HARI KE-8 PAGI
📖 Masa membaca: 109 minit
📊 Bilangan kata: 22,237 kata
19HB MAC 2026 PAGI
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)
Yang Mulia Jurutulis
Bismillahir Rahmanir Rahim. Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari kelapan pada hari ini, Khamis, 29 Ramadan 1447 bersamaan 19 Mac 2026 dan didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMAT
(Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mat Jaya bin Ibrahim).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warrahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat-Nya jua, kita dapat bersama-sama berkumpul pada pagi ini bersidang bagi hari kelapan di Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara.
Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita akan memulakan hari ini dengan urusan mesyuarat seterusnya.
Yang Mulia Jurutulis
Kenyataan Menteri.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya telah memberi izin bagi Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama untuk membuat Kenyataan Menteri yang bertajuk ‘Memperkukuh Tadbir Urus Zakat dan Wakaf Ke Arah Kesejahteraan Rakyat Yang Mampan’. Sekarang saya persilakan, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah (Selawat dibaca).
Kaola dengan hormatnya mengucapkan terima kasih di atas kesempatan dan ruangan yang dibukakan pada awal pagi ini. Insya Allah, sedapat daya kaola akan membentangkan tajuk Yang Berhormat Yang Di-Pertua sebutkan tadi, insya Allah.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, rakan-rakan dan sahabat sekaliannya.
Terlebih dahulu sebagaimana tadi, kaola merakamkan terima kasih di atas kesempatan ini. Tetapi yang akan dijelaskan dari awal lagi ialah Pembentangan ataupun Kenyataan ini akan memfokuskan kepada usaha memartabatkan tadbir urus zakat dan wakaf sebagai instrumen yang juga ada bersignifikan untuk turut sama menyumbang dalam usaha menjamin kesejahteraan rakyat yang mampan selaras dengan Wawasan Brunei 2035.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekaliannya. Insya Allah dalam sesi Kenyataan Menteri ini kaola ingin membentangkan sebagaimana tajuknya ‘Memperkukuh Tadbir Urus Zakat dan Wakaf Ke Arah Kesejahteraan Rakyat Yang Mampan’. Tajuk ini menekankan bahawa keberkesanan zakat dan wakaf tidak hanya diukur melalui angka jumlah kutipan semata-mata. Keberkesanannya itu diukur sebenarnya berasaskan kepada 3 aspek utama, iaitu, ketelusan proses dalam memastikan setiap sen, dana dari muzakki yang diurus dengan akauntabliti yang tinggi.
Kedua, keberkesanan penyampaian dalam mengoptimumkan penggunaan teknologi untuk mempercepatkan agihan zakat dan pengembangan harta wakaf. Yang ketiga impak sebenar dalam memastikan zakat dan wakaf mampu mengggubah taraf hidup rakyat secara jangka panjang. Itu ukuran yang setepatnya, untuk menentukan sama ada zakat itu berjaya atau tidak, zakat dan wakaf itu berjaya mencapai hasrat sebagaimana yang ia disyariatkan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Insya Allah, dalam sesi kenyataan ini, kaola ingin membentangkan salah satu bidang strategik dalam kehidupan perkhidmatan ugama dengan tajuk memperkukuhnya sepertimana yang dinyatakan tadi. Fokus pembentangan itu pertama sekali ialah tadbir urus kutipan zakat yang sistematik dan berteraskan digital. Alhamdulillah, pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama secara berterusan berusaha memperkukuhkan pengurusan kutipan agar lebih inklusif, pelbagai inisiatif telah dan terus dilaksanakan melalui beberapa pendekatan seperti berikut, iaitu pemerkasaan sistem pengurusan kutipan yang lebih tersusun, kepelbagaian saluran pembayaran bagi kemudahan pembayar zakat yakni muzzaki dan pendekatan kesedaran berterusan mengenai kewajipan zakat sebagai tanggungjawab ugama dan sosial.
Hasil daripada inisiatif-inisiatif tersebut, dihasratkan proses kutipan menjadi lebih teratur, lebih mudah diakses dan lebih diyakini oleh masyarakat. Maka adapun kesan daripada inisiatif-inisiatif tersebut, telah pun dapat dilihat melalui hasil kutipan zakat fitrah tahun lepas iaitu tahun 2025. Jumlah keseluruhan ialah peningkatan maksudnya sebanyak BND1,034,413.03, kita tidak menyabut ringgit sekarang ini, dolar rupanya Pehin ah.
Jadi berbanding pada tahun sebelumnya pada tahun 2024 cuma BND1,010,126.04. Jadi ada peningkatan sebanyak 2.4 percent bersamaan menjadikan kutipan daripadanya berjumlah BND24,286.99. Jumlah pembayar zakat muzzaki juga meningkat kepada, jumlah meningkat menjadi hampir 400,000 iaitu 393,443 orang, berbanding sebelumnya tahun 2024 hanya 357,436 orang pada tahun sebelumnya itu, iaitu penambahan sebanyak 36,000 orang yakni 10.07 percent.
Daripada jumlah keseluruhan tersebut sebahagian kutipan adalah melalui pembayaran secara dalam talian yang mencatatkan sebanyak BND387,372.38 dengan 165,094 orang muzzaki berbanding BND350,653.70 dengan 118,842 orang muzzaki pada tahun sebelumnya iaitu peningkatan sebanyak 10.47 peratus. Menjadikan kutipan berjumlah sebanyak BND36,718.68.
Manakala bagi zakat harta, tadi zakat fitrah tu ah, bagi tahun 1446/1447 sekarang ini berbanding dengan ertinya pada 2025 yang lalu, mencapai sebanyak BND20,371,761.96 berbanding BND20,186,634.75 yakni pada tahun 2024. Iaitu peningkatan sebanyak 0.92 percent bersamaan kira-kira BND185,127.23. Daripada jumlah tersebut, sebahagian kutipan adalah melalui kaedah potongan automatik ATM, CRM dan secara dalam talian yang mencatatkan sebanyak BND4,166,345.17 dengan jumlah muzzaki seramai 3587 orang bagi tahun 1446/2025. Muzzaki ertinya pembayar zakat harta mencapai bilangan ribuan orang sekarang ani Pehin, Alhamdulillah, 3587 orang.
Transformasi digital terbukti berjaya diketengahkan apabila kutipan zakat fitrah dan zakat harta secara dalam talian meningkat. Ini adalah bukti jelas bahawa masyarakat, iaitu masyarakat sudah bersedia untuk menerima kaedah pembayaran yang lebih moden, praktikal dan efisien. Kesinambungan daripada kemudahan-kemudahan pembayaran zakat, pihak kementerian akan terus mempertingkatkan usaha kerjasama secara berterusan bersama pihak-pihak yang berkepentingan seperti institusi-institusi perbankan dan syarikat-syarikat telekomunikasi yang menawarkan pembayaran zakat secara dalam talian, online.
Di samping itu, perkhidmatan kutipan zakat sedia ada akan terus diperkemas melalui kaunter-kaunter yang ditempatkan di Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal serta cawangan daerah-daerah mahupun pembayaran zakat melalui para amil yang telah dilantik di masjid-masjid di seluruh negara.
Salah satu pendekatan baharu yang diperkenalkan bagi memudahkan pembayaran zakat ialah melalui pelaksanaan sistem tempahan temu janji secara dalam talian. Ini bagi orang ramai menghubungi JUZWAB, Jabatan Urusan Zakat dan Wakaf untuk bertanya dapat bimbingan, berjumpa menyerahkan zakatnya, jadi ditentukanlah kerana perkara itu akan melibatkan mengira dan sebagainya. Jadi diuntukkan slot masa tertentu yang bersesuaian bagi kedua belah pihak. Ini salah satu juga membolehkan para muzzaki memilih waktu yang bersesuaian untuk mendapatkan perkhidmatan di kaunter-kaunter pembayaran zakat.
Alhamdulillah, dalam usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kewajipan, hikmah serta kelebihan berzakat, Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal melalui Seksyen Perhubungan Awamnya terus melaksanakan pelbagai inisiatif dengan memanfaatkan media massa dan media sosial seperti Instagram, Facebook dan lain-lain platform. Selain itu, inda jua boleh melupakan untuk menyebut kerjasama strategik yang selama ini turut dijalinkan bersama dengan Radio Televisyen Brunei melalui siaran televisyen dan rangkaian radio. Jabatan Penerangan juga melalui penyediaan info-graphic bagi tujuan promosi kesedaran membayar zakat serta agensi-agensi swasta yang lain.
Fokus yang kedua Yang Berhormat Pengerusi ialah tadbir urus penyelesaian permohonan tertunggak, backlog secara strategik. Perkara ini, yang menjadikan naratif yang kurang nyaman ataupun negatif terhadap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan dalam perkara urusan zakat apabila terjadi backlog bertahun-tahun. Jadi perkaranya, kedudukan sebenarnya dapat diketahui dengan penerangan itu di sini, iaitu pihak kementerian melalui JUZWAB telah melaksanakan misi penyelesaian tunggakan inquiry data bagi menyelesaikan tunggakan kes permohonan di dalam Sistem Kebajikan Negara, SKN dari tahun 2020 hingga tahun 2024. Sistem itu, sebenarnya inda ada automatically mereject, kalau ada permohonan itu salah, inda lengkap dan sebagainya.
Jadi permohonan tersebut kekal di dalam sistem itu, sangkar-sangkarnya kitani, inda dapat yang lain masuk untuk diproses, dan kedia sendiri pun inda dapat diproses, jadi atulah terjadi backlog daripada tahun 2020 hingga pada 2024. Jadi, tindakan penyelesaian yang telah dilakukan antaranya:
Pertama, penubuhan taskforce khas yang diselia oleh Bahagian Sistem dan Data Maklumat Jabatan Urusan Zakat sendiri iaitu memisahkan pengurusan backlog daripada tugasan harian Bahagian Zakat supaya pemohon baharu tidak terjejas, dipisahkan.
Kedua, jabatan juga telah menambah baik tatacara proses kerja penyelesaian tunggakan dengan menggunakan platform penghantaran pesan ringkas rasmi Kementerian, push SMS untuk menghubungi pemohon secara langsung dan memberikan tempoh masa yang mana yang mandatorilah selama 14 hari kepada mereka untuk memberikan maklum balas atau memuat naik dokumen yang dikehendaki ke dalam sistem SKN.
Penghantaran pesanan ringkas dihantar untuk memberi ingatan kepada pemohon supaya memberikan maklum balas dalam tempoh 14 hari itu kepada pihak JUZWAB dan memberikan peluang kepada pemohon-pemohon yang lain untuk memberikan tindak balas sebelum apa-apa tindakan dilaksanakan. Proses ini dilaksanakan hasil perbincangan bersama agensi Kerajaan secara berterusan. Alhamdulillah, pihak kementerian melalui taskforce khas ini telah berjaya menyelesaikannya. Alhamdulillah berita baik ni, telah berjaya menyelesaikan sebanyak 2,380 kes tertunggak dari tahun 2020 - 2024 dalam tempoh 10 minggu secara berstruktur. Impak daripada tindakan ini, jumlah status dalam ruang inquiry SKN sehingga kini, tidak lagi pernah melebihi daripada ribuan, daripada ribuan kes, melebihi daripada ribuan kes seperti sebelumnya, tidak melebihi daripada ribuan kes atau dua ribu lebih atau seperti sebelumnya.
Dapatan data SKN juga merekodkan bahawa dalam tempoh 6 bulan terakhir jumlah kes inquiry secara konsisten tidak melebihi dari angka 80 kes per bulan. Jadi, daripada 6 bulan pertama, 6 x 80 = 480 lah, 480 kes kalaukan dikira, yang boleh diselesaikan. Keberhasilan ini, mencerminkan komitmen yang tinggi pihak kementerian dalam menyelesaikan permohonan tertunggak dengan efisien dan berkesan;
Ketiga, Yang Berhormat Yang Di-Pertua, ialah penyelarasan dan pengagihan bantuan zakat asnaf fakir, miskin secara terancang. Dalam memastikan pengagihan zakat dilaksanakan secara teratur, terancang dan diperuntukkan kepada para asnaf, fakir, miskin yang berhak menerima agihan zakat pihak kementerian telah memperuntukkan pengagihan zakat melalui Skim Agihan Zakat iaitu:
Pertama, keperluan asasi yang sekarang ini memakai kadar KMKA yang sudah lama belum lagi ada kajian perubahannya iaitu dan setelah keperluan asasi ialah kewangan bulanan. Kewangan bulanan ini, baru diperkenalkan dalam dua, tiga tahun terakhir ini Yang Berhormat Yang Di-Pertua, apabila didapati asnaf-asnaf yang berkenaan memang benar-benar kesuntukan dari segi cash. Banyaklah faktor yang didapati kalau pun disebut-sebut ada yang masa sudah memulai bersara dan apa namanya tu, simpanan yang dulunya dalam TAP dan sebagainya atu inda dapat menampung sepenuhnya jadi, asnaf yang sedemikian, maka adalah diberikan bantuan kewangan bulanan mengikut kadar yang, sekiranya antaranya BND100 dan BND200 satu keluarga.
Yuran persekolahan atu berterusan, yuran persekolahan selama ini memang diperakui ialah BND65 kalau anaknya. masih bersekolah. Yuran pengajian tinggi juga diberikan yuran kepada memasuki private, institusi-institusi private yang ada didalam negeri, sekiranya tidak ada sumber lain ataupun bantuan biasiswa dan sebagainya. Maka, satu lagi yuran perubatan, yuran perubatan ini terjejas juga sekarang ini, sedang memikirkan dasar kerana dasar yang baru diperkenalkan sudah berjalan iaitu kerajaan tidak lagi akan menanggung penduduk-penduduk yang bertaraf IC hijau. Jadi, perubahan-perubahan akan dibuat kepada asnaf bagaimana tetapi apa yang sedang berlangsung kerana mereka ini diputuskan untuk mendapat agihan itu untuk tempoh dua tahun. Jadi apabila memutuskan selama dua tahun yang sudah diakadkan itu diteruskan dalam masa yang sama kajian-kajian sama ada akan mengikuti dasar-dasar tersebut, kajian itu juga akan dilihat daripada aspek syariatnya.
Kemudian model berusaha. Model berusaha ini akan dihulurkan sebagai agihan juga, dan rumah sewa. Pembinaan membaiki rumah golongan daif, fakir dan miskin. Jadi ini, inisiatif-inisiatif yang sudah lama dibuat ini Yang Berhormat Pengerusi, daripada tahun '97 secara aktif apabila sejumlah kutipan wang zakat terkumpul dan wajib diagihkan kepada asnaf-asnafnya.
Kemudian satu lagi ialah pengupayaan asnaf zakat atau dinamakan PROPAZ, dikongsikan ringkasan perbelanjaan tahun 2025. Agihan zakat kepada asnaf fakir miskin ni, fakir miskin saja, agihan bulanan keperluan asasi, keperluan asasi yang diluluskan berjumlah sebanyak BND13,106,145.00 dengan keramaian sebanyak 8,900 ketua keluarga dan tanggungan.
Agihan kewangan bulanan berjumlah sebanyak BND1,314,200.00 dengan keramaian 322 ketua keluarga yang kaola sebutkan tadi ini adalah baru dua, tiga tahun ini diperkenalkan kerana menampung keperluan keluarga-keluarga yang tidak kecukupan. Agihan yuran persekolahan dan agihan yuran pengajian tinggi berjumlah sebanyak BND4,849,680.00 dengan keramaian sebanyak 3,436 orang pelajar ataupun murid termasuk murid dari golongan asnaf, fakir, miskin.
Pembayaran bulanan sewa rumah, yang mustahak ni, sewa rumah sebanyak sebulan saja ni BND3,400,000.00 dalam kiraannya sewa rumah sebanyak BND3.469 juta telah diagihkan kepada 417 orang asnaf zakat yang diluluskan. Jadi, 417 ini adalah kira kepala keluarga dan ada juga keluarga itu kerana ramai bilangannya eh keramaiannya memerlukan rumah yang terpisah. Jadi, ada yang disewakan bagi keluarga atau dua unit yang berasingan atau berhampiran tertakluk kepada kemudahan rumah-rumah yang boleh disewa.
Pembiayaan Program Pengupayaan Asnaf Zakat, PROPAZ, bagi 6 program untuk asnaf zakat yang berjumlah agihan BND284,480 dan yuran perubatan BND74,900. Yuran perubatan ini pun juga akan nya orang dilihat daripada dasar yang sudah berjalan ke kerajaan pada masa ini tidak lagi menanggung pemegang kad atau penduduk yang mempunyai taraf kependudukan hanya kad hijau.
Jadi, yuran perubatan pun juga akan diperkirakan sedemikian itu. Yang baiknya yuran perubatan ini, pada masa ini, tidak juga tertumpu kepada Jabatan Zakat atau pada masa dahulu kepada Majlis Ugama Islam, Pehin. Kerana Yayasan juga mengambil alih sebahagian daripada keperluan ini dan berkongsilah antara Yayasan dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Pengagihan bantuan zakat bagi kategori Asnaf Fakir Miskin dilaksanakan secara terancang dengan mengambil kira aspek pemerkasaan yakni empowerment untuk jangka masa panjang. Melalui program Pengupayaan Asnaf Zakat, PROPAZ, iaitu sebanyak yang disebutkan tadi BND284,487 telah diperuntukkan bagi tahun 2025 yang lalu untuk melatih asnaf dengan kemahiran-kemahiran agar mampu berdikari dan keluar daripada garis kemiskinan.
Sejak program PROPAZ diperkenalkan pada tahun 2007 sehingga tahun 2024, seramai 1,362 asnaf fakir miskin telah dihubungi untuk mengikuti PROPAZ, ditawarkan ini kepada mereka dan daripada jumlah tersebut hanya seramai 433 asnaf menerima tawaran program latihan kemahiran.
Beberapa program yang dilaksanakan di bawah PROPAZ ialah Program PROPAZ PPB iaitu di Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Program PROPAZ Perantis yang dikendalikan dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta menerusi latihan industri; Program PROPAZ Az-Zira’ah iaitu program agribusiness yang diusahakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan pengusaha-pengusaha kitani selaku mentor latihan; Program PROPAZ IKB iaitu Institut Kemahiran Baitulmal Kuala Lumpur, Malaysia; dan Program BIBD Seed iaitu penyerapan asnaf fakir miskin dalam bidang keusahawanan.
Hasil pencapaian daripada pelaksanaan program-program tersebut, seramai 326 asnaf yakni 75.2 peratus berjaya menamatkan latihan dan menjadi asnaf berkemahiran. Manakala, seramai 262 orang asnaf yakni 61 peratus telah berjaya menjana sumber pendapatan sendiri daripada seramai 326 yang mengikuti latihan dan terkeluar daripada asnaf zakat.
Merujuk fasa pemantauan yang dijalankan, seramai 244 asnaf yakni 56.3 peratus tidak lagi tersenarai memohon menerima zakat atau bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, JAPEM. Perkembangan terkini pada tahun 2025, PROPAZ diperkukuh melalui program kemahiran keusahawanan dengan sokongan Bank Islam Brunei, BIBD serta penubuhan Pusat Kemahiran Asnaf bagi melahirkan usahawan asnaf yang berdikari, berpendapatan stabil dan berpotensi menjadi muzakki, pembayar zakat.
Fokus keempat Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ialah inisiatif perumahan dan kebajikan asnaf. Tempat tinggal yang selamat adalah asas kepada kesejahteraan. Jumlah terkumpul dari tahun 2009 hingga 2026, bantuan yang telah disalurkan seperti berikut:
Pembinaan rumah yang telah dibangunkan adalah sebanyak 128 buah, yang mana pada tahun ini saja sejumlah 5 buah rumah telah diserahkan di beberapa kawasan iaitu Kampung Mulaut, Kampung Jaya Setia, Berakas, Kampung Sungai Hanching, Kampung Tanah Jambu dan Kampung Serasa. Membaiki rumah golongan daif, fakir dan miskin adalah sebanyak 12 buah rumah. Inisiatif bantuan pembinaan dan membaiki rumah adalah bagi membantu golongan asnaf berdepan dengan masalah tempat tinggal yang tidak selamat, tidak sesuai didiami atau tidak mempunyai tempat berteduh yang tetap.
