Skip to main content

HARI KE-5 PETANG

For Informational Purposes Only

1HB MAC 2023

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Ahli-Ahli Yang Berhormat. يَا أَيُّهَا الْ, kita dapat bersidang semula pada petang ini bagi menyambung perbincangan Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 yang telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Maka, bagi membolehkan kita membincangkan dan duduk bersama-sama dalam Mesyuarat Jawatankuasa, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 satu per satu yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Pada Mesyuarat Jawatankuasa yang kita adakan pada sebelah pagi tadi, kita telah berjaya meluluskan Tajuk Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pembangunan. Saya harap pada petang ini kita akan meluluskan beberapa tajuk kementerian-kementerian yang lain lagi.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya ada menerima permohonan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan supaya kementeriannya akan dapat dahulu dibincangkan di Peringkat Jawatankuasa ini. Maka saya kira bertapatan keizinan diberikan bagi mendahulukan Kementerian Kesihatan.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Tajuk SM01A - Kementerian Kesihatan.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa beralih kepada Tajuk Kementerian Kesihatan. Sebelum Belanjawan Kementerian Kesihatan ini dibukakan untuk dibahaskan sepertimana lazimnya, saya ingin memberikan laluan pada Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk memberikan mukadimahnya tentang hala tuju penyediaan belanjawan bagi kementerianya itu. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

أَحْمَدُهُ تَعَالٰى بِاشْتِهَارِ وَأَفْضِلِهِ وَأَصَلِّي وَأَسْلِمُ عَلٰى خَيْرِ خَلْقِهِ أَجْمَعِينَ مُحَمَّدٍ.

وَأَشْهَدُ أَلَّا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ.

Yang Berhormat Pengerusi, Ahli-Ahli Yang Berhormat.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاَتُهُ dan salam sejahtera. الحَمْدُ لِلّهِ syukur ke hadrat اللّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى kerana dengan rahmat, izin dan limpah kurnia-Nya jua kita dapat berkumpul pada hari ini iaitu Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara tahun 2022 bersamaan 1443. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita مُحَمّد صلى الله عليه وسلم kaum keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Kini sudah menjangkau hampir 2 tahun berpuasaran dengan situasi wabak COVID-19 yang masih saja memberi kesan terhadap kehidupan seharian masyarakat Negara Brunei Darussalam. Kita telah pun menyaksikan sendiri bahawa wabak COVID-19 bukan sahaja telah menjejasakan tahap kesihatan global bahkan juga telah membantutkan ekonomi dan pembangunan sosial, mencabar kestabilan politik malah melumpuhkan pertahanan keselamatan di sesetengah negara di dunia. Jika keadaan ini berterusan, tentu sahaja ia memberi ancaman yang besar terhadap kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan di negara kita yang tercinta ini khususnya dan di seluruh dunia amnya.

Namun, kita reda sebagaimana pemimpin negara kita reda dengan ketentuan اللّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى supaya tiada upaya kita sebagai manusia untuk mengatasi ketetapan dan kehendak-Nya seperti mana titah perutusan khas baginda pada 11 Disember 2021:

"Kita menyempurnakan tanggungjawab dengan ikhtiar dan tawakal. Inilah dua bentuk usaha yang menjadi kunci kejayaan kita mencapai apa yang dihasratkan."

Begitu juga firman اللّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى dalam Surah An-Nahl ayat 42 yang kira-kira bermaksud:

"Iaitu orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakal."

