Skip to main content

HARI KE-17 PAGI

For Informational Purposes Only

21HB MAC 2024 PAGI

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

Yang Mulia Jurutulis

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 bagi Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ketujuh belas, pada hari ini Khamis, 10 Ramadan 1445 bersamaan 21 Mac 2024 didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz (Imam Masjid Jame’ ‘Asr Hassanal Bolkiah).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ عَلىٰ اُمُورِ الدُّنْيَا وَالدِّيْنِ أَحْمَدُ syukur ke hadrat اللهِ kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, kita dapat bersama-sama hadir pada pagi ini bagi bersidang pada hari yang ketujuh belas dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara.

Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ kaum kerabat, para sahabat serta pengikut- pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan mengenai dengan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Maka bagi membolehkan kita untuk menyambung penelitian ke atas Rang Undang-Undang ini dengan lancar dan teratur, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang semula dalam Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang semula sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم Ahli-Ahli Yang Berhormat, Majlis ini sekarang bersidang dalam Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, dalam Mesyuarat Jawatankuasa pada hari semalam, kita telah pun mula membahaskan Tajuk-Tajuk di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan telah pun mendengar soalan-soalan daripada beberapa orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik.

Walaupun bagaimanapun, sebelum saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk memberikan respons kepada soalan-soalan yang dikemukakan semalam.

Saya telah difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Kesihatan ingin membuat beberapa penjelasan dan respon tambahan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan pada pagi semalam yang belum sempat dijawabnya.

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللّٰ ه ِ الرَّ حْم َٰ ن ِ الرَّ حْيم السَّلا مُ ع ل يْكُمْ و ر حْم ةُ اللهِ و ب ر ك اتُ

Kaola ingin menambah jawapan kepada soalan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin mengenai bagaimanakah pihak kerajaan dapat memastikan kerahsiaan seorang individu terutama sekali pesakit mental supaya tidak menjadi penghalang mereka berkehudupan secara normal?

Jawapannya ialah pihak Kementerian Kesihatan akan menitikberatkan isu kerahsiaan (confidentiality) pesakit. Rekod perubatan pesakit-pesakit berkenaan hanya boleh diakses oleh pegawai perubatan, jururawat ataupun allied health professional seperti psychologist atau medical social worker yang tertentu sahaja iaitu mereka yang terlibat dengan rawatan pesakit berkenaan sahaja.

Doktor dan professional kesihatan lain yang tidak berkenaan tidak mempunyai akses kepada catatan clinical terperinci pesakit tersebut. Walau bagaimanapun, mereka dapat melihat tarikh perjumpaan, diagnosis dan ubat sahaja.

Selain itu juga untuk memastikan kerahsiaan dan pemeliharaan maklumat pesakit mental di dalam situasi apabila agensi-agensi luar meminta laporan perubatan psikiatrik, kebenaran secara bertulis ataupun consent haruslah diperolehi daripada pesakit terlebih dahulu.

Pihak kementerian tidak akan mengeluarkan apa jua maklumat perubatan sekiranya tidak ada kebenaran diperolehi daripada pesakit dan dengan adanya sistem Bru-HIMS ini juga, 'kita'ni' dapat melihat audit trail siapa-siapa juga yang ada melihat diagnosis pun boleh 'tani' nampak.

Dan kalau ada orang 'inda' berkenaan selalu melihat, bila 'tani' membuat audit, 'tan'i' boleh bertanya kenapa ia selalu memerhatikan orang punya perjumpaan dan sebagainya.

So, itu saja dari kaola, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kesihatan atas penerangan tambahan yang telah pun disampaikannya terhadap soalan yang telah dikemukan oleh Yang Berhormat Yang Dilantik semalam.

Dan sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk memberikan responsnya terhadap soalan-soalan yang dikemukan oleh 7 orang Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang telah menyuarakan beberapa soalan pada petang semalam. Silakan.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللّٰ ه ِ الرَّ حْم َٰ ن ِ الرَّ حْيم السَّلا مُ ع ل يْكُمْ و ر حْم ةُ اللهِ و ب ر ك اتُه

Terima kasih lagi sekali kerana memberi kaola peluang untuk menjawab soalan-soalan dan juga memberikan respon kepada kenyataan-kenyataan yang telah disuarakan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Bermula dengan soalan-soalan dan kenyataan-kenyataan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mod. Yusof yang telah antara lainnya mengongsikan pandangan mengenai KPI atau strategic outcome yang boleh memberikan perkhidmatan atas talian yang lebih bermakna dan impact kepada masyarakat.

Dan seterusnya mengajukan beberapa soalan-soalan mengenai peranan dan perancangan masa depan agensi, strategi dan inisiatif transfer of technology atau knowledge dalam membina kemahiran anak-anak tempatan, status inisiatif Brunei Solution Developments Centre dan apakah penelitian atau kajian dilakukan termasuk cost effectiveness terhadap suatu projek e-kerajaan dan penelitian atas projek-projek untuk memastikan ia tidak berduplikasi dan bertindih.

Sebagai respons, kaola ingin bermula dengan terlebih dahulu mengongsikan bahawa prinsip yang kaola cuba terangkan adalah bahawa digitalization in not an end but a means to an end atau dalam erti kata lain program-program atau projek-projek digitalisasi ini adalah memberi laluan kepada destinasi yang hendak kita capai.

Jika dari konteks kemajuan negara, penghujung yang hendak kita capai adalah ketiga-tiga matlamat Wawasan Brunei 2035 iaitu rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, kualiti kehidupan yang tinggi dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

Berikutan dengan itu, di sinilah aspek digitalisasi boleh memainkan peranannya tersendiri merentas kementerian-kementerian mahu pun pelbagai sektor seperti pendidikan, kesihatan, perekonomian dan lain-lain.

Dalam hubungan ini juga, mereka akan mempunyai KPI-KPI mereka tersendiri. Di mana KPI-KPI tersebut juga boleh mencorak sebagai lagging indicators atau leading indicators dan pada lazimnya pencapaian-pencapaian strategik adalah merupakan lagging indicators ini juga bergantung kepada hierarchy atau maturity sebuah organisasi tersebut.

Oleh yang demikian, pandangan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusuf tersebut adalah tepat dari segi sudut tiba masanya untuk direbiu balik KPI-KPI tersebut yang telah diperkenalkan pada tahun 2020 dan disasarkan untuk dicapai pada tahun 2025 memandangkan maturity pencapaian pada masa kini.

Untuk makluman, midterm review bagi Pelan Strategik MTIC 2025 tersebut telah dibuat pada bulan Ogos 2022 dan telah menghasilkan Pelan Strategik yang baharu iaitu dikenali sebagai MTIC 2025 Refresh termasuk KPI-KPI yang baharu yang mana adalah lebih meluas dan menitik beratkan impact kepada masyarakat dan pihak-pihak berkepentingan.

Di bawah objektif Strategik Satu, yang meliputi sains, teknologi dan inovasi dan transformasi digital. Antara KPI-KPI yang berkenaan adalah mempertingkatkan perbelanjaan keluaran dalam negara kasar untuk penyelidikan dan pembangunan pada tahap 0.01%.

Kedua ialah sumbangan sektor ICT kepada keluaran dalam negara kasar iaitu pada peringkat 3.2% dan 68.7% sebagai kepercayaan pengguna dalam ekosistem digital.

Manakala 56% individu yang mempunyai sekurang-kurangnya kemahiran asas digital.

بِسْمِ اللَّهِ Memandangkan kita juga di penghujung hayat pelan strategik ini, KPI-KPI ini juga akan dikemaskinikan yang mana juga KPI-KPI di bawah Wawasan Brunei 2035 akan juga disandarkan sebagai lagging indicators sebagai bahan rujukan.

Seterusnya bagi menjawab soalan mengenai peranan EGNC sebagai pusat yang mempunyai kepakaran digital transformasi. Ia salah satu peranan Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau EGNC melalui penubuhannya pada 1 April 2028 ialah bertanggung jawab ke atas perancangan, pengambilan, pembangunan dan penempatan semua kakitangan IT dalam perkhidmatan awam.

Dalam hal ini, jumlah kakitangan yang diperbantukan di kementerian-kementerian dan institusi-institusi pengajian tinggi adalah sebanyak 59% daripada head count EGNC secara menyeluruh dan berperanan dalam membantu dalam usaha digital transformasi agensi-agensi kerajaan.

Dalam hal ini juga, antara usaha agensi untuk menghasilkan pakar-pakar tersendiri untuk mendukung usaha transformasi digital, sukacita dimaklumkan dari 2021 sehingga kini, sebanyak 35% pegawai dan kakitangan EGNC yang memerlukan kelulusan professional telah memiliki sijil pengiktirafan professional atau professional certification dalam pelbagai bidang IT yang mana telah menyumbang kepada adanya pakar-pakar rujukan dalam bidang-bidang IT yang tertentu.

Di samping itu juga, sukacita juga mengongsikan bahawa beberapa pegawai pakar rujuk ini juga telah elevate atau menjadi pakar rujuk bagi pihak kementerian dalam memberikan consultancy serta merangka hala tuju transformasi digital secara menyeluruh.

Di samping ini, perkembangan kompetensi bagi sektor ICT juga ditunduki oleh MISC Working Group on ICT yang diterajui oleh AITI di mana Brunei ICT Industry Competency Framework juga telah disediakan untuk melaksanakan pelbagai peranan kerja ICT dan berfungsi sebagai panduan komprehensif untuk pekerjaan ICT dan menyediakan latihan dan pensijilan profesional.

Selain itu, melalui memorandum kerjasama di antara agensi seperti dengan Universiti Teknologi Brunei serta memorandum persefahaman bersama dengan negara sahabat seperti negara-negara ahli ASEAN dan Republik Korea akan memudahkan lagi dan menyediakan peluang untuk bekerjasama serta bertukar fikiran dengan pakar-pakar industri yang lain dalam membantu EGNC menyusun strategi dan hala tuju memudah cara transformasi digital secara menyeluruh.

Berhubung dengan Brunei Solution Development Centre (BSDC) iaitu Capacity and Monitoring Program (CMP) penubuhan Brunei Solution Development Centre (BSDC) pada satu ketika dahulu bertujuan untuk membantu pembangunan industri ICT dan membina kepakaran kemahiran anak-anak tempatan di mana penyediaan aplikasi perisian made in Brunei.

BSDC juga menyediakan Capability dan Mentoring Programme di mana 38 graduan daripada 5 pengambilan telah selesai dijalankan dan berjaya mendapat pensijilan Microsoft Certified Solution Developer Share Point.

Seterusnya sebanyak 9 buah syarikat ICT tempatan yang bertaraf mikro iaitu kurang daripada 4 orang pekerja telah mengambil bahagian dalam program IT Vendor yang mana 6 buah syarikat adalah hasil daripada graduan CMP tersebut.

Sehingga kini masih terdapat sejumlah daripada technopreneurs melalui IT Vendor yang masih kekal beroperasi contohnya Cube Box Solution, HAD Technologies dan Techno Net Sdn Bhd antara lainnya.

Dalam pada itu, EGNC juga telah mengembangkan peranannya melalui penubuhan bahagian perkhidmatan digital yang bertanggungjawab di dalam pembinaan online application forms dan seterusnya menambah baik proses manual ke digital.

Sehingga kini terdapat 19 aplikasi yang telah dibangunkan oleh bahagian ini termasuk Travel Port App dan MTIC Runner yang mana telah digunakan oleh warga awam.

Di samping itu juga, dalam hasrat untuk mengembangkan lagi peranan EGNC juga sedang giat dalam proses organization review di mana antara objektif inisiatif ini ialah untuk merebiu pembangunan kapasiti ke arah penambahbaikan aplikasi melalui kaedah-kaedah terkini seperti DevOps, Adoption dan Law Court Platform.

Inisiatif ini juga dirancang sesuai dengan objektif projek gov.bn 2.0 iaitu salah satu projek RKN-12 akan membantu di dalam mempercepatkan pendigitalan proses-proses agensi kerajaan dengan lebih mudah.

Sebagai kesinambungan daripada inisiatif CMP tersebut, beberapa inisiatif baharu telah disediakan umpamanya seperti program-program Tech Clinic dan TechInspire di bawah AITI, IT Academy Huawei dan program-program di bawah DARE dan Brunei Innovation Lab.

Berhubung dengan transfer of teknologi atau knowledge kepada anak-anak tempatan, dalam perkara ini sukacita dimaklumkan bahawa satu rangka kerja dasar local business development bagi projek-projek ICT kerajaan telah dilancarkan pada Mac 2017 yang bertujuan untuk menilai penyertaan syarikat ICT tempatan yang berkebolehan dan seterusnya pembangunan kemahiran dan tenaga kerja tempatan.

Ini adalah membagikan dan memastikan peluang-peluang pekerjaan dapat diwujudkan melalui pelaksanaan projek-projek transformative digital tersebut. Melalui rangka kerja LBD ini juga dihasratkan akan dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan termasuk pertambahan bilangan tenaga kerja mahir tempatan, pengambilan pekerja tempatan, latihan pekerja tempatan dan perbelanjaan kandungan tempatan (Local Content Spending).

Dalam pada masa yang sama melalui rangka kerja Brunei ICT Industry Competency Framework yang telah dilancarkan pada bulan Ogos 2022 terdapat 20 peranan pekerja atau job roles dan 79 buah bidang kemahiran (competencies) yang telah ditetapkan. Sebanyak 32 job roles tambahan adalah dirancang untuk dibangunkan mulai tahun 2023-2025.

Dalam hal ini, penelitian kajian secara berterusan juga diperlukan ke atas rangka kerja tersebut dalam memastikan peranan pekerjaan (job roles) dan skill set tersebut adalah bertepatan dengan perkembangan teknologi semasa.

Pihak AITI juga turut melancarkan Digital Upskilling Training Programme bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja ICT di negara ini yang mana program tersebut menawarkan kursus untuk melatih dan meningkatkan kemahiran warga tempatan mengikut keperluan latihan yang dikenal pasti di dalam rangka kerja Brunei ICT Industry Competency Framework tersebut seperti kecekapan di dalam industri mengenai data analytics, artificial intelligence, application development, network security, cyber security dan sebagainya.

Dan melalui project management framework juga disasarkan atau disarankan untuk memastikan kepentingan latihan dan knowledge transfer bagi setiap projek bertujuan untuk mengurangkan ketergantungan kepada kontraktor.

Selanjutnya berpindah kepada soalan mengenai penelitian projek-projek e-Kerajaan. Mengambil kira kos-kos digital yang lazimnya adalah tinggi, antara usaha-usaha EGNC bagi memastikan cost effectiveness dan consolidation adalah melalui perkara-perkara berikut:-

  1. Melalui Digital Transformation Review Committee, projek-projek adalah diteliti dan memfokuskan kepada centralization dan consolidation bagi projek-projek yang berpotensi untuk diselaraskan dan diintegrasikan sama ada melalui penggunaan perkhidmatan guna sama EGNC yang sedia ada ataupun diteliti sama ada boleh diintegrasikan melalui satu projek sahaja yang mana mempunyai cross functional capabilities lebih daripada satu kementerian. Bagi projek-projek ini ia lazimnya direbui melalui Chief Information Officers Forum.