Beberapa usaha telah dilaksanakan bagi memastikan agihan bantuan perumahan agar dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Keutamaan bantuan membaiki rumah atau membangunkan rumah asnaf, fakir dan miskin adalah diberikan kepada keluarga yang tinggal di rumah yang uzur, tidak selamat, terdedah kepada banjir dan kerosakan struktur atau tidak lagi ekonomik untuk dibaiki.
Skim bantuan sewa rumah turut dilaksanakan sebagai langkah sementara bagi membantu pemohon yang memerlukan tempat tinggal segera sementara menunggu penyelesaian jangka panjang. Proses penilaian permohonan turut diperkukuh melalui siasatan turun ke lapangan dan penelitian yang lebih terperinci.
(Loceng amaran bagi masa berakhir)
Kaola memohon untuk meneruskan sedikit lagi Pehin ah.
Bagi memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan. Selain itu, kerjasama yang erat dengan agensi berkaitan terus diperkukuhkan lagi bagi memperlancarkan proses pelaksanaan Projek Bantuan Perumahan hasil perbincangan bersama pihak Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa turut mengemukakan cadangan beberapa tapak tanah di keempat-empat daerah bagi bantuan membina rumah untuk asnaf yang tidak memiliki tanah.
Dalam pada itu, pihak kementerian juga berdepan dengan beberapa cabaran yang seiring timbul dalam isu permohonan bantuan perumahan antaranya isu pemilikan tanah, pemecahan tanah, tuntutan bil utiliti tertunggak dan perkara-perkara yang berkaitan yang boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaan bantuan rumah.
Sehubungan itu, setiap permohonan rumah dinilai secara menyeluruh bagi memastikan bantuan yang diberikan adalah menepati syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan. Fokus khas iaitu masuk kepada fasa hala tuju strategik yakni way forward kementerian. Bagi memastikan kelestarian perkhidmatan zakat dan wakaf, tadi lebih tertumpu kepada zakat, sekarang ini meliputi kedua-duanya, dalam jangka masa panjang, kementerian telah menetapkan beberapa strategi way forward yang progresif.
Antaranya ialah Dasar Keluar Asnaf, Exit Policy, merancang dan memperkasa program graduasi asnaf yang lebih relevan dengan keperluan semasa bertujuan membantu mengeluarkan mereka daripada status asnaf fakir miskin. Setiap asnaf yang produktif akan diletakkan di bawah pelan pembangunan kerjaya atau perniagaan yang dipandu atau dipantau rapi sehingga mereka mampu bertukar status menjadi muzakki, pembayar zakat dan ini akan dibuat berkolaborasi dengan pihak-pihak yang berkepentingan dalam erti kata yang berkemahiran untuk membantu mereka.
Transformasi wakaf produktif, hala tuju ke hadapan juga akan beralih daripada modul wakaf tradisi kepada wakaf produktif. Wakaf tradisi itu pada masa dahulu Yang Berhormat Yang Di-Pertua, tahun 50an kini kita ketahui orang berwakaf tanah untuk masjid atau untuk jalan laluan di kampung-kampung.
Jadi yang tidaklah produktif melainkan kebajikannya, fadilatnya masih sama juga sebagai wakaf yang mendatangkan pahala kepada pewakafnya. Namun, tidaklah dapat dikembangkan dengan kalau sudah tanah untuk masjid, inda lagi dapat diapa-apakan dan untuk jalan kecuali kalau usaha bersama dengan Kerajaan, perancangan bersama dengan Kerajaan untuk membesarkan jalan dan sebagainya.
Pihak Kementerian melalui JUZWAB dalam usaha berterusan mempergiat penggunaan aset harta wakaf melalui usaha kerjasama bersama rakan strategik termasuk kerjasama dengan institusi kewangan Islam dan Badan Pembangunan Wakaf Antarabangsa sama ada dari dalam atau luar negara khususnya dalam pelaksanaan projek yang berdaya maju, berimpak tinggi dan mematuhi kehendak syariah serta peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.
Manfaat yang diperolehi daripada pelbagai projek dan program tersebut insya Allah, dihasratkan dapat dimaksimumkan demi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat.
Hala tuju seterusnya ialah peningkatan kompetensi amil dan tadbir urus. Ini ialah untuk juga dapat diperbaiki, ah, memastikan para petugas dan amil dilengkapi dengan kemahiran pengurusan kewangan, kewangan moden menerusi transformasi digital yang menepati piawaian syariah, syariah compliance untuk mengekalkan dan meraih tahap kepercayaan, public trust yang tinggi.
Kesepaduan ekosistem digital end-to-end, untuk perancangan jangka masa panjang, pihak Kementerian telah merancang untuk membangunkan ekosistem digital yang menghubungkan proses kutipan terus kepada sistem agihan secara real time. Ini termasuk penggunaan Kecerdasan Buatan, AI untuk menganalisis corak kemiskinan dan keperluan bantuan secara ramalan mengikut KMKA yang telah ditetapkan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Sebagai penutup, sukacita kaola menegaskan bahawa Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah komited dan mengambil perhatian berat dalam sama-sama berperanan untuk menjaga dan memelihara kemaslahatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya mereka yang menghadapi cabaran yang berkaitan dengan isu kemiskinan.
Syukur Alhamdulillah, melalui sumber dana zakat dan wakaf, dana zakat khasnya, instrumen lain yang berkaitan telah dapat memberikan sumbangan yang sangat signifikan dan berimpak tinggi serta menjadi elemen yang sangat penting dalam turut mendukung dan mengukuhkan fiskal Kerajaan melalui tadbir urus zakat yang strategik.
Contohnya, keperluan masjid yang belum ada bilik jenazah, beberapa tahun dulu kaola sebut, ah, sekarang kesedaran orang ramai, Jawatankuasa Takmir Masjid berusaha mendapatkan orang ramai atau jemaahnya untuk berwakaf dan jumlahnya misalnya menggunakan bilik sedemikian memakan antara BND20 ke BND30 ribu. Kemudian ada keluarga itu, bukan itu saja, dilengkapkan dengan, ah, kereta jenazah, inda kurang daripada BND40 ke BND60 ribu. Jadi maknanya inda lagi mengingul-ingul kepada Kerajaan atupun bahkan inda ia mengingul kepada Kementerian, terus di kalangan orang ramai berwakaf sedemikian itu dan inilah suatu yang kitani akan digalakkan.
Sangat penting dalam mendukung dan mengukuhkan fiskal Kerajaan melalui tadbir urus zakat strategik yang sedemikian. Ini adalah selaras dengan tema belanjawan “Bersama Menjayakan Wawasan Brunei 2035”. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala mentaufikkan kita sekalian dan Negara Brunei Darussalam akan terus sejahtera, aman damai dalam pemeliharaan Allah Subhanahu Wata’ala dan ini yang pentingnya, inilah usaha-usaha Kementerian Yang Berhormat Yang Di-Pertua, dalam memberikan kesan impak untuk turut sama menyumbang kepada usaha-usaha Kerajaan dalam bidang yang kaola sebut lebih awal daripada ini ialah dalam bidang yang disebut sosio-religi. Jadi, perkhidmatan-perkhidmatan keugamaan, yang memang disokong penuh oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan tahunan dan peruntukan perancangan jangka panjang Rancangan Kemajuan Negara, ah, akan dapat ditampungi oleh pengurusan zakat dan pengurusan wakaf yang lebih efisien pada masa akan datang, insya Allah dan sana akan menyumbang kepada salah satu daripada aspek Wawasan kitani 2035 iaitu kesejahteraan masyarakat dan kebahagiaan yang mampan.
Insya Allah, mudah-mudahan sedemikian itu dan kaola akhiri dengan memohon maaf, inda lagi batah esok lusa kitani berhari raya, maaf zahir dan batin. Mudah-mudahan sekalian kitani akan sentiasa, saling mendoakan dan ibadat puasa kitani yang dilaksanakan dengan penuh imanan wa ihtisaban, berdasarkan hadis, kitani berpuasa dengan penuh keyakinan kepada Allah.
Ini adalah suatu kewajipan yang bertujuan supaya menjadikan kitani taqwa. Taqwa dalam makna tidak sahaja mematuhi aturan-aturan puasa bahkan taqwa dalam erti kata yang panjang, mematuhi dan tidak melanggari hukum-hukum Allah Ta’ala dalam kehidupan harian kitani dan kitani jua di samping penuh keimanan, berpuasa dengan penuh harapan, ihtisaban, penuh harapan, semoga Allah Subhanahu Wata’ala merahmati kitani dan mengampunkan, yang paling penting meredhai dan mengampunkan kitani sebagai hamba Allah Subhanahu Wata’ala. Mudah-mudahan sedemikian itu kitani berjaya berpuasa dan berjaya masuk ke dalam hari raya saling bermaafan, saling mendoakan.
Sekian Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Sekarang kita beralih kepada Urusan Mesyuarat seterusnya.
Yang Mulia Jurutulis
Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan. Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Perbekalan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026/2027 dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan. Sekarang saya tangguhkan Persidangan ini dan kita seterusnya akan meneruskan perbahasan Peringkat Jawatankuasa Perbekalan.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Majlis bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita menyambung penelitian ke atas Tajuk-Tajuk di peringkat Jawatankuasa Perbekalan.
Yang Mulia Jurutulis
Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Tajuk SD01A hingga SD09A.
Yang Berhormat Pengerusi
Tajuk SD01A hingga Tajuk SD04A Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya bukakan untuk perbahasan. Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Tajuk SD01A Kod 1214 Pembangunan Industri Kemajuan Perusahaan dan Perindustrian. Cadangan kaola untuk satu industri perusahaan penjualan barang alat ganti kereta terpakai diwujudkan di negara ini dan daripada maklumat yang kaola terima, jumlah kereta-kereta yang sudah tidak dipakai lagi dan jua terbiar boleh mencecah angka berpuluh-puluh ribu dan mungkin juga menjangkau ratusan ribu yang terdiri daripada beratus-ratus model dan variant jenis kereta yang ada. Dari dulu lagi isu kenderaan terbiar masih lagi ditangani dan ke mana hasilnya kita kurang tahu mengenainya.
Soalan kaola tidak adakah dalam pemikiran Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk mengemaskini atau mewujudkan dasar dan strategi yang bersesuaian untuk memastikan kewujudan industri yang kaola maksudkan di atas tadi tidak akan dapat dilaksanakan. Perusahaan yang sebegini sudah terbukti bermanfaat bagi pemilik kenderaan yang mencari alat ganti bagi kereta mereka yang lama yang masih berjalan di atas jalan raya. Ini kaola percaya memudahkan orang kitani yang selalu menempah dan membeli alat ganti di luar negara untuk beralih kepada yang ada dalam negara.
Yang kedua, Tajuk SD01A Kod 010/002 Eco-perniagaan. Isu yang di mulut-mulut orang ramai baru-baru ini iaitu lamb shank dan beberapa lagi jenis makanan yang viral di media sosial. Isu ini memang nyata dan yang akan kaola sentuh ialah khusus mengenai apakah manfaatnya kepada hasil fiskal kerajaan. Apa yang kaola dimaksudkan di sini ialah mereka itu berniaga secara berkala melalui ekspo atau bazar dan ada sebahagian mereka berniaga di negara ini tanpa ada kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan yang ada. Dengan kehebatan cara promo dan pemasaran mereka serta yang turun ke negara ini ialah artis-artis dan orang-orang yang terkenal dari negara jiran, orang kitani sanggup berpusu-pusu dan berbaris panjang dari pagi hingga petang. Ada yang sampai malam untuk membeli produk mereka walaupun harga produk mereka itu ada yang mahal.
Adalah difahami bahawa salah satu dari usaha pihak yang tertentu ialah untuk mengurangkan orang kitani Brunei ke luar berbelanja di luar negara dan juga boleh memberi peluang pekerjaan sementara kepada anak tempatan sepanjang tempoh ekspo atau bazar berkenaan. Persoalan kaola iaitu disamping manfaat-manfaat yang kaola sebutkan di atas, apakah manfaat-manfaat yang lain yang negara dapat dari ekspo dan bazar yang melibatkan peniaga luar ini, adakah ia berunsurkan kepada dapatan hasil fiskal kerajaan atau aliran wang kini masih mengalir keluar melalui keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat berkenaan yang diakhiri ekspo atau bazar itu dibawa balik ke negara mereka.
Tajuk yang ketiga, ialah SD01A, Kod 1214 Pembangunan Industri Kemajuan Perusahaan dan Perindustrian. Kaola tertarik dengan inisiatif projek Kuala Belait Revitalisation Project. Iaitu hasil kerjasama BEDB syarikat-syarikat swasta dan NGOs dengan dukungan agensi-agensi kerajaan yang telah dimulakan pada tahun 2025. Kaola mohon pencerahan mengenai status inisiatif berkenaan dan apakah tujuan yang sebenar. Kaola juga mohon pencerahan adakah kajian rapi dan mendalam sudah dibuat yang berkaitan dengan cadangan projek pembangunan baru dan revitalisasi sama ada ia boleh menjadi satu pilihan atau tarikan orang ramai yang lebih baik dari apa yang ada di kawasan merentas sempadan iaitu ke sebalah.
Kini tidak mahu nanti bila sudah dikuasai balik dan dibangun bangunan baru berkenaan ia akan menjadi satu beban kepada kerajaan atau kepada pelabur yang melabur dan yang untungnya sudah pasti adalah, adalah kepada kontraktor atau pemaju yang melaksanakan projek-projek yang berkenaan sahaja.
Dan yang terakhir ialah Tajuk SD01A, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Persoalan kaola ini adalah mengenai dengan syarikat insurans di negara ini yang di bawah kawal selia Brunei Darussalam Central Bank. Kaola bangkitkan di dewan yang mulia ini untuk memohon ehsan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, bagi membantu memberi pencerahan berkaitan isu ini oleh kerana ia melibatkan kehidupan dan sosioekonomi rakyat terutama sekali yang berpendapatan rendah dan sederhana. Mohon jasa baik Yang Berhormat Pehin Pengerusi yang bijaksana untuk meneruskan sedikit lagi.
Isu yang kaola berikan ialah mengenai additional loading kepada insurans premium kenderaan setiap tahun dengan perbelanjaan lain yang semakin meningkat. Membayar loading tambahan berkenaan menambahkan lagi kos perbelanjaan bagi rakyat di negara ini dengan sistem pengangkutan bas awam yang belum nampak berkesan dan konsisten, majoriti yang kurang berkemampuan terpaksa membeli kereta dan bagi yang kurang mampu hanya mampu membeli kenderaan terpakai.
Salah satu kos tambahan bagi memiliki kenderaan terpakai yang lebih dari enam tahun ialah loading di atas premium insurans. Persoalan kaola apakah motif dan rasional loading ini dan adakah ia bersifat komersial atau ambil kira aspek keselamatan pemilik dan penumpang.
Kaola berasa risau apabila menemui beberapa dari kalangan mereka yang kurang berkemampuan tidak mampu untuk membeli insuran kenderaan yang dipakai dan silap-silap disaman atau dikenakan kompaun dan dengan ini lagi lah parah hidup yang perkara ini terjadi. Sekian Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih lagi sekali Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kaola ingin menyentuh Jabatan Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Tajuk Kod 004/000 Kutipan Hasil Cukai.
Antara lain objektif program tersebut memperluaskan asas cukai dari masa ke semasa dan dengan itu untuk meningkatkan kedua-dua jumlah dan kadar kutipan cukai daripada ekonomi domestik. Dalam perkara ini kaola menyokong sepenuhnya kenyataan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II di Dewan yang mulia ini yang antara lainnya menyentuh mengenai kajian sistem cukai korporat untuk diselaraskan supaya lebih menyeluruh termasuk melihat sama ada skop patut meliputi pelbagai bentuk perusahaan termasuk perusahaan persendirian dan kongsi sama. Kaedah sedemikian ini bukan sahaja mendatangkan penambahan pendapatan tetapi juga menambahbaikkan kedudukan fiskal negara.
Jika kita dibandingkan dengan negara-negara lain, mereka mengamalkan dengan menggunakan mekanisme fizikal yang lebih luas, mencakupi caj dan berbagai bentuk cukai, di mana mampu menjana pendapatan sekaligus mengukuhkan lagi fiskal negara. Isu yang pernah kaola timbulkan di dewan yang mulia ini dan juga sesi muzakarah bersama agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, berkaitan dengan pengemaskinian sistem pencukaian seperti building tax iaitu cukai bangunan yang dikenakan dalam kawasan perbandaran di bawah kawalan Jabatan-Jabatan Bandaran.
Bagi menyelaraskan mengikut perkembangan dan tren semasa, adalah tiba masanya kalau kita perhatikan semakin banyak bangunan-bangunan komersial bukan sahaja di kawasan bandar malahan telah juga melarat keluar bandar.
Apa yang dimaklumi perkara ini adalah dalam kajian dan penelitian oleh agensi kerajaan yang berkepentingan berhubung dengan perindustrian cukai building ini. Oleh demikian kaola berpandangan adalah wajar untuk diutamakan dan disegerakan sistem cukai building yang ada pada masa ini di review dan seterusnya ditukar kepada yang lebih komprehensif dan bersistematik apa yang kaola maksudkan tadi property tax seperti yang diamalkan dikebanyakan negara ASEAN dijadikan sebagai contoh.
Apa yang kaola maksudkan lagi di sini ianya adalah lebih memfokuskan kepada premis-premis perniagaan dalam bandar dan luar bandar dan mengambil kira tidak membebankan orang ramai. Cara sedemikian ini insya Allah akan menambahbaikkan lagi pendapatan negara, mengurangkan defisit dan sekaligus mengukuhkan fiskal negara.
Perkara kedua ingin kaola sentuh ialah berhubung dengan Tajuk SD04A Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik di bawah Kod 003/000 Perangkaan Negara. Corak perbelanjaan dan pendapatan keluarga atau pengkajian perbelanjaan keluarga 2023/2024 yang mana maklumat dari kajian tersebut diguna pakai sebagai panduan kepada perancangan dan penggubalan dasar sosio ekonomi negara. Apa yang sangat pent bagi golongan yang berpendapatan rendah.
Apa yang dimaklumi sehingga pada masa kini kadar pemberian bantuan melalui Skim Kebajikan Negara dan melalui Majlis Ugama Islam adalah dikira anggaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, Kementerian Kewangan berasaskan kepada kajian perbelanjaan 2015/2016 iaitu lebih sepuluh tahun yang lalu di mana ianya tidak setimpal dengan kenaikan harga barangan asasi yang meningkat, yang menyebabkan cost of living juga semakin tinggi. Apa yang difahamkan, kajian perbelanjaan keluarga 2023/2024 telah pun dilaksanakan, di mana kaola ingin mengetahui apakah status perkembangan dan juga hasil dapatan kajian perbelanjaan keluarga 2023/2024?
Dapatan ini adalah sangat mustahak untuk dijadikan sebagai garis panduan dalam mengemas kini atau up to date untuk dipertimbangkan dengan sewajarnya bagi meletakkan jumlah bantuan kebajikan, bantuan yang bukan sahaja berlandaskan kepada kajian yang dimaksudkan tetapi juga apa yang lebih penting, berpandukan menurut hukum syarak atau garis pendapatan Had al-Kifayah yang antara lainnya bermaksud garis panduan kecukupan minimum bagi keperluan asasi seorang individu dan tanggungjawab berdasaskan kepada kecukupan semasa.
Ingin kaola satu perkara dapat untuk dibahaskan Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola ingin menyentuh yang ketiga ialah berhubung dengan Kod 013/000 Standard and Akreditasi Program Baharu. Kaola mengalu-alukan dengan ada wujudnya Standard Accreditation yang memperkukuh infrastructure kualiti kebangsaan melalui Pembangunan Piawaian Brunei Darussalam. Namun demikian, kaola juga sendiri ada isu-isu yang ditimbulkan dan sering disuarakan oleh pengusaha tempatan berkaitan dengan penggunaan barcode antarabangsa seperti GSI/GSY1 yang mempunyai piawaian tersendiri dan pengurusnya pada masa ini terpaksa berurus yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Keperluan mendapatkan barcode dan pendaftaran produk di luar negeri telah menimbulkan kesulitan malahan kos tambahan kepada pengusaha tempatan sedangkan penggunaan barcode berkenaan adalah satu precaution bagi keperluan menembusi pasaran antarabangsa.