Rangka Kerja Pemulihan (Recovery Framework) kepada kehidupan norma baharu perlu dilaksanakan sebaik mungkin kerana ia telah pun disusun dengan penuh berhati-hati demi memelihara kesejahteraan negara dan rakyat serta penduduk di negara ini. Begitu juga dengan perancangan-perancangan yang telah pun kita atur sebelumnya supaya tidak jauh tersasar atau tersimpang akibat wabak COVID-19. Sokongan dan kerjasama dari semua pihak terus kita harapkan sebagaiiman kita telah pun bersatu padu dan berganding bahu secara whole of nation semasa menangani wabak dari gelombang pertama lagi. Kini kita telah memasuki fasa endemik dan sepertimana yang dijangkakan, penurunan sepenuhnya kes-kes jangkitan tidak akan dapat dipastikan selagi wabak COVID-19 masih lagi berlegar di seluruh muka bumi Negara Brunei Darussalam.

Maka kita harus meneruskan perjuangan dengan berpandangan ke hadapan dan menumpukan perhatian kepada usaha untuk memulihkan ekonomi dan mengembalikan semula norma kehidupan masyarakat yang tidak mampu kita laksanakan sebelum ini seperti keperluan pekerjaan, persekolahan, keselesaan beribadat di masjid-masjid, aktiviti perekonomian dan riadah yang bukan sahaja telah mendatangkan kepahayan dalam menjalani rutin kehidupan harian, malah sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kesihajteraan mental dan fizikal orang ramai.

Pengukuhan semula sistem kesihatan yang terjejas akibat kejatuhan yang terjes akibat COVID-19 akan menjadi fokus utama Kementerian Kesihatan kerana ia adalah tonggak kepada kelangsungan perkhidmatan-perkhidmatan penjagaan kesihatan sepanjang hayat. Oleh itu, fokus Belanjawan Kementerian Kesihatan bagi Tahun Kewangan 2022/2023 ialah akan penekanan semula dan penambahbaikan nilai-nilai utama dan aktiviti utama (core business) Kementerian Kesihatan yang merangkumi aspek-aspek rawatan pesakit, pencegahan penyakit-penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, dan penyampaian perkhidmatan perubatan terbaik kepada orang ramai selaras dengan pelaksanaan inisiatif di bawah Pelan Strategik Kementerian Kesihatan 2019/2023.

Tema Belanjawan Tahun Kewangan 2022-2023 ialah "Sistem Kesihatan Yang Dinamik dan Resilien". Untuk mencapai hasrat berkenaan keutamaan kepada perkara-perkara yang berikut akan ditumpukan:

  1. Penyampaian perkhidmatan perubatan yang terbaik, profesional dan berdaya tahan. Ini termasuklah membuat pelaburan yang lebih strategik dalam pembangunan kapasiti, professionalisme dan kemahiran di Kementerian Kesihatan bukan sahaja dalam kalangan kakitangan perubatan malahan dalam bidang perkhidmatan dukungan, pengurusan dan kewangan bagi memastikan ketelusan dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.;

  2. Menitikberatkan kepada inisiatif-inisiatif yang berkaitan dengan pencegahan awal khususnya Program Saringan Bagi Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit.;

  3. Memastikan keberkesanan penggunaan sumber atau aset yang efisien termasuklah perbelanjaan yang lebih berhemah, penggunaan infrastruktur yang sedia ada dengan memberikan keutamaan kepada pemuliharaannya dan pemeliharaan peralatan-peralatan perubatan mengikut jangka masa yang sepatutnya. Ini juga termasuk meningkatkan kolaborasi dengan pihak-pihak swasta melalui penyumberluaran perkhidmatan dan melalui public private partnership,.

  4. Menerapkan inovasi dalam pemberian perkhidmatan dan mengambil faedah daripada perkembangan teknologi perubatan dalam era Revolusi Industri 4.0 dan menyepadukannya dengan Digital Economy Master Plan. Perkembangan penggunaan Artificial Intelligence, aplikasi mudah alih (mobile application) seperti BruHealth, video consultation dan penggunaan media sosial dalam penyampaian perkhidmatan dan maklumat akan terus dikembangkan.;

  5. Memberikan keutamaan kepada usaha-usaha bagi menangani isu-isu kesihatan mental.; dan

  6. Menyumbang kepada meningkatkan hasil kerajaan melalui pengurusan pengutipan hasil yang lebih cekap dan secara berterusan dan meneliti kos-kos perubatan agar mengurangkan subsidi kerajaan kepada pekerja-pekerja asing yang sepautnya diliputi dengan insurans kesihatan mandatori.