    Hasil daripada consolidation ini telah mengelakkan perbelanjaan tambahan kerajaan sejumlah kira-kira $36 juta bagi projek-projek di dalam RKN-12. Melalui rangka kerja pengurusan projek, ia diguna pakai dalam memantapkan lagi tadbir urus pengurusan projek-projek transformasi digital dan seterusnya memastikan cost effectiveness dan consolidation.

    Antara aspek yang difokuskan iaitu di fasa perancangan pihak projek owner hendaklah memastikan terdapatnya peningkatan di dalam business proses untuk mencapai peningkatan yang ketara dari segi prestasi, kecekapan dan keberkesanan dan keseluruhan proses pengurusan; dan

  2. Adalah untuk meningkatkan strategi dalam penilaian projek yang menumpukan kepada critical success area termasuk business process improvement, cost benefit analysis dan impact sesebuah projek pada peringkat perancangan dan juga memastikan pematuhan terhadap penggunaan rangka kerja tersebut melalui penyerahan dokumen yang diluluskan dan diberikan pengesahan daripada CIO-CIO officers di kementerian masing-masing. Ini juga termasuk meningkatkan kaedah pemantauan sesebuah projek tersebut.

    Bagi mendukung usaha ke arah pengintegrasian sistem-sistem kerajaan, beberapa dasar telah dikuatkuasakan untuk diguna pakai oleh semua agensi-agensi kerajaan iaitu dasar penggunaan platform gov.bn 2.0 yang merupakan satu centralized platform bagi orang ramai untuk mengakses perkhidmatan kerajaan.

Itulah Yang Berhormat Pengerusi, jawapan daripada soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusuf.

Seterusnya menjawab soalan kedua daripada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee yang ingin mengetahui mengenai inisiatif yang sedang dijalankan untuk mewujudkan Data Framework dan Data Governance yang kukuh di semua agensi kerajaan dan untuk memastikan standardization dan interoperability daripada pengumpulannya untuk future proofing ecosystem digital Brunei.

Dalam hubungan tersebut, sukacita mengongsikan dahulu ketika merujuk kepada soalan artificial intelligence terutama dari segi peranan refined data. Bagi meningkatkan kecekapan operasi di seluruh sektor kerajaan dalam hal ini pihak kerajaan telahpun mengenal pasti kepentingan bagi data-data tersebut terutamanya dari segi mempertingkatkan lagi kolaborasi dan data sharing antara agensi-agensi kerajaan.

Dari segi ini, platform National Information Hub merupakan salah satu deliverables utama Majlis Ekonomi Digital dalam pelaksanaan flagship projects. Antara hasrat utamanya adalah:-

  1. Berperanan untuk menambah baik perkongsian data atau common data repository di antara agensi-agensi kerajaan yang terdiri daripada People Hub yang mana mengandungi maklumat peribadi berkenaan warganegara, penduduk tetap dan pekerja asing di Negara Brunei Darussalam;

  2. Land Hub yang mengandungi mengenai kemajuan perancangan bagi pembangunan perumahan dan bangunan termasuk juga senarai alamat yang sah di Negara Brunei Darussalam; dan

  3. Business Hub yang mengandungi maklumat syarikat dan perniagaan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam.

Platform ini telah mula digunakan pada bulan Jun 2021 dan sehingga kini sebanyak 10 data providers dan 15 data users yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan yang berkepentingan telah menggunakannya.

Sebanyak 21 pengitegrasian sistem kerajaan daripada data users telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian ini dengan kerjasama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan platform National Information Hub tersebut termasuk penubuhan satu Data Sharing Working Group yang mana antara lainnya berhasrat untuk meningkatkan penggunaan NIH tersebut, memastikan penyelarasan data standardization dan meningkatkan data quality dan data accessibility.

Sehubungan dengan itu juga, penyediaan garis panduan (data sharing guideline) yang telah dikuatkuasakan pada Mei 2023, khusus bagi penggunaan agensi-agensi sektor kerajaan yang terlibat dalam perkongsian data peribadi dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dan juga organisasi-organisasi yang memproses data.

Dari segi penggunaan AI pula, pekara ini masih dalam perbincangan dengan pihak berkepentingan antaranya adalah seperti penyediaan AI Ethics Guideline yang selaras dengan perkembangan serantau dan juga secara global.

Berhubung data framework dan data governance bagi mewujudkan keharmonian dan interoperability di antara jabatan-jabatan kerajaan terutama sekali bagi keperluan perkongsian data.

Beberapa perancangan dan inisiatif telah dilaksanakan dan antaranya adalah membuat kajian terhadap keperluan data management framework dan kandungannya bagi menyediakan structured approach dalam pengurusan dan pentadbiran data dalam kerajaan.

Ini adalah bagi memastikan data quality, accessibility dan security. Pembangunan Data Management Framework ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan ia akan membantu kerajaan dalam pengurusan data yang lebih efektif dan efisien.

Pada masa ini, penyelidikan sedang dijalankan yang mana framework itu nanti akan mengandungi garis panduan, proses dan prosedur berkaitan data seperti Data Governance, Data Security, Data Interoperability dan Integration dan sebagainya.

Sedang dalam pelaksanan masa ini ialah pengumpulan maklumat dan analisis terhadap sistem dan data dictionary yang sedia ada bagi keperluan penyediaan data standardization dan pembangunan data reference model dan data catalogue.

Untuk makluman, satu usaha dalam membentuk data sharing working group committee juga telah diadakan yang dihasratkan untuk bertanggungjawab dalam memastikan dan mendukung pelaksanaan perkongsian data di antara agensi sama ada agensi kerajaan dan pihak swasta serta memberikan nasihat dan memastikan kepatuhan agensi kerajaan terhadap dasar dan prosedur yang telah ditetapkan berkaitan dengan perkongsian data.

Selain daripada itu, pada tahun 2022, EGNC juga telah melaksanakan Data Maturity Assessment kepada semua agensi kerajaan dengan tujuan untuk mengenal pasti kematangan agensi-agensi kerajaan dalam pengurusan dan penggunaan data sebagai bahagian daripada Digital Transformation Plan dan seterusnya untuk mengenal pasti keupayaan agensi data, manfaatkan data yang diperlukan dalam era digital dan untuk membangunkan keupayaan evolusi berterusan.

Hasil dari penilaian tersebut mendapati penggunaan Business Intelligence atau data analytics adalah masih terlalu rendah dan belum diterapkan sepenuhnya.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan melalui inisiatif-inisiatif ini akan dapat menghasilkan lanskap data yang selamat, telus dan berguna bagi agensi-agensi kerajaan.

Bagi memperkuat keupayaan untuk membuat keputusan yang berasaskan data dan memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh. Ini juga adalah merupakan precursor kepada 2 projek RKN-12 seperti Data Analytics as a Service dan Sistem Pengurusan Rekod (SpeRe).

Sekian Yang Berhormat Pengerusi, itulah jawapan kepada soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.

Seterusnya, beralih kepada soalan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed yang mencadangkan untuk memperluaskan sektor perkhidmatan pos bagi mengurangkan masa dan kesesakan di Mail Processing Centre (MPC) dengan penghantaran secara langsung ke rumah-rumah dan juga memudahkan penjagaan yang memesan barang dengan lebih efisien.

Dalam menjawab, terlebih dahulu diucapkan terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.

Jabatan Perkhidmatan Pos sangat mengambil berat tentang kepentingan orang ramai. بإنتهاء نيات dengan adanya transformasi Jabatan Perkhidmatan Pos, peluang pekerjaan akan ditawarkan bagi membuat penyerahan-penyerahan mel. Jabatan ini juga sedang giat aktif dan melaksanakan beberapa kajian dalam perubahan proses tuntutan dengan penambahbaikan dan menaik taraf sistem-sistem back-end.

Menyentuh mengenai pemprosesan mel, diambil kesempatan itu membagi sedikit pencerahan mengenai the back-end process.

Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Pos hanya dapat memproses mel yang datang dari luar negara setelah tiba di Negara Brunei Darussalam tertakluk kepada cara penghantaran dari negara asal sama ada kaedah pengangkutan udara atau laut.

Mel yang datang tersebut akan dibawa dari Brunei International Airport Cargo Centre (BIACC) jika melalui udara ataupun Muara Port Company jika melalui laut dan terus ke pusat memproses mel dan bungkusan (MPC).

Untuk makluman, mel berkenaan akan menjalani tapisan pemeriksaan X-ray yang dilakukan oleh pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Hasil dari tapisan X-ray ke atas mel berkenaan akan dicop sama ada dengan label hijau atau merah. Hanya mel berlabel hijau yang akan dihantar terus kepada pelanggan.

Manakala, mel berlabel merah memerlukan pemeriksaan lanjut. Terdapat juga paket-paket kecil yang tidak mempunyai ciri-ciri jejak dan kesan atau untrackable item walaupun ia mempunyai nombor tracking.

Bagi mengatasi masalah ini, Jabatan Perkhidmatan Pos telah mengambil inisiatif untuk merekodkan dengan mengadakan data entry semua paket-paket kecil sebagai tujuan tracking di dalam negeri.

Mengenai perkara pelanggan beratur bagi membuat tuntutan bungkusan di Mail Processing Center, ia adalah bagi bungkusan dan paket kecil yang berlabel merah.

Pelanggan perlu menuntut mel tersebut di cawangan pejabat pos terpilih kerana ia memerlukan pemeriksaan oleh pihak berkuasa. Paket kecil mereka dapat diambil dan dirack dan dituntut melalui aplikasi Bru-Track.

Pada masa yang sama, Jabatan Perkhidmatan Pos juga melaksanakan projek paket-paket label merah ini yang mana penghantarannya, pemeriksaan dibuat dengan kebenaran pelanggan untuk pihak berkuat sebagai kastam memeriksanya tanpa hadirnya pemilik mel tersebut.

Ini adalah salah satu usaha untuk membolehkan paket-paket merah ini juga dapat dihantar terus kepada para pelanggan.

Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi sebagai keterangan dan pencerahan mengenai soalan oleh Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed tersebut.

Beralih kepada soalan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub mengenai kenapa terdapat perbezaan ketara bagi harga kenderaan motosikal di pasaran tempatan berbanding dengan negara jiran termasuk di dalam kawalan pihak sama ada ia di dalam kawalan pihak kerajaan.

Bagi menjawabnya, soalan Yang Berhormat adalah dimaklumkan bahawa kerajaan tidak mengenakan kawalan harga bagi motosikal, namun begitu pengimportan motosikal akan dikenakan duty-excise sebanyak 30% hingga 35% tertakluk kepada kapasiti enjin motosikal tersebut. Mengenai dengan perbezaan harga yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, ini mungkin adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kos produk, kos pengangkutan, kos pemasaran, margin keuntungan (profit margin) penjual dan keadaan pasaran yang berlainan di negara-negara tersebut seperti saiz pasaran dan affordability atau kuasa pembeli. Ini adalah di antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perbezaan harga seperti yang telah dikongsikan.

Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menjawab, berpindah kepada soalan Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin yang mana ialah mohon pencerahan mengenai proses permohonan bagi mendapatkan jurulatih memandu yang mengambil masa yang agak lama dan ingin mengetahui inisiatif dan tindakan untuk menangani masalah kekurangan Pegawai Melesen dan Pegawai Penguji Memandu. Pada masa ini, kaola saja ingin mengongsikan bahawa pihak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) memang maklum mengenai perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan adalah dikongsikan di sini bahawa terdapat bottleneck disebabkan oleh kekurangan tenaga penguji dan juga dari segi kapasiti litar di mana untuk kegunaan latihan dan juga ujian.

Insya'allah perkara ini akan diusahakan bagi mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian. Antara lain mungkin perkara yang dipertimbangkan adalah mengenai keperluan penggunaan litar bagi ujian ini yang mana juga menyebabkan bottleneck jika ada perkembangan selanjutnya akan dikongsikan kepada Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin mengenai perkara ini.

Seterusnya berpindah kepada soalan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir yang mencadangkan agar wujud zon-zon perangkap had laju dan juga menyarankan agar denda bagi kesalahan lalu lintas dalam keadaan mabuk boleh diteliti semula.

Dalam hubungan ini, sukacita saja memberikan pencerahan untuk mengongsikan maklumat di mana merujuk kepada Bab 37A (1), Akta Lalu ntas Jalan Raya Penggal 68, memperuntukkan bahawa pertandingan atau ujian laju yang melibatkan pengunaan sebarang kenderaan tidaklah boleh diadakan di atas jalan raya atau tempat awam tanpa kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya Polis. Suatu denda tidak kurang daripada $1,000.00 dan tidak lebih daripada $2,000.00 dan penjara selama 6 bulan.

Dengan hal penyabitkan kesalahan kedua atau berikutnya 1 denda tidak kurang dari $2,000.00 dan tidak lebih dari $3,000.00 dan penjara selama 12 bulan.

Manakala bagi kesalahan-kesalahan memandu, kadar kompaun telah dinaikkan mengikut had kelajuan sebagai contoh memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan di jalan raya pada kenderaan sehingga 30 kilometer sejam dikenakan $50.00, memandu lebih had laju yang telah ditetapkan di jalan raya atau pada kenderaan lebih daripada 30 kilometer sejam hingga 40 kilometer sejam membawa denda sebanyak $100.00 dan bagi memandu melebihi laju yang telah ditetapkan di jalan raya atau pada kenderaan lebih 40 kilometer sejam dikenakan denda $150.00.

Kaola ingin menekankan disini bahawa Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya mempunyai matlamat yang sangat tinggi ke atas semua pengguna jalan raya di negara ini dan melalui kerjasama sepadu di bawah Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) pemantauan dan penguatkuasaan kawasan lalu lintas juga akan dipertingkatkan dari masa ke masa.

Dalam hubungan itu, cadangan untuk memasang Kamera Perangkap Laju Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), di kawasan-kawasan strategik sebagai usaha ke arah membudayakan pengguna jalan raya agar lebih memandu dengan cermat dan berhemah adalah disambut dengan baik dan alat tersebut akan memaparkan kelajuan pemandu yang mendekati pada jarak yang ditentukan selain berkeupayaan menangkap gambar termasuk plate license kenderaan.

Dengan adanya paparan kelajuan tersebut, dengan sendirinya pemandu menyedari bahawa dia telah memandu dengan laju. Kaola ingin memaklumkan bahawa antara kawasan strategik yang telah dikenal pasti adalah di Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien yang mana sebanyak 287 CCTV telah pun dipasang di sepanjang jambatan tersebut dan di antara objektif pemasangan CCTV tersebut adalah pemantauan oleh main control centre jambatan tersebut dan memastikan had laju dipatuhi oleh pemandu-pemandu.

Kaola percaya bahawa langkah-langkah seperti ini adalah di antara inisiatif yang akan ditunduki oleh Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR). Pada masa yang sama dikongsikan juga di bawah projek Rancangan Kemajuan Negara Kedua Belas (RKN-12) Smart Transport System, kaedah menggunakan GPS tracking juga akan diperkenalkan.