Kaola berpandangan ada baiknya pihak kerajaan khususnya Pusat Standard dan Akreditasi Brunei Darussalam bertindak segera sebagai pemudah cara dan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan akreditasi yang bertaraf antarabangsa dan diiktiraf khususnya bagi kita ini semua sekali memastikan, memenuhi piawaian yang ditetapkan, yang membolehkan produk keluaran Brunei Darussalam menembusi pasaran yang lebih luas sehingga ke persada antarabangsa. Ini sekali gus akan menggalakkan lebih ramai lagi pengusaha tempatan malahan menambahkan keyakinan mereka untuk mengetengahkan produk mereka lebih kompetitif secara komersil.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola mengucapkan terima kasih juga dapat menambah masa kepada kaola. Sekali lagi mengucap terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kaola ingin merujuk persoalan pada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II berhubung dengan keupayaan Daerah Temburong sebagai destinasi pelaburan strategik.
Yang Berhormat Pengerusi. Temburong mempunyai kelebihan unik dengan hutan hujan tropika yang masih dara seperti di Taman Negara Ulu Temburong yang sangat berpotensi dalam sektor ekopelancongan, pelaburan hijau dan penyelidikan biodiversiti. Namun persoalannya potensi ini masih belum ter'jamah'kan kepada pelaburan berskala besar. Sehubungan dengan itu, kaola ingin bertanya:
Pertama, apakah strategik khusus kementerian untuk menarik pelabur tempatan dan asing ke Daerah Temburong? Yang kedua, adakah inisiatif khas disediakan memandangkan cabaran lokasi dan kos logistik? dan Yang ketiga, setakat ini adakah sudah terdapat pelabur yang berminat atau telah melabur di Daerah Temburong dan dalam sektor apa?
Kaola berpendapat Temburong boleh dibangunkan sebagai hub eco investment bertaraf antarabangsa namun memerlukan pendekatan lebih agresif, tersusun dan berfokus. Itu sahaja barangkali yang dapat Kaola sampaikan. Sekian terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya kira perkara ini balik-balik sudah kita ni timbulkan dalam majlis ini mangkali, nantilah saya pulangkan kepada (tertawa kecil) Yang Berhormat Menteri yang berkenaan untuk menjawab tapi walau macam manapun, pada ingatan saya perkara ini sudah balik-balik sudah ditimbulkan dalam majlis ini beberapa kali.
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmannir Rahim. Merujuk SD01A Kod 011A/00 Gerakan Koperasi.
Merujuk, gerakan koperasi sejumlah BND734,000.00 telah diperuntukkan bagi melaksanakan program yang antara lain bertujuan merangsang perkhidmatan dalam pelbagai sektor ekonomi, memupuk koperasi agar lebih berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara, di samping membangunkan keupayaan penyeliaan serta penguatkuasaan yang berkaitan serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap aktiviti koperasi.
Sejajar dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Negara Brunei Darussalam yang menekankan kepentingan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana, PMKS sebagai salah satu tunggak ekonomi negara. Usaha untuk menghidupkan semula modal koperasi dilihat berpotensi menjadi salah satu pendekatan yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Brunei Darussalam.
Dalam hubungan ini, apakah strategi dan langkah yang sedang atau akan dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi membangunkan semula sektor koperasi supaya dapat berperanan sebagai jentera penggerak ekonomi negara? Sejauh manakah pendekatan yang lebih proaktif melalui pengukuhan modal koperasi termasuk pembangunan rangkaian koperasi dalam sector retail atau sektor tertentu dipertimbangkan oleh pihak kementerian bagi meningkatkan penyertaan perusahaan tempatan serta memperkukuhkan daya saing perniagaan dan mengambil alih perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing yang kurang menyumbang kepada pembangunan negara namun tetap menikmati kemudahan subsidi dan sokongan kerajaan.
Yang kedua, SD01A Kod 008/001 Perancangan Pelaksanaan dan Pemantauan Projek Kemajuan. Sejumlah BND1.1 juta telah diperuntukkan bagi memperkukuhkan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara, RKN. Perkara ini amat kritikal memandangkan prestasi pelaksanaan projek dalam beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan tren yang agak mendatar tanpa peningkatan yang signifikan dari segi ketetapan masa, kawalan kos dan kecekapan pelaksanaan.
Dalam konteks ini, projek delivery bukan lagi satu pilihan tetapi satu janji yang mesti ditunaikan kepada rakyat. Dengan jumlah projek pembangunan yang besar di bawah RKN, disiplin dalam pengurusan projek menjadi faktor utama bagi memastikan setiap peruntukan memberikan impak yang optimum. Sehubungan itu, kaola ingin merujuk beberapa cadangan kaola dalam perbahasan Rang Undang-Undang Belanjawan Tahunan 2026/2027 pada 15 Mac 2026 bersamaan dengan 25 Ramadan 1447 untuk pertimbangan pihak kementerian untuk dilaksanakan.
Kaola ingin menegaskan bahawa kejayaan pelaksanaan projek bukan sahaja bergantung kepada sistem dan peruntukan, tetapi juga kepada kapasiti dan keupayaan sumber manusia. Sekretariat RKN serta pegawai yang mengendalikan projek hendaklah diperkasakan melalui upskilling, pendedahan kepada amalan terbaik, Project Management serta pembangunan kompetensi secara berterusan. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengurusi.
Yang Berhormat Pengurusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengurusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Soalan 1, SD01A Kod 012/000 Penyelidikan dan Penerangan Strategik. Kaola difahamkan usaha saham domestik masih dalam penilaian, memohon pencerahan sejauh manakah progressnya? Selain dari itu, apakah rancangan-rancangan bagi membangunkan ekosistem sokongan termasuk penyediaan syarikat untuk disenaraikan, penglibatan pelabur dan rangka kerja tadbir urus serta apakah kekangan yang sebenar yang masih menghalang pelaksanaannya dan apakah perimeters-perimeters dan KPI untuk menilai kejayaan inisiatif ini kelak insya Allah.
Soalan kedua, SD01A, Kod 005/000, Pendaftaran Perniagaan. Kaola akur usaha-usaha yang telah dilakukan oleh ROCBN untuk memastikan status sebenar register bisnes yang beroperasi dan membatalkan yang tidak aktif. Kaola ingin memohon pencerahan mengenai langkah-langkah lebih yang akan dilaksanakan bagi memastikan peniaga-peniaga yang berdaftar benar-benar beroperasi mengikut syarat pendaftaran dan mempunyai penglibatan sebenar rakyat tempatan memandangkan terdapat sebilangan perniagaan kecil kelihatan dikendalikan sepenuhnya oleh orang-orang asing dengan tanpa pernyataan rakyat yang kurang jelas.
Kedua yang berbangkit dengan persoalan itu, sejauh manakah mekanisme pemantauan dilaksanakan bagi memastikan perniagaan-perniagaan yang berdaftar benar-benar menyumbang kepada ekonomi negara khususnya entiti yang ada pekerja asing tetapi tidak melaporkan keuntungan atau tidak memberi pelanggan cukai langsung bagi beberapa tahun berturut-turut kerana Kaola juga pernah berbisnes nasi katok pun kalau tidak menyatakan keuntungan yang tertentu empunyanya takkan tutup inikan pula bisnes yang dijalankan oleh orang-orang asing, hairan hamba, Kaola boleh bertahan bertahun-tahun tanpa membuat laporan keuntungan dan menyumbang kepada ekonomi negara.
Berkaitan juga, apakah dan cadangan sejauh manakah pihak kerajaan mempertimbangkan untuk menilai semula dasar pendaftaran perniagaan khususnya bagi perniagaan yang bakal memohon permit kerja luar agar struktur yang lebih formal meminta mereka membawa modal pelaburan yang lebih bermakna ke dalam negara dan bukan setakat BND2, pay up capital, untuk memulakan perdagangan. Kod 007/000 Pengurus Perdagangan. Kaola ingin memohon pencerahan mengenai apakah bentuk inisiatif berpanjangan dari segi insentif fizikal atau geran pembangunan untuk menembusi pasaran luar atau sokongan pembayaran yang telah dirancang bagi menggalakkan eksport buatan Brunei.
Sejauh manakah inisiatif ini dapat membantu syarikat tempatan mengatasi kos eksport yang tinggi, memperluaskan operasi mereka untuk menembusi permintaan, volume pasaran luar negara serta memperkukuhkan jenama Brunei di peringkat antarabangsa? Dan bagaimanakah usaha ini dapat diselaraskan dengan Industrial Roadmap serta pelan memperkasakan ekonomi negara?
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Pengurusi, Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kaola ingin membangkitkan beberapa perkara yang berkaitan dengan program Kod 010/000 Perindustrian Kementerian.
Pertama, dalam pembentangan belanjawan Tahun Kewangan 2025/2026 telah dikongsikan bahawa BEDB dan Tipolis Private Limited telah menandatangani satu perjanjian bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan terhadap pembangunan special economic zone yang bertujuan untuk menjadikan negara sebagai destinasi pelaburan berdaya saing dengan mendapatkan inovasi dan teknologi serta modal pembangunan ekonomi moden. Kaola mengalu-alukan inisiatif ini kerana ianya akan boleh meluaskan lagi asas ekonomi domestik dan membuka peluang pekerjaan berkualiti jika ianya viable dan direalisasikan. Dari itu Kaola ingin memohon pencerahan apakah status kajian ini dan adakah boleh dikongsikan strategic outcomes yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat peniaga, usahawan belia dan pihak-pihak berkepentingan.
Kedua, statistik mengenai pasaran Islam global telah pun dikongsikan oleh rakan-rakan Yang Berhormat dalam perbincangan kita yang terdahulu, negara-negara bukan Islam juga telah berlumba-lumba mengadakan pameran produk halal yang meningkatkan lagi permintaan bagi produk halal seluruh dunia. Mohon dikongsikan adakah terdapat perancangan negara untuk meneroka dan meluaskan penglibatan dalam industri halal ini, mengambil kira tahap persijilan halal negara yang diiktiraf tinggi, bukan saja berkaitan dengan produk makanan halal malahan dalam produk kewangan Islam yang sekarang menguasai 68 produk halal global ini.
Ketiga, Kaola difahamkan bahawa rangka kerja kolaborasi antara United Kingdom – Brunei Strategic Dialogue: Brunei Green Economy Framework, di samping bertujuan untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi, keselamatan tenaga dan perlindungan alam semula jadi ianya adalah juga untuk mengenal pasti peluang dan aktiviti perniagaan yang boleh diterokai oleh sektor swasta di negara ini.
Mohon pencerahan apakah bentuk kerjasama program yang telah dilaksanakan dalam rangka kerja ini dan setakat ini, berapa banyak pelabur asing yang telah dibawa masuk ke negara ini dalam bidang Green Economy ini. Kaola juga ingin memohon pencerahan mengenai Tajuk SD01A Akaun 112-003 Bangunan Hijau, yang diperuntukkan sebanyak BND2.5 juta pada tahun ini dengan harga rancangan BND51.6 juta, adakah ianya juga berkait langsung dengan rangka kerja kolaborasi ini?
Keempat, dalam pembentangan belanjawan Tahun Kewangan 2025/2026 telah dikongsikan juga bahawa sebagai usaha mengukuhkan food security negara, BEDB sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat antarabangsa bagi menubuhkan fasiliti poultry parents' stock bagi menghasilkan breed stock di dalam negeri yang mencukupi. Alhamdulillah, inisiatif ini jika direalisasikan akan menjamin pengeluaran ayam pedaging dan ayam penelur yang berterusan dan dalam waktu yang sama boleh mengurangkan harga commodities tersebut dan menambah peluang eksport negara.
Kaola mohon pencerahan apakah perkembangan perbincangan tersebut setakat ini? Kaola ingin menyarankan dalam melaksanakan projek ini nanti, pengusaha tempatan dalam bidang ini hendaklah diberi peluang untuk menjalin usahasama dengan pelabur-pelabur asing ini, dan yang terakhir Kaola hanya ingin menambah dengan isu yang telah dibangkitkan rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat iaitu berkaitan dengan kadar premium insurance secara menyeluruh. Kaola hanya ingin memohon pencerahan adakah bank pusat Brunei Darussalam merancang untuk membuat kajian mengenai isu premium insurance ini terutamanya bagi menghasilkan garis pandu bayaran yakni charge yang realistik, affordable dan berpatutan.
Inisiatif ini adalah penting (jam berbunyi menandakan tinggal satu minit) bagi memelihara kepentingan penduduk yang terkesan, membantu pertumbuhan industri insuran secara am dan boleh membuka lebih banyak pekerjaan berkualiti serta meluaskan aktiviti ekonomi. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin mengajukan soalan kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II berhubung dengan kenaikan harga barang yang semakin dirasai oleh rakyat.
Pertama, sejauh mana keadaan ini dipengaruhi oleh faktor luar negara seperti ketidaktentuan ekonomi global, kos import dan gangguan rantaian bekalan dan apakah langkah konkrit kementerian dalam mengawal serta menstabilkan harga bagi melindungi pengguna?
Kedua, berkenaan penyertaan usahawan luar negara dalam ekspo dan bazar. Adakah pihak kementerian telah membuat pemantauan atau kajian impak khususnya terhadap daya saing usaha tempatan, aliran keluar ekonomi dan manfaat sebenar kepada negara? Seterusnya apakah dasar yang memastikan timbal balik yang adil agar penyertaan pihak luar bukan sahaja menguntungkan mereka tetapi turut memperkasakan usaha usahawan tempatan? Yang Berhormat Pengerusi.
Pendekatan yang lebih tegas dan seimbang amatlah diperlukan agar keterbukaan ekonomi tidak memberikan tekanan kepada rakyat dan peniaga tempatan. Sekian terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya akan memberikan laluan untuk Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk membahas atau memberikan ulasan atau responnya dalam had masa 15 minit. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat atas soalan-soalan yang diajukan. Nampaknya banyak soalan ani sangat-sangat menarik hanya masa inda cukup untuk menjawab semua.
Di antara beberapa soalan ada yang kaola ingin bagi keutamaan. Oleh kerana belum banyak dibincangkan sebelum ani dalam mesyuarat kali ani adalah mengenai dengan stock exchange. Jadi, kaola ingin mengambil masa sedikit untuk menerangkan ada jua satu mengenai dengan special economic zone, mungkin ani yang soalan mengenai aktiviti-aktiviti yang banar-banar akan memberikan impact besar kepada negara keutamaan mengenai dengan perkembangan ekonomi negara.
Jadi sebelum itu, kaola kan menyentuh secara ringkas sahaja mengenai dengan beberapa isu yang ditimbulkan. Satu mengenai dengan kereta terpakai ini memang sebelum ini pernah sudah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi mengambil langkah untuk mengatasi isu-isu yang terbiar di tepi jalan dan sebagainya. Dengan usaha ini memang dapatlah diteruskan.
Mengenai dengan Kuala Belait Revitalization Project memang ini usaha satu working group telah ditubuhkan. Memang masa ini meneliti beberapa bangunan yang sedia ada pada masa ini untuk digunapakai dimajukan bekerjasama dengan pihak swasta. Jadi, memang banyak lagi information dapat dikongsikan jadi untuk menjawab sahaja. Jadi, kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat ingin mendapatkan lebih maklumat mengenai dengan kerja-kerja yang telah dibuat, bolehlah berjumpa di Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Mengenai dengan insurance loading ini memang satu commercial consideration jadi bagi kereta, pandangan kaola sahaja bukannya saja, anu, ah bukan mengenai dengan regulationnya ah, jadi dengan sendirinya kalau kereta lebih 6 tahun, maintenance cost, repair cost memang lebih tinggi daripada kereta baru. Jadi, bagi insurance untuk mengcover kereta yang lebih 6 tahun memang the risknya lebih tinggi. Dengan sendirinya bagi apa namanya ni, pengiraan dari segi risiko bagi insurance company memanglah dicajkan dengan lebih tinggi.
Mengenai dengan lamb shank (ketawa kecil), ani satu sebenarnya ani terjadi pertama kali I think yang dimaksudkan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin tadi atu atas satu syarikat yang telah diadakan satu apa Food Fair di Jerudong pada hujung tahun lepas. Jadi, selepas event atu kaola sempat jua contact yang organisernya. Jadi, dibawa jumpa di kementerian. Jadi, untuk lebih kan tau apa cemana business modehnya. Jadi, lepas perundingan kaola mencadangkan jua kalau sekiranya masa depan kan mengadakan event yang sama, perlulah melibatkan lagi banyak lagi syarikat-syarikat tempatan. Yang pada hujung tahun lepas, ia membeli barang-barangnya suppliernya dari Brunei. Dengan ada penglibatan apa food operator dari tempatan dengan beberapa pintu.
Jadi, kaola mencadangkan kalau isu ani kalau kan masa depan kalau kan mengadakan lagi event yang sama, mesti lebih banyak manfaatkan kepada anak-anak tempatan jua. Jadi, dicadangkan barang-barang yang kan dibeli seperti lamb shank apa semua mesti dibeli daripada supplier dari Brunei termasuk ice block dan sebagainya. Lepas atu yang syarikat yang ikut serta dalam Food Fair pada masa depan, bila durang mengadakan event yang sama di negeri asal durang, mesti membawa orang kitani jua ke sana ikut. Jadi, ani sudah dalam perjanjian biskaola ani ia agree ani ia kan buat. Jadi, supaya apa namanya ni bisnes tempatan ani dapat expose kepada negeri-negeri yang di luar dengan beberapa province-province yang ada durang mengadakan event yang sama. Jadi, ani sudah dikira dimonitor.
Mengenai dengan cadangan dari Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai dengan property tax. Sepertimana negeri-negeri yang lain, banyak jenis tax-tax yang dikenakan. Bukannya caj ataupun yuran dan sebagainya. Ia ada property tax, ada sales and service tax, ada corporate tax, ada personal tax, ada stamp duty dan sebagainya. Jadi, ani cadangan mengenai property tax ani sebenarnya kaola sudah ada berunding dengan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk mencari satu jalan untuk memikirkan pada masa ani kitani ada cukai pintu sama ada dapatkah kitani menggunakan skim atu untuk lebih berkesanlah mencari satu skim baharu. Perkara ani dalam perundingan dengan kementerian berkenaan.
Mengenai dengan KMKA, yes because yang ada masa ani adalah based on 2015. Ani KMKA ani sebenarnya dibuat setiap 5 tahun. Oleh kerana COVID-19 dalam 2020–2021 atu, jadi atu yang terdelaylah tu ah. Jadi, pada masa ani yang latest KMKA ani insya Allah akan diselesaikan pada tahun ani. Ani survey sudah dibuat dalam 2 tahun sebelum ani, jadi hasilnya sudah almost there insya Allah dalam tahun ini akan dikongsikan. Dari segi Pusat Standard Akreditasi, memang apa yang piawaian-piawaian digunakan ada memang ikut antarabangsa. Jadi, kaola kurang faham yang maksud Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai dengan satu barcode digunakan dari Malaysia, kalau kemungkinan jua apa yang dari Malaysia itu pun ikut piawaian antarabangsa, bukannya semestinya piawaian Malaysia.
Mengenai dengan Temburong, pada masa ini ada sudah beberapa proposal dari pelabur dari luar negara, jadi ada yang anu lah sudah membuat apa namanya ni, due diligence, ada yang tarik diri, ada yang masih dalam perundingan. Jadi kalau Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, kan mendapatkan lebih information boleh lah jumpa ke Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Jadi dapat diexplain sebenarnya masih ada beberapa projek yang dalam penelitian.
Mengenai dengan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, mengenai koperasi, sebenarnya pada masa ini pendaftaran koperasi ada 160 lebih, yang hanya 39 yang aktif. Kementerian Kewangan dan Ekonomi bekerjasama dengan koperasi-koperasi yang aktif, jadi supaya diorang mematuhi regulation-regulation dikenakan kepada koperasi yang pada masa ini walaupun 39 yang aktif, hanya belasan koperasi yang anu membuat financial statement, membuat annual return dan sebagainya. Ani satu usaha untuk mengukuhkan lagi, jadi anu lah foundation kepada koperasi supaya meningkatkan lagi jumlah mensubmit financial statement, membuat business plan dan sebagainya. Mengenai RKN atu, banyak sudah kitani discuss mengenai dengan RKN sebelum ani, jadi inda lah perlu lagi kaola mengongsikan. Ok mengenai dengan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub mengenai harga barangan dan kos sara hidup dan sebagainya, ani pun banyak sudah kitani sentuh sebelum ani.
Soalan yang kedua daripada Yang Berhormat tadi ada mengenai dengan ekspo, ani pun sama jua kitani mesti jua memikirkan cemana cara kitani dapat manfaatkan daripada ekspo-ekspo yang di bawa dari organiser dari luar negeri. Ani berbalik semula kepada yang ditimbulkan oleh, yang diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, mengenai dengan pameran produk halal ani memang usaha BEDB senantiasa untuk atu lah di promotekan produk-produk tempatan ke luar negeri termasuk Brunei Made Product di Singapura dan sebagainya.
Jadi dari experience kitani di Singapore punya ekspo, Alhamdulillah sambutan produk-produk tempatan banyak jua orang minat kan mencuba produk Brunei tapi ganya masalah kitani, kitani mesti kuatkan lagi production base kitani, jadi supaya dapat kitani meningkatkan production kitani. Jadi pada masa ani satu Food Processing Centre, Insya Allah dibangunkan oleh Kerajaan, Insya Allah siap tahun ani, dapat digunakan, gunakan bukan sahaja oleh GLC’s tapi boleh digunakan oleh pihak swasta jua. Ani production facility ani memenuhi standard kebangsaan dan sebagainya seperti HACCP, good manufacturing practise dan sebagainya.
Jadi mengenai dengan Brunei Green Economy Framework, memang beberapa anulah aktiviti-aktiviti telah di kenal pasti seperti solar panel, renewable energy, carbon capture utilisation, carbon capture storage dan sebagainya. Jadi ani memang anu lah dalam perbincangan dengan government United Kingdom. Ada beberapa isu jua mesti kitani mesti buat persediaan seperti kemahiran, regulation, financing dan sebagainya. Ani pun dalam perbincangan dengan government UK, UK Government untuk sama-sama kitani bekerjasama untuk mengestablish a strong foundation, lepas atu kitani dapatlah memanfaatkan beberapa bidang yang telah dikenal pasti dalam Brunei Green Economy Framework.
Ok so now, mengenai dengan Special Economic Zone, kitani sudah menandatangani Memorandum Persefahaman pada bulan Februari 2025. Jadi projek ani sebenarnya lebih complicated kalau dibandingkan dengan projek-projek FDI yang lain. Ani Special Economic Zone ani melibatkan banyak kalau boleh dikira semua kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Jadi dari segi ekonomi, kaola menyokong sepenuhnya because ia akan membawa banyak manfaat kepada ekonomi, kepada negara kita. Dengan pelaburan, jumlah pelaburan yang tinggi. Jadi ani bukannya saja tinggi pelaburanya sekali sahaja, ia pelaburan ani akan berterusan dalam berpuluh tahun yang akan datang,
Jadi ani ada satu sustainable investment bagi ekonomi negara kitani dan seterusnya menjana pekerjaan untuk anak-anak tempatan. Tapi ani projek ani melibatkan undang-undang, sekuriti dan sebagainya, jadi ani lah isu-isu kitani mesti bekerjasama sebagai satu whole of government, whole of nation approach. Kalau sudah datang masanya dapat kitani kongsikan Insya Allah, kaola, oleh kerana projek ani ia anu, touch on everybody's life, so kaola akan mengadakan beberapa sesi untuk mengongsikan lebih perinci detail-detail projek ani. Jadi pada masa ani masih dalam peringkat sulitlah dalam perbincangan dengan yang investor ani.
Ok mengenai dengan stock exchange. Jadi kaola pernah kongsikan sebelum ani, di tahun lapas dengan faedah-faedah stock exchange dan sebagainya. Jadi untuk mengongsikan perkembangan pada masa ani, kalau sekiranya semua aliran keraja dan pembangunan ekosistem pasaran modal ani siap Insya Allah, stock exchange kitani boleh dilancarkan kira-kira akhir suku ketiga tahun 2027. Ani tertakluk kepada all the other worklah because ani untuk mentubuhkan stock exchange ani, ia melibatkan sokongan daripada institusi-institusi kewangan, firma audit, penasihat undang-undang dan syariah, broker profession dan profesional-profesional yang berkenaan. Jadi kalau kaola meliat dari segi negeri-negeri lain dalam ASEAN, kebanyakan negeri ASEAN sudah terdapat stock exchange sendiri.
Jadi dari segi objektif-objektif bagi setiap negara, memang ada perbezaan. Jadi bagi kaola di Brunei, kaola mesti liat dari segi konteks kaola, apatah benefit kalau kaola kan mengadakan satu stock exchange dalam negeri. Jadi kalau dapat, kalau boleh kaola kan kongsi lebih terperinci kaola boleh minta lebih masa sedikit oleh kerana projek ani kalau siap Insya Allah akan dilancarkan pada tahun depan, jadi untuk orang ramai lebih faham mengenai dengan tujuan kaola untuk mentubuhkan satu bursa saham di Brunei Darussalam ani, adalah lebih anu lah supaya orang lebih faham apa sebenarnya objektif kaola dan jua faedah-faedahnya.
Kalau kaola liat di mana-mana negeri yang ada bursa saham, ani bagi satu peluang untuk ke syarikat-syarikat tempatan untuk membuat IPO ataupun Initial Public Offering, jadi ani dapat kira meluaskan lagi dana atau funding untuk syarikat-syarikat yang ikut IPO ani mengembangkan perniagaan dan sebagainya.
Jadi sebelum atu kaola ingin mengongsikan yang sebenarnya pasaran financial market di Brunei ani. Jadi sebagai satu pasaran yang kecil dan ekonomi yang kecil jua. Jadi ada beberapa ciri struktur financial market yang perlu kitani tangani dengan teliti. Jadi pada masa ani, bilang syarikat besar terhad, jumlah pelabur domestik kecil, jumlah transaksi rendah, seperti kitani lihat yang dapat kitani bali saham seperti BIBD jumlah transaksi rendah, liquidity rendah. Jadi anilah isu mesti kitani tangani supaya kitani dapat menggalakkan lagi lebih banyak syarikat membuat IPO dan bagi orang ramai untuk melabur kepada saham-saham dalam syarikat tempatan.
Jadi kalau kitani lihat di negeri-negeri lain seperti Laos, Cambodia even Maldives sekarang ditubuhkan bursa saham. Jadi dari segi faedah strategik kepada Negara Brunei Darussalam, ia mensupport syarikat-syarikat tempatan ataupun GLC untuk menjalankan untuk menlist senaraikan company itu didalam bursa saham, jadi meningkatkan akses kepada sumber model tambahan, menyokong operasi dan pertumbuhan perniagaan, memberikan peluang kepada orang awam untuk memperoleh kepentingan pemilikan dalam aset-aset strategik negara.
Memperkukuhkan tahap ketulusan dan akauntabiliti awam dalam operasi syarikat dan meningkatkan piawaian tadbir urus korporat serta amalan pelaporan kewangan. Ani lah beberapa benefit kepada company-company yang tersenarai di dalam bursa saham. Jadi bursa saham ani jua mewujudkan saluran langsung yang membolehkan orang awam untuk turut serta dalam pertumbuhan ekonomi negara, melalui instrument equity dan fixed income ataupun sukuk yang disenaraikan di bursa saham. Orang awam dapat menyertai pengagihan dividen daripada perusahaan yang produktif, mendapatkan manfaat daripada peningkatan nilai modal, capital appreciation dari masa ke semasa. Membina dan melihara kejayaan isi rumah dalam jangka panjang, meningkatkan literasi kewangan dan keupayaan pelaburan dalam kalangan masyarakat.
Jadi kalau dilihat pada masa ani Yang Berhormat Pengerusi, kalau orang ramai kan melabur untuk masa panjang, yang instrument yang terdapat di bank-bank yang ada di dalam negeri hanya setahun, ataupun kadang ada certificate, investment certificate paling panjang tiga tahun. Jadi untuk membuat perancangan untuk masa hadapan, untuk pendidikan kanak-kanak ataupun persaraan, inda ada instrument yang berpanjangan. Jadi dalam bursa saham, kalau sudah dilancarkan boleh kitani, anu, senaraikan sukuk yang berpanjangan 10 tahun 15 tahun dan sebagainya. Jadi anilah satu jua, anu, lah faedah nya.
Jadi bagi syarikat-syarikat kitani oleh kerana bagi syarikat yang tersenarai dalam stock exchange, ia mesti mengikut beberapa kewajipan yang ketat akan dikenakan. Jadi ani dari segi audit, penyata kewangan mesti di audit dan jua beberapa perwakilan lembaga pengarah bebas ataupun independent directors mesti jua atulah mesti ada oversight dalam aktiviti perniagaan dan sebagainya.
Jadi ini lah beberapa faedah-faedah lain itu ada juga kita sudah kongsikan kalau sudah ditubuhkan ada menjana lebih banyak kerja profesional seperti Research Analyst, Investment Banking Professionals, Compliance Officers dan sebagainya. Jadi inilah yang sebenarnya banyak lagi dapat kita kongsikan tapi ini kita fikir cukuplah sudah. I think we get the picture.
Jadi kalau sekiranya bursa saham ini ditubuhkan di Brunei, orang ramai dapat melibatkan diri dalam investment dalam syarikat tempatan. Pada masa ini kalau orang kita ni kan melabur terpaksa keluar negeri dengan outflow of fund. Jadi kalau ada peluang untuk orang ramai invest dengan company-company yang terdapat di dalam negeri, ini kita ni menyokong ekonomi dalam negeri.
Jadi dapat jua diorang membuat perancangan untuk pelaburan masa depan. Jadi sebelum setiap bulan, hujung bulan sebelum ke Miri mungkin ada sebahagian gaji sudah diperuntukkan untuk investment. Jadi inilah semua dibelanjakan setiap itu lah.
Jadi dengan bursa saham ini syarikat-syarikat ini pun meningkatkan ia punya disiplin, akauntabiliti dan transparency. Ini lah beberapa faedah bagi stock exchange ini untuk orang kitani, mudah-mudahan over time financial literacy pun meningkat because sudah kitani melabur kepada syarikat-syarikat tempatan, setiap hari sudah bangun pagi sudah kitani bercerita pasal stock ani stock itu dan sebagainya dan prestasinya ada meningkat kah atau sebagainya.
Jadi anilah tujuan kitani kalau sudah terjadi. To set up stock exchange inda memerlukan a lot of expenses untuk menjalankan running the stock exchange will not cost the government a lot money, if kalau ada transaksi yang meningkat, liquidity yang meningkat, mungkin di stock exchange boleh jua make money. Jadi mungkin inda merugikan kerajaan jua, tapi dengan faedah-faedah yang kaola terangkan tadi insya Allah ani satu langkah untuk kitani terus memajukan memperkembangkan ekonomi negara dan jua meningkatkan kefahaman financial literacy orang ramai. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat, sekarang Tajuk ini ada baiknya kita undi. Ahli-Ahli yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. Nampaknya semua ahli bersetuju. Maka Tajuk SD01A hingga SD09A Kementerian Kewangan dan Ekonomi diluluskan.
(Tukul diketuk)
Yang Mulia Jurutulis
Tajuk SD01A hingga SD09A dijadikan sebahagian daripada Jadual. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Tajuk SE01A hingga SE12A.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum kita memulakan perbincangan mengenai belanjawan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, saya ingin mencadangkan supaya kita berhenti berehat selama 15 minit dan kita akan mula membincangkan belanjawan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sesudah itu, insya Allah.
(Mesyuarat Jawatankuasa berehat sebentar)
(Mesyuarat Jawatankuasa bersidang semula)
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang kita bersidang semula dan Jawatankuasa akan membincangkan Tajuk SE01A hingga SE12A Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Maka sekarang tajuk ini dibukakan untuk dibahaskan. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin mengemukakan persoalan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri berhubung dengan dewan-dewan serbaguna dan balai-balai raya kini banyak dilihat kurang relevan dan pemeliharaannya. Sehubungan dengan itu, apakah perancangan kementerian untuk menjenamakan semula dan menaiktarafkan dewan-dewan dan balai raya ini agar menjadi ruang yang lebih berfungsi sebagai pusat komuniti moden, bukan sahaja untuk aktiviti sosial tetapi juga menyokong ekonomi setempat, keusahawanan dan sukan selaras dengan perubahan semasa.
Dalam masa yang sama, Kaola mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pembinaan pusat penempatan sementara di kawasan berisiko bencana yang direka secara pelbagai guna, boleh digunakan ketika kecemasan dan pada masa yang biasa sebagai ruang komuniti inklusif. Yang Berhormat, pendekatan ini lebih strategik dan memaksimumkan penggunaan aset, meningkatkan kesiapsiagaan bencana dan memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.
Sekian. Terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Lau How Teck.
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin memfokuskan kepada peruntukan Jabatan Bomba dan Penyelamat sejumlah 32 juta lebih dan ingin mendapatkan penjelasan mengenai tahap kesiapsiagaan perlindungan kebakaran dan kecemasan khususnya dalam menyokong perkembangan aset ekonomi di zon industri dan zon pertanian.
Sehubungan dengan itu, sejauh mana pendekatan kesiapsiagaan yang dilaksanakan diselaraskan dengan perluasan kawasan industri dan pertanian memandangkan dalam Kenyataan Menteri telah ditekankan pendekatan whole of government and whole of nation dalam memperkukuh keselamatan awam dan ini memerlukan penyelarasan yang jelas antara perancangan keselamatan dan pembangunan ekonomi yang sedang berkembang.
Dalam masa yang sama, apa tahap liputan semasa dari segi masa respons, kapasiti, jentera dan tenaga kerja termasuk di kawasan luar bandar atau zon operasi berskala besar dengan mengambil kira peringkat keupayaan operasi yang telah dilaksanakan serta sejauh mana kesiapsiagaan dan disesuaikan dengan perubahan profil risiko dalam sektor moden yang semakin kompleks.
Seterusnya, ada penilaian risiko dan kesiapsiagaan kecemasan dilaksanakan secara serentak dengan kelulusan kawasan pembangunan baharu selaras dengan pelaksanaan disaster management strategic policy framework supaya perancangan kesiapsiagaan dibuat lebih awal tidak hanya bergantung kepada tindak balas selepas kejadian.
Di samping itu, bagaimana pendekatan pencegahan dilaksanakan secara lebih tersasar di kawasan industri dan pertanian termasuk audit keselamatan dan latihan awal selaras dengan usaha memperkukuh kesiapsiagaan komuniti sebagai sebahagian daripada strategi keselamatan menyeluruh. Akhir sekali, bagaimana kementerian memastikan peruntukan ini menyokong bukan sahaja kesiapsiagaan secara umum tetapi juga keyakinan pelaburan memandangkan dalam perbahasan sebelum ini telah ditekankan kepentingan persekitaran kondusif bagi pertumbuhan ekonomi negara.
Sekian. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas perkongsian tentang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, fokus utamanya dan tindakan-tindakan yang telah pun diambil.
Bagi peruntukan kementerian 2026-2027, 4 program telah pun dinyatakan sebagai fungsi utama, antaranya yang ingin saya komen ialah Kod 004/000 Pengurusan Bencana Kebangsaan. Salah satu kesan bencana alam ialah kehilangan nyawa. Kesan-kesan lain ialah harta benda musnah jika berlaku kebakaran, rumah runtuh, atap terbang, tanah susur, jalan akses terputus dan sebagainya.
Memandangkan kejadian seperti ini sudah sering berlaku, kaola ingin bertanya jika ada peruntukan menangani perkara ini, seperti apabila terjadinya perkara ini seperti membaiki rumah-rumah yang rosak, mengganti atap, mengusai tanah susur dan sebagainya. Adakah peruntukan di bawah Jawatankuasa Bencana Kebangsaan, NDMC masih ada? Di masa yang sudah, proses membaiki rumah, membantu mereka yang terkesan memakan masa yang agak lama. Jadi kaola mohon maklumat mengenai perkara ini.
Perkara kedua yang ingin kaola sentuh adalah mengenai dengan kawasan bandaran di Daerah Belait, Tutong dan Temburong yang berkaitan dengan Kod 005/000, terutama usaha bandaran menaik taraf bandar di daerah-daerah masing-masing.
Kaola melihat banyak potensi dan ruang bagi kawasan-kawasan bandar dibaik, dibisaikan lagi dengan memajukan kawasan-kawasan tertentu seperti mengadakan taman-taman bunga, tempat-tempat peranginan, sediakan taman-taman permainan kanak-kanak, kawasan-kawasan riadah yang menarik, gerai-gerai makan yang indah dan beberapa attraction lagi.
Kaola berpendapat mungkin ini tidak akan menggunakan perbelanjaan yang besar atau boleh dibuat secara PPP tetapi akan menaik imej bandar itu. Jika kawasan kecil, bandar di Tutong, Belait dan Temburong dapat dicantikkan sebagai destinasi pelancong ataupun destinasi pengunjung-pengunjung tempatan, kita bayangkanlah potensi daerah-daerah tersebut. Buat pada masa ini, kalau kita lihat tidak banyak yang berubah atau bandar-bandar di daerah yang bertukar wajah, maka kaola ingin mengesyorkan supaya dijadikanlah pembisaian bandar sebagai satu KPI yang menunjukkan kemampuan daerah tersebut memajukan daerah masing-masing.
Seterusnya, kaola ingin bertanya mengenai dengan status projek Kampong Ayer ini. Kaola juga memohon pencerahan mengenai projek pembangunan semula Kampong Ayer yang telah pun diperuntukkan di bawah RKN12 sebanyak BND32,800,000. Kaola ingin mengetahui jika sudah ada perancangannya, di manakah kawasan-kawasan pembangunan semula Kampong Ayer ini dan kampung-kampung mana yang akan terlibat. Projek ini akan membawa kesan kepada kampung-kampung lain, sekolah-sekolah, pengangkutan dan sebagainya.
Jadi, jika ada perancangannya sudah, walaupun masih dalam RKN-12, ini baru tahun kedua, masuk tahun kedua, jika ada pelan-pelannya yang dapat dikongsikan mungkin pihak-pihak yang berkenaan di kawasan-kawasan tersebut akan tahu apa yang berlaku di kawasan mereka. Sekian saja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola merujuk Tajuk SE01A Jabatan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kod 004/000 Pengurusan Kuasa-Kuasa Tempatan dan Perpaduan Masyarakat dengan anggaran perbelanjaan BND2.2 juta. Antara objektif program ini ialah mengurus hal ehwal pejabat-pejabat daerah termasuk Program Perekonomian Satu Kampung Satu Produk dan aktiviti-aktiviti Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Perusahaan Satu Kampung Satu Produk, sentiasa menarik perhatian kaola kerana ianya melibatkan komuniti kampung yang dekat di hati. Dalam hal ini, terlebih dahulu kaola ingin merakamkan Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, atas inisiatif penubuhan Pusat 1K1P, pewujudan kedai-kedai kampung serta penganjuran pop up market sebagai usaha berterusan kementerian menyokong pengusaha-pengusaha tempatan. Walau bagaimanapun, dari sudut dasar dan keberkesanan jangka panjang perusahaan 1K1P ini, adalah perlu dari semasa ke semasa untuk menilai model-model pemasaran yang diperkenalkan ini. Soalan kaola di sini ialah adakah model-model ini mampu mengatasi cabaran berterusan yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha ini iaitu keterbatasan modal dan sumber tenaga, konsistensi pengeluaran, akses pasaran dan kawalan standard kualiti produk, dan sejauh manakah modal perniagaan perseorangan yang berskala kecil ini mampu meningkatkan pendapatan pengusaha secara mampan dan signifikan dalam jangka panjang.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, jelas menekankan supaya kita beralih kepada pendekatan yang lebih berstruktur dan berimpak tinggi untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi. Kaitan itu untuk tempoh jangka panjang dan langkah ke hadapan.
Kaola berpandangan agar kementerian mempertimbangkan penubuhan satu koperasi komuniti kampung untuk dijadikan salah satu modal pelaksanaan 1K1P dan juga aktiviti-aktiviti perekonomian kampung yang lain kerana struktur koperasi ini mampu memperluas gabungan modal dan tenaga kerja, mempertingkatkan pengeluaran, menyelaras kualiti, memperkukuh pemasaran dan pelaburan serta urus tadbir melalui pengauditan laporan kewangan dan pemantauan prestasi yang sistematik. Ini sekaligus menyokong pencapaian matlamat dua dan matlamat tiga Wawasan Brunei 2035, melalui peningkatan kesejahteraan rakyat dan pengukuhan sektor-sektor bukan minyak dan gas.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Amalan-amalan terbaik serantau dan pengalaman negara-negara jiran, telah membuktikan bahawa koperasi adalah antara instrumen yang berkesan dalam mengangkat sosioekonomi komuniti dan pertumbuhan ekonomi sebenar.
Kaola yakin melalui pendekatan ini, jika ianya dirancang lebih awal dengan teliti dan dilaksanakan secara teratur. Program 1K1P ini, insya Allah, mampu berkembang maju menjadi entiti ekonomi kampung yang berdaya saing, mampu menarik kerjasama komersial dan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara lebih signifikan.
Pendekatan ini juga sesuai diteliti dan dipertimbangkan oleh agensi-agensi lain dalam usaha menyantuni golongan berpendapatan rendah dan penerima-penerima bantuan melalui platform ekonomi yang lebih teratur dan mampan, untuk membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka, berdikari dan akhirnya mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh.
Pertamanya, kaola ingin merujuk kepada Sub-Tajuk Petunjuk Prestasi Utama di bawah Tajuk SE01A - Jabatan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, berhubung kait dengan peratus jumlah keseluruhan usahawan menyertai aktiviti dalam meningkatkan perekonomian masyarakat kampung.
Kaola menyambut baik peningkatan pencapaian di bawah petunjuk prestasi ini dari tahun 2024 hingga 2006, 56 peratus iaitu 89 usahawan kepada 65 peratus iaitu 105 usahawan pada tahun 2025/2026, yang menyertai. Apa yang juga membanggakan perkembangan pemasaran 1K1P, ke pasaran berupa melangkaui ke pasaran antarabangsa menerusi portal eKadaiBrunei.bn.
Walaupun bagaimanapun, mengikut anggaran sesi 2026/2027, penyertaan meneliti 1K1P adalah mendatar iaitu 65 peratus, sama seperti 2026. Dalam mengorak langkah maju ke hadapan yang lebih agresif, apakah perancangan strategik dan kerangka kerja kementerian dalam usaha mengembangmajukan lagi produk 1K1P dan lebih ramai lagi penyertaan pengusaha-pengusaha masyarakat kampung termasuk memperkenalkan pergerakan koperasi yang perlu diangkat sebagai tallies, seperti mana saranan rakan saya Ahli Yang Berhormat, untuk menaik taraf pembangunan sosioekonomi serta kemaslahatan, kemakmuran dan keharmonian masyarakat di peringkat akar umbi melalui Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.
Seterusnya, kaola ingin menyentuh pihak Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan. Sepertimana di dalam kutipan-kutipan di sini daripada tahun 2025, 2026 dan 2027 adalah sama sahaja BND10 juta. Kaola ingin penjelasan, kutipan hasil ini, kalau dilihat dari segi kemajuan dan juga perkembangan premis-premis perniagaan di kawasan bandar adalah meningkat. Sepatutnya juga kutipan hasil ini meningkat, kalau kitani lihat dari segi realitinya dan juga dalam itu kaola ingin juga memohon penjelasan tentang hasil daripada tunggakan-tunggakan building tax di kawasan bandaran Bandar Seri Begawan, Tutong dan Kuala Belait.
Seterusnya kaola ingin menyentuh kepada Tajuk SE06A – Jabatan-Jabatan Daerah bagi Kod-Kod Program 003/000 - Institusi Mukim dan Ketua Kampung. Apakah inisiatif dan langkah-langkah memupuk dan meningkat kekukuhan lagi kerjasama gabungan setempat di kalangan institusi-institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim dan Kampong dan Kejiranan Kampung serta Jawatankuasa Takmir Masjid, ke arah yang lebih mantap dan berkesan.
Tujuannya juga supaya lebih memperkukuhkan lagi keharmonian dan kesefahaman dalam kalangan masyarakat kampung selaras dengan fungsi dan peranan Institusi Penghulu, Mukim dan Ketua Kampong, sebagai peneraju perpaduan, keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat di samping menjadi penggerak utama bagi memajukan dan memantapkan aktiviti perekonomian, kemasyarakatan dan keagamaan, sekaligus meningkatkan taraf kehidupan sosioekonomi masyarakat.
Seterusnya, kaola ingin membangkitkan di sini, isu bagi Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan di bawah Kod 002/000 - Program Pengurusan Perkhidmatan Imigresen, Kawalan dan Penguatkuasaan Undang-Undang. Seperti kita maklumi bersama melalui media massa, terdapat peningkatan kesalahan imigresen melibatkan warganegara asing, khususnya tinggal lebih lama, pas imigresen mansuh dan penyalahgunaan pas imigresen.
Mohon pencerahan, pendekatan dan inisiatif lebih efektif dan proaktif dalam memberantas dan membendung kesalahan-kesalahan imigresen supaya tidak terus berleluasa bagi penghindaran kemudaratan yang lebih menjejaskan kesejahteraan, keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara. Dalam waktu sama, bagi memastikan warga asing yang tinggal di negara ini menghormati dan mematuhi keluhuran undang-undang dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di negeri ini.
Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan sekali lagi Kaola mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kaola ingin membahas SE06A - Kod 003/000 - Institusi Mukim dan Kampung berkaitan 1K1P yang juga telah dibangkitkan oleh dua rakan tadi dan kaola ingin menambah.
Kaola merakamkan penghargaan kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri atas usaha memperkukuh kepimpinan akar umbi melalui Majlis Perundingan Mukim dan Kampung selaras dengan kepentingan membina komuniti yang stabil dan berdaya tahan sebagai asas pembangunan negara. Pembangunan sosiaekonomi mampan bukan hanya bergantung kepada bandar, malah turut dipacu oleh kekuatan ekonomi kampung melalui inisiatif seperti 1K1P, kedai kampung, ekspo tempatan dan perkhidmatan komuniti.
Walaupun usaha ini menunjukkan potensi skala pelaksanaan, tahap pendapatan, penyertaan serta pengurusan masih perlu dipertingkatkan, namun begitu asas pembangunan telah wujud dengan minat penyertaan dan potensi ekonomi pendapatan yang jelas. Sebagai pemimpin akar umbi, kaola ingin menegaskan bahawa kami tidak hanya menunggu bantuan melalui inisiatif 1K1P dan penubuhan kedai kampung, penduduk diberi peluang memasarkan produk menjana pendapatan tambahan serta memupuk keusahawanan mikro dan sederhana.
Selain itu, kami turut melaksanakan perkhidmatan komuniti seperti memotong rumput, pembersihan dan penyelenggaraan ringan. Inisiatif ini membuka peluang pekerjaan sambilan khusus kepada penduduk tanpa pendapatan tetap serta membantu menjana pendapatan tambahan walaupun masih tidak konsisten.
Alhamdulillah, usaha ini telah membantu beberapa penduduk memperoleh pendapatan sampingan, walau masih kecil, ia membuktikan potensi ekonomi tempatan boleh digerak apabila peluang disediakan. Namun, secara realistik masih terdapat cabaran seperti skala operasi kecil, penyertaan belum menyeluruh, pengurusan belum diperkemas dan pendapatan masih terhad. Walau bagaimanapun, asas telah wujud dengan minat dan penyertaan awal yang baik. Kini fokus adalah bagaimana memperkukuhkan inisiatif ini secara lebih tersusun, sistematik dan mampan?
Sokongan strategik daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri amat penting untuk memastikan ia dapat berkembang menjadi modal ekonomi komuniti yang berdaya tahan. Sehubungan itu, Kaola mencadangkan empat perkara utama dalam pertimbangan Kementerian:
Pertama, pemantauan dan bimbingan yang lebih berstruktur melalui penetapan KPI yang jelas serta lawatan berkala bagi memberi nasihat dan penambahbaikan. Ini penting, supaya pembangunan ekonomi kampung bergerak dengan hala tuju yang lebih jelas dan tidak bersifat ad hoc;
Kedua, latihan pembangunan kapasiti, kursus dalam bidang keusahawanan, pengurusan kewangan, pemasaran serta pendedahan kepada modal ekonomi komuniti yang berjaya amat diperlukan bagi meningkatkan kemahiran penduduk. Tanpa peningkatan kapasiti, usaha ekonomi sukar berkembang ke tahap yang lebih tinggi;
Ketiga, bantuan modal dan peralatan, geran kecil atau dana pusingan serta sokongan peralatan, bukanlah bantuan kebajikan semata-mata, tetapi pemangkin pertumbuhan yang membolehkan operasi diperkukuhkan dan produktiviti ditingkatkan; dan
Keempat, perkembangan rangkaian dan pasaran. Cabaran utama ekonomi kampung sebenarnya bukan kekurangan produk, tetapi kekangan dari segi akses kepada pasaran. Dengan peluang penyertaan dan peluang menyertai pameran, program promosi dan platform jualan yang lebih luas, produk kampung berpotensi berkembang dengan lebih besar.
Sejajar aspirasi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, kami komited menjadi rakan strategik dalam membina komuniti, berdikari dan produktif. Kesimpulannya, inisiatif seperti 1K1P dan kedai kampung telah menunjukkan potensi, namun memerlukan sokongan berterusan untuk berkembang lebih signifikan. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola ingin mengajukan persoalan berhubung pembangunan tapak gerai dan aktiviti berjaja yang lebih moden dan inklusif. Apakah perancangan kementerian untuk memperkenalkan konsep baru tapak gerai yang lebih tersusun, menarik dan mesra usahawanan kecil termasuk melalui pendekatan PPP, Public-Private Partnership, bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan kemudahan?
Di samping itu, apakah usaha kementerian dalam menghidupkan kawasan bandaran melalui inisiatif seperti Pop Street Bazaar Ramadan dan ruang niaga kreatif yang mampu merancakkan ekonomi tempatan? Dalam konteks ini, Kaola ingin menyentuh mengenai inisiatif Bandarku Ceria yang telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Apakah penilaian pihak kementerian terhadap impak ekonominya? Khususnya dari segi pendekatan pendapatan para peniaga dan peluang perniagaan yang terhasil sejak ia dianjurkan? Kejayaan inisiatif seperti ini wajar diperluaskan dan dijadikan asas kepada perancangan bandar yang lebih hidup, tersusun dan berdaya ekonomi.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Kaola merujuk Tajuk SE032 Kod 002/000 Kemajuan Bandar dan Daerah. Alhamdulillah, terlebih dahulu kaola ingin merakamkan tahniah kepada warga pekerja Daerah Belait kerana Pejabat Bandaran Belait satu-satunya jabatan yang mencapai penggredan 4 bintang serta atas pencapaian Kuala Belait sebagai ASEAN Clean Tourist City pada tahun 2024 dan Seria yang menerima anugerah ASEAN Environmentally Sustainable City pada tahun 2025. Dalam pencapaian ini, kaola ingin memohon pencerahan apakah amalan-amalan terbaik, best practices, yang telah dilaksanakan di Daerah Belait sehingga berjaya mencapai pengiktirafan dalam dan antarabangsa?
Dan sejauh manakah pengalaman ini akan dijadikan modal untuk dilaksanakan di keempat-empat daerah di kesemua daerah lain supaya standard kebersihan, pengurusan bandar dan kelestarian dapat dipertingkatkan secara konsisten seluruh negara? Alhamdulillah. Sehubungan dengan ini, kaola juga ingin memohon pencerahan apakah langkah-langkah seterusnya yang telah, yang akan dapat manfaat bagi merancakkan ekonomi tempatan khususnya melalui peningkatan aktiviti-aktiviti pelancongan, peluang-peluang keusahawan komuniti serta pembangunan perniagaan tempatan.
Soalan kaola kedua, dituju kepada Jabatan Penjara SE11A - Kod 002/001 dengan inisiatif-inisiatif program rakan seliaan serta program desistance pemulihan berintegrasi. Merujuk kepada lampiran 1.1, kaola menyanjung usaha-usaha dan inisiatif Jabatan Penjara dalam melaksanakan program-program rakan seliaan berserta program desistance pemulihan dan reintegrasi yang mampu memberikan banduan, bekas-bekas banduan kelulusan dan skillsets yang dapat membantu bekas banduan membina kehidupan selepas tamat tempoh tahanan. Kaola berpendapat program-program seperti ini amat penting dan amat berkesan dalam mengurangkan repeat offenders atau risiko kesalahan berulang, khususnya disebabkan tekanan ekonomi dan stigma yang dihidapi oleh bekas banduan untuk mendapatkan pekerjaan.
Sehubungan dengan itu, kaola ingin memohon penjelasan mengapa peruntukan bagi program-program ini tidak ditunjukkan, walaupun KPI telah ditetapkan?
Selain itu, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memperluaskan lebih banyak lagi penyertaan dalam program ini dan bagaimana ahli-ahli keluarga atau masyarakat dapat turut menyumbang dan turut membantu dalam menjayakan program-program tersebut.
Soalan ketiga, Jabatan Buruh - SE05A. Kaola ingin memohon pencerahan sejauh manakah data-data yang telah dikumpulkan digunakan untuk dianalisis mendalam, deep analysis bagi perancangan ke hadapan khususnya dengan usaha mengurangkan kebergantungan kepada pemegang work permit. Selain itu, sejauh manakah kerjasama dengan Manpower Planning Council untuk menetapkan saranan pengurangan work permit holders serta apakah status cadangan mengenalkan work permit levy untuk menyokong dana pembangunan latihan tenaga kerja tempatan. Kaola tutup soalan dengan ucapan terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Yang pertama Tajuk Kod 005/000 iaitu Bahagian Kampung Ayer, Pejabat Daerah Brunei dan Muara yang Kaola kaitkan juga dengan peruntukan perbelanjaan Kemajuan Akaun 1205-001 iaitu Pembangunan Semula Kampung Ayer. Isu rumah roboh atau runtuh di Kampong Ayer pernah dibangkitkan di Dewan yang mulia ini pada Sesi Permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara pada tahun 2025 kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Antara inti pati jawapan Yang Berhormat ialah punca utama kerobohan atau keruntuhan itu adalah sebab rumah itu rumah lama dan kurang penyelenggaraan dari pemilik-pemilik rumah. Ini adalah hasil dari pemeriksaan visual tahap keselamatan yang dibuat oleh pihak JKR bagi 337 buah rumah pada tahun 2017 dan 2023.
Dapatan-dapatan itu juga telah dikongsikan kepada Jabatan Daerah Brunei dan Muara. Persoalan Kaola, apakah tindakan susulan dari Pejabat Daerah Brunei Muara mengenai dengan isu rumah-rumah yang dikenal pasti oleh pihak JKR? Jika sudah ada tindakan, Alhamdulillah. Pertanyaan Kaola jua, adakah perbelanjaan kemajuan bagi pembangunan semula Kampung Ayer dengan harga rancangan BND32.8 juta yang mana hanya baru BND10 ribu sahaja dibelanjakan pada Tahun Kewangan 2025/2026 boleh digunakan untuk membantu rumah-rumah mereka yang kurang mampu yang mengalami kesulitan kewangan untuk menyelenggara rumah mereka?
Kaola percaya, jika sekiranya perkara ini dapat dipertimbangkan, ia boleh dimanfaatkan oleh ketua-ketua kampung dan penghulu kampung kawasan berkaitan untuk bergotong-royong, memucang-mucang, membantu mereka yang memerlukan dan yang lebih penting lagi sebelum struktur rumah-rumah mereka itu bertambah teruk dan nauzubillah roboh atau runtuh.
Yang kedua ialah Tajuk Kod 002/000 iaitu Program Pengambilan Pekerja Asing Jabatan Buruh. Kaola ingin bangkitkan lagi isu mengenai kemasukan warga asing ke negara ini khususnya dari negara-negara tertentu yang perlu diambil perhatian. Kemasukan mereka di negara ini adalah datangnya dari berbagai peringkat dan jenis pekerjaan. Apa yang ketara sangat ialah sebahagian mereka ingin mengawal sektor-sektor tertentu seperti restoran dan kedai runcit. Sebilangan dari mereka memegang jawatan sebagai pengurus dan ada yang memegang jawatan yang lebih tinggi lagi. Walhal ini boleh diberi dan diisi oleh warga tempatan.
Warga tempatan hanya di peringkat bawah sahaja seperti pelayan restoran dan kedai runcit dan tidak ada program latihan agar mereka ini akan diberi peluang untuk naik pangkat. Pada ingatan kaola, perkara ini sudah dibangkitkan sebelum ini dan perlunya dikaji dari aras bawah dan tidak melihat dari segi aspek perangkaan sahaja di peringkat jabatan. Cadangan kaola agar Jabatan Buruh dan pihak-pihak tertentu yang berkaitan untuk membuat kajian mendalam dari aras bawah iaitu turun padang ke kedai-kedai berkenaan dan juga proses dalaman jabatan untuk mengetahui dan memahami lebih dekat lagi punca dan sebab musababnya.
Sekian. Terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya akan memberikan laluan bagi Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk memberikan ulasan atau responnya terhadap beberapa perkara yang telah pun ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Silakan.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat di atas soalan-soalan yang telah diajukan. I think kebanyakan soalan-soalan itu repetitive daripada soalan-soalan tahun lepas. I think bisa jua digunakan platform muzakarah untuk mengetahui secara terperinci apa sebenarnya yang dilaksanakan oleh jabatan-jabatan.
Sebagai contoh, Yang Berhormat Pengerusi, satu daripadanya soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, berkenaan dengan bangunan, yang dewan-dewan. Dalam Kenyataan Menteri ada memaklumkan bahawa 14 buah dewan yang akan diusai, yang memang masa ini pejabat-pejabat daerah memang mengenal pasti. Jadi, yang kan diusai ini adalah berdasarkan kepada apa peringkat-peringkat keuzuran dewan itu, Insya Allah ia akan dibuat secara berperingkat-peringkat.
Yang kedua, berkenaan dengan Pusat Penempatan Sementara. Mungkin Yang Berhormat pun sebagai seorang ahli daripada District Disaster Management di daerah-daerah, di Daerah Tutong ada satu Pusat Penempatan Sementara, di Daerah Brunei dan Muara satu yang mana atu pun sudah diusai dan akan ditempatkan mana-mana yang memerlukan Pusat Penempatan Sementara. Kalau Kitani lihat dulu Pusat Penempatan Sementara ani, khemah sahaja khemah biru which is not conducive untuk orang tinggal berminggu-minggu but now dijadikan flat kosong, diusai yang mana adanya akan untuk penempatan. Jadi, this is apa dimaksudkannya whole of government dan jua kemasyarakatan ni penting jua untuk sinergi kemasyarakatan, kerajaan dan masyarakat.
Yang kedua, berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat Awang Lau How Teck dari segi kesiapsiagaan Jabatan Bomba. Sebagaimana yang kaola pernah sentuh dalam Kenyataan Menteri bahawa 30 buah WRL, 10 sudah datang dan telah diserahkan kepada balai-balai bomba. Kitani ada 24 balai bomba di seluruh negara dan mempunyai 130 buah pelbagai jenis kenderaan. Dari segi kesiapsiagaannya, 80 percent or 90 percent kesiapsiagaan. Dari segi pam-pam bomba memang dibaiki dan diselenggarakan.