تعتبر peruntukan keseluruhan Tahun Kewangan 2022/2023 yang disokong bagi Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan sebanyak 1.2 % iaitu $391,937,883.00 berbanding pada tahun 2021/2022 iaitu berjumlah $387,211,117.00. Sebahagian besar peruntukan adalah bagi membayai Gaji Kakitangan iaitu sebanyak 58.3 % dan selebihnya bagi Perbelanjaan Berulang-Ulang iaitu 41.7%; dan Pelelajaan Kemajuan 1.5%.

تعتبر pelaburan negara di sektor kesihatan meskipun dianggap kecil berdasarkan kadar dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang masih rendah berbanding negara-negara lain, malahan pencapaian negara ini pada tahap yang baik jika dinilai dari status kesihatan rakyat dan penduduk di negara ini melalui pencapaian petunjuk-petunjuk kesihatan global khususnya di bawah Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG’s) yang berkaitan kesihatan khususnya petunjuk-petunjuk vital, termasuk kadar kematian 'anak damit', kadar kematian ibu semasa melahirkan, dan prevalant penyakit berjangkit seperti HIV yang kekal pada tahap yang rendah. Kadar jangka hayat, Indeks Liputan Kesihatan Sejagat (Universal Health Coverage Index), liputan penjagaan antenatal/dan imunisasi serta rawatan bagi penyakit TB, adalah kekal pada tahap yang tinggi.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Sistem kesihatan yang dinamik dan resilien perlu dititikberatkan bagi memastikan penduduk negara ini mampu membangun negara ke arah pencapaian sosioekonomi yang mampan dan berkembang pesat dan maju. Sistem kesihatan yang dinamik mampu berganding dengan perubahan positif yang bergerak selaras dengan pertumbuhan penduduk, revolusi teknologi, dan peralihan sosiobudaya dan pembangunan minat orang ramai di samping memelihara falsafah negara dan nilai-nilai beragama. Manakala sistem kesihatan yang resilient mampu bertahan meski apapun cabaran yang akan ditempuh oleh negara.

Selaras dengan tema ini, Kementerian Kesihatan mempunyai aspirasi untuk menjadikan sektor kesihatan sebagai salah satu sektor yang menyumbang kepada perkembangan negara dan mampu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta mampu mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi perkembangan industri perubatan dan kesihatan di negara ini. Ini termasuk perkembangan industri-industri yang berunsurkan perubatan, tenaga profesional, perkhidmatan perubatan khusus, pelaburan infrastruktur, penyelidikan, teknologi perubatan dan transformasi digital dalam penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Pelan Strategik Kementerian Kesihatan 2019/2023 terus dijadikan peta jalan bagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif jangka masa sederhana. Lebih kurang 70% daripada inisiatif-inisiatif strategik telah dapat dilaksanakan pada jangka masa yang telah ditetapkan sehingga bulan Disember 2021.

أ لْح م ْ دُ لِل ِ ه ِ apa yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan setakat ini tidaklah jauh dari inisiatif-inisiatif yang telah dikenal pasti dalam Pelan Strategik Kementerian Kesihatan yang sememangnya telah disejajarkan dengan Strategi Wawasan Brunei 2035. Memang menjadi satu komitmen yang tinggi dari Kementerian Kesihatan untuk memberikan perkhidmatan yang responsif kepada keperluan orang ramai agar rakyat dan penduduk dapat menikmati kualiti kehidupan yang tinggi selaras dengan matlamat strategik Wawasan Brunei 2035.