Beralih kepada soalan mengenai dengan denda bagi pesalah lalu lintas disebabkan mabuk dengan merujuk kepada Bab 26(1), Akta Lalulintas Jalan Raya Penggal 68 memperuntukkan bahawa mana-mana orang semasa memandu atau cuba memandu atau apabila bertanggungjawab terhadap kenderaan bermotor di jalan atau di tempat awam lain yang mabuk akibat minuman keras atau dadah sehingga tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik, bersalah kerana melakukan atau kesalahan,” dan “Hukuman denda sebanyak $10,000 dan penjara 2 tahun dan sekiranya sabit kedua atau berikut didenda $20,000 dan penjara 4 tahun”.

Berdasarkan statistik kes memandu dalam keadaan mabuk yang sudah didakwa tahun 2019 hingga 2023 yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei menunjukkan penurunan yang amat ketara iaitu pada tahun 2019 sebanyak 14 kes, tahun 2020 sebanyak 8 kes, tahun 2021 sebanyak 2 kes, tahun 2022 sebanyak 5 kes dan hanya 3 kes pada tahun lepas. Jadi difikirkan melihat daripada jumlah denda tersebut memang sudah sangat berat dan termasuk juga penjara.

Beralih kepada soalan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin mengenai dengan mengapakah Jabatan Penerbangan Awam masih lagi menggunakan perundangan Perintah Penerbangan Awam 2026 dan juga sejauh mana keupayaan Jabatan Penerbangan Awam pengawal selia dan adakah Jabatan Penerbangan Awam sudah membuat Risk Assessment dan meneliti kesiapsiagaan dari struktur keupayaan dalaman jabatan sebagai pengawal selia dan mengetahui kapasiti Lapangan Terbang Antarabangsa pada masa ini dan kemampuan untuk menampung pertambahan kapasiti.

Sedikit latar belakang mengenai projek konsultasi di antara Jabatan Penerbangan Awam dan Civil Aviation Authority International Limited, United Kingdom yang telah dirujuk, salah satu bahagian dari Civil Aviation Authority International Limited, United Kingdom bermula pada penghujung tahun 2014 dan berjalan selama 2 tahun.

Objektif projek konsultasi ini ialah untuk membantu Jabatan Penerbangan Awam dalam mensiapsiagakan dirinya untuk menjadi Penguatkuasa Penerbangan Awam bagi Negara Brunei Darussalam yang memenuhi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa atau International Civil Aviation Organization.

Di antara piawaian adalah untuk Jabatan Penerbangan Awam menyediakan Aviation Safety dan Security Oversight System. Projek konsultasi ini merangkumi beberapa work streams dan antaranya adalah menyediakan Rangka Kerja Perundangan Penerbangan Awam (Civil Aviation Legislative Framework) yang meliputi bukan saja mereview Civil Aviation Order 2026 bahkan beberapa regulations yang lain berkaitan penerbangan awam.

Rangka kerja ini juga telah memerlukan Jabatan Penerbangan Awam untuk menyediakan beberapa peraturan-peraturan teknikal yang berupa Brunei Aviation Requirements bagi industri penerbangan awam dan penstrukturan Jabatan Penerbangan Awam juga diperlukan dalam memastikan kerja-kerja pengawalseliaan adalah independent dari peranan lain jabatan itu iaitu Perkhidmatan Lapangan Terbang dan Navigasi Udara.

Manpower review juga diadakan bukan saja dalam mengenal pasti jumlah aviation inspector yang diperlukan, malah juga competency requirements termasuk latihan-latihan teori dan amali tahap qualification yang bersesuaian.

Dalam membantu aviation inspectors menjalankan tugas-tugas secara tulus dan teratur, set of processes procedures dan checklist juga telah disediakan. Secara amnya dengan adanya projek konsultasi tersebut, Jabatan Penerbangan Awam telah pun menjalankan risk assessment dan mengenal pasti kekurangan-kekurangan, yang mana sebahagian besarnya telah pun 'ditunduki'.

Self-assessment juga telah dijalankan secara berkala dalam menilai apa setiap tahap aviation safety dan security oversight system mengikut soalan-soalan audit yang disediakan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

Dalam pada itu, Civil Aviation Order 2006 masih lagi diguna pakai dan masih relevan dalam mengawal selia industri penerbangan awam iaitu sebagai high level legislation dan yang utama adalah Jabatan Penerbangan Awam telah menyediakan Brunei Aviation Requirements iaitu peraturan-peraturan teknikal yang perlu dipenuhi oleh industri penerbangan, seperti permohonan GallopAir untuk menyediakan penerbangan yang berdaftar di negara ini dan juga termasuk foreign aircraft operator seperti yang telah dikeluarkan kepada Air Asia, Singapore Airlines, Malindo dan Cebu Pacific.

Berhubung dengan kemampuan dan kapasiti Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Sepertimana yang dikongsikan, operasi airport masih di bawah kapasiti. Dari segi pergerakkan penumpang, cargo transfer dan juga in terms of kemampuan untuk membuat security screening kepada bagasi dan seumpamanya.

Dari segi ketibaan penumpang ada 3... Minta maaf. Dari segi kapasiti airport pada masa ini kita hanya, memenuhi 40% slot penerbangan yang digunakan. Ini bermakna Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei masih mempunyai slot penerbangan untuk mengendali penerbangan-penerbangan berjadual dan juga sewa (chartered).

Mengenai kemampuan untuk menerima pesawat-pesawat yang dicadangkan. Ia boleh mampu untuk menampung 5 pesawat kod C iaitu 2 pesawat kod E. Pesawat kod C adalah seperti Airbus A320 dan 2 pesawat kod E iaitu Dreamliners dan Boeing 787, dan satu pesawat kod F iaitu Boeing 747 dengan menggunakan titi sawat (aerial bridge) daripada satu masa ke satu masa iaitu turn around selama 90 minit.

Jadinya, berhubung dengan kemampuan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk menampung pertumbuhan, pada masa ini masih di bawah kapasiti dan jika perlu diperkembangkan lagi ia akan memang dirancang tetapi pada masa ini mengambil kira operasi sekarang ini masih under capacity dan jika kita semakin dekat kepada mengoptimakan (maximizing) kapasiti memang rancangan untuk pengembangan lapangan terbang tersebut akan dilihat.

Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi usaha kaola untuk menjawab 7 soalan yang telah diajukan kepada kaola kelmarin, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi atas respons dan juga jawapan yang diberikan. Sekarang kita akan menyambung perbahasan di bawah Tajuk kementerian ini dan saya akan mula dengan mempersilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم الحمدُ لله ربِّ العالمين. والصَّلاةُ والسَّلامُ علىَ أشرفِ الأنبياءِ والمُرسلين، سيِّدنا محمَّدٍ وعلىَ آلهِ وصحبهِ أجمعين.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat السَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan salam sejahtera. Insiden eksploitasi kanak-kanak dalam talian yang membimbangkan.

Antara 2021 dan 2023, data menunjukkan 60 kes eksploitasi seksual secara online terhadap kanak-kanak. Ini adalah satu statistik yang amat membimbangkan. Oleh itu, kaola menyokong pembinaan rangka kerja (framework) untuk perlindungan kanak-kanak secara online.

Kaola difahamkan bahawa Negara Brunei Darussalam telah mengambil langkah penting pada tahun 2013 dengan menjadi negara pertama di rantau ini yang membuat rangka kerja Perlindungan Kanak-Kanak Secara Online (Child Online Protection Framework) berdasarkan kesatuan telekomunikasi antarabangsa (ITU dan AITI Brunei).

Rangka kerja sedemikian adalah penting untuk menyelaraskan usaha pelbagai agensi untuk memastikan langkah yang mencukupi disediakan untuk melindungi kanak-kanak dalam talian.

Dengan peningkatan penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda, mereka lebih terdedah kepada buli siber, gangguan dan pemangsa seksual.

Walaupun kerja terpuji telah dilakukan oleh pihak berkepentingan seperti AITI dan Cyber Security Brunei dalam penyiasatan dan menapis kandungan dalam talian untuk melindungi generasi muda kita, kaola memahami bahawa rangka kerja itu belum diwartakan.

Oleh itu, kaola menyeru agensi berkaitan untuk mewartakan rangka kerja dan penyelidikannya boleh diakses secara terbuka untuk orang awam secara online. Ketelusan adalah penting dalam memastikan akauntabiliti dan memupuk kepercayaan dalam perlindungan kanak-kanak dalam talian.

Seterusnya kaola ada terjumpa dokumen bertajuk 'Rangka Strategi Nasional Perlindungan Dalam Talian Kanak-Kanak Untuk Brunei Darussalam' secara online bertarikh April 2015 yang dibuat dengan kerjasama ITU dan AITI Brunei. Kaola meminta penjelasan tentang status rangka kerja ini dan kemajuan pelaksanaannya.

Bagi kaola adalah penting bahawa rangka kerja Perlindungan Kanak-Kanak Secara Online diwartakan dan disebaran secara meluas untuk orang awam bagi keselamatan kanak-kanak di Brunei Darussalam.

Dalam era digital masa kini di mana kanak-kanak semakin terdedah kepada risiko dalam talian, langkah proaktif ini penting untuk melindungi mereka daripada ancaman seperti eksploitasi dan buli siber.

Dengan memastikan wujudnya panduan yang jelas kesedaran digital yang tinggi dan kerjasama bersepadu kita dapat mencipta persekitaran online lebih selamat bagi kanak-kanak untuk berkembang tanpa rasa takut. إِنْ شاءَ الله Sekian Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله رب العالمين وبه نستعين كاولا

Alhamdullilah kaola tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi di atas mukadimah peranan dan perancangan kementerian di dalam mengurus dan merancang belanjawan tahun 2024/2025. Semoga dapat pelaksanaan yang baik إن شاء الله.

Kaola sukacita menyentuh berkenaan permohonan lesen memandu di kalangan warga asing yang bekerja di Negara Brunei Darussalam. Memiliki lesen memandu antarabangsa yang dikeluarkan oleh negara masing-masing.

Sepertimana yang kaola sedia maklum mana-mana pekerja asing yang bekerja di negara ini dikehendaki untuk mendapatkan lesen memandu Negara Brunei Darussalam dengan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) iaitu menghadiri kelas memandu, ujian bertulis dan ujian memandu melalui sekolah-sekolah memandu yang diiktiraf oleh JPD. Jika dulu mereka hanya perlu melalui proses temuduga untuk mendapatkan lesen memandu Negara Brunei Darussalam.

Kaola menyuarakan kebimbangan pihak-pihak berkenaan dengan beberapa isu yang timbul mengenai perkara ini yang sewajarnya perlu diberi perhatian.

Ini termasuklah isu penggunaan bahasa. Ada di antara pekerja ini tidak pandai berbahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Isu komunikasi merupakan masalah utama bagi mereka kerana bahasa yang digunakan di dalam kelas dan ujian adalah dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Sehubungan dengan ini, kaola mengharapkan perkara ini diteliti semula terutama sekali kesediaan dan persiapan pihak-pihak berkenaan untuk mengendalikan proses mendapatkan lesen memandu di kalangan warga asing.

Sekian sahaja yang dapat kaola sampaikan.

وبناء التوجيهات والاهداف. والسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Yang Berhormat Pengerusi

Saya mempersilakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

أحمدُ اللهَ ربَّ العَالَمِينَ والصَّلاةُ والسَّلامُ على أشرفِ الأنبياءِ والمرسلين، سيّدِنا مُحَمَّدٍ وعَلَى آلهِ وصحبهِ أجمَعِين.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola terpanggil untuk mengemukakan 8 isu untuk dibangkitkan dalam Dewan ini. Kerana sekatan, kaola akan sebutkan sahaja isu-isunya dan headlinenya sepintas lalu.

Isu pertama, transformasi pengangkutan darat awam, apakah tidakan interim plan untuk membaiki kelemahan yang ada sekarang?;

Isu kedua, merealisasikan usul menjadikan Brunei hub perhubungan udara BIMP-EAGA dan network kereta api Inter-Borneo. Tubuhkanlah task force untuk membantu merealisasikan agar apabila rezeki datang, kecil tapak tangan, niru ditadahkan;

Isu ketiga, meningkatkan keselamatan di jalan raya dan usaha-usaha melancarkan traffic floor di highway apabila ada kemalangan;

Isu keempat, corporatisation Pejabat Pos dan modal-modal baharu;

Isu kelima, Smart Nation Initiative yang masa ini banyak multiple ICT project dalam beberapa kementerian, pastikan integrasinya dengan e-government;

Isu keenam, penggunaan dana CREATES sebagai geran ICT untuk membuat aplikasi mesra pelanggan mengakses public transportation masa kini; dan

Isu ketujuh, Vehicle Inspection System tingkatkan adhoc verification dan;

Isu kelapan, maritime industry, status untuk memperkembangkan industri ini selain dari Muara Port.

Kaola akur dan menghormati saranan Yang Berhormat Pengerusi untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk menyampaikan hanya satu isu sahaja dalam Dewan ini dan soalan-soalan lain bolehlah disampaikan kemudian kepada Yang Berhormat Menteri.

Demi menjimatkan masa dalam Dewan yang mulia ini, kaola tidak akan menyuarakan mana-mana soalan kaola dan memberi laluan.

Kaola akan berhadapan soalan-soalan kaola kemudian untuk rekod dalam hansard sahaja. لِسَائِلٍ عِنْدَهُ مَعْرِفَةٌ لِلْوَزَارَةِ

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya tidaklah berhajat untuk membuat argument dengan mana-mana Ahli Yang Berhormat tentang apa juga perkara yang ditimbulkan tetapi pada pandangan saya, kita sekarang berhadapan dengan bajet yang 'kitani' rundingkan.

Jadi kalau bajet yang kita rundingkan ini detail dengan soal-soal apa yang terjadi dalam pejabat atau dalam kementerian-kementerian yang berkenaan daripada A to Z, jadinya barangkali 3 minggu, 6 minggu pun tidak selesai 'kitani' di sini.

Barangkali 'kitani' mempunyai ruang atau tempat yang lain. Sebab itu kita telah menyediakan peluang bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk datang sendiri berhadapan dengan sama ada dengan Menteri-Menteri yang berkanaan ataupun pegawai-pegawai untuk bertanya mengenai dengan perkara-perkara seperti ini, apa jadinya ini, apa jadinya itu, apa jadinya rancangan yang sudah berlalu dan apa jadinya.

Jadi perkara itu, saya kira adalah satu perkara yang baik dan boleh diteliti oleh kementerian-kementerian yang berkenaan. We are all human, check and balance are very important to us. Tetapi you have to appreciate that kita berhadapan dengan bajet yang harus kita luluskan dan juga sebagaimana yang kita ketahui, kita mempunyai keahlian kabinet yang kecil dan mereka mempunyai tugas-tugas yang tertentu selain daripada menghadiri mesyuarat ini saya percaya, sama ada di dalam negeri ataupun di luar negara.

Jadi sebab itu juga saya mengambil maklum dan tidak ada komen mengenai dengan Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet yang tidak dapat hadir, I appreciate because saya pernah menjadi Menter kabinet. Appreciate dorang punya effort to come berhadapan dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan dengan jelas dan nyata dan telah juga memberikan hala tuju kementerian masing-masing.

Jadi perkara ini barangkali satu perkara yang harus kita teliti kemudian, yang mana tumpuan ketika bermesyuarat ini adalah khas untuk membincangkan mengenai dengan bajet yang harus kita selesaikan.

Jadi soal-soal lain, saya kira itu terpulang kepada Menteri yang berkenaan, dia mahu menjawab ataupun tidak, ataupun mahu menjawab secara bertulis, itu terpulang kepada mereka.

Tapi bagi saya I don’t want to go into argument with any of you because to be fair, you have to be fair to me as well, so kedua-dua belah pihak harus berusaha sama-sama. Supaya 'kitani' dapat melancarkan pekerjaan 'kitani' الكفاءة.

Jadi saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بسم الله الرحمن الرحيمين الحمد لله رب العالمين إن الصلاة عليه وسلم وعليك Terlebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi di atas mukadimahnya yang cukup jelas tentang rancangan dan usaha-usaha Kementerian bagi melaksanakan visi dan misi ke arah menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara.

Kaola menyambut baik saranan-saranan yang disuarakan oleh rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat serta usaha-usaha yang diungkayahkan oleh pihak kerajaan di dalam membudayakan pengguna-pengguna jalan raya agar lebih berhemah dan bertanggungjawab ketika memandu.

Pernah satu ketika dahulu inisiatif ini dimulakan di peringkat sekolah lagi dengan melibatkan penyertaan penuntut-penuntut sekolah untuk menyertai peraduan dan pertandingan keselamatan jalan raya yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama Syarikat Minyak Shell Brunei bertujuan bagi mendedahkan generasi muda untuk mempelajari dan memahami undang-undang dan peraturan jalan raya.

Selain daripada itu juga turut dianjurkan peraduan-peraduan melukis poster keselamatan jalan raya dan bukakan penyertaannya di peringkat nasional.

Sehubungan dengan ini apakah perancangan pihak kementerian khususnya Majlis Keselamatan Jalan Raya Brunei untuk memperluaskan kesedaran ini di kalangan penuntut-penuntut sekolah dan apakah usaha-usaha yang telah dan akan dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai? Mohon pencerahan mengenainya.

Sekian,

وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan.

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan

أَكْفَرُ بِيَة terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيم الحمد لله وكفى والصلاة والسلام على النبي المصطفى Wamanih tada, Amma ba'du.

أسلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kampung Air dikenali sebagai Venice of the East. Apa yang dulunya menjadi laluan air yang sibuk, kini semakin ketinggalan dalam pemodenan negara.

Bandar Ku Ceria, bagaimanapun telah menekankan keperluan bagi Brunei untuk mempunyai logistik laluan air yang mantap. Pada hari-hari biasa pengusaha teksi air ini hanya gemar memberi perkhidmatan di kawasan Yayasan tanpa menyedari bakal pelanggan dari kawasan-kawasan lain.

Kaola mencadangkan untuk kementerian mengenalikan aplikasi teksi air seperti aplikasi Dart. Aplikasi yang boleh menghubungkan pelanggan dengan pengendali teksi air untuk memberitahu pengendali di mana dan bila pelanggan memerlukan perjalanan ini.

Mungkin ia akan meningkatkan penggunaan laluan yang sebelum ini jarang digunakan seperti dari Kampung Air ke Kiulap dan juga ke Gadong. Harga bagi service boleh juga dipantau kerana pada masa ini, ia tidak tetap dan kadang-kadang pelancong dikenakan harga yang tinggi. Dalam harapan Brunei menjadi di antara 10 bandar terbaik untuk didiami di Asia, sudah semestinya perlu ada perhubungan yang baik. Semoga bermanfaat.

Sekian, والله والتوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Lau How Teck.

Yang Berhormat Awang Lau How Teck

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Selamat pagi dan salam sejahtera.

Lebih dahulu, kaola ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi peluang untuk kaola turut serta dalam perbincangan ini. Di samping itu, kaola juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi di atas mukadimah dan pembentangan yang dikongsikan.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ingin menyentuh perkara berkaitan dengan pengendalian kargo melalui Sektor Pengangkutan dan Logistik, khususnya di Muara Container Terminal. Apakah tindakan yang diambil dalam cabaran pengurusan baris gilir (queue management) yang diharapkan semasa pengendalian kargo Brunei Fertilizer Industry (BFI) sehingga memakan masa yang lama untuk menyelesaikan kerja-kerja memunggah dan penghantaran kontena yang lain.

Misalnya terdapat dalam satu situasi di mana beberapa cargo vessel perlu menangguh penghantaran dan terpaksa divert ke Kota Kinabalu Port beberapa hari untuk menunggu giliran jika BFI Vessels berada di loading terminal.

Selain itu, kaola ingin mengetahui dengan lebih lanjut, jika terdapat perancangan dan pelaksanaan untuk menambah jumlah quay cranes yang hanya ada dua buah sahaja pada masa ini di Muara Container Terminal.

Yang Berhormat Pengerusi. Jika dibenarkan, izinkan kaola untuk menambah satu lagi isu. Kaola ingin mengetengahkan perkara mengenai para pelancong yang menyatakan kadar bayaran dan cabaran untuk mendapatkan teksi dan seumpamanya dari kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Adakah terdapat inisiatif pihak kerajaan untuk mengawal harga perkhidmatan teksi?

Kaola ingin mencadangkan agar kadar pembayaran perkhidmatan seumpamanya memberikan piawaian harga yang berpatutan selaras dengan perjalanan dan destinasi yang hendak dituju. Kaola terpanggil untuk menyuarakan isu ini kerana pernah beberapa orang pelancong yang terpaksa berjalan kaki dari Lapangan Terbang Antarabangsa ke kawasan Kiulap disebabkan tidak mahu menggunakan transportasi sedemikian yang mengenakan bayaran sebanyak $50. Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi di atas mukadimah yang cukup jelas dan terperinci semalam berkenaan dengan perbelanjaan bajet 2004/2005. Diharapkan agar semua perancangan dapat keputusan yang baik.

Kaola sukacita menyentuh berkenaan dengan sistem kemudahan pengangkutan awam di Negara Brunei Darussalam. Kaola telah pun menerima keluhan daripada orang ramai tentang keberadaan pengangkutan awam seperti bas yang sering berubah-ubah, tidak mencukupi dan ada juga perkhidmatannya ditiadakan di beberapa kawasan yang ramai penduduk seperti Skim Perumahan Negara dan lain-lain.

Pengangkutan bas awam adalah merupakan pilihan kepada orang awam yang tidak memiliki kenderaan, para pekerja asing, penuntut-penuntut universiti, ibu-ibu tunggal dan lain-lain sebagai pengangkutan utama ke tempat kerja dan seumpamanya. Isu kekurangan bas awam bukanlah isu baharu malah ia sering menjadi masalah kepada orang ramai terutama sekali di kawasan-kawasan baru dan terpencil.

Sehubungan dengan ini, kaola ingin tahu apakah perancangan pihak kerajaan untuk memperluaskan perkhidmatan bas awam di Negara Brunei Darussalam? Dan ketika ini berapa banyakkah syarikat-syarikat yang beroperasi menyediakan perkhidmatan bas awam? Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri mengenainya.

Sekian,

وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركته

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kadang-kadang saya juga terpanggil untuk bertanya. Apakah kegunaannya figure ataupun angka-angka yang sebagaimana yang dipohonkan? Untuk apa 'dipinta' angka-angka yang seperti itu? Adakah kajian lanjut dibuat, mengenai dengan apa? Apakah correlation dengan apa-apa hubungan satu-satu projek yang dilaksanakan oleh Ahli Yang Berhormat sendiri atau orang-orang yang berkenaan atau kementerian-kementerian yang berkenaan.

Jadi, kalau saya kira, kalau sudah semuanya kita tanya perangkaan A, perangkaan B dan Z, jadinya di mana kementerian-kementerian yang berkenaan ini mempunyai waktu untuk mengerjakan pekerjaannya seharian. Kadang-kadang saya juga wondering, dalam duduk di sini, kita harus lebih praktikal.

Jadi barangkali kita harus membantu rakan-rakan kita di sebelah sini supaya mereka dapat mengerjakan atau mengusahakan projek-projek. Tadi kita berdoa kepada mereka supaya projek-projek itu akan berjalan dengan lancar dan teratur, إن شاء الله.

Tetapi kalau sekiranya mereka derail dengan perkara-perkara yang ini harus dilihat dahulu, ini harus dilihat dahulu, jadi di mana waktunya akan one time 'kitani' mengucap ia harus menggunaka pegawai-pegawai dengan efisien tapi kalau pegawai-pegawai itu harus melaksanakan sesuatu perkara yang tidak ada hubungannya dengan pekerjaannya dengan projek yang dilaksanakannya, bagaimana? Where is their efficiency?

Tetapi walau bagaimanapun, saya pulangkanlah atas kebijaksanaan Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan dan juga kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berkenaan, sebagaimana yang saya nyatakan, saya tidak mahu turut campur mengenai perkara ini tetapi saya terpanggil untuk memberikan observation from time to time.

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk memberikan responsnya. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Terlebih dahulu, sebelum saya menjawab soalan-soalan yang baru tersebut, saya ingin membuat pembetulan setelah apabila merujuk kepada peraturan lalu lintas tadi yang mana denda bagi kesalahan kedua adalah $200 ribu, typo error ia hanyalah $20 ribu.

Berpindah kepada soalan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin mengenai Framework Child Protection. Untuk makluman, memang pihak kementerian melalui AITI dan juga melalui ITU telah menyediakan framework tersebut yang mana telah diserahkan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk mengimplementasinya, إن شاء الله akan bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk mengetahui status pelaksanaan framework tersebut.

Namun begitu, MTIC melalui AITI juga melaksanakan inisiatifnya tersendiri iaitu Child Online Protection National Framework yang telah disediakan dengan bantuan ITU tersebut yang melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan termasuk agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Peguam Negara, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan juga Pasukan Polis Diraja Brunei dan ITPSS.

Selain itu, AITI juga sentiasa aktif mengadakan program-programnya yang tersendiri seperti awareness di sekolah-sekolah termasuklah membuat buku untuk kanak-kanak dan untuk pelajar tentang apa yang diperlukan dan dilakukan sebelum membuat sebarang aktiviti di dalam talian. Ini juga termasuk menyediakan video awareness untuk kanak-kanak dan juga ibu bapa tentang cara memantau dan perkara yang perlu dipantau apabila anak-anak membuat aktiviti-aktiviti secara online. Inisitatif-inisitatif ini dilaksanakan dengan kerjasama rapat bersama ITPSS bagi memastikan kanak-kanak tahu apa yang perlu dilakukan apabila mereka membuat aktiviti secara online.

CSB (Cyber Security Brunei) sendiri juga mengadakan program-program outreach yang menyasarkan golongan remaja dan kanak-kanak. Pada tahun 2023, CSB telah mengadakan program-program hampir 50 buah sekolah dengan melibatkan lebih kurang sejumlah 5 ribu pelajar. Untuk kemudahan rujukan dan memberikan kesedaran yang berterusan kepada orang ramai, tajuk-tajuk yang termasuk dalam program kesedaran yang dikelolakan atau 'diungkayahkan' oleh CSB bolehlah diperolehi melalui laman sesawang yang telah disediakan www.secureverifyconnect.info.

CSB dan ITPSS juga bekerjasama dengan agensi-agensi lain melalui Program SINAR yang 'diungkayahkan' oleh berbagai kementerian dan jabatan termasuk Kementerian Pendidikan, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Polis Diraja Brunei, Biro Kawalan Narkotik untuk 'membariagakan' kesedaran kepada golongan remaja dan kanak-kanak khususnya mengenai isu-isu berkaitan dengan cyber bullying, sexual bullying dan juga internet addiction. Dalam masa yang sama juga, CSB bekerjasama dengan membantu Jabatan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan untuk memasukkan content yang bersesuaian ke dalam kurikulum pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat menengah iaitu di antara pacuan untuk menerapkan nilai-nilai seperti keselamatan atas talian yang diteruskan dari semasa ke semasa.

Untuk perhatian bersama, jika sekiranya terdapat kes-kes jenayah terhadap remaja atau kanak-kanak, pihak Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Bahagian Jenayah atau menghadapkan kepada pihak CSB untuk membuatkan siasatan digital. Itu sahaja jawapan kaola kepada soalan dan saranan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Beralih kepada soalan Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman mengenai proses mendapatkan lesen memandu dalam kalangan warga asing.

Memang diakui perubahan proses dalam meluluskan lesen warga asing yang mana dulu hanya diendorse tetapi sekarang perlu melalui ujian. Ini adalah mengenai dengan peningkatan jumlah kes-kes kemalangan melibatkan warga-warga asing.

Oleh kerana itulah diperkuatkan peraturan tersebut untuk melibatkan warga-warga asing melalui ujian di negara 'kitani'. Difahami mengenai keluhan yang dikongsikan ialah mengenai bahasa. Menguasai bahasa juga merupakan elemen keselamatan seperti dapat membaca papan-papan tanda 'kitani', yang berbahasa Inggeris ataupun Melayu. Tetapi pada masa ini, bahasa rasmi negara kita ialah bahasa Melayu dan juga diserapkan kepada peraturan mengenai tanda-tanda lalu lintas seperti dalam Bab 82 mempersyaratkan bahasa rasmi negri ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan huruf yang ditentukan oleh undang-undang bertulis. Dalam pada itu, alternatif bagi soalan-soalan ujian tersebut juga disediakan di dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa yang diguna pakai kebanyakan negara termasuk negara-negara Commonwealth.

Di sinilah timbul masalah sekiranya bahasa Melayu pun 'inda' pandai, bahasa Inggeris pun 'inda' pandai, tetapi 'inda jua karang' kalau ada terdapat 50 jenis warga asing datang, terpaksa juga menyediakan 50 jenis bahasa. Namun begitu, kita akan menunduki bagaimana boleh membantu jika terdapat warga asing tidak dapat menguasai 2 bahasa utama ini pada masa hadapan.

Selanjutnya, mengenai soalan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann mengenai perancangan kementerian khususnya MKKJR untuk memperluaskan lagi kesedaran keselamatan dan juga usaha-usaha meningkatkan kesedaran. Dikongsikan melalui Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya, kumpulan-kumpulan tindakan atau action groups adalah terdiri daripada agensi-agensi yang berkepentingan seperti Jabatan Pengangkutan Darat, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pendidikan dan agensi-agensi lain bagi melaksanakan tindakan-tindakan yang berunsur action orientated mengikut sasaran yang telah ditetapkan oleh pelan strategik MKKJR.

Antara pelan pelaksanaan yang melibatkan kerjasama bersama Kementerian Pendidikan adalah mengendalikan program inisiatif keselamatan jalan raya bersama institusi pendidikan yang bertujuan untuk menyemai pengetahuan asas keselamatan jalan raya pada murid-murid di peringkat rendah. Antara program yang telah diselenggarakan adalah seperti berikut:

  1. Mengadakan kuiz keselamatan jalan raya;

  2. Pertandingan mencipta video keselamatan jalan raya; dan

  3. Mengadakan peraduan melukis poster keselamatan jalan raya.

Kerjasama juga diadakan dengan Kementerian Pendidikan dalam menerbitkan sebuah buku bacaan iaitu Adab Keselamatan Jalan Raya telah pun dilancarkan. Buku-buku ini mengandungi 6 jilid dan telah diterbitkan untuk anak-anak murid sekolah rendah dan juga pihak urus setia MKKJR juga sering hadir ke sekolah-sekolah rendah sama ada sekolah kerajaan dan swasta untuk memberikan taklimat keselamatan jalan raya.

Dalam menambahkan lagi usaha meningkatkan kesedaran, pada setiap tahun, minggu ketiga bulan November, MKKJR akan mengadakan Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Jalan Raya Sedunia. Antara aktiviti yang diadakan oleh MKKJR semasa sambutan tersebut adalah dengan mengadakan jerayawara atau kempen keselamatan jalan raya dengan berkolaborasi bersama syarikat-syarikat seperti BLNG, BSP, U/WN dan lain-lain.

Selanjutnya sebagai Negara Zikir, beberapa inisiatif dan aturcara berbentuk keugamaan juga telah 'diungkayahkan' bagi memperingati mangsa-mangsa lalu lintas jalan raya seperti meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya melalui khutbah Jumaat, mengadakan Ratib Al-Attas serta Solat Sunat Hajat, membaca Surah Yaasin dan mengadakan Malam Munajat dianjurkan bersama Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Seterusnya, menyentuh mengenai soalan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan yang bertanyakan statistik itu, Yang Berhormat Pengerusi. Boleh dikongsikan di sini bahawa terdapat beberapa syarikat-syarikat pengangkutan bas awam yang beroperasi pada masa ini.

So, bus awam inter-district adalah sebanyak 5 buah pengusaha di Daerah Brunei-Muara yang mengoperasikan 6 laluan iaitu Northern Line, Southern Line, Eastern Line, Circle Line dan Central Business Line. Bagi Daerah Belait terdapat 1 pengusaha yang mengoperasi 2 laluan iaitu Laluan Keliling Kuala Belait dan Laluan Keliling Seria. Ketiga, bas awam inter-district terdapat 5 pengusaha bagi laluan Bandar Seri Begawan dan Seria.

Seperti mana dikongsikan dalam mukadimah in terms of hala tuju ke hadapan kita akan memperkenalkan model pengangkutan awam secara 3 peringkat (3 tiers) iaitu bus core network, on-demand share rides dan juga on-demand taxi seperti Dart services.

Ini adalah penambahbaikan dan juga dikongsikan di sini walaupun disebutkan beberapa pengusaha bas yang awal tersebut tadi sebenarnya masa ini mereka tidak beroperasi mengikut ikatan kontrak atau piawaian perkhidmatan. Inilah lagi satu penambahbaikan yang akan dikongsikan masa depan. In terms of jumlah bas, tertakluk kepada jumlah bas tetapi availability dan connectivity yang disediakan. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi jawapan kepada Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

Seterusnya, bagi soalan Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan mengenai kemudahan pengangkutan di Kampong Ayer ini. Diakui ia tidaklah ditunduki secara dekat oleh pihak Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta juga MBAPD dari segi kawalan operasi bot-bot tambang dan bot servis akan tetapi perkembangan baru ini yang juga dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ialah service on-demand, GoMamam di Kampong Ayer. Apabila mengetahui dengan kemudahan ini ia juga boleh digunakan aplikasi tersebut untuk memanggil perahu tambang. So, ini adalah salah satu probably masa hadapan ia boleh diperkembangkan servis seperti tersebut di mana on-demand service ini bukan hanya untuk perkhidmatan teksi atau pengangkutan di darat tetapi juga untuk perahu-perahu tambang di Kampong Ayer.

Seterusnya, berpindah kepada soalan Yang Berhormat Awang Lau How Teck yang menyentuh mengenai satu, tidak silap tadi perkhidmatan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa. Memang perkara ini akan ditunduki secara menyeluruh melalui strategi penambahbaikan pengangkutan awam (Brunei Smart Mobility Expo) yang telah dikongsikan jua di dalam mukadimah.

Berhubung dengan Muara Port memang pada masa ini terdapat bottleneck memandangkan industri hilihan juga menggunakan current Muara Port bagi tujuan eksportnya. Oleh yang demikianlah, kenapa MPC sekarang merancangkan untuk extend kemampuan untuk mengendalikan perkapalan dan kargo di Muara Port. Itulah sahaja yang dapat dijawab dulu Yang Berhormat Pengerusi dan sekiranya dapat disusuli juga dengan jawapan bertulis jika mana yang tertinggal. Sekian, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. أعزائي, kita telah pun mendengar perbahasan di bawah Tajuk Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan saya kira cukuplah dulu kita membahasakan mengenai tajuk-tajuk di bawah kementsserian ini.

Maka saya berpendapat sesuailah Tajuk SNO1A hingga SNO9A ini kita undi. Ahli-Ahli Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih. Nampaknya semua Ahli bersetuju. Maka Tajuk SNO1A hingga SNO9A diluluskan dan kita beralih ke Tajuk seterusnya.

Yang Mulia Jurutulis

Tajuk SNO1A hingga SNO9A bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SP01A - Kemajuan.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa sekarang berpindah untuk membincangkan Tajuk di bawah Kemajuan.

Sebelum Tajuk SP01A - Kemajuan ini dibuka untuk dibahasakan seperti lazimnya saya ingin memberikan laluan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk menyampaikan penerangannya tentang Belanjawan Kemajuan yang disediakan ini.

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sepertimana yang telah kaola sampaikan semasa pembentangan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 pada 29 Februari yang lalu.

Jawatankuasa Tertinggi Rancangan Kemajuan Negara yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah meluluskan sebanyak 305 buah projek-projek dalam Rancangan Kemajuan Negara Kedua Belas (RKN-12) dengan Harga Rancangan sebanyak $4 bilion untuk dilaksanakan mulai daripada Tahun Kewangan 2024/2025 hingga Tahun Kewangan 2029/2030.

بِالتَّوْفِيْقِ, dengan berkat daulat kepimpinan yang bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerjasama padu secara whole of government approach, projek-projek yang telah diluluskan disasarkan akan dapat menyumbang kepada kemajuan-kemajuan untuk mencapai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035 terutamanya bagi kesejahteraan rakyat dan penduduk dan meningkatkan sosioekonomi Negara Brunei Darussalam yang berterusan.

Sebelum kaola membentangkan peruntukan bagi RKN-12, izinkan kaola terlebih dahulu mengongsikan prestasi kemajuan 221 projek di bawah RKN-11 setakat 29 Februari 2024. Secara keseluruhan sebanyak 153 projek RKN-11 akan ditunda ke RKN-12, antaranya mengambil kira perkara-perkara berikut, sebanyak 54 projek telah siap dilaksanakan.

Projek-projek ini ini akan menyumbang kepada peningkatan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk, meningkatkan aktiviti perekonomian negara dan menyediakan peluang-peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan, meningkatkan accessibility kemudahan-kemudahan asas dan seterusnya akan meningkatkan produktiviti dari segi efficiency dan keberhasilan negara.

Antara projek-projek tersebut adalah seperti berikut, membukakan kawasan penanaman padi secara komersial, berkeluasan 500 hektar kawasan Kandol Daerah Belait Fasa 2, pembinaan semula Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar, Temburong, bangunan tambahan Sekolah Menengah Mengliat, pembinaan jejambat di Lebuhraya Muara-Tutong, persimpangan Perumahan Kampung Lugu, 10 buah projek-projek elektrik seperti Pengukuhan Rangkaian Sistem 11KV/415V bagi kawasan Jalan Pasar Gadong dan sekitarnya dan pengukuhan sistem rangkaian 11KV dari substation 66KV/11kV Pasir Puteh hingga JKR Package Unit Serambangun Mukim Tanjung Maya dan kawasan sekitarnya di Daerah Tutong. Pembinaan blok baru Pusat Keshiatan Jubli Perak Sengkurong, blok penjagaan kesihatan asasi, menaiktaraf Stadium Negara Hassanal Bolkiah fasa 2, projek-projek penggantian paip-paip air, kajian dan pengurusan terperinci pembahagian non-revenue water, projek-projek transformasi digital seperti Sistem Kebajikan Negara dan Central Account Password Privilege Management Platform.

Seterusnya, sebanyak 72 projek sedang dalam pelaksanaan (in progress) yang mana sebanyak 57 daripadanya akan ditunda ke RKN-12. Sebanyak 7 projek sumber tenaga manusia tidak lagi disediakan di bawah RKN kerana sudah dibiayai di bawah Peruntukan Perbelanjaan Berulang-Ulang kementerian yang berkenaan mengambil kira inisiatif pembangunan sumber tenaga manusia perlu diadakan secara berterusan.

Projek-projek tersebut termasuk 5 projek sumber tenaga manusia seperti program I-Ready di bawah Manpower Planning and Employment Council, satu projek Civil Service Leadership Pipeline di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam dan satu projek Biasiswa Pendidikan Teknikal Vokasional di bawah Kementerian Pendidikan. Manakala 8 selebihnya tidak ditunda ke RKN-12.

Sebanyak 95 projek lain masih dalam pelbagai peringkat awal penyediaan seperti perancangan, tawaran dan reka bentuk, yang mana sebanyak 86 daripadanya akan ditunda ke RKN-12. Manakala sebanyak 9 projek tidak ditunda ke RKN-12, antara lainnya mengambil kira perubahan perancangan ataupun penyerapan ke dalam projek-projek lain secara consolidation dan selebihnya diteliti semula pelaksanaanya. Sebagai kesinambungan, RKN-12 akan memfokuskan kepada projek-projek berikut:

  1. Projek yang berwawasan ataupun visionary dan flagship serta mempunyai ciri-ciri matlamat jangka panjang bagi menjamin kesejahteraan generasi akan datang; dan

  2. Projek yang mendatangkan impak tinggi dan dapat merubah corak dan pencapaian sosioekonomi negara ataupun game changer.

Demi mencapai sasaran keberhasilan Wawasan Brunei 2035, sebanyak 8 objektif RKN-12 telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Meningkatkan kemahiran dan kepakaran sumber manusia tempatan;

  2. Menyumbang kepada transformasi digital ke arah meningkatkan daya inovasi dan tahap produktiviti negara;

  3. Meningkatkan pertubuhan ekonomi;

  4. Meningkatkan aktiviti perdagangan khususnya pengesportan produk dari sektor bukan minyak dan gas;

  5. Pembangunan sosial dan kesejahteraan rakyat ke arah meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan penduduk;

  6. Memanfaatkan pembiayaan secara alternatif seperti public private partnership dan meperluas sumbangan dan kerjasama dari pihak-pihak yang berkepentingan dari bukan sektor kerajaan seperti GLC's dan FDI's;

  7. Meningkatkan sekuriti ataupun keselamatan negara dari ancaman-ancaman keselamatan seperti ancaman di sempadan, siber dan sebagainya; dan

  8. Menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Bagi tempoh RKN-12, jumlah harga rancangan yang telah diluluskan ialah sebanyak $4 bilion untuk membiayai 305 projek iaitu $1.7 bilion bagi 153 projek tunda dan $2.3 bilion bagi 152 projek baharu.

Manakala bagi Tahun Kewangan 2024/2025 ini, sejumlah $500 juta telah diperuntukkan bagi Perbelanjaan Kemajuan untuk membiayai projek-projek yang telah diluluskan di bawah RKN-12. Disebalik situasi fiskal yang mencabar pada masa ini, peruntukan besar yang disediakan di bawah RKN-12 ini dihasratkan sebagai investment in our future di mana projek-projek yang telah dicadangkan akan membantu meningkatkan efisiensi dan produktiviti pihak-pihak yang berkenaan di samping mengurangkan perbelanjaan secara jangka masa panjang.

Yang Berhormat Pengerusi, semasa pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan, 2024/2025 sebelum ini, kaola telah mengongsikan peruntukan bagi beberapa projek RKN yang telah disediakan.

Oleh itu, kaola tidak akan mengulanginya lagi dan akan menyebutkan secara ringkas sahaja di sini. Daripada Harga Rancangan sebanyak $4 bilion dan peruntukan sebanyak $500 juta yang telah disediakan mengikut kluster:

  1. Mengukuhkan keselamatan negara disediakan Harga Rancangan sejumlah $974.1 juta dengan peruntukan sebanyak $134.8 juta bagi Tahun Kewangan 2024/2025;

  2. Mengukuhkan kemudahan akses pendidikan disediakan Harga Rancangan sebanyak $472.3 juta dengan peruntukan sebanyak $43.6 juta bagi Tahun Kewangan 2024/2025;

  3. Meningkatkan dan mengukuhkan bekalan elektrik disediakan Harga Rancangan sejumlah $400 juta dengan peruntukan sebanyak $34.9 juta bagi Tahun Kewangan 2024/2025;

  4. Meningkatkan penyediaan perumahan disediakan Harga Rancangan sejumlah $309.8 juta dengan peruntukan sebanyak $41.9 juta bagi Tahun Kewangan 2024/2025;

  5. Mengukuhkan sekuriti makanan disediakan Harga Rancangan sejumlah $257.7 juta dengan peruntukan sebanyak $43.7 juta bagi Tahun Kewangan 2024/2025;

  6. Menyediakan prasarana untuk kesihatan yang baik disediakan Harga Rancangan sejumlah $256.5 juta dengan peruntukan sebanyak $3.2 juta bagi Tahun Kewangan 2024/2025;

  7. Meningkatkan kualiti Perkhidmatan Awam disediakan Harga Rancangan sejumlah $243.5 juta dengan peruntukan sebanyak $10.9 juta bagi Tahun Kewangan 2024/2025;

  8. Mengukuhkan infrastruktur ICT disediakan Harga Rancangan sejumlah $233.9 juta dengan peruntukan sebanyak $55.5 juta bagi Tahun Kewangan 2024/2025;

  9. Menyediakan pembekalan air bersih disediakan Harga Rancangan sejumlah $226.6 juta dengan peruntukan sebanyak $43.1 juta bagi Tahun Kewangan 2024/2025;

  10. Kemudahan awam untuk urusan melalui jalan darat disediakan Harga Rancangan sejumlah $114.8 juta dengan peruntukan sebanyak $23.4 juta bagi Tahun Kewangan 2024/2025;

  11. Memantapkan kecekapan sistem pengangkutan disediakan dengan Harga Rancangan sejumlah $93.7 juta dengan peruntukan sebanyak $20.7 juta bagi Tahun Kewangan 2024/2025;

  12. Mengukuhkan perkembangan Syiar Islam disediakan Harga Rancangan sejumlah $64.3 juta dengan peruntukan sebanyak $10.1 juta bagi Tahun Kewangan 2024/2025;

  13. Menangani risiko menghadapi bencana alam disediakan Harga Rancangan sejumlah $62.5 juta dengan peruntukan sebanyak $6.3 juta bagi Tahun Kewangan 2024/2025; dan

  14. Menangani perubahan iklim disediakan Harga Rancangan sejumlah $52.6 juta dengan peruntukan sebanyak $526.1 ribu bagi Tahun Kewangan 2024/2025;

Untuk Kajian disediakan harga rancangan sejumlah $48.4 juta dengan peruntukan sebanyak $1.9 juta bagi Tahun Kewangan 2024/2025. Pembangunan industri disediakan harga rancangan sejumlah $43.8 juta dengan peruntukan sebanyak $1.1 juta bagi tahun 2024/2025. Memajukan Industri Pelancongan disediakan harga rancangan sejumlah $36.4 juta dengan peruntukan sebanyak $7.2 juta bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Menaiktaraf dan meningkatkan kadar penyambungan sistem pembentungan dan menjaga kualiti air sungai-sungai disediakan harga rancangan sejumlah $34.5 juta dengan peruntukan sebanyak $4.2 juta bagi Tahun Kewangan 2024/2025. Mengukuhkan Kelestarian Alam Sekitar disediakan harga rancangan $19.2 juta dengan peruntukan sebanyak $692.9 ribu bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Penyediaan Pelan Induk seperti Pelan Induk Sanitasi dan Pembentungan bagi Negara Brunei Darussalam, Pelan Daerah Brunei Muara disediakan harga rancangan $13.8 juta dengan peruntukan sebanyak $271.8 ribu bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Memantapkan Pembangunan Sumber Manusia disediakan harga rancangan sejumlah $6.6 juta dengan peruntukan sebanyak $66.1 ribu bagi Tahun Kewangan 2024/2025. Mengukuhkan Pusat-Pusat Jaminan Kualiti dan Akreditasi disediakan harga rancangan $1.5 juta dengan peruntukan sebanyak $150 ribu bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Dan di samping itu, Peruntukan di bawah Simpanan Gagasan juga disediakan harga rancangan $33.6 juta dengan peruntukan sebanyak $11.7 juta bagi keperluan-keperluan segera yang diluar jangkaan.

Yang Berhormat Pengerusi, sepetimana kelazimannya Jawatankuasa Kerja RKN akan terus memantau kemajuan Projek- Projek RKN di samping lawatan ke tapak- tapak projek dan pemantauan di peringkat pegawai di Bahagian RKN Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan pegawai fokal di setiap kementerian pelaksanaan projek. Dengan bertambahnya jumlah projek daripada 221 projek dalam RKN Ke-11 ke 305 projek dalam RKN Ke-12,

إن شاء الله diharap akan memberikan peluang yang sangat berharga kepada semua pihak termasuk pihak swasta dalam sama-sama menyumbang bagi kemajuan Negara Brunei Darussalam. Oleh itu, kejayaan pelaksanaan RKN Ke-12 memerlukan kerjasama padu antara semua kementerian-kementerian serta agensi-agensi bukan kerajaan termasuk sektor swasta dalam sama- sama berganding bahu bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar, sempurna, berkualiti dan mengikut perancangan masa yang telah ditetapkan serta berpandukan piawaian- piawaian dan amalan terbaik antarabangsa ke arah kejayaan Wawasan Brunei 2035.

Yang Berhormat Pengerusi, sekianlah yang dapat kaola kongsikan dalam mukadimah dalam pembentangan Peruntukan Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 bagi Tahun Kewangan 2024/2025. إن شاء الله, apa jua persoalan yang berkaitan dengtan pelaksanaan projek-projek kemajuan ini, kaola yakin rakan-rakan sejawat kaola sudah setentunya akan dapat memberikan penjelasan lanjut selaku agensi-agensi pelaksana projek-projek kementerian masing-masing. Sekian Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Alhamdullilah, kita mengucapkan teima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II di atas penerangan yang cukup jelas dan terperinci berkenaan dengan penyediaan Belanjawan Kemajuan ini.

Sungguhpun perkara ini sedikit sebanyak kita percapkan dan perbahaskan dalam kita melihat Rang Perbekalan yang telah kita luluskan bagi Tahun 2024/2025, banyak perkara-perkara mengenai Kemajuan ini telah pun ditimbulkan dan Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan telah pun menjawab soalan yang berkenaan itu dengan tepat, maka untuk memenuhi keperluan penubuhan Standing Order kita, saya perlulah membukakan tajuk SPO1A ini untuk dibahaskan.

Seperti yang lazimnya, saya akan menjemput beberapa Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik untuk mengemukakan soalan dan seterusnya saya akan mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk memberikan jawapan atau responsnya sama ada untuk dijawab sekarang atau dijawab secara bertulis kemudian nanti. Untuk memulakan, saya persilakan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلٰوةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan Tajuk 1213 Mengukuhkan Infrastruktur ICT, kaola sukacita menyuarakan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Penggunaan ICT dikalangan masyarakat semakin meningkat bukan hanya di kawasan bandar mahupun luar bandar ia sudah menjadi keperluan penting bagi memudahkan urusan perniagaan serta sosial.

Namun pada itu, cabaran bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan ICT bagi memenuhi permintaan pelanggan memerlukan infrastruktur yang serba lengkap dengan sistem teknologi terkini.

Apakah projek-projek ini memberi tumpuan kepada penambahan menara pancaran di kawasan-kawasan low signal receiver khususnya kawasan pedalaman.

Sepertimana yang sedia kita maklum, UNN (United Nation Network) telah memulakan lonjakan besar dengan visi digitalnya dengan pembinaan salah satu pusat data paling maju di Asia Tenggara pada Mac 2023. Kemudahan Pusat Data 51 ribu kaki persegi yang diperakui mampu menjadi hos pelbagai aplikasi dan perkhidmatan mesin kritikal daripada perkhidmatan kewangan kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kerajaan serta membolehkan penggunaan low latency gaming dan cloud service. Kaola ingin tahu apakah perkembangannya sekarang? Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Kita teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana.

بسم الله الرحمن الرحيم اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، شَهِدْتُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dengan pembentangan harga rancangan kemajuan sebentar tadi. Kaola sukacita merujuk Anggaran Perbelanjaan Kemajuan dengan KOD 1208-001 iaitu memantapkan kecekapan sistem pengangkutan awam yang berjumlah lebih kurang $4.7 juta.

Perkara sistem pengangkutan awam khususnya bas awam sudah kaola bangkitkan pada sesi MMN 2023 tahun lepas. Kaola juga memberi pendapat penyebab antara kenapa orang ramai masih merungut sebab lama menunggu di perhentian bas adalah disebabkan sistem pengangkutan bas awam 'kitani' sejak dari dulu lagi tidak berkesan dan tidak cekap. Kalau 'abiskaola' diizinkan mengemaskini tajuk rancangan ini kepada memperbaiki sistem pengangkutan awam dan bukannya memantapkan kecekapannya sebab setakat ini sistem memang tidak cekap.

Setelah 1 tahun berlalu, belum juga nampak perubahan walaupun sedikit mengenai usaha-usaha 'mengusai' sistem bas awam negara. Yang didengar hanyalah survey dikelilingkan dan juga dokumen "request for information (RFI) dikeluarkan baru-baru ini yang bertajuk 'Smart Public Transport and Mobility System for Brunei Darussalam - CORE BUS NETWORK SERVICES Itupun ia dikeluarkan 10 bulan setelah berakhirnya sesi MMN tahun lepas.

Kaola rasa dengan kelajuan tindakan sebegini yang perlahan, ia akan melambatkan usaha pembaikan sistem bas awam dan dengan hanya peruntukan RKN 12 berjumlah $4.7 juta apa yang dapat 'kitani' boleh buat dalam masa terdekat. Ramai yang 'kitani' lihat mengharapkan sistem pengangkutan yang moden dan cekap. Dan ramai juga yang 'kitani' lihat masih menunggu lama di bus stop. Kemusykilan kaola, pendekatan apakah yang dicari oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Apa yang kaola baca dari dokumen RFI itu tadi tidak banyak perubahan dari apa yang telah dahulunya dirancang. Bagi kaola, sana dan sini pun sistem mesti juga sama seperti apa yang 'kitani' alami dinegara jiran apabila 'kitani' bercuti dan sebagainya. Untuk sistem pintar, mesti ada sistem untuk kawal pergerakan bas dengan kemudahan IT yang boleh membantu pengguna tidak menunggu lama di bus stop dan tidak membuang masa mereka.

Jenis bas pula mesti ada yang mesra warga orang kurang upaya (OKU). Rangkaian bas atau bus routing pun mesti yang bersaling hubung dan banyak lagi. Kaola rasa tidak perlu nya ada survey lagi sebab jawapan yang kita cari sudah ada 'kitani' alami. Dengan sistem pintar dan sebagainya yang kaola nyatakan di atas, ia sudah menepati kehendak orang ramai, pelancong, orang yang kurang berkemampuan untuk dapat bergerak sana sini.

Dengan adanya sistem yang cekap nanti, ia bukan sahaja sebagai dukungan kepada sektor-sektor lain dan ekonomi negara tetapi ia juga akan menyumbang kepada spin off effect yang lain sangat berharga dan bermanfaat untuk rakyat dan negara.

Sekian,

وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

بسم الله الرحمن الرحيم أَحْمَدُ لله رَبِّ العَالَمِينَ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلامُ عَلىٰ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ. سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِين.

Kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan sebentar tadi peruntukan kemajuan 2024/2025. Kaola menyokong Anggaran Belanjawan Kemajuan 2024/2025 dengan jumlah yang tidak berbeza daripada belanjawan 2023/2024. الحمد لله

Beberapa tajuk penting masih diberi keutamaan pada tahun ini bagi mengukuhkan kemudahan akses pendidikan sebanyak $43,575, 812 telah diperuntukan. Kaola berharap di bawah tajuk ini peruntukan akan digunakan bagi memulakan pembinaan sekolah-sekolah baharu seperti yang telah tersenarai.

Sekolah baharu seeloknya dibina sebagai bangunan yang energy efficient dengan menggunakan tenaga solar. Untuk itu bangunan sekolah yang hendak dibina hendaklah dibina bagi membolehkan solar panel dipasang. Ini akan memantapkan lagi usaha pihak kerajaan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektik iaitu usaha ke arah energy saving. Di samping itu, kaola berharap sekolah-sekolah yang ada sekarang perlu juga diberi perhatian kerana sebahagiannya perlu pembaikan segera.

Kebanyakan sekolah-sekolah ini telah berusia lebih daripada 30 tahun dan pemeriksaan ke atas struktur dan safety features nya diharapkan sudah dilaksanakan ke atas bangunan-bangunan ini. Satu tajuk yang juga seharusnya sentiasa dalam belanjawan kemajuan ialah Tajuk 1205; meningkatkan penyediaan perumahan. Selagi kita belum dapat mencari alternatif dalam penyediaan perumahan maka tanggungjawab itu adalah atas kerajaan.

Adalah diramalkan jika pendapatan sebenar atau real household income tidak meningkat atau masih ramai yang dalam lingkungan kemiskinan atau tidak miskin ataupun mereka tidak miskin tetapi tidak mampu, kebergantungan kepada kerajaan bagi perumahan akan bertambah.

Dan bukan setakat itu sahaja malah dalam hal-hal lain pun mereka akan bergantung kepada kerajaan. Ini scenario yang membimbangkan dan tidak dapat diambil ringan dan hanya jadi bahan perbincangan dari tahun ke tahun. Mudah-mudahan usaha kita mengenalikan banyak dasar dan Tindakan untuk memperbaiki sosioekonomi kita hasilnya dapat meringankan di mana it hurts most iaitu 'the pocket of ordinary people'. Adakah kajian telah dibuat? Sejauh mana we are better off now than yesterday. Yang Berhormat Pengerusi. Kaola suka menyentuh Tajuk 1211; iaitu memajukan industri pelancongyang mana seperti telah kaola nyatakan sebelum ini adalah terlalu kecil kalau kita bersungguh untuk memajukan industri pelancongan ini.

To stay ahead dalam industri ini kita mesti melabur secukupnya. Kaola berpendapat apabila ia sudah mantap, industri ini akan berkembang dengan sendirinya dan pulangannya juga akan berganda. Kaola melihat di kebanyakan negara sebaik saja COVID-19 berakhir industri pelancongan adalah antara industri pertama yang dikembangkan dengan hasil yang memberi pulangan yang besar kepada negara berkenaan. Jadi, kaola berharap peruntukan bagi industri ini akan dapat dikaji dan ditambah pada masa akan datang.

Kaola juga ingin menyentuh Yang Berhormat Pengerusi, Tajuk 1216; kemudahan awam untuk urusan melalui jalan rayaRangkaian jalan raya yang efisien, selamat dan berkualiti adalah penting bukan saja bagi tujuan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat bahkan memainkan peranan yang besar dalam memajukan negara dengan menjadikan beberapa kawasan terbuka (accessible). Ini akan menjan pertumbuhan di kawasan-kawasan di mana terdapatnya jalan raya.

Dalam hubungan ini, kaola menyokong Tajuk 1221; pelan induk kerana dengan adanya peruntukan ini pembesaran kawasan urban dan pembukaan kawasan rural mudah dirancang seperti di mana hendak menempat projek infrastructure industri tertentu ataupun kawasan perumahan baru dan penggunaan tanah bagi pertumbuhan ekonomi. Berbalik kepada isu jalan raya, pihak berkenaan juga diharap dapat memberi perhatian jalan-jalan di kawasan shopping complexes yang banyak rosak dan tidak diketahui pihak mana yang patutnya membaikinya. Sekian, Yang Berhormat Pengerusi.

وبالله التوفيق والهداية. و َ الس َّ لاَم ُ عَ لَيْكُم ْ و َ ر َ ح ْ م َ ة ُ الله ِ و َ بَر َكَاتُه

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلٰى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola terlebih dahulu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang kepada kaola untuk bersama-sama membincangkan berhubung kait dengan Rancangan Kemajuan Negara. Terima kasih juga diucapkan dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan peruntukan Kemajuan Negara bagi Tahun Kewangan 2024/2025.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat تقديرليه kaola sangat mengalu-alukan dan menghargai projek Kemajuan Negara di bawah Kemajuan Negara yang telah dikenal pasti lebih memfokuskan keutamaan dalam usaha menggerakkan pertumbuhan mempelbagaikan ekonomi negara, meningkatkan ekosistem perniagaan dan perlaburan yang lebih kondusif. Dalam usaha kita bersama, mudah-mudahan akan lebih banyak lagi pelaburan yang berskala besar ke negara ini serta sekaligus dapat mendatangkan impak sosioekonomi yang signifikan.

Begitu juga dari aspek pelbagai infrastruktur inisiatif-inisiatif dirancangkan akan terus dilaksanakan semata-mata untuk menambah baik serta meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan fasiliti-fasiliti semata-mata untuk menjaga kesejahteraan, kebajikan, keselesaan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam dalam suasana kehidupan yang aman damai, makmur serta penuh keharmonian.

Kaola yang di sini Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, apa yang kita harapkan segala projek-projek dan inisiatif-inisiatif yang dirancangkan dalam RKN ini akan dapat disediakan, dipantau secara terus menerus sehingga terlaksana dan direalisasikan dengan penuh kesempurnaan mengikut piawaian atau spesifik yang ditetapkan dalam tempoh masa rancangan yang ditentukan.

Ini sudah setentunya memerlukan pegawai-pegawai dan semua stakeholders yang berkaitan sangat bersungguh-sungguh komited, dedikasi, berintegrasi, lutanan serta penuh bertanggungjawab dalam memastikan apa juga projek dan inisiatif dirancangkan sehingga mencapai kualiti yang disasarkan dan kejayaan yang kita banggakan semua. Sebarang kecacatan projek bukan sahaja merugikan pihak kerajaan bahkan menjejaskan harapan dan perkhidmatan dan kesejahteraan orang ramai tetapi juga stakeholders yang berkenaan.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, seperti pengalaman sebelum ini ada terdapat beberapa projek disiapkan dalan keadaan yang tidak memuaskan, ada juga sehingga diiktirafkan not fit to stay atau live dan ada juga kadang kala beberapa buah projek terpaksa ditunda dari semasa ke semasa.

Dalam perkara ini, sebagai pengajaran kita bersama, mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan, apakah strategi dan inisiatif-inisiatif dalam kita bersama-sama memastikan setiap projek dan rancangan kemajuan akan 'kitani' laksanakan dengan berkualiti mengikut piawaian atau specification yang ditentukan serta dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditentukan. Kaola di sini ingin menyentuh tentang Pusat Kesihatan Pandan, Daerah Belait.

Ia termasuk dalam senarai Rancangan Kemajuaan Negara ke-11, tetapi sehingga kini tidak dapat direalisasikan. Sedangkan projek ini telah dikenal pasti tentang keperluannya bukan sahaja memberikan perkhidmatan keshiatan kepada penduduk di sekitarnya tetapi juga untuk mengurangkan kesesakan di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

Projek tersebut juga berasaskan kepada sokongan daripada pelan induk infrastruktur dan sistem keshiatan Negara Brunei Darussalam dan memenuhi kehendak kaedah Universal Health Coverage yang bermotifkan "accessibility, equality dan operability". Dalam hal ini, apakah kedudukan projek pusat Keshiatan tersebut? Adakah ia dinilai tidak lagi diperlukan atau tidak diutamakan? Sedangkan masyarakat di sekitarnya 'menunggu-nunggu' terhadap pusat kesihatan yang telah dirancangkan.

Sekian,

وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekali lagi, kaola mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بسم الله الرحمن الرحيم وبه نستعين. عنوان ورقة البحث التي وركزتها Kaola bercakap berkenaan dengan Tajuk 1211 - Memajukan Industri Pelancongan. Difahamkan sebanyak $7,214,876 juta telah disediakan di bawah tajuk ini. Sepertimana yang kita sedia maklum, industri pelancongan Negara Brunei Darussalam tidak kurang hebatnya berbanding dengan negara-negara lain. Keunikan budaya dan warisan sejarah yang dimiliki mampu menarik ramai pelawat dan pelancong datang ke negara kita.

Selain itu, negara kita juga menawarkan tempat-tempat lawatan yang mempunyai nilai dalam mewarnakan industri pelancongan tempatan. Dalam pada itu, penglibatan masyarakat kita juga memberikan impak ketara kepada kemajuan industri pelancongan seperti menawarkan pakej-pakej lawatan, membuka tempat-tempat lawatan yang menaiktaraikan di kawasan kampung dan menyediakan perkhidmatan homestay. Ada di antaranya sudah beroperasi sekian lama dan masih bertahan sehingga sekarang.

Namun pada itu, usaha-usaha dan inisiatif ke arah mewujudkan industri pelancongan tempatan yang mapan dan berdaya maju memerlukan bantuan berterusan daripada pihak kerajaan.

Sehubungan itu, kaola ingin tahu apakah projek-projek RKN-12 di bawah tajuk ini juga memberikan perhatian ke arah menaiktarafkan tempat-tempat lawatan yang ada di kampung-kampung? Jika ada, bolehlah dijelaskan di mana dan apakah jenis projek yang disediakan. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ. وَٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللّٰهِ وَبَرَكَةُ

Yang Berhormat Pengerusi

Begitulah soalan-soalan yang telah pun dikemukakan oleh 5 orang Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik. Sebelum saya minta Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk memberikan responsnya, saya ingin bertanya kepada 3 orang Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang telah menarik diri daripada menyual, adakah mahu terus membuat soalan ini ataupun tidak lagi?

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman

Kalau diberi peluang?

Yang Berhormat Pengerusi

Ya silakan. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِس ْ م ِ اللّٰ ه ِ الر َّح ْ مَ َٰ ن ِ الر َّح ْ يم الس َّ لاَم ُ عَلَيْكُم ْ و َ ر َح ْ مَة ُ الله ِ و َ بَر َ كَاتُه

Merujuk pada Tajuk 1223 – Elektrik yang memperuntukkan bajet $34,870,068 juta di bawah RKN-12. Kaola sukacita mengemukakan beberapa perkara iaitu kalau kita lihat masih lagi terdapat saliran elektrik yang menggunakan overhead cable terutama sekali di kawasan-kawasan di luar bandar. Sering berlaku kejadian blackout disebabkan kayu tumbang menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Selain daripada itu, terdapat juga tiang-tiang elektrik yang sudah usang, senget dan ditumbuhi tumbuh-tumbuhan menjalar. Perkara ini sering kita lihat di kawasan-kawasan terpencil seperti jalan-jalan kecil di kampung-kampung dan kadang-kadang menimbulkan masalah blackout terutama waktu hujan. Menaik taraf bekalan elektrik di kawasan-kawasan tertentu berdasarkan kapasiti penduduk dan jumlah bangunan rumah yang semakin bertambah.

Kaola ingin tahu apakah projek-projek di bawah RKN-12 ini memberi perhatian tentang perkara-perkara ini, perkara-perkara di atas untuk kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf?

Sekian, itu sahaja yang dapat kaola sampaikan. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Diucapkan terima kasih kepada 6 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat atas soalan-soalan yang diajukan.

Pertama sekali, terima kasih kepada Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir mengenai dengan connectivity terutama sekali di kawasan pedalaman.

Pada masa ini kerja UNN ini memang tidak masuk dalam Rancangan Kemajuan Negara, itu perbelanjaan dibiayai oleh UNN sendiri iaitu sebuah Government Link Companies. Jadi untuk menjawab juga pada masa ini memang kerja UNN itu diteruskan menyambung yang bernama optic fibre kepada kawasan-kawasan pedalaman seperti di Mukim Sukang dan sebagainya.

Jadi mengambil kira accessibility kepada kawasan pedalaman itu, memang ada cabarannya jadi memang tidak 'terdapat' jalan raya dan sebagainya. Jadi lebih mengambil masa untuk memasang optic fibre dan sebagainya.

Jadi pada setakat ini connectivity dalam negeri bagi mobile dan broadband telah mencapai lebih daripada 90%. Pada masa ini memang percentage ini mungkin akan meningkat lagi pada masa akan datang.

Jadi bagi soalan mengenai dengan Low Latency Cloud Services pada masa ini memang UNN ada mengoffer cloud services. Jadi soalan mengenai dengan low latency memang 'kitani' sudah memasang 5G pada masa ini, jadi ini memang sudah improved sudah latency jadi 'kitani' ikutlah yang latest technology lah. Kalau bagi connectivity ini memang 5G ini lebih baik daripada 4G dari segi latency.

Dalam dunia pada masa ini, yang paling tinggi 5G jadi 'kitani' sudah ikut 5G yang the best latency that we can have jadi we cannot do more than that itu sahaja jawapan kaola.

Jadi bagi soalan kedua daripada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin mengenai pengangkutan awam jadi dengan keizinan Yang Berhormat Pengerusi kemudian rakan sejawat kaola Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha mungkin juga dapat menjawab soalan ini.

Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, pertama sekali mengenai dengan sekolah supaya dapat dibangun dengan lebih energy efficient. Sama juga bangunan-bangunan yang sudah lama dibangun, yang lama dibangun supaya dapat 'kitani' menggunakan solar energy dan sebagainya.

Dalam RKN-12 memang 'kitani' diberikan peruntukan sejumlah $50 juta untuk mana-mana projek kalau ada memerlukan untuk convert bangunan yang ada pada masa ini ataupun yang akan dibangun untuk menjadikan satu green building.

Peruntukan ini juga boleh digunakan untuk solar energy dan sebagainya. Jadi rainwater collection, energy conservation dan sebagainya. Jadi jumlah ini memang $50 juta ini bagi kaola memang belum cukup tetapi memang secara permulaan sahaja. Jadi kalau sekiranya sambutan baik, 'kitani' boleh mencari jalan lagi untuk meningkatkan lagi jumlah tersebut.

Jadi mengenai dengan perumahan, kaola mungkin rakan sejawat kaola dari Kementerian Pembangunan tidak ada di sini jadi mungkin kaola akan mencadangkan untuk menjawab secara bertulis.

Seterusnya, mengenai pelancongan juga rakan sejawat kaola juga tidak ada di sini. Jadi mungkin soalan ini sudah dijawab semasa 'kitani' membentangkan peruntukan di bawah kementerian tersebut. Jadi ada baiknya mungkin rakan sejawat nanti akan menjawab secara bertulis juga dan seterusnya juga sama mengenai dengan jalan raya untuk dijawab secara bertulis nanti.

Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, mengenai dengan pemantauan projek-projek RKN ini sebenarnya dalam mukadimah kaola tadi, kaola sudah menerangkan cara-cara pasukan RKN di Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Cara-cara memantau projek-projek RKN ini termasuk melawat ke tapak-tapak, mengadakan perbincangan dengan kementerian-kementerian secara ad hoc ataupun secara berjadual dan juga mengongsikan knowledge sharing, lessons learned daripada projek-projek RKN sebelum ini yang mana dapat 'kitani' mempelajari.

Jadi ada juga 'kitani', ada kaola mengongsikan juga dalam pembentangan Kertas Perbekalan 2 ke 3 minggu yang lepas mengenai satu sistem yang 'kitani' akan siapkan. إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ akan dilancarkan pada 1 April iaitu TAFIS 2.0.

Jadi module ini membolehkan 'kitani' memantau projek-projek RKN yang lebih berkesan dan akan meningkatkan lagi cara-cara 'kitani' merancangkan projek-projek di peringkat rancangan, tawaran dan sebagainya. Inilah beberapa langkah-langkah yang 'kitani' telah ambil, memang perkara ini merupakan satu usaha berterusan untuk sama-sama 'kitani' tingkatkan lagi cara 'kitani', memantaukan projek-projek 'kitani'.

Mengenai dengan Pusat Kesihatan di Kampung Pandan pada masa ini 'kitani' tidak lagi menyediakan dalam RKN because projek ini akan menggunakan Public Private Partnership melibatkan private sector. Sama-sama kitani membangun Pusat Kesihatan.

Ini merupakan satu usaha dari Kementerian Kesihatan, jadi mungkin kaola akan kongsikan juga dengan rakan sejawat kaola, Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab secara bertulis juga.

Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, sama juga soalannya industri pelancongan sama juga soalan ini akan dijawab secara bertulis oleh Kementerian Pelancongan, Yang Berhormat Menteri berkenaan.

Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman mengenai elektrik. Kalau ada overhead cable, kalau sekiranya ada pokok jatuh, putus dan sebagainya.

Ini memang dalam Perbelanjaan Berulang-Ulang untuk 'kitani' maintenance dan sebagainya. Bukan dalam budget RKN, kalau sekiranya ada projek yang memerlukan 'kitani' mengubah lokasi cable, overhead cable dan sebagainya.

Di bawah RKN, pada masa ini 'kitani' peruntukan bagi ke Jabatan Elektrik ini sejumlah $400 juta di bawah RKN-12 ini tidak lagi specific mana-mana projek yang akan dilaksanakan. Jadi budget ini diperuntukkan untuk mana-mana saja.

As and when juga kalau ada diperlukan mereka boleh menggunakan budget ini. Jadi daripada 'kitani' khaskan ke beberapa projek ini adalah terikat, peruntukan ini tidak lagi dapat digunakan untuk projek-projek yang ad hoc.

Ini kira satu cara yang baharu untuk 'kitani' sediakan untuk elektrik $400 juta untuk mana-mana sahaja kerja yang perlu dibuat untuk meningkatkan lagi stability dan reliability electric supply di dalam negeri.

Itu sahaja, Yang Berhormat Pengerusi. Satu soalan mungkin Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi akan menjawab mengenai dengan pengangkutan awam.

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, kerana telah menyuarakan mengenai dengan projek pengangkutan awam ini.

Kaola merujuk juga kepada Musim Permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara di Dewan yang mulia ini pada tahun lepas, dikongsikan bahawa akan mula merebiu semula pelan-pelan strategik yang telah dilakukan dahulu. Juga dikongsikan bahawa projek RKN mengenai pengangkutan awam yang lepas semasa RKN-11, projek tersebut dibatalkan.

Oleh sebab itu, tidaklah ada peruntukan untuk membuat kerja-kerja setakat ini, untuk membuat cadangan dalam RKN-12 ini. Jika mengikut proses perolehan (procurement process) yang betul, we cannot do tendering and all that sebelum ada bajet.

Oleh yang demikian, dengan mengambil inisiatif untuk memulakan proses ini awal, proses Request for Information telah dikeluarkan.

Tujuannya ialah:

  1. Untuk mendapatkan maklumat terkini, terutama daripada kaedah teknologi atau peralatan, bukannya dari sistem. Tetapi because we only know what we know. Tujuan untuk mengeluarkan RFI ialah untuk mendapatkan maklumat lanjut atau maklumat terkini lagi mungkin terdapat kaedah-kaedah, peralatan atau sistem-sistem yang lebih canggih atau lebih sesuai kepada keadaan negara 'kitani'. Sebab itulah tujuannya RFI tersebut.

  2. Berhubung dengan survey yang dilakukan. Untuk makluman, ia juga sudah disuarakan pada tahun lepas di Majlis ini untuk mengendalikan survey. Jadinya mengambil baik cadangan tersebut, kementerian ini juga melakukan survey mengenai public transport.

    أَنْجَحَ بِهِ. Daripada ini masih dalam penelitian, akan tetapi respons- respons menunjukkan valuable information.

    Walaupun hanya sebanyak 1,570 orang responden yang mana terdiri daripada warga tempatan, tetapi dengan memberi cadangan-cadangan penambahbaikan pun, in terms of kemungkinan 'dorang' menaiki bas awam masih rendah.

    Itu salah satu perkara yang perlu diambil kiralah juga mengenai one of the reasons cadangan yang dahulu dibatalkan. Itulah isu mengenakan potential viability system.

Dalam pada itu, that's why 'kitani' tidak hanya when we talk about mobility ini, tidak hanya bersandarkan kepada bas awam. That's why kita mengendalikan mungkin ikut kesesuaian society 'kitani' on demand transportation ini lebih menarik. Apa yang menjadi resistance mengenai kosnya yang dianggap masih tinggi.

Itulah di antara perkara-perkara yang akan ditangani. Itulah the reason dikeluarkan RFI ini untuk mendapat maklumat lanjut mengenainya.

Oleh yang demikianlah juga, selain daripada perbelanjaan $4.7 juta tersebut itu untuk prasarana bas awam. Tetapi the smart transport system itu sistem pemboleh untuk kepada online demand.

Insya'allah dengan kerajaan yang menyediakan sistem tersebut boleh menurunkan kos kepada operasi pengangkutan awam ini.

Itulah sahaja dahulu yang dapat dikongsikan dengan perancangan dan sepatutnya dikongsikan juga semasa mukadimah dengan mengumpulkan maklumat yang terdapat ini. Insya'allah Request For Proposal akan dikeluarkan pertengahan tahun ini.

Di sinilah juga disarankan, probably teman-teman perniagaan Ahli Yang Berhormat untuk menunjukkan minat untuk menceburi diri dalam perusahaan pengangkutan ini.

Sekian, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

أشكركم يا شيه Kita telah pun mendengar perbahasan di bawah Tajuk SPO1A - Kemajuan dan sekarang saya kira cukuplah kita membahaskan mengenai dengan tajuk di bawah Belanjawan ini.

Maka saya berpendapat sesuailah Tajuk SPO1A - Kemajuan ini kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih. Nampaknya semua Ahli Yang Berhormat bersetuju.

Maka Tajuk SPO1A - Kemajuan diluluskan dan kita beralih ke tajuk seterusnya.

Yang Mulia Jurutulis

Tajuk SPO1A - Kemajuan dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk Bab 1 - Gelaran Pendek dan Permulaan Kuat Kuasa.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sedang membincangkan mengenai Tajuk Bab 1 - Gelaran Pendek dan Permulaan Kuat Kuasa. Akta ini bolehlah digelar sebagai Akta Perbekalan 2024/2025 dan hendaklah mula berjalan kuat kuasanya pada 1 April 2024.

Maka saya kira Tajuk Bab 1 - Gelaran Pendek dan Permulaan Kuat Kuasa tidak perlu dibahaskan. Oleh yang demikian, adakah Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju supaya Gelaran Pendek dan tarikh Permulaan Berkuat Kuasa Akta ini untuk diluluskan?

Yang bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih. Nampaknya semua Ahli Yang Berhormat bersetuju. Maka Bab 1 - Gelaran Pendek dan Permulaan Kuat Kuasa diluluskan.

Yang Mulia Jurutulis

Bab 1 - Gelaran Pendek dan Permulaan Kuat Kuasa dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira adalah sesuai sekarang bagi kita untuk berehat selama 15 minit.

(Mesyuarat Jawatankuasa berehat sebentar)

(Mesyuarat Jawatankuasa bersidang semula)

Yang Berhormat Pengerusi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Ahli-Ahli Yang Berhormat. الحَمْدُ لِلّهِ. Kita telah selesai membincangkan dan meluluskan tajuk-tajuk yang terdapat di dalam Jadual bagi Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih setinggi-tingginya kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana telah memberikan kerjasama yang selayaknya semasa perbincangan dan perbahasan Rang Undang-Undang ini sehingga ia selesai kita laksanakan.

Oleh yang demikian, bagi membolehkan kita membincangkan perkara-perkara seterusnya, saya ingin mencadangkan supaya kita bersidang semula di peringkat Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

Sebagai peraturan perundangan di dalam meluluskan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Rang ini sekarang akan dibaca bagi kali ketiganya sebelum Rang tersebut dapat kita luluskan untuk dijadikan Akta. Saya mempersilakan sekarang Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk melaksanakannya.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى نَبِيِّنا مُحَمَّدٍ وَعَلىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kaola ingin memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang yang bergelar "Suatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang dari Kumpulanwang Yang Disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2024/2025, dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu" telah pun dipertimbangkan dan diteliti satu per satu dalam Mesyuarat Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada apa-apa pindaan.

Oleh yang demikian, kaola memohon izin daripada Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dapat dibaca bagi kali ketiga dan seterusnya untuk diluluskan. Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II sebentar tadi telah menyatakan supaya Rang Undang-Undang yang bergelar "Suatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2024/2025 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud yang tertentu" untuk dibaca bagi kali ketiga.

Adakah Ahli Yang Berhormat yang suka menyokong untuk cadangan ini? Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola menyokong sepenuhnya cadangan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dengan sepenuhnya. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II. Ahli-Ahli Yang Berhormat, اَكْفُلُ رَبِّيَ Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dengan ini telah dibaca bagi kali ketiga dan seterusnya diluluskan. Cadangan ini telah mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II.

Adakah Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju akan cadangan ini sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih. Nampaknya semuanya Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju secara sebulat suara dan tiada ada tentangan. Maka, Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 ini diluluskan.

Yang Mulia Jurutulis

"Suatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang dari Kumpulanwang Yang Disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2024/2025, dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu".

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

أَفْعَل Persidangan Majlis Mesyuarat Negara telah pun selesai meluluskan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 dan Akta ini akan berjalan kuat kuasanya bermula pada 1hb. April 2024.

Sekarang kita beralih kepada perkara selanjutnya.

Yang Mulia Jurutulis

Perkara ke-VII. Ketetapan 1 iaitu Ketetapan di bawah Perkara 83, Fasal 7 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, 1959 yang akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ عَلَي اَمْرِنَا وَمَا تُفِيْقُهُ الَّا بِكُمْ Yang Berhormat Yang Di-Pertua, izinkan kaola menerangkan secara ringkas mengenai kertas yang dibentangkan di atas meja.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebanyak 21 buah Perintah-Perintah yang telah disenaraikan dan Perintah-Perintah tersebut telah dikurniakan perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk diguna pakai.

Untuk makluman Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebahagian daripada Perintah-Perintah ini sudah pun berjalan dan diguna pakai pada tahun 2023 yang lalu dan sebahagian lagi telah mula berjalan pada tahun ini iaitu tahun 2024. Kesemua Perintah-Perintah ini telah diterbitkan dalam Warta Kerajaan menurut peraturan dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perintah-Perintah ini telah pun diteliti dengan sehulus-halusnya dengan tujuan untuk memastikan ia berjalan dengan teratur.

Oleh kerana Perintah-Perintah ini telah pun dikurniakan perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka koala berpendapat tidaklah perlu kita membahaskan dan sebaliknya lebih bersesuaian untuk diluluskan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, keterangan ringkas mengenai Perintah-Perintah yang kaola sebutkan adalah seperti yang terdapat dan tersenarai dalam Kertas Majlis Mesyuarat Negara No. 1 Tahun 2024.

Oleh yang demikian, izinkan kaola sekarang untuk mencadangkan sebuah ketetapan yang berbunyi:

"Majlis ini membuat Ketetapan menurut Perkara 83 Fasal 7 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959, bahawa tiap-tiap Perintah yang dibuat di bawah Perkara 83 Fasal 3 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959 yang dibentangkan dihadapan Majlis ini sebagai Kertas No.1 Tahun 2024 adalah masing-masing mulai dari tarikh Perintah itu diluluskan."

Sekian. Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II telah mengemukakan cadangan, adakah salah seorang daripada Ahli Yang Berhormat Menteri Kabinet yang ingin untuk menyokong cadangan ini?

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kaola menyokong cadangan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dengan sepenuhnya.

Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II telah mengemukakan sebuah ketetapan di bawah Perkara 83 Fasal 7 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959 dan perkara ini telah mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II.

Sebagaimana jua yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II sebentar tadi, bahawa kebanyakan atau pun kesemua undang-undang yang disenaraikan dalam Kertas Nombor 1 Tahun 2024 telah pun diluluskan secara Perintah Darurat dan sebahagian Undang-Undang tersebut telah pun berjalan dan berkuatkuasa pada masa ini.

Oleh yang demikian, saya berpendapat perkara ini tidaklah perlu untuk dibahaskan. Maka ada baiknya ketetapan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II ini diundi.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

الحمدلله. Semua Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju dengan sebulat suara maka ketetapan ini diluluskan.

Yang Mulia Jurutulis

Ketetapan kedua di bawah Bab 4 Ceraian 2 dari Akta Kumpulan Wang Kemajuan (Penggal 136) akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

بِس ْ م ِ اللّٰ ه ِ الر َّ ح ْ م َ َٰن ِ الر َّ ح ْ يم الس َّ لاَم ُ عَ لَيْكُم ْ و َ ر َ ح ْ م َ ة ُ الله ِ و َ بَر َكَاتُ ه

dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola memohon izin kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua di dalam Dewan yang mulia ini untuk mencadangkan bahawa Majlis ini dengan ini membuat Ketetapan seperti yang dikehendaki oleh Bab 4 Ceraian 2 dari Akta Kumpulan Wang Kemajuan (Penggal 136) bahawa perbelanjaan sejumlah $500 juta untuk dibenarkan, diperuntukkan dan dipohonkan dari Kumpulan Wang Kemajuan untuk maksud-maksud tertentu di bawah ini dan disebutkan dalam Anggaran Belanjawan Kemajuan 2024/2025 dibentangkan sebagai Kertas Bilangan 2 Tahun 2024.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Butir-Butir Perbelanjaan Kemajuan dalam tahun tersebut ada dinyatakan dalam anggaran-anggaran hasil dan perbelanjaan bagi tahun itu yang dibentangkan di atas meja sebagai Kertas Nombor 2 Tahun 2024.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Cadangan Peruntukan Rancangan Kemajuan Negara ini telah pun kita bincangkan secara terperinci dan panjang lebar dalam satu sidang Jawatankuasa yang telah pun diluluskan dengan tiada pindaan.

Maka kaola sekarang ingin menyatakan hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk meneruskan rancangan-rancangan tersebut sebagaimana yang telah dirancangkan.

Dari itu, kaola sukacita mencadangkan supaya Majlis dengan ini membuat ketetapan seperti yang dikehendaki oleh Bab 4 Ceriaan 2 dari Akta Kumpulan Wang Kemajuan (Penggal 136) bahawa perbelanjaan sejumlah $500 juta untuk dibenarkan diperuntukkan dan dipohonkan dari Kumpulan Wang Kemajuan untuk maksud-maksud tertentu di bawah ini dan disebutkan dalam Anggaran Belanjawan Kemajuan 2024/2025 dibentangkan sebagai Kertas Bilangan 2 Tahun 2024.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II telah mencadangkan sebuah Ketetapan di bawah Bab 4 Ceriaan 2 dari Akta Kumpulan Wang Kemajuan (Penggal 136).

Adakah salah seorang di antara Ahli Yang Berhormat yang ingin menyokong mengenai dengan cadangan kenyataan ini.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلّٰةُ وَالسَّلَّمُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menyokong sepenuhnya cadangan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II telah mengemukakan sebuah Ketetapan di bawah Bab 4 Ceriaan 2 dari Akta Kumpulan Wang Kemajuan (Penggal 136) Negara Brunei Darussalam dan kenyataan cadangan ini telah mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II.

Sebagaimana yang dinyatakan tadi bahawa semua Peruntukan Wang Kemajuan ini telah pun diluluskan dan dijadikan Akta.

Oleh yang demikian perkara ini tidaklah perlu untuk dibahaskan lagi. Maka ada baiknya ketetapan ini kita undi.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

بِسۡمِ اللّٰهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ
Semua Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju. Maka ketetapan ini diluluskan. Ahli-Ahli Yang Berhormat. بِسۡمِ اللّٰهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini telah selesai mengenai Perkara 7.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira cukuplah dulu kita bersidang pada hari ini.

Saya ingin menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula إِنْ شَاءَ اللّٰهُ pada hari Sabtu, 23 Mac 2024 seperti lazimnya mulai pukul 10.00 pagi.

Sekian,

وَبِاللّٰهِ التَّوۡفِيقُ وَالۡهِدَايَةِ. وَالسَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

HADIR

YANG DI-PERTUA

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, P.S.N.B., S.L.J., P.H.B.S., P.J.K., P.K.L., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Ekonomi dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., D.P.K.T., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Grand Cross of Crown Order- G.K.K., (Netherlands), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula With The Rank of Grand Cross (Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (Johor), DSO (Military) (Singapore), P.H.B.S., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, D.K., S.P.M.B., D.S.N.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertua Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, P.S.S.U.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, D.P.K.T., S.M.B., P.H.B.S., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, P.S.N.B., D.P.M.B., Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, P.S.N.B., S.P.M.B., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, P.S.N.B., S.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmadddin bin Haji Abdul Rahman P.S.N.B., S.P.M.B., P.S.B., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abd. Manaf bin Haji Metussin P.S.N.B., S.P.M.B., S.N.B., S.M.B., P.S.B., P.K.Lj., Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. Rashid P.S.N.B., D.P.M.B., P.I.K.B., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)

Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh P.S.N.B., S.P.M.B., P.I.K.B., P.K.Lj., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha P.S.N.B., P.S.B., Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad P.S.N.B., S.M.B., P.I.K.B., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG BERGELAR

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, P.S.N.B., D.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, S.U.B., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Awang Lau How Teck, P.S.B.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, P.I.K.B.

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin, S.M.B., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, S.N.B., S.M.B., P.I.K.B.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, S.M.B., P.S.B.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, P.I.K.B.

AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI DAERAH-DAERAH

Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, P.I.K.B., P.K.L., Penghulu Mukim Lumapas -Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, P.K.L., Ketua Kampung Subok - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Ketua Kampung Putat - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong, P.K.L., Ketua Kampung Lumapas 'B' – Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, P.I.K.B., P.K.L., Ketua Kampung Belimbing – Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, P.I.K.B., Penghulu Mukim Bukit Sawat – Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ketua Kampung Bukit Sawat – Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, P.I.K.B., Penghulu Mukim Ukong – Daerah Tutong.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai – Daerah Tutong.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L.P., Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau – Daerah Temburong.

HADIR BERSAMA

Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

Yang Mulia Pengiran Hajah Zaidah binti Pengiran Haji Petra, Pemangku Timbalan Jurutulis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.

Estimated Word Count

Total: 16108

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi: 6090

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II: 3125

Yang Berhormat Pengerusi: 1605

Yang Berhormat Yang Di-Pertua: 874

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman: 591

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof: 521

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin: 458

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman: 418

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin: 357

Yang Berhormat Awang Lau How Teck: 293

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin: 249

Yang Berhormat Menteri Kesihatan: 241

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann: 202

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan: 201

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub: 201

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir: 187

Yang Mulia Jurutulis: 185

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan: 183

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II: 127