Berkenaan dengan Industrial Firefighting, memang pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat bekerjasama dengan our industry’s players for example Bomba SPARK, Bomba Brunei Shell Petroleum, di sana tah durang meng-assess durang punya kompetensi when it's come to Industrial Firefighting ani. Kaola pernah jua mengongsikan Community-Based Disaster Risk Management, School-Based Disaster Risk Management. Komuniti ani di peringkat akar umbi, di peringkat masyarakat dan jua school-based ani, supaya durang mengetahui when comes to keadaan-keadaan kecemasan, durang tahu apa kan dibuat and then jua, setiap kementerian, jabatan-jabatan ada fire marshalnya sendiri. So, fire marshal ani tah yang akan ushering apa-apa saja perkara-perkara yang kalau terjadi kebakara di bangunan-bangunan. Mana-mana soalan yang kaola inda sempat mungkin kaola akan menjawab secara bertulis.
Yang ketiga, daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman berkenaan dengan bandaran. Bandaran ani memang daripada tahun-tahun lapas sudah kena bangitkan apa peranan bandaran when it's come to pembisaian but dari segi kalau kitani lihat ada juga perkembangan dan pembisaian. For example, di Bandar Seri Begawan. Ah, untuk makluman Yang Berhormat Pengerusi juga, Temburong nada digelar Bandaran. Ada tiga daerah saja which is Daerah Brunei Muara, Tutong sama Belait.
Jadi di Temburong atu, quite special. Dulu ada AKDT, nya apa Autoriti Kemajuan Daerah Temburong diserahkan ke Pejabat-Pejabat Daerah untuk, ah apa, untuk diteruskan aktiviti yang dilaksanakan oleh AKDT. Tapi macam for example di Bandar. Di Bandar atu usaha-usaha memang sudah dibuat. For example, bangunan-bangunan tiga buah atu diserahkan kepada Darussalam Assets untuk dimajukan dan Alhamdulillah perkembangan terkini ada sudah potential investors. Apa? Ah um, Taman Mahkota Jubli Emas and then kaola kan selitkan saja Pehin ah soalan-soalan atu ada daripada Yang Berhormat Salleh berkenaan dengan membisaikan Bandar when it comes to Food Truck, I think Yang Berhormat bisai juga sekali sekala turun ke Bandar Yang Berhormat, untuk melihat ada (ketawa kecil) food truck kitani Pehin macam di depan Regalia atu ada sudah.
Setiap hari diadakan, in fact, pernah kaola ada menyatakan bahawa setiap bulan ada sudah dilantik satu syarikat untuk mengendalikan event managementnya. So setiap bulan tah diadakan di sana termasuk tah food truck kalau tah kitani melihat Taman Mahkota Jubli Perak pun ada food trucknya malam-malam. So memang di sana atu ada sudah.
And then berkenaan Yang Berhormat, anu, projek di bawah RKN Revitalisasi Kampong Ayer. Memang kaola pernah menerangkan bahawa perkara ini masih di peringkat perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi di bawah Jawatankuasa Kerja Rancangan Kemajuan Negara bagi mengenalpasti projek ani apa impaknya sebenarnya kepada kitani when kitani kan menspend BND32 juta. Ada juga dibangkitkan berkenaan dengan rumah roboh tadi daripada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, you know, sudah dibuatkan, apa um, study oleh Kementerian Pembangunan, study apa dibuat secara berfasa. Apa yang dilaksanakan oleh kementerian adalah;
Pertama, rumah ani sebenarnya tanggungjawab setiap pemilik; dan Kedua, yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan adalah aksesnya sebagai aksesnya atu adalah jambatannya. Koala ada memaklumkan masa Kenyataan Menteri ada sudah peruntukkan BND1. lebih juta diperuntukkan dan yearly budgeting sebanyak BND700,000 setiap tahun untuk mengganti the access roadnya. Kalau kitani jalan-jalan access road tu, kalau di Kampong Ayer dipanggilnya jeti jambatan.
Tetapi memang kalau sebagai contoh saja Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, rumah hangus di Kampong Setia. Atu kerjasama kitani dengan syarikat swasta dan penduduk kampong atu sendiri. Alhamdulillah jua, penduduk kampung di Kampung Setia atu mengusai sendiri rumah abisdurang nganya dibantu sedikit saja termasuk menyambung karan apa itu ini.
Ada juga ditanya oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam berkenaan dengan 1K1P. Alhamdulillah, sebagaimana juga kenyataan koala dalam Kenyataan Menteri.
Ani jua penglibatan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat juga, you know, setelah berbincang, bermuzakarah dan dari segi Kedai Kampong ditubuhkan dan Insya Allah, koperasi ani akan dibincangkan secara terperinci sama ada ianya benar-benar memberi manfaat kepada, apa namanya ni, perniagaan 1K1P and then Yang Berhormat Amran bin Haji Maidin bertanyakan berkenaan dengan dari segi bantuan Kerajaan. Memang ada geran-geran diberikan kepada pengusaha 1K1P. Jadi dari segi training, kitani ada menandatangani dengan Ghanim International. Ada beberapa MPM, MPK sudah diberikan training dibagi briefing oleh Ghanim International ani. Ganya follow-up atu inda ada daripada MPM MPK. Itatah ni berkenaan dengan Kedai Kampong atu, atu tah menjadi asas kitani sama ada Kedai Kampong yang kitani laksanakan ni adalah berpotensi untuk dikembangkan.
Dari segi pasaran antarabangsa memang, you know, yang penting adakah kitani sanggup memenuhi demand pasaran antarabangsa? Jadi atu yang kitani fikirkan. Dari segi akses pasaran memang ada. Lawatan kaola baru-baru ani tahun lepas ke China, Yang Berhormat Pengerusi, akses ke sana memang besar. Atu baru satu province. Satu province 13 juta punya population so atu tah. Jadi capacity-wise dari segi supply. That’s why dalam kitani menangani ani dengan Ghanim International ani, ada sudah dibagi tahu, you know, dari segi shared kitchennya, dari segi barang-barangnya, kalau sekiranya 1K1P atu benar-benar kan mahu memproduce in a bigger scale untuk export purposes.
Insya Allah, perkara ini perlu kitani bincangkan sama-sama dengan pengusaha-pengusaha yang benar-benar mahu untuk menembusi pasaran antarabangsa but Alhamdulillah juga, pasaran domestik pun nampak jua sudah ia punya growthnya. Jadi berkenaan dengan pekerja asing juga tadi, Yang Berrhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin bagitahu berkenaan dengan orang Brunei yang ganya bekerja sebagai orang bawahan daripada orang asing. Koala pernah mengongsikan berapa peratus owner of syarikat ani dipunyai oleh orang Brunei.
Yang kedua, proses pengambilan pekerja asing, ani ia mesti mendapatkan clearance letter daripada JobCentre Brunei untuk mendapatkan clearance atu ia ada stepnya. Mesti diiklankan berapa kali untuk diiklankan making sure orang Brunei ani inda ada mengambil kesempatan untuk menjawat jawatan sebelum orang asing ani dibagi jawatan berkenaan so iatah (ketawa) Dalam National Labour Management System, semua dibuat online sudah. Dulu berkuota sistem but now menggunakan LPA based on the demand daripada orang atu.
Mungkin Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, we can have our, anu apa, discussion on this one ganya ia tah tu. Iatah yang kaola mention tadi atu Yang Berhormat Pengerusi ah, satu is daripada clearance letter ertinya inda ada orang Brunei yang berminat jawatan atu barutah dibenarkan orang asing. Atupun dua tahun selepas atu dipohonkan lagi. A specific job memang khas untuk orang Brunei tapi again kalau kitani liat ah, cashier, kebanyakkannya orang asing pun dibekukan untuk orang Brunei. Yang ke anu lagi, berkenaan dengan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, um apa, empat bintang ani.
Alhamdulillah, Bandar Seria diberikan pengiktirafan. The rules is kitani mesti memenuhi kriteria untuk menjadi, apa namanya ni, ah bandar yang anu yang diiktiraf which is ASEAN Clean Tourist City ani. Kriterianya banyak tapi Yang Berhormat Pehin, yang koala tekankan di sini bukan saja Daerah Belait yang menyebabkan, apa namanya ni, Kuala Belait ani dianugerahkan sebagai ASEAN Clean Tourist City. Ianya melibatkan whole of government sebagai contoh JASTRE. Banyak lagi agensi-agensi kerajaan yang lain yang koala mention atu JASTRE, kebersihan, apa, Pejabat Daerah dari segi daerahnya bandaran dari segi cleanlinessnya termasuk juga toilet-toilet atu pun diaudit oleh ASEAN punya group atu.
Berkenaan dengan data memang Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, data yang dikeluarkan yang ada di Jabatan Buruh memang dikongsikan kepada Manpower Planning and Employment Council, MPEC untuk durang punya rekod, anu, kajian-kajian tertentu. Jadi data-data ani juga untuk durang apa membuat menyelarasan kursus-kursus dan juga untuk manpower planning. Di sana data-data atu kitani tahu which jawatan yang banyak di pelopori oleh orang asing dan which jabatan yang banyak dipelopori oleh orang kitani. Di sana tah kitani JobCentre Brunei atau Manpower Planning ani melihat bekerjasama dengan Jabatan Buruh. Ani jua, berkenaan dengan gaji minimum. Pelaksanaan gaji minimum ani adalah atas anu, atas perkongsian maklumat daripada Jabatan Buruh dan jua anu, JobCentre Brunei untuk memastikan which sektor yang masih lagi yang gaji-gajinya yang rendah.
Berkenaan dengan dari segi pasar, aktiviti ekonomi di peringkat daerah seperti tamu. Alhamdulillah, perkara ani sudahpun kaola terangkan dalam Kenyataan Menteri jua Yang Berhormat Pengerusi berkenaan dengan usaha-usaha kementerian, jabatan-jabatan daerah untuk memastikan tamu, pasar pop-up ani dikendalikan atas kerjasama Ahli-Ahli Yang Berhormat dan daripada Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.
Mungkin atu saja kali, I think satu kali Yang Berhormat Pengerusi, kaola kan menjawab daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof berkenaan dengan apa namanya ni, usaha Jabatan Imigresen.
Usaha Jabatan Imigresen sebagaimana yang kaola pernah maklumkan, salah satu adalah dengan melaksanakan INRS, Immigration National Registration System yang mana dengan terlaksananya ni, dengan terlaksananya jua National Labour Management System data itu memang diintegrate sebagai contoh yang membolehkan the moment LPA kena bagi oleh anu Jabatan Buruh dengan data itu diconnect terus kepada Jabatan Imigresen untuk membolehkan visa kerjanya dikeluarkan dan pas kerjanya dan jua pelaksanaan dengan E-Gate. E-Gate ini is one of the anu, salah satu daripada latest technology yang diguna pakai oleh anu Jabatan Imigresen menggunakan AI facial recognition technology dan jua dari segi apa data daripada National Registration, pasport sama IC memang menggunakan biometric system.
But insya Allah, Yang Berhormat Pengerusi, projek ini belum 100 percent selesai. Once, insya-Allah perkara ini selesai nanti semua yang kaola mention dalam People Hub itu akan disatukan dan digunakan sebagai salah satu mekanisme kita ni dalam pengawalan dan data sharing dengan agensi-agensi berkenaan.
Itu saja kali Yang Berhormat Pengerusi daripada kaola. Kaola mengucapkan ribuan terima kasih di atas kebenaran Yang Berhormat Pengerusi untuk kaola menyambung. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Saya kira ada baiknya sekarang Tajuk ini kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat nampaknya semua Ahli-Ahli bersetuju, maka Tajuk SE01A hingga Tajuk SE12A Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri diluluskan.
(Tukul diketuk)
Yang Mulia Jurutulis
Tajuk SE01A hingga Tajuk SE12A, dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SF01A hingga SF06A, Kementerian Pendidikan.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tajuk SF01A hingga SF06A, Kementerian Pendidikan. Sekarang saya bukakan untuk diperbahaskan. Saya mempersilakan, listnya ani agak panjang sedikit tapi bolehlah kita akan, I think accommodate. Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin mengajukan persoalan SF01A kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan berhubung pembangunan tenaga kerja tempatan dalam sektor pelancongan yang merupakan sektor keutamaan dalam economic blueprint negara. Walaupun pelbagai kursus dan program telah ditawarkan, persoalannya, sejauh mana yang benar-benar memenuhi keperluan industri dan meningkatkan penyertaan tenaga kerja tempatan. Sehubungan itu, apakah strategi kementerian untuk memastikan latihan yang diberikan selaras dan kehendak industri, memperkukuhkan kerjasama dengan pihak industri dan meningkatkan minat anak tempatan untuk menceburi sektor ini sebagai kerjaya berdaya maju?
Soalan kedua, sejauh manakah perancangan dan kesediaan kementerian dalam mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan, AI generatif ke dalam sistem pembelajaran kebangsaan serta apakah garis pandu yang sedang digubal bagi memastikan penggunaannya beretika dan tidak menjejaskan pencapaian akademik pelajar?
Yang Berhormat Pengerusi, pendekatan strategik dalam kedua-dua aspek ini amat penting bagi memastikan sistem pendidikan kekal relevan dan menyokong keperluan ekonomi masa hadapan. Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kaola ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas penyataan panjang lebar mengenai hala tuju dan pencapaian Kementerian Pendidikan.
Tahniah sekali lagi atas kejayaan Universiti Brunei Darussalam, UTB dan UNISSA menaikkan kedudukan masing-masing dalam ranking universiti dunia. Kaola menghargai usaha-usaha yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan menaikkan taraf pendidikan berkualiti di negara. Alhamdulillah, telah banyak menunjukkan kemajuan dalam beberapa bidang.
Tanggungjawab ini bukanlah satu, ia bukan satu tanggungjawab yang ringan tetapi amat berat dan harus dipikul oleh semua pihak yang berkenaan.
Bagi Belanjawan 2026/2027, Jabatan Kementerian Pendidikan telah menetapkan 6 program sebagai fungsi utama kementerian dengan objektif masing-masing. Kaola ingin bertanya tentang Petunjuk Prestasi Utama. Apakah usaha pihak kementerian merapatkan jurang di antara peratus pelajar memperolehi 5 A to C, A ke C dalam ujian PSR dengan peratus pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya 5 O-Level dan IGCSE kerana kaola melihat apabila kohort pelajar yang memperolehi 5 A hingga C masuk ke menengah, peratus yang mendapat 5 O-Level berkurangan. Memanglah PSR dan IGCSE berlainan peperiksaan tetapi dapatkah jurang itu diperbaiki. Apakah sebab jurang ini dan bagaimana untuk memastikan pelajar yang cemerlang di PSR akan juga berjaya di IGCSE?
Soalan kedua, kaola ialah mengenai pendidikan inklusif yang mana cabarannya ialah mendapatkan guru-guru yang berkelayakan. Kaola ingin bertanya apakah tindakan proaktif Kementerian Pendidikan untuk menyediakan guru-guru sedemikian bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas agar pendidikan mereka ini tidak terjejas dan sama ada guru-guru keperluan khas ini menerima skim ataupun mempunyai skim servis yang berlainan daripada guru-guru biasa untuk menarik mereka masuk ke dalam skim ini?
Yang Berhormat Pengerusi. Guru-guru adalah komponen penting dalam pendidikan guru, dalam pendidikan. Guru berkualiti adalah kunci kepada kejayaan sesuatu sistem pendidikan. Kaola ingin mengetahui pendekatan yang diambil oleh Institut Pendidikan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, SHBIE untuk melahirkan guru-guru berkualiti, kerana guru-guru berkualiti make a difference dalam pendidikan kanak-kanak. Jadi seterusnya kaola ingin mengetahui apakah strategi SHBIE iaitu Institut Pendidikan Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk melatih guru-guru melalui berlainan pathway untuk mengatasi kekurangan guru.
Seperti yang kitani dengar dalam pembentangan kertas kerja, di sebalik ramai graduan-graduan dalam pelbagai bidang keluar daripada universiti-universiti dan sebagainya dan sebahagian daripada mereka masih mencari kerja. Kita ironinya kekurangan guru. Jadi kaola ingin bertanya, adakah mereka-mereka ini dapat dijadikan guru kalau mereka berminat? Sebabnya ada di antara mereka yang berkelulusan guru pun masih belum mendapat pekerjaan sebagai guru.
Jadi itulah ingin kaola timbulkan dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola ingin mengemukan persoalan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan berhubung Pelan Transformasi Digital Kementerian Pendidikan yang akan berakhir pada tahun 2027. Sehubungan dengan itu, sejauh manakah pelan ini telah mencapai visi dan matlamatnya setakat ini khususnya dari segi impak terhadap kualiti pembelajaran, penggunaan teknologi dalam bilik darjah serta tahap kesiapsiagaan digital dalam pelajar dan tenaga pengajar? Dan apakah perancangan bagi fasa seterusnya bagi memastikan kesinambungan transformasi ini lebih tersusun, inklusif dan selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Di samping itu, kaola juga ingin pencerahan apakah usaha dan pendekatan kementerian dalam mengukuhkan literasi kewangan dalam kalangan pelajar?
Serta memumpuk minda keusahawanan agar mereka bukan saja berpengetahuan tetapi juga mempunyai kemahiran praktikal dalam pengurusan kewangan serta bersedia menghadapi realiti ekonomi masa hadapan. Yang Berhormat Pengerusi, kedua-dua aspek ini amatlah penting dalam memastikan sistem pendidikan negara kekal relevan dan mampu melahirkan generasi yang berdaya saing.
Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Pertama ialah Tajuk Kod 003/000 Institut Akademik dan Penyelidikan. Kaola ingin menyentuh mengenai Tabung Penyelidikan, Research Fund yang diperuntukkan oleh kerajaan, Universiti Brunei Darussalam melalui penyelidikan oleh para akademiknya dari maklumat yang kaola terima bahawa hasil dari penyelidikan itu, lebih dari 70 patent telah didaftarkan. Dalam patent ini memang ada bayarannya, sama ada local ataupun antarabangsa. Kalau dikali dengan 3,500 kali dengan 70 iaitu 245,000 sudah kerajaan membiayai untuk patent.
Persoalan kaola apakah kesinambungan dari hasil penyelidikan yang patentnya sudah didaftarkan adakah ia untuk memperbaiki ranking sahaja? Kenapakah kerajaan masih membiayai untuk pendaftaran patent berkenaan? Apakah tidak mendapat hasil penyelidikan yang dipatentkan itu di komersialkan untuk hasil pendapatan UBD dan untuk membiayai pendaftaran patent berkenaan?
Kaola difahamkan ada perbincangan dengan pihak Jepun sudah mengenai perkara ini, apa yang kaola persoalkan ialah bincang punya bincang apakah sudah ada kesudahannya untuk mendapatkan hasil yang bermanfaat dan revenue pendapatan untuk kerajaan. Bagi perambahan kaola that is duit untuk dapatkan duit dolar Brunei
Tajuk Kedua ialah Kod 003/000 Pendidikan Rendah dan Kod 004/000 Pendidikan Menengah. Isu jumlah kerani yang kurang atau tidak cukup di sekolah menengah untuk membantu guru-guru dalam hal ehwal pentadbir sekolah. Kaola berpendapat guru-gurunya fokus sahaja bagi pengajar kepada mengajar dan mengasuh pelajar di sekolah-sekolah masing-masing bagi memastikan pembelajaran mereka berkesan dan boleh mencapai keputusan yang cemerlang. Pada pemantauan kaola di beberapa buah sekolah menengah di negara ini purata hanya dua orang kerani sahaja yang ditugaskan di setiap sekolah berkenaan. Sesetengah guru diberi tugas tambahan dalam menjaga kesejahteraan pelajar dan kerja-kerja pentadbir sekolah.
Ada kalangan guru-guru itu mengambil kesempatan tidak dapat mengajar pada jadual waktu pembelajaran mereka dengan beralasan perlu menghadiri mesyuarat atau menyelesaikan perkara berkaitan atas tugas tambahan mereka. Kalau kaola merujuk Kod 001/000, jumlah kerani yang ditugaskan di Kementerian Pendidikan adalah sekitar 1,901 orang kerani termasuk lain-lain petugas.
Jumlah ini kaola rasa adalah ramai, pertanyaan kaola bolehkah jumlah kerani-kerani di sekolah di tambah? Adakah dalam pemikiran Kementerian Pendidikan untuk kerani-kerani diperbantukan atau ditugaskan di sekolah-sekolah yang memerlukan terutama sekali sekolah-sekolah yang menunjukan prestasi keputusan pemeriksaan kurang cemerlang?
Yang ketiga ialah Pemeliharan Bangunan dan Aset Bahagian Rendah iaitu 003/004 dan 004/004 Pemeliharaan Bangunan dan Aset Bahagian Menengah. Kaola ingin membangkitkan isu sebahagian sekolah-sekolah yang tidak ada unit penghawa dingin, aircondnya tani orang Brunei yang sudah rosak dan lama tidak dibaiki. Yang menyebabkan murid-murid belajar di bawah kipas atau buka tingkap sahaja menjejaskan keselesaan mereka terutama sekali waktu tengah hari yang panas terik. Pertanyaan kaola, tidak adakah program atau projek bisai yang dulu untuk diguna pakai semula dan dilaksanakan secara berterusan demi menangani isu ini?
Apa yang kaola perhatikan dan maklumat yang diterima sekolah-sekolah berkenaan jika ia akan dilawati oleh pihak-pihak atasan, mana-mana kerosakan di sekolah berkenaan baru akan diusai dan dibisaikan.
Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Kaola ada beberapa perkara yang akan kaola timbulkan yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan cuma sebahagiannya telah pun disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat tadi misalnya mengenai Petunjuk Prestasi Utama kadar peratus penuntut mendapat sekurang-kurangnya 5 peratus O Level dan IGCSE jadi kaola tidak akan menyentuh lagi.
Walau bagaimanapun, kaola tertarik dengan Petunjuk Prestasi Utama yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan iaitu kadar peratus Graduates Employment Rate yakni enam bulan after graduation. Sasaran pada tahun 2026, 2027 ialah 76.6 peratus berbanding dengan 76.4 peratus pada tahun kewangan yang lalu. Sasaran ini diunjur untuk meningkat kepada 77.2 peratus pada Tahun Kewangan 2028/2029. Alhamdulillah, bolehkah dikongsikan berapakah kadar peratus pencapaian pada tahun lepas dan apakah langkah-langkah ke hadapan kementerian untuk meningkatkan lagi kadar ini mengambil kira environment pekerjaan yang tidak menentu dan semakin mencabar?
Seterusnya kaola perhatikan bagi Kod 004/000 Pendidikan Menengah. Bilangan tenaga pengajar bagi Tahun Kewangan 2026/2027 ini nampaknya berkurangan walaupun kewangan disediakan bertambah. Kaola memohon pencerahan mengenai perkara ini memandangkan keperluan tenaga pengajar ini sepatutnya bertambah dengan terbinanya sebuah kompleks bersepadu yang akan dibina di Rancangan Perpindahan Negara Mengkubau.
Pusat Keusahawanan dan Inovatif, Kod 007/007 telah pun disediakan peruntukan sebanyak BND2,081,821 pada Tahun Kewangan 2026/2027. Dari jumlah tersebut hampir kesemuanya adalah untuk emolumen atau gaji kakitangan. Kaola memohon pencerahan apakah sebenarnya fungsi pusat ini serta sasaran atau intended outcomes yang akan dihasilkan olehnya? Dan apakah hubungannya dengan Akaun 1201-025 - UBD Innovation Hub yang dirancang untuk dibina dengan harga rancangan sebanyak BND20 juta?
Yang keempat pada pembentangan belanjawan Tahun Kewangan 2025/2026 telah dikongsikan bahawa dalam memperkukuhkan pembangunan kelestarian dan inovasi hijau, UTB telah menubuhkan Pusat Teknologi Hijau dan Penyelidikan Lestari atau Center for Green Technology and Sustainable Research untuk menerajui inisiatif hijau ini. Apakah langkah ke hadapan kementerian untuk mengkomersialkan hasil kreativiti dan inovasi yang berkaitan dengan teknologi hijau ini? Seterusnya Kaola mengucapkan tahniah di atas pencapaian institusi tempatan di atas pengiktirafan dan kenaikan ranking masing-masing dalam university ranking antarabangsa. Alhamdulillah, Kaola hanya ingin memohon pencerahan, adakah terdapat perancangan kementerian untuk menggalakkan universiti tempatan ini untuk mengadakan strategic alliance atau kolaborasi dengan universiti antarabangsa yang terkemuka seperti yang dilaksanakan oleh negara-negara di rantau ini.
Pada pendapat kaola, inisiatif ini jika dilaksanakan bukan saja akan menaikkan imej institusi tempatan malahan juga akan memperkukuhkan kualiti penyelidikan, membuka lagi peluang untuk perkongsian pengetahuan dan akan memberi kesan positif kepada aktiviti ekonomi negara secara keseluruhannya.
Yang terakhir, kaola ingin menyentuh Tajuk SF06A Institut Pendidikan Teknikal. Kaola tertarik mengenai Program Pendidikan Perniagaan di IBTE yang fokusnya ialah untuk mempraktikkan pembelajaran di bilik darjah ke dunia perniagaan sebenar. Inisiatif ini memang dialu-alukan dan sepatutnya dikembangkan secara meluas.
Ke arah itu kaola memohon pencerahan, apakah bentuk bantuan yang dihulurkan kepada setiap yang mengikuti program ini. Adakah terdapat kolaborasi dengan agensi lain yang berkepentingan dan apakah sistem pemantauan yang dilaksanakan bagi lepasan program ini supaya mereka akan dapat mengembangkan dan meluaskan aktiviti perniagaan ke peringkat seterusnya setelah menamatkan kursus. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Awang Lau How Teck.
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Di bawah Kementerian Pendidikan melebihi BND500 juta. Kaola ingin bertanya mengenai kedudukan dan sokongan kepada sekolah-sekolah aliran Cina dalam kerangka pembangunan pendidikan negara secara keseluruhan. Sehubungan dengan itu, sejauh mana kedudukan sekolah aliran Cina diselaraskan dalam strategi pembangunan pendidikan negara memandangkan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dalam kenyataan telah menekankan keperluan sistem pendidikan yang responsif terhadap perubahan landskap global dan keperluan masa hadapan termasuk pembangunan modal insan yang relevan.
Dalam masa yang sama, apakah pendekatan kementerian dalam memastikan bekalan guru Mandarin yang mencukupi dan berkelayakan yang mengambil kira kepentingan keupayaan bahasa dalam menyokong penglibatan ekonomi serantau serta kesinambungan sistem pendidikan pelbagai aliran.
Seterusnya juga, bagaimana kementerian memastikan kurikulum dan standard akademik bagi sekolah aliran ini kekal selaras dengan standard kebangsaan sambil mengenalkan kekuatan bahasa sebagai nilai tambah selaras dengan penekanan terhadap kualiti pendidikan dan kebolehpasaran pelajar.
Di samping itu, apakah tahap sokongan dari segi kemudahan dan sumber pembelajaran bagi sekolah aliran Cina dan sejauh mana pe memastikan ia tidak ketinggalan berbanding sekolah lain dalam Sistem Pendidikan Negara.
Akhir sekali, bagaimana kementerian melihat peranan sekolah aliran Cina sebagai sebahagian daripada kelebihan komparatif negara khususnya dalam konteks hubungan perdagangan dan ekonomi serantau serta bagaimana peruntukan yang besar ini dimanfaatkan untuk memastikan kelebihan ini dapat diperkukuh secara berterusan.
Sekian terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warrahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola merujuk Tajuk SF01A Jabatan Kementerian Pendidikan bagi Sub Kod 007/001 Pendidikan Khas di bawah Kod 007/000 Lain-Lain Program dan Institusi Pendidikan. Antara objektif bagi program ini adalah untuk memenuhi keperluan khas pelajar-pelajar mengambil kira penyediaan program pendidikan, pembekalan sumber serta peralatan khas di samping meningkatkan akses dan pencapaian pelajar berkeperluan khas dalam sistem pendidikan inklusif.
Dengan anggaran perbelanjaan bagi Program Pendidikan Khas ini sebanyak BND6.1 juta. Kaola mohon pencerahan sejauh manakah peruntukan ini dimanfaatkan bagi memastikan pendekatan pendidikan inklusif dilaksanakan secara menyeluruh di sekolah-sekolah, bukan setakat menempatkan pelajar berkeperluan khas di dalam kelas arus perdana tetapi juga dari aspek penyediaan bahan-bahan sokongan pembelajaran seperti buku teks, buku latihan serta sumber-sumber dan peralatan lain yang disesuaikan mengikut keperluan pelajar-pelajar khas berkenaan. Contohnya, buku-buku dicetak dengan tulisan braille ataupun dicetak bersaiz besar atau disediakan dalam bentuk audio berdasarkan keperluan-keperluan pelajar.
Untuk makluman Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terdapat kebimbangan ibu bapa mengenai cabaran mendapatkan sumber pembelajaran yang disesuaikan ini. Kaola mengenali secara peribadi ibu bapa yang mencetak semula iaitu memfotokopi buku-buku teks dan buku kerja sekolah anak-anak berkeperluan khas mereka dalam saiz yang besar di sepanjang tempoh persekolahan dari peringkat rendah sehingga ke peringkat menengah dan pengajian tinggi dengan perbelanjaan sendiri dan kaola salute usaha ibu bapa ini untuk memastikan anak-anak mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan dan berjaya. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala merahmati mereka ini atas usaha yang berkebajikan ini.
Dalam hal ini, kaola pasti tidak semua ibu bapa mampu berbuat demikian. Oleh itu soalan kaola di sini, bagaimana halnya ibu bapa dan penjaga yang bukan, yang kurang berkemampuan ini?
Apakah sokongan kementerian untuk mereka dan anak-anak istimewa ini? Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan, Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Di bawah peruntukan Kementerian Pendidikan, sejumlah lebih BND576 juta. Kaola ingin mendapatkan penjelasan mengenai ketahanan penyertaan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dalam sistem persekolahan khususnya berkaitan kos penyertaan yang berterusan seperti pakaian seragam, bahan pembelajaran, pengangkutan dan keperluan digital yang boleh menjejaskan penyertaan secara konsisten.
Sehubungan itu, kaola ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai:
Pertama, sejauh mana kementerian menilai kos sebenar penyertaan pelajar dalam sistem pendidikan termasuk kos tidak langsung yang ditanggung oleh keluarga memandangkan tanpa gambaran menyeluruh mengenai kos ini sukar untuk memastikan bantuan yang disediakan benar-benar mencerminkan keperluan sebenar pelajar dari keluarga;
Kedua, apakah mekanisme sedia ada untuk mengenal pasti pelajar yang terkesan secara tidak langsung seperti kehadiran yang tidak konsisten atau penglibatan yang terhad dalam aktiviti sekolah kerana kumpulan ini sering tidak tercicir sepenuhnya, tetapi berisiko ketinggalan secara beransur-ansur tanpa dikesan lebih awal;
Ketiga, bagaimana bantuan dan sokongan yang disediakan disasarkan secara lebih tepat kepada kumpulan yang memerlukan khususnya dalam menangani kos berulang dengan mengambil kira bahawa tekanan kewangan ini bukan bersifat sekali sahaja tetapi berterusan sepanjang tahun persekolahan;
Keempat, apakah langkah tambahan yang dapat memastikan penyertaan pelajar kekal stabil sepanjang tempoh persekolahan memandangkan kestabilan ini secara langsung mempengaruhi motivasi, keyakinan diri dan pencapaian pelajar dalam jangka masa panjang; dan Akhir sekali, bagaimana kementerian memastikan peruntukan yang besar ini benar-benar diterjemahkan kepada penyertaan yang menyeluruh dan konsisten selaras dengan keperluan untuk memastikan setiap pelajar dapat memanfaatkan sistem tanpa kekangan asas yang berulang.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Pertama, merujuk kepada petunjuk prestasi utama bagi Institut Pendidikan Teknikal Brunei, iaitu jumlah kenaikan kemasukan pelajar. Kemasukan pelajar menunjukkan perkembangan yang positif dengan pencapaian sebenar sekitar 2006 pelajar bagi tahun 2024/2025 dan sasaran kemasukan yang terus meningkat secara berperingkat sehingga sekitar 2150 pelajar menjelang 2028/2029. Kadar penempatan kursus yang tinggi turut menunjukkan perkembangan yang amat menggalakkan. Alhamdulillah.
Soalan kedua, sejauh manakah kemudahan prasarana latihan, kelengkapan peralatan serta tenaga pengajar yang sedia ada mampu menampung peningkatan kemasukan pelajar tersebut tanpa menjejaskan kualiti latihan? Yang kedua, apakah perancangan jangka sederhana dan jangka panjang pihak kementerian untuk memastikan kapasiti kemudahan, peralatan serta tenaga pengajar dapat terus diperkukuh dan ditingkatkan dari masa ke semasa agar pencapaian positif IBTE ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan selaras dengan keperluan penggunaan tenaga mahir negara?
Yang kedua, kaola merujuk petunjuk prestasi utama peratus student obtaining at least 5 'O' Levels and IGCSE yang menunjukkan 44.17 peratus pencapaian sebenar bagi Tahun Kewangan 2024/2025 berbanding dengan anggaran asal 46.18 peratus. Manakala anggaran dan sasaran seterusnya bagi Tahun Kewangan 2025-2029 adalah secara berperingkat dari 46.78 peratus ke 49.68, 63 peratus. Pencapaian mendatar di bawah 50 percent ini berterusan untuk tempoh lebih 10 tahun kebelakangan.
Kaola merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan atas usaha berterusan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif dan program bagi meningkatkan mutu pendidikan serta pencapaian akademik pelajar di negara ini. Namun, pencapaian 5 'O' Level ini tidak mencerminkan hasil usaha-usaha yang dilaksanakan. Memandangkan 'O' Level adalah tiket untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan laluan utama bagi mendapatkan pekerjaan.
Kementerian Pendidikan mesti bertindak lebih agresif dan menggubah pendekatan yang sedia ada bagi memastikan Matlamat 1 Wawasan Brunei 2035 dapat dicapai dengan jayanya.
kaola berpendapat sudah tiba masanya untuk kita break the cycle dan membuat usaha yang bersepadu bagi meningkatkan pencapaian melebihi 50 peratus. Sebagai langkah permulaan, kaola mencadangkan agar satu kajian menyeluruh secara bebas, comprehensive independent review, dijalankan untuk mengenalpasti jurang serta langkah-langkah yang perlu diambil.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi.
Sepertimana yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara, bahawa pendekatan baharu amat diperlukan dalam mewujudkan ekosistem yang intensif ke arah pemerkasaan sektor swasta serta Perusahaan Makro Kecil dan Sederhana yakni PMKS.
Sehubungan itu, kaola ingin bertanya apakah strategi dan inisiatif Kementerian Pendidikan dalam memperkukuhkan pendidikan keusahawanan agar lebih ramai graduan bukan sahaja mencari bukan saja menjadi pekerja tetapi juga mencipta peluang pekerjaan selaras dengan usaha mempelbagaikan ekonomi negara. Selain pada itu, kaola ingin menyentuh mengenai isu penyertaan pelajar di sekolah, apakah langkah, strategi kementerian dalam menangani dan mencegah isu buli termasuk dari segi pengukuhan dasar, pelaksanaan program kesedaran serta penyediaan sokongan yang berkesan kepada pelajar bagi memastikan persekitaran sekolah yang lebih selamat, inklusif dan sejahtera.
Kedua-dua aspek ini amat penting dalam membentuk generasi yang bukan saja berdaya saing dari segi ekonomi tetapi juga seimbang dari segi sahsiah dan kesejahteraan.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya telah mempertimbangkan dan membenarkan bagi seorang lagi Ahli Yang Di-Lantik sebagai tambahan kepada senarai yang telah kita sediakan untuk diberikan peluang khas untuk menyertai perbahasan peringkat Jawatankuasa Perbekalan bagi Tajuk Kementerian Pendidikan ini.
Walau bagaimanapun, walaupun permohonan ini dikemukakan apa namanya ini dalam masa yang kurang menepati tepat pada waktunya. Dengan itu, saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, memberi peluang bagi kaola ikut perbahasan.
SF01A Kod 007/000 Lain-Lain Program dan Institusi Pendidikan. Kaola akur usaha-usaha dan komitmen-komitmen warga Kementerian Pendidikan, beyond teaching untuk mengelinga anak-anak special kitani yang perlu perhatian dalam Skim Pendidikan Inklusif. Bagi anak special kitani with low severity PL1 dan ketiga, mereka ditempatkan bersama pelajar arus perdana. Kaola ingin memohon pencerahan mengenai sejauh manakah sokongan kepada guru-guru yang disediakan bagi mengendalikan keperluan pelajaran yang amat berbeza dalam satu kelas, termasuk dari segi latihan, nisbah guru dan murid, membantu teaching support serta menyesuaikan kurikulum memandangkan pelajaran yang berkeperluan khas juga memerlukan pembangunan kemahiran diri, self-management skills dan kemahiran hidup.
Selain itu, dalam usaha menyokong pelajar severity PL4 dan PL5 pula, kaola ingin mohon pencerahan rasional mengapa pengurusan kumpulan ini diserahkan terus kepada NGO dan pihak swasta, sedangkan kumpulan ini memerlukan infrastruktur dan ekosistem sokongan yang lebih sepadu untuk membangunkan kemahiran hidup berdikari agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih bebas dan berdikari daripada penjaga mereka apabila penjaga mereka sudah tiada.
Oleh itu, kaola ingin mengetahui sejauh manakah kerjasama antara Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, NGO dan ahli keluarga untuk diperkukuhkan dalam membangunkan modal latihan beracuan calak Brunei yang sesuai dalam konteks sosial dan budaya negara supaya mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada pihak ketiga.
Soalan kedua, Institut Pendidikan Teknikal Brunei SF062. Kaola ingin memohon pencerahan mengenai kapasiti pengendalian IBTE khususnya bagi pelajar yang cenderung kepada laluan vokasional dan tidak mempunyai sekurang-kurangnya 5 'O' level. Mengambil kira bahawa kadar keperolehan graduan IBTE yang tinggi turut menarik pelajar berprestasi akademik yang lebih tinggi untuk mengikuti program ini, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan peluang lebih besar diberikan kepada pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan laluan vokasional?
Selain dari itu, memandangkan terdapatnya kemasukan Pelaburan Langsung Asing, FDI yang baru apakah terdapat perancangan untuk meningkatkan kapasiti atau memperluaskan penawaran program termasuk memberi kerjasama dengan penubuhan institusi-institusi swasta dengan menyediakan program-program baru dengan skim biasiswa dan sokongan kerajaan?
Kod 001/000, dengan matlamat Wawasan Brunei 2035, sejauh manakah kementerian mempertimbangkan indicator pertambahan yang lebih holistik selain daripada matriks sedia ada untuk menilai kemajuan sebenar secara lebih realistik berbanding dengan rakan ASEAN dan penanda aras OECD. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi laluan. Alhamdulillah.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya akan memberikan laluan untuk Yang Berhormat Menteri Pendidikan memberikan responnya terhadap perbahasan ataupun pertanyaan yang telah pun dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat tadi. Silakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat atas soalan-soalan yang telah diajukan. Insya Allah kaola akan cuba untuk menjawab dan bagi soalan-soalan yang tidak sempat kaola jawab secara lisan pada kali ini, insya Allah kaola akan hadapkan jawabannya kepada Yang Berhormat Ahli-Ahli Yang Dilantik secara bertulis. Banyak soalan ani Yang Berhormat Pengerusi.
Barangkali kaola cuba dulu menjawab daripada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin mengenai dengan kesinambungan kepada 70 patent yang telah dilaksanakan oleh Universiti Brunei Darussalam. Memang benar UBD telah memfailkan dan memperoleh lebih daripada 70 patent termasuk perlindungan patent di Negara Brunei Darussalam sendiri, Singapura, Malaysia dan Amerika Syarikat dan kesemua kluster teknologi berikut ini sebenarnya mengandungi patent yang telah mencapai sekurang-kurangnya Technology Readiness Level 4.