Ke arah itu, penambahbaikan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan perubatan dan kesihatan akan terus diusahakan di samping memastikan kelangsungan perkhidmatan-perkhidmatan penting sentiasa accessible kepada seluruh rakyat dan penduduk. Perkembangan perkhidmatan kesihatan sejak 5 tahun kebelakangan ini menunjukkan kemajuan yang memerangkaskan.

Bagi Tahun Kewangan 2021/2022, beberapa perkembangan telah dicapai khususnya penambahbaikan perkhidmatan klinikal seperti penambahan Unit Dialisis bagi pesakit buah pinggang yang diusahakan bersama dengan pihak Jerudong Park Medical Centre. Pemindahan Pusat Panggilan '991’ ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha serta penambahan jumlah kenderaan ambulans. Penambahbaikan perkhidmatan audiologi khususnya Program Saringan Pendengaran 'Anak Damit’ Yang Baru Lahir bagi intervensi awal masalah pendengaran supaya anak-anak tersebut berpeluang untuk menikmati kualiti kehidupan yang baik dari segi akademik, sosial dan sebagainya.

Selain itu, pembinaan Makmal Klinikal Diagnostik Molekular bagi Penyakit Berjangkit di Daerah Tutong juga telah siap dilaksanakan yang mendukung kepada Matlamat Strategik Kementerian Kesihatan dalam memastikan kesiapsiagaan negara dalam menangani penyakit-penyakit berjangkit dan menjamin keselamatan kesihatan awam di negara ini.

Keupayaan negara menjalankan Ujian Genomic Sequencing dalam mengenal pasti varian COVID-19 adalah salah satu lagi pencapaian terkini yang telah pun direalisasikan melalui kerjasama dengan pihak sektor swasta. Kolaborasi ini telah banyak membawa kebaikan kepada kapasiti negara dalam menangani kecemasan kesihatan awam khususnya dalam menjalankan ujian-ujian diagnostik semasa wabak COVID-19.

Dengan adanya penglibatan dari sektor swasta dalam sama-sama menyampaikan perkhidmatan kepada orang ramai, telah menghasilkan impak positif dan peluang yang boleh direbut melalui hubungan kerjasama antara sektor awam dan swasta termasuk peluang-peluang pekerjaan dan peningkatan tenaga profesional dan teknikal.

Inisiatif perkongsian sumber khususnya profesional kesihatan telah menampakkan kemajuan yang memerangsangkan seperti penempatan tenaga profesional yang diperbantukan oleh pihak perubatan swasta khususnya Pantai Jerudong Specialist Centre, Jerudong Park Medical Centre, Gleneagles JPMC dan Pusat Perubatan Panaga. Dalam kemudahan perubatan, kerajaan, telah banyak membantu negara dalam pengurusan sumber tenaga manusia penting semasa penanganan wabak COVID-19.

Sokongan dari pihak-pihak yang berkepentingan dalam membantu pengambilan pekerja-pekerja sementara untuk memastikan kelangsungan operasi pengurusan wabak di negara ini juga sangat dihargai. Apa yang diharapkan, inisiatif ini akan dapat membantu mereka untuk jadi marketable melalui pengalaman dan kemahiran yang mereka perolehi dan berpeluang untuk mendapat pekerjaan tetap sekali gus mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

Sebagai contoh baru-baru ini, kolaborasi bersama pihak Comquest Sendirian Berhad bagi mengambil alih operasi pusat-pusat panggilan bagi wabak COVID-19 yang mana diharapkan akan membuka lebih banyak peluang bagi pengambilan anak-anak tempatan untuk berkhidmat di bawah syarikat berkenaan.

Usaha untuk menambah jumlah profesional kesihatan tidak akan berhenti selagi kita belum mencapai kadar nisbah profesional bagi sejumlah penduduk yang ideal dan ini ketara bagi keperluan jumlah jururawat. Nisbah yang disarankan dalam Matlamat Pembangunan Mampan Bagi Jururawