus kelamahan prosesnya untuk membenarkan sehingga satu kursus ini mengambil masa 8 minggu baru ada kebenaran. Jadi, إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ kalau sekiranya dapat 'kitani' 'membuntakkan' lagi masanya insya'allah MPEC dan Job Center akan melihatdan meneliti prosesnya.
Seterusnya, mengenai dengan Hengyi, kesannya dari segi human resource. Jadi, setakat ini, Hengyi mengambil kira-kira 700 anak-anak tempatan bekerja di Hengyi. Jadi, kaola belum ada terdapat berapa orang sebenarnya telah berhenti dan sebagainya.
Jadi, kalau dilihat jumlah anak-anak tempatan bekerja di Hengyi ini, ia meningkat tetapi tidak meningkat secepatnya atas sebab-sebab yang tertentu. Jadi, apa sebabnya 'durang' ini berhenti daripada Hengyi itu, kadang-kadang ada yang reasonsnya dibagi because durang ada alternative job opportunitysudah, 'durang' mungkin ada kena offer tempat lain ataupun ada yang rasa, this job is not for me, sebab itu durang berhenti, ada yang kan menyambung belajar lagi, jadi ada yang sebahagian orang yang berhenti ia personal reason, tidak dikongsikan dengan syarikat itu, 'payah' 'kan' 'kitani' tahu 100% apa sebabnya.
Seterusnya, akhir sekali, mengenai dengan soalan dari Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mengenai dengan Wawasan 2035, sama ada dapat diaudit dalam masa yang lebih pendek daripada 5 tahun sekali, ini 'kitani' lihat keperluan untuk diaudit dalam jangka yang pendek. Bagi 'kitani' memang dari dulu sudah 'kitani' mengadakan satu laporan audit yang sebenarnya laporan yang terakhir ini 2016 hingga 2022 telah dikeluarkan.
Jadi, dari sanalah 'kitani' melihat apa lagi improvement yang perlu 'kitani' buat. Tapi, memang satu yang sudah 'kitani' mungkin sudah 'kitani' menghampir tahun 2035, adakah perlu 'kitani' memendekkan _duration_ya sampai mungkin setiap 3 tahun dan sebagainya, itu 'karang' oleh Wawasan memikirkan.
Jadi, pada masa ini juga 'kitani' mendapat khidmat penaiiktarafan sistem kualiti pengurusan ISO Certification bagi Pejabat Wawasan Brunei melalui independent 'punya' assessment. Jadi, ini kalau sudah ada, ada juga satu input dari segi bagaimana 'kitani' dapat lagi meningkatkan lagi cara 'kitani' mengurus Pejabat Wawasan ini.
Seterusnya, mengenai dengan Assurance Integrity Agency ini, walaupun 'kitani' ada jawatankuasa masing-masing bagi setiap matlamat, 'kitani' sentiasa memikirkan juga because kebanyakan keahlian dalam setiap jawatankuasa ini, ia duplication ada yang seperti kaola sendiri, kaola sebenarnya di dalam tiga-tiga jawatankuasa juga.
Jadi, apa isu, kemungkinan 'kitani' memajukan ekonomi akan terjejas dari segi sosial, itu pun memang difikirkan, macam sepertimana yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama sebentar tadi, kalau 'kitani' maju, ekonomi ke hadapan, jadi ada kemungkinan sebahagian penduduk dalam negeri ada tertinggal.
Jadi, 'kitani' sudah dilihat dalam beberapa tahun yang kebelakangan, 'kitani' sudah menambah baik sistem 'kitani', Sistem Kebajikan Negara. Jadi, kalau sekiranya ada yang golongan yang tertinggal, tidak dapat catch up, memang ada, jadi adalah kena sambut oleh Sistem Kebajikan Negara dan sebagainya.