Perkara ani pernah kaola suarakan semasa membuat Ulasan Menteri pada hari selasa ataupun isnin kalau kaola inda silap iaitu Biosensor dan Immunosensor Advanced Functional Materials yang mana ianya telah jua berjaya dilesenkan dan tenaga bersih termasuk teknologi tenaga hydrogen dan inovasi, dan peranti penjagaan kesihatan ataupun healthcare innovation dan device bagi memperluas lagi peluang pengkomersialan hasil penyelidikan dan aktiviti inovasi. UBD insya Allah akan menubuhkan innovation hub dengan sokongan RKN12 yang antara lainnya bertujuan untuk menggalakkan pembangunan teknologi daripada peringkat penyelidikan dan pembangunan iaitu TRL1 hingga TRL5 ke 7.
Pencapaian perlesenan patent dan pemindahan teknologi kepada industri dan pengikubasi Syarikat DeepTech Startup dan jua usahawanan termasuk pembangunan prototype dan technology scale up, scale up yeah. Mengenai dengan innovation hub ini, ianya juga ada ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim. Pada masa yang sama, sebenarnya ada lagi satu cabaran, di mana ekonomi Brunei masih di dominasi oleh sektor minyak dan gas yang menyebabkan sebahagian besar aktiviti-aktiviti penyelidikan memang yang lain daripada oil and gas itu tertumpu sahaja di universiti. Sebagai contoh misalnya penyelidikan DNA genome Bunga Simpur yang menunjukkan potensi dalam rawatan satu penyakit tidak berjangkit lazimnya terhenti di peringkat universiti sahaja.
Atulah satu contoh jua dan another contoh jua for example contoh penyelidikan yang melibatkan kerjasama dengan pihak dari luar negara ialah kajian mengenai dengan manfaat daun sirih yang dijalankan oleh pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali dengan dua orang pelajar sebagai assistant researches. Jadinya, insya Allah dengan adanya nanti innovation hub ini yang akan membawa hasil-hasil penyelidikan itu ke tahap technology readiness level yang lebih tinggi daripada 4, more patent ataupun pengkomersialan akan dapat dilaksanakan.
Mengenai dengan strategik alliance, sebelum itu jua, UBD memang telah ada menubuhkan Office of Industry Engagement and Enterprise Development untuk membantu untuk mengcommercializekan patent-patent yang ada melalui tambahan jaringan bersama dengan industri yang ada. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, juga ada menyentuh mengenai dengan jika adanya strategik alliance yang dibuat oleh local universities dengan universiti-universiti di luar negara memang ada, contohnya APRU Asean University Network, The University Network For Research Collaboration: A Belt And Road Science And Technology Initiative, Joint Lab With Jixiang, The Association of a..
Sebenarnya UBD secara aktif memang memanfaatkan perkongsian dan persekutuan strategik universiti untuk meningkatkan kedudukan akademik dan jua penyelidikan kitani melalui persekutuan seperti rangkaian Universiti ASEAN AUN, Persatuan Universiti Rim Pasifik ataupun APRU yang saya mention tadi dan lain-lain serta kerjasama dengan institusi teratas Times Higher Education dan QS seperti di Universiti Negara Singapura, Universiti Jixiang, Universiti Zon Qun Wan dan lain-lain. Memang kitani akan membangun program bersama serta bertukar pelajar dan fakulti. Perkongsian ini, memudahkan kluster penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang AI, kelestarian, kejuruteraan, biodiversiti dan jua science kesihatan yang insya Allah akan meningkatkan matriks petikan ataupun h-index university.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan ada menyentuh mengenai dua perkara iaitu memperkukuh pembangunan tenaga kerja tempatan bagi sektor pelancongan dan juga tahap kesediaan kementerian dalam mengintegrasikan AI generatif dalam pembelajaran kebangsaan. Mengenai pembangunan tenaga kerja dalam sektor pelancongan ada beberapa strategi yang Kementerian Pendidikan telah laksanakan seperti Future Analysis Model, ini adalah satu penganalisaan yang berterusan untuk menilai dan menambah baik program-program di Institusi Pengajian Tinggi, IPT dan TVET bagi memastikan ianya sentiasa relevan dengan hala tuju pembangunan dan negara.
Kementerian juga menyediakan kurikulum berasaskan industri, terkini ada sebanyak 24 program berkaitan dengan pelancongan, hospitality dan culinary yang telah ditawarkan seperti BA in Halal Science daripada UNISSA, Diploma in Hospitality Management daripada Politeknik Brunei dan NTec in Hotel and Business Tourism, HNTec Hospitality Operations, HNTec in Travel and Tourisms daripada IBTE.
Selain itu, Kementerian Pendidikan juga akan terus bekerjasama rapat dengan Pejabat Perancangan Tenaga Manusia ataupun PPTM dan Manpower Industry Steering Committee bagi memastikan program latihan memenuhi kompetensi yang diminta oleh industri. Kementerian Pendidikan juga terus berusaha untuk meningkatkan minat anak tempatan. Kementerian Pendidikan juga terus berusaha untuk meningkatkan minat anak tempatan melalui aktiviti-aktiviti yang dibuat seperti promosi dan pendedahan melalui aktiviti-aktiviti seperti hari terbuka, Higher Education Expo serta sesi meet and greet bagi program hospitaliti dan pelancongan dan juga meningkatkan minat anak tempatan atau termasuk tahap juga minat keusahawanan. Graduan digalakkan untuk bukan sahaja mencari kerja tapi meneroka peluang sebagai usahawan dalam sektor hospitaliti melalui modul keusahawanan yang telah ditetapkan dan juga yang telah ditawarkan.
Soalan kedua daripada Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan mengenai dengan pengintegrasian teknologi dan Kecerdasan Buatan, AI, generasi ke dalam ekosistem pembelajaran, Kementerian Pendidikan memang aktif, memang merancang secara proaktif untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam ekosistem pendidikan dari peringkat sekolah hingga institusi pengajian tinggi.
Di peringkat sekolah misalnya STEP, Pusat Kerjasama Sains Teknologi dan Alam Sekitar telah melaksanakan bengkel Artificial Intelligence Guidance for School Kids. Inisiatif ini dalam fasa penilaian bagi memastikan kesesuaiannya untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah dan dalam usaha memperkukuh penggunaan teknologi AI dalam pendidikan GenAI Guidance for Education telah dihasilkan sebagai garis panduan yang jelas bagi membimbing guru dan pelajar. Dan panduan ini sebenarnya menekankan macam mana cara menggunakan AI itu sebagai alat sokongan kepada proses pembelajaran pengajaran untuk menjana idea serta penilaian kritis terhadap hasilnya. Seterusnya, platform MOE pada masa ini juga turut meneroka penggunaan generative AI dan juga AI voice cloning bagi mempercepatkan penghasilan video-video penyelidikan.
Mengenai dengan Yang Berhormat, satu pengamatan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman mengenai nampaknya ada jurang daripada peratus pelajar-pelajar yang mendapat 5 A to C tetapi sudah dapat 5 'O' Level selepas 5 tahun kemudian ataupun 4 tahun kemudian, nampak ada penurunan. Memang perkara ini sudah identify, memang kita sudah acknowledge perkara sedemikian. Sebab itu sebenarnya satu kajian telah dijalankan beberapa tahun yang lalu oleh Jabatan Penyelidikan di Kementerian Pendidikan di mana sebenarnya 5 A to C itu belum mencukupi sebagai satu percentage yang boleh dibawa ataupun supaya kita ni macam, this is the percentage that we are going to get that 5 years in the future, into the future.
Sebenarnya kalau yang kan melihat ada korelasi antara berapa peratus A to C dengan 5 ‘O’ Level itu, lihat kepada 5 A to B. Ada korelasi di sana. Memang Kementerian Pendidikan ada tu, walaupun yang dipublished result kita ni ada mempublished berapa percentage of A to C, tetapi sebenarnya we also have berapa peratus yang A to B. Itu tah sebenarnya sukat-sukat kita ni these are the students yang akan insya Allah dapat ‘O’ level in 5 years time.
Soalan berikut adalah daripada Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub. Ada dua juga di sini, ada dua perkara penting yang disuarakan iaitu yang diraise iaitu kemajuan pelaksanaan Pelan Transformasi Digital Kementerian Pendidikan dan juga usaha kementerian dalam memperkukuh literasi kewangan. Mengenai dengan Pelan Transformasi Digital kementerian, setakat ini pelan ini telah menunjukkan pencapaian yang memberansangkan dalam penyediaan asas ataupun foundation yang kukuh bagi sistem pendidikan digital negara.
Berikut adalah pencapaian yang telah direkodkan seperti yang pertama, penggunaan teknologi dan prasarana di bilik darjah dalam menyediakan rangkaian internet, menaik taraf infrastruktur, pembekalan peranti, smart classroom dan LMS ataupun Learning Management System; dan
Yang kedua adalah kesiapsiagaan digital pelajar dan tenaga pengajar di mana Kementerian Pendidikan telah merangka satu standard literasi digital dan memberi latihan kepada guru-guru. Di samping itu, kementerian jua telah menyediakan satu buku panduan AI Generative.
Mengenai dengan usaha memperkukuh literasi kewangan dan minda keusahawanan, sebenarnya untuk maklumat Yang Berhormat Pehin Pengerusi, perkara mengenai dengan keusahawanan ini ada jua diutarakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, maka jawapan kaola ini akan insya Allah merangkumi keseluruhan isu yang berkaitan.
Memang Kementerian Pendidikan sangat menekankan literasi kewangan dan keusahawanan sebagai kemahiran asas kemahiran abad ke-21 melalui pendekatan berikut seperti menerbitkan kerangka kompetensi kewangan yang merangkumi peringkat sekolah rendah hingga pengajian tinggi bagi memastikan pelajar memahami konsep pengurusan kewangan secara sistematik.
Kementerian juga meneruskan kerjasama kebangsaan. Ianya adalah satu inisiatif yang dilaksanakan dengan sokongan Majlis Kebangsaan Celik Kewangan, MKCK dan penglibatan interaktif dalam Jerayawara Kesedaran Kewangan bersama Brunei Darussalam Central Bank.
Dalam usaha memperkukuh minda keusahawanan pula, di peringkat pengajian tinggi ada beberapa aktiviti juga yang telah dilaksanakan seperti UBD telah melaksanakan UBD Entrepreneurship Blueprint yang membangunkan ekosistem startup pelajar melalui fasa pembangunan idea prototaip sehingga inkubasi. UBD pula menerapkan elemen keusahawanan melalui projek tahun akhir dan program inkubasi termasuk kejayaan dan mengkomersialkan penyelidikan seperti Syarikat Teknologi Alquatic. UNISSA pula mewajibkan kursus keusahawanan bagi semua pelajar prasiswazah. Politeknik pun ada juga menganjurkan Entrepreneurship Bootcamp. IBTE menerapkan module basic enterprise skills dan mengadakan IBTE Launch Entrepreneurship Challenge.
Yang Berhormat Pehin Pengerusi, ada beberapa soalan lagi yang kaola ingin jawab jika diberi tambahan masa, sedikit saja lagi.
(Yang Berhormat Pengerusi memberikan isyarat bersetuju)
Mengenai dengan soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman tadi. Yang pertama mengenai dengan keusahawanan. Yang kedua, soalan mengenai dengan buli, memang Kementerian Pendidikan akan berusaha untuk menangani dan mencegah isu buli ini di sekolah. Pendekatan menyeluruh sedang dilaksanakan melalui pembangunan rangka kerja dasar pencegahan menangani isu buli dengan melibatkan kerjasama agensi berkepentingan seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Kementerian Kesihatan dan jua Kementerian Hal Ehwal Ugama. Rangka kerja ini memberi tumpuan kepada pengukuhan kepada sistem pelaporan, pemantauan, perlindungan pelajar serta pembentukan budaya sekolah yang selamat dan inklusif.
Banyak aktiviti-aktiviti yang dibuat seperti program B.E.S.T ataupun Bantu Empati Sayangi dan Tanggungjawab dan juga program G.I.N.I.S iaitu Galas Insan Nasionalisma Intelektual Stabil yang merangkumi aktiviti kesedaran seperti ceramah dan juga forum. Penerapan nilai melalui kurikulum MIB juga membentuk sahsiah pelajar yang seterusnya insya Allah dapat membantu untuk mencegah buli. Di pengajian tinggi memang ada juga terjadi walaupun pada skala yang kecil.
Apakah yang telah dilakukan? UBD telah menyediakan Healthy University Roadmap iaitu satu inisiatif dengan Pendekatan Dasar Toleransi Sifar ataupun Zero Tolerance Policy terhadap sebarang bentuk gangguan buli. Dasar-dasar yang digubal di peringkat IPT sebenarnya adalah selaras dengan piawaian ASEAN yang memberi tumpuan khusus kepada isu gangguan buli, jantina, ketidaksamaan serta aspek kesejahteraan pelajar secara holistik.
Mengenai dengan apa yang Kementerian Pendidikan buat untuk memberikan latihan kepada guru-guru supaya guru-guru lebih berkelayakan dalam menangani pelajar-pelajar berkeperluan khas? Sebenarnya perkara ini juga telah kaola sentuh semasa membuat Kenyataan Menteri mengenai dengan penyediaan guru-guru yang terlatih dan kompeten dalam bidang Pendidikan Khas.
Di mana pada tahun 2024 seramai 190 orang guru ugama yang terlibat dalam mata pelajaran ini telah diberikan professional development dan ada jua yang telah kaola sentuh semasa membuat ulasan Menteri, eh, semasa menjawab beberapa soalan semasa PL pada beberapa hari yang lalu.
Barangkali satu soalan lagi boleh Yang Berhormat Yang Di-Pertua? (ketawa kecil)
(Yang Berhormat Pengerusi memberikan isyarat bersetuju)
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Ada banyak soalan sebenarnya belum tejangkau di sini tapi insya Allah yang lain itu akan dijawab secara bertulis. Mengenai dengan satu soalan dari Yang Berhormat Awang Lau How Teck, yang ada bertanya mengenai dengan peruntukan perbelanjaan BND500 juta bagi Kementerian Pendidikan dan kedudukan sekolah aliran Cina dan peruntukan ini juga untuk pengajaran Bahasa Cina di sekolah-sekolah. Sebenarnya ada jua yang telah seorang lagi Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed juga ada menyentuh mengenai dengan bajet ah, mengenai dengan peruntukan perbelanjaan BND500 juta itu tadi.
Baiklah, kaola sudah memberi mengongsikan perkara ani jua tetapi kaola akan beritahu lagi sekali bahawa Kementerian Pendidikan mempunyai bilangan tenaga pengajar dan bukan tenaga pengajar yang ramai ahli dalam lingkungan BND12 ribu ke atas dan tanpa mengambil kira perbelanjaan kemajuan sebenarnya sebanyak 71 peratus daripada peruntukan ini dibayar untuk membayar gaji-gaji diorang ini dan selebihnya dalam 29, this is the pattern that we are getting, year in year out adalah untuk Perbelanjaan Berulang-Ulang dan daripada 29 peratus tadi, yang diperuntukkan untuk Berulang-Ulang itu, 80 peratus adalah digunakan untuk, bagi tiga akaun utama.
Yang pertama sekali adalah Bantuan Geran, Pemindahan dan Subsidi, yang kedua adalah Perkhidmatan dan ketiga ialah Penyelenggaraan dan Pembaikan Aset. Tidak dinafikan sekolah aliran Cina di negara adalah antara sekolah yang awal ditubuhkan dan salah satu daripada sekolah tersebut merupakan sekolah tertua di negara ini. Secara keseluruhannya, terdapat lapan buah sekolah Cina di seluruh negara dengan sekurang-kurangnya sebuah sekolah aliran Cina di setiap daerah.
Alhamdulillah, sekolah-sekolah aliran Cina di negara ini secara konsisten menunjukkan pencapaian yang sangat cemerlang dalam peperiksaan peringkat kebangsaan iaitu Penilaian Sekolah Rendah, PSR dan juga Brunei Cambridge GCE 'O' Level. Walaupun sekolah-sekolah aliran Cina di Brunei ini bertaraf swasta, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tetap sahaja memberikan sokongan yang signifikan bagi memastikan kualiti pendidikan selaras dengan matlamat negara.
Ada beberapa bentuk sokongan utama yang diberikan, kita berikan contoh yang pertama adalah penyediaan guru mata pelajaran teras yang mengajar subjek-subjek seperti Melayu Islam Beraja, Bahasa Melayu dan Pengetahuan Ugama Islam. Yang kedua adalah pemberian tanah. Ada juga sekolah Cina dibina atas tanah yang dianugerahkan atau disewakan oleh Kerajaan dengan kadar yang sangat rendah untuk tempoh jangka panjang sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan Masyarakat.
Yang ketiga adalah bantuan kewangan dan juga elaun pelajar tempatan bagi pelajar yang memegang kad pengenalan kuning. Kerajaan memberikan sokongan secara tidak langsung seperti elaun pelajar. Yang keempat, penyelaras kurikulum kebangsaan. Sekolah Cina menggunakan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 yang sama dengan sekolah Kerajaan. Ini termasuk akses kepada buku teks dan bahan rujukan rasmi, penyelarasan format peperiksaan awam iaitu PSR dan juga GCE 'O' Level, latihan dan bengkel-bengkel profesional untuk guru-guru dan pemimpin sekolah; dan Yang kelima adalah pengiktirafan dan akreditasi di mana pelajar-pelajar cemerlang yang memohon biasiswa Kerajaan, jika memenuhi syarat kerakyatan untuk menyambung belajar ke peringkat 'A' Level atau universiti.
Jadinya memang pelajar-pelajar daripada sekolah Cina ini adalah diiktiraf yang membolehkan mereka untuk memohon biasiswa Kerajaan. Dan lepasan sekolah Cina juga ada yang memasuki institusi pengajian tinggi awam seperti UBD, UTB dan UNISSA.
Bagi segi pengajaran mata pelajaran Bahasa Mandarin di sekolah-sekolah, ianya bukan saja dipelajari oleh pelajar-pelajar berbangsa Tionghua tetapi juga pelajar-pelajar bukan berbangsa Tionghua ah, termasuk pelajar berbangsa Melayu. Pengajaran Bahasa Mandarin ini tidak terhad di sekolah-sekolah aliran Cina tetapi juga ditawarkan sebagai mata pelajaran elektif di beberapa buah sekolah menengah Kerajaan di negara ini bersama dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain yang juga turut ditawarkan. Bahasa Mandarin adalah salah satu bahasa asing yang ditawarkan sebagai modul pilihan oleh pusat bahasa bagi pelajar-pelajar UBD juga.
Secara ringkasnya, Kementerian Pendidikan akan sentiasa komited memberikan sokongan kepada sekolah-sekolah swasta dan tidak terkecuali sekolah-sekolah Cina. Barangkali itu saja Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Minta maaf sebenarnya banyak lagi soalan-soalan yang kaola tidak terjangkau untuk dijawab pada hari ini tapi insya Allah akan dijawab secara bertulis. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. You have my sympathy. (Ketawa kecil). Saya kira cukup saja kita berbahas dan sekarang tibalah masanya, bagi sesuailah masanya bagi kita untuk mengundi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusi
Nampaknya semua Ahli bersetuju maka Tajuk ini diluluskan.
Yang Mulia Jurutulis
Tajuk SF01A hingga SF06A dijadikan sebahagian daripada jadual.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira cukup sekian kita berunding dan berbincang pada hari ini.
Ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dan kita bersidang semula dalam persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita bersidang semula dalam persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya kira cukup sekian kita bersidang pada hari ini dan saya cadangkan supaya mesyuarat kita ini ditangguhkan.
Insya Allah kita akan bersidang semula pada hari Rabu, 25 Mac 2026, sebagaimana lazim mulai daripada pukul 9.30 pagi.
Dalam kesempatan ini, saya sukacita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Insya Allah kita akan melihat anak bulan Syawal pada petang ini. Maaf Zahir dan Batin. Semoga segala amal ibadah kita di bulan yang penuh mubarak ini diterima oleh Allah Subhanahu Wata’ala terutamanya dalam kita menjalankan tugas-tugas rasmi kita.
Jadi saya tidak akan berpanjang lebar lagi, maka saya tutuplah mesyuarat ini dulu dan sebagaimana yang saya nyatakan kita akan bersidang semula dalam mood yang berlainan barangkali dan tempoh yang agak lain, sesudah kita meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mendatang ini. Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.