Jadi, untuk 'kitani' maju ekonomi, 'kitani' mahu juga pekerja dapat menghadapi diri untuk menyambut peluang pekerja ini 'kitani' 'menguasai' jua SPK 'kitani' supaya yang mana 'kitani' dapat kerja, persaraanya akan terjaga. Jadi, bukan macam sebelum ini skim itu mungkin kurang menarik sampai ada sebahagian pekerja yang mengatakan "walaupun kerja keras, sudah bersara nanti 'inda' jua mencukupi", itu yang tidak menggalakkan 'durang' bekerja. Ini,أَفْضَل dengan pembaikan yang sudah 'kitani' buat dalam SPK ini, ia akan menggalakkan orang supaya terus bekerja, sama-sama kitani menyokong, membangunkan ekonomi 'kitani'.
Jadi, membangun ekonomi memerlukan pekerja yang berkemahiran. Jadi, ini mesti bekerja dengan jawatankuasa matlamat 1 juga. Jadi, ini memang sentiasa diintegrasikan supaya 'kitani' sama-sama mencapai, kalau apa yang tercapai dalam matlamat 1 memang membantu matlamat yang ke-3.
Seterusnya, mengenai dengan UNHDI. Kaola ada kongsikan sudah tadi mengenai dengan pencapaian UNHDI dan sebagainya. Jadi, HDI ini digunakan sebagai global positioning ataupun benchmarking sahaja. Jadi, mengukuhkan 'kitani' 'punya' perbezaan dengan negeri-negeri yang lain.
Jadi, 'kitani' perlu melihat kepada progress dalam negeri sebenarnya. Kalau 'kitani' bandingkan dengan negeri-negeri lain, 'kitani' mesti juga concentrate, teruskan kemajuan 'kitani' dalam negeri di mana kitani setelah melaksanakan pelbagai perubahan yang bermakna untuk membawa kepada kelangsungan pembangunan dan kemakmuran, meningkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan Negara Brunei Darussalam.
Inilah yang 'kitani' teruskan, yang 'kitani' kadang-kadang suka 'kitani' compare index ini index itu. Itu memang satu practice yang bagus, 'kitani' dapat melihat kedudukan 'kitani' berbandingkan dengan negeri-negeri lain.
Tapi, apa yang penting lagi, kalau kitani terlalu fixated dengan index ini, kadang-kadang tertinggal 'pulang' progress yang sebenarnya yang perlu dibuat dalam negeri ini. Jadi, penting 'kitani' index ini sebagai reference, apa yang penting benar-benar yang 'kitani' buat is the real progress yang 'kitani' perlu buat dalam negeri itu.
Itulah sahaja pandangan kaola dari segi satu soalan yang diajukan tadi itu. Itu sahaja kaola dapat kongsikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin menambah sebahagian daripada soalan yang diajukan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pertama, Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin ada menyuarakan mengenai dengan reputasi dan crisis management terhadap gangguan-gangguan elektrik yang telah pun terjadi 2 kali pada tahun lepas contohnya dalam bulan Jun L/NG dan juga bulan 'sepuluh' tenaga. Dalam hal-hal sedemikan, bagi insiden-insiden gangguan bekalan elektrik, Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Perkhidmatan Elektrik telah mengambil pendekatan pengurusan insiden yang mengutamakan kesejahteraan rakyat melalui langkah-langkah pemulihan yang cepat, selamat dan bersepadu.
Antara langkah-langkah tindak balas tersebut adalah pertama, pengaktifan Pelan Kesinambungan Operasi atau Business Continuity Plan seperti pengerahan mobile genset, crisis management team, Standard Operating Procedure yang ketat selaras dengan best industry practices, untuk memastikan impak yang terkawal. Ini sedikit sudah kaola jelaskan dalam mukadimah awal tadi.
Kedua, tindakan yang bersepadu dan kerjasama rapat daripada kesemua pihak untuk memastikan impak yang terkawal terhadap perkhidmatan-perkhidmatan kritikal.
Dan yang terakhir, pihak jabatan juga akan menyampaikan maklumat yang terkini kepada orang ramai secara berterusan melalui pelbagai kaedah termasuk media sosial, berita televisyen dan di radio serta melalui saluran aplikasi whatsapp yang sedia ada di antara pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik bersama kesemua penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung di Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Belait.
Maklumat terkini sentiasa dikongsikan secara rasmi adalah untuk menjaminkan kepercayaan di kalangan orang ramai dan untuk menghentikan penyebaran maklumat yang tidak sahih mengenai insiden gangguan berkenaan. Namun demikian, berikutan insiden gangguan tersebut, didapati masih terdapat jurang dalam Pelan Kesinambungan Operasi atau Business Continuity Plan (BCP) negara. Oleh itu, pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik giat memperbaiki tindakan balas khususnya melalui Pelan Kesinambungan Operasi yang lebih integrasi antara pihak-pihak kerajaan yang berkaitan.
Peramba/kaola/saya ingin menyampaikan bahawa pihak jabatan telah mencadangkan beberapa tindakan yang bersesuaian bagi jangka masa panjang termasuk penaiktaraan aset-aset dan infrastruktur yang berkenaan ke arah memperbaiki perkhidmatan bekalan tenaga elektrik terhadap rakyat Negara Brunei Darussalam.
Ini adalah selaras dengan objektif Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan bekalan tenaga elektrik yang terjamin ke arah memacu perkembangan ekonomi negara. إن شاء الله, dengan adanya pelan-pelan tindak balas ini impak gangguan terhadap aktiviti-aktiviti harian orang awam terutamanya perkhidmatan kritikal dapat dikawal di samping meningkatkan lagi kepercayaan orang ramai terhadap mutu perkhidmatan dari segi kecekapan dan keberkesanan pembekalan sistem tenaga elektrik negara dalam menjamin kesejahteraan seluruh lapisan masyarakat di Negara Brunei Darussalam.
Berikutnya, kaola juga berterima kasih di atas soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir mengenai dengan cadangan Yang Berhormat agar ditubuhkan satu unit bahagian keugamaan di seluruh jabatan-jabatan kerajaan dan melantik atau menerapkan seorang pegawai atau guru-guru ugama bagi tujuan menghidupkan amalan membaca doa sebelum memulakan tugas.
Kaola kurang pasti juga kaola tidak hadir di Dewan Mulia ini adakah pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama telah pun membuat respond mengenainya? Namun demikian, kaola berpendapat juga satu cadangan yang baik dan ini pun mengambil kira pengalaman kaola di Kementerian Pertahanan.
Kementerian Pertahanan berbeza dengan kementerian atau jabatan lain yang lebih besar dan dari segi anggotanya pun, makanya ada di sana terdapat juga Jabatan Agama Angkata Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT) untuk menguruskan soal-soal keugamaan baik daripada pengajaran asas, fardhu ain dan fardhu kifayah kepada peringkat-peringkat berikut sehinggalah sebelum seseorang tentera yang berkhidmat itu memanatkan perkhidmatan atau pun bersara.
Itu satu kebaikan. Mengenai dengan untuk tujuan menghidupkan amalan membaca doa sebelum memulakan tugas seharian, kementerian-kementerian lain menggunakan kaedah-kaedah terkini pada masa ini, iaitu kaedah doa setiap memulakan pekerjaan di bangunan-bangunan utama kementerian atau pun jabatan dan begitu jua halnya doa penutup selepas menjalankan tugas harian.
‘Barangkali’ itu kalau hanya dikhususkan untuk membaca doa pegawai ugamanyna atau pun guru agamanya mungkin kurang juga dikirakan memberi satu kemanfaatan yang menyeluruh.
Mengenai soalan berikut daripada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin. Mengenai cadangan Yang Berhormat telah untuk mewujudkan jawatan pemandu wanita di Jabatan-Jabatan Kerajaan bagi pegawai-pegawai kerajaan kanan.
Ini pun kaola kurang pasti apa respond yang telah disampaikan oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama juga. Namun demikian, sebagai jawapan sukacita dimaklumkan bahawa skim iklan bagi jawatan pemandu adalah dibukakan kepada pemohon lelaki dan wanita dengan berpandukan syarat-syarat kelayakan minima bagi mengisikan jawatan berkenaan.
Di antara skop tugas dan tanggungjawab ialah berkebolehan menjaga keselamatan dan kebersihan serta memastikan kenderaan yang dipandu dalam keadaan baik dan selamat dan ketersediaan untuk bertugas pada bila-bila masa jika diperlukan termasuk di luar waktu bekerja yang biasa.
Walaupun dalam skim ada menyebutkan keutamaan adalah diberikan kepada calon lelaki namun pengambilan pemandu-pemandu bagi pegawai-pegawai kanan adalah berpandukan kelayakannya, berkesanggupan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab berkenaan serta lulus sesi temuduga tanpa mengira jantina (gender).
Kita mengharapkan apa jua pandangan atau pun apa jua scenario yang dibayangkan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin itu mudahanlah dapat akan mengatasi masalah-masalah ini khususnya ada yang ada berkaitan dengan syariah dan sebagainya.
Mengenai soalan dan beberapa pemerhatian dan pengamatan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin dan sedikit sebanyak yang telah dijawab jua oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Kaola akan 'menyampuk' sedikit dan menambah mengenai dengan pencerahan mengenai soalan yang berkaitan dengan tenaga.
Soalan yang pertama mengenai dengan Bruneianisation. سےپژti seperti arahan Bruneianisation Directive dikuatkuasakan pada tahun 2018. Syarikat-syarikat pengendali utama sektor huluan khususnya di bawah naungan Brunei Shell Joint Venture (BSJV) telah berjaya mencapai 90% tahap Bruneianisation sepertimana jua Yang Berhormat nyatakan.
Ini adalah hasil usaha sama di antara pelbagai pihak yang berkepentingan. Pelaksanaan arahan ini bukan sahaja menumpukan pada sektor huluan saja, ia juga merangkumi kesemua industri minyak dan gas, iaitu huluan pertengahan dan juga hiliran.
Setakat bulan Disember 2023 yang lalu, pencapaian Bruneianisation bagi syarikat-syarikat pengendali utama huluan dan hiliran adalah di tahap 73% secara purata. Namun yang demikian, sasaran usaha ini adalah untuk mencapai minima 90% anak tempatan di kesemua peringkat dan kumpulan kemahiran.
Ke arah ini Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Tenaga akan meneruskan penguatkuasaan arahan berkenaan dengan bekerjasama rapat dengan pihak-pihak yang berkepentingan.
Mengenai dengan amalan terbaik industri untuk diterapkan ke dalam operasi-operasi di sektor lain terutamanya critical installation, kaola mengalukan cadangan baik ini.
Ke arah ini beberapa amalan-amalan terbaik sememangnya dapat diteladani khususnya dari segi proses dan piawaian keselamatan, pembangunan kapasiti dan pengurusan tenaga manusia. Pengurusan projek termasuklah kontrak dan pemerolehan dan selainya.
Manakala, Autoriti Petroleum Brunei Darussalam telah pun melaksanakan pengauditan operasi ke atas syarikat-syarikat pengendali terbesar dalam usaha untuk mencapai serta mengekalkan tahap pengeluaran minyak dan gas. Pada masa yang sama penubuhan agensi-agensi keselamatan terutamanya Autoriti Kebangsaan Keselamatan Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) telah melaksanakan mengikut manual prosedur kerja dan garis panduan yang telah diadaptasi dan dipakai oleh piawaian antarabangsa sektor minyak dan gas.
Di samping itu juga, Jabatan Tenaga telah dan terus menjalankan program-program perbantukan tenaga kerja terutamanya daripada syarikat-syarikat BSJV bagi memacu perkembangan dan penerapan amalan-amalan terbaik dari sektor industri tersebut dalam kalangan perkhidmatan awam.
Seterusnya mengenai soalan shell brand di stesen-stesen minyak. Seperti mana juga yang telah dinyatakan dalam mukadimah peramba/kaola/saya dan juga sesi muzakarah sebelum ini. Dengan adanya kilang penapisan Hengyi Industries Sdn. Bhd. di Pulau Muara Besar, pembuatan dapat dihasilkan di dalam negeri dan ini akan dapat mengukuhkan lagi kedudukan keterjaminan bekalan tenaga negara dari segi produk petroleum.
Sebagai pembekal tempatan rasmi negara yang membekalkan produk-produk petroleum utama seperti gasoline, diesel dan Jet-A1, sememangnya keupayaan ini adalah merupakan satu kelebihan tambahan bagi produk-produk ini adalah berku aliti tinggi dan memenuhi piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Namun yang demikian, produk-produk ini dipasarkan atas dasar komersial dan Brunei Shell Marketing (BSM) adalah merupakan pembeli tunggal untuk pasaran domestik.
Ini adalah modaliti perdagangan yang agak common di mana produk berkenaan dibukakan kepada pembeli-pembeli atas dasar komersial dan seterusnya diguna pakai oleh syarikat berkenaan bagi tujuan besaran lanjut. Produk-produk ini sememangnya adalah produk tempatan yang dihasilkan oleh Negara Brunei Darussalam bukan sahaja untuk kegunaan dalam negeri tetapi juga dieksport di pasaran antarabangsa. Sekian, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Minta maaf, kaola tadi ada tertinggal satu soalan mengenai dengan MPEC yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, iaitu mengenai dengan sasaran MPEC untuk mengambil pekerja 12,600 setiap tahun.
Just to confirm, jumlah itu ialah setiap tahun. Jadi, kalau 'kitani' lihat kebelakangan sejak tahun 2019 kita mencapai 11,100. Tahun 2022, 12,800. Tahun 2021, 12,200. Tahun 2022, 13,600. Tahun 2023, 12,600 lebih dari 12,600 dan ini adalah jumlah yang kita capai setiap tahun.
Soalan Yang Berhormat tadi kalau kita dapat mencapai dengan pengangguran masa ini 11,000 lebih orang 'Kitani' dapat mencapai zero unemployment, jadi untuk kongsikan dengan Yang Berhormat jua, pada setiap tahun ada 'kitani' estimate 5,800 graduan yang baru masuk ke labour market.
Jadi ada jua kira-kira 1,800 drop out dari sekolah, secondary school dan sebagainya. Ada juga yang mana sudah terdapat kerja yang berhenti, ada re-entering labour market 5,000 lebih orang, jadi kalau dikumpulkan, setiap tahun 'kitani' expect 12,000 lebih orang re-entering ataupun yang newly entering the labour market.
Pencapaian 'kitani' dalam beberapa tahun ini nampak 'kitani' hanya dapat replace yang mana yang baru masuk. That is why 'kitani' punya kadar pengangguran masih lebih kurang 5.2, 5.0 dan sebagainya.
Jadi inilah usaha-usaha 'kitani' untuk dapat mengurangkan berterusan, jadi 'kitani' mesti meningkatkan lagi yang mana school dropout supaya 'diorang' dapat certificate sekurang-kuramngnya TVET dan kalau dapat lagi ke HND supaya banyak pekerjaan yang ada tersedia, di Hengyi for example, menunggu masa ini. Jadi dapat 'diorang' mengganti.
Tapi kalau ia drop out saja tidak mempunyai qualification, payah 'kitani' kan mengurangkan berterusan. Ini ada satu isu.
Kedua, masa ini yang belum dapat kerja mungkin bertahun-tahun belum dapat kerja, jadi mungkin qualificationnya mismatch dengan industry demand, ataupun terlampau banyak sudah orang membuat qualification itu, jadi tidak ada lagi keperluan tambahan untuk mengambil sebahagian qualification tersebut.
Jadi inilah kemungkinan mismatch dalam industri. Isu ini, kerajaan pada masa ini ada satu high level committee untuk mengatasi isu dari segi dasar-dasar dan sebagainya. إن شاء الله dengan usaha-usaha ini 'kitani' akan dapat identify apa sebenarnya, apa sebabnya, yang 'kitani' punya unemployment ini, very sticky sampai 4.9, 5.2 dan sebagainya.
Jadi dalam 3 tahun ini macam nampak 'menurun-nurun ani', jadi 'kitani' mesti identify apa root causes yang menyebabkan kadar pengangguran ini, jadi macam mana caranya lagi dapat 'kitani' mengambil supaya dapat ia terus menurun بإذن الله Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola pun terlepas tadi ada tadi soalan terakhir sebenarnya dari Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin iaitu mengenai dengan cadangan pembangunan di tapak-tapak high value estate yang kosong pada masa ini di Daerah Belait.
Syarikat Brunei Shell Petroleum sedang meneliti kawasan-kawasan bekas tapak perumahan termasuk refinery dan aset-aset tersebut. Pada masa ini Syarikat BSP masih membuat perundingan dengan pihak-pihak yang berminat untuk mengusahakannya.
Manakala kawasan-kawasan yang tidak selamat untuk didiami dan tidak bersesuaian untuk didirikan sebarang pembangunan akan dirobohkan untuk keselamatan rakyat dan penduduk di kawasan Seria dan Belait. بإذن الله Pihak jabatan akan bekerjasama rapat dengan syarikat dan agensi-agensi yang berkaitan untuk memastikan keselamatan orang awam dahulu sebelum meneliti lagi nilai yang dapat diraih dari segi aset-aset tersebut.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II dan juga Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas penjelasan-penjelasan yang diberikan berhubung dengan soalan-soalan yang telah pun dikemukakan dan saya kira jawapan-jawapan yang diberikan adalah mencukupi bagi menerangkan kedudukan yang ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang Dilantik.
Saya berpendapat bahawa cukup dulu kita berbahas pada hari ini. Maka saya berpendapat bahawa ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dan kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa Ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya kira cukuplah dulu kita bersidang hari ini. Saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ pada hari Sabtu, 16 Mac 2024 bermula daripada jam 10.00 pagi.
Sekian,
وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
(Majlis Mesyuarat Ditangguhkan)
HADIR
YANG DI-PERTUA
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, P.S.N.B., S.L.J., P.H.B.S., P.J.K., P.K.L., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Ekonomi dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., D.P.K.T., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Grand Cross of Crown Order- G.K.K., (Netherlands), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula With The Rank of Grand Cross (Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (Johor), DSO (Military) (Singapore), P.H.B.S., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, D.K., S.P.M.B., D.S.N.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman P.S.S.U.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof D.P.K.T., S.M.B., P.H.B.S., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar P.S.N.B., D.P.M.B., Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah P.S.N.B., S.P.M.B., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof P.S.N.B., S.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman P.S.N.B., S.P.M.B., P.S.B., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abd. Manaf bin Haji Metussin P.S.N.B., S.P.M.B., S.N.B., S.M.B., P.S.B., P.K.L., Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. Rashid P.S.N.B., D.P.M.B., P.I.K.B., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh P.S.N.B., S.P.M.B., P.I.K.B., P.K.L., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha P.S.N.B., P.S.B., Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad P.S.N.B., S.M.B., P.I.K.B., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.
AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG BERGELAR
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib
Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, P.S.N.B., D.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.
AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, S.U.B., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Awang Lau How Teck, P.S.B.
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, P.I.K.B.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin, S.M.B., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, S.N.B., S.M.B., P.I.K.B.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, S.M.B., P.S.B.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, P.I.K.B.
AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI DAERAH-DAERAH
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, P.I.K.B., P.K.L., Penghulu Mukim Lumapas -Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, P.K.L., Ketua Kampung Subok - Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Ketua Kampung Putat - Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong, P.K.L., Ketua Kampung Lumapas 'B' – Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, P.I.K.B., P.K.L., Ketua Kampung Belimbing – Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, P.I.K.B., Penghulu Mukim Bukit Sawat – Daerah Belait.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ketua Kampung Bukit Sawat – Daerah Belait.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, P.I.K.B., Penghulu Mukim Ukong – Daerah Tutong.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai – Daerah Tutong.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L.P., Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau – Daerah Temburong.
HADIR BERSAMA
Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
Yang Mulia Pengiran Hajah Zaidah binti Pengiran Haji Petra, Pemangku Timbalan Jurutulis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.
Estimated Word Count
Total: 17437
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II: 5959
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II: 3742
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin: 1323
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof: 1185
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim: 1034
Yang Berhormat Pengerusi: 850
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin: 672
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin: 669
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan: 600
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama: 578
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed: 256
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir: 193
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub: 177
Yang Berhormat Yang Di-Pertua: 157
Yang Mulia Jurutulis: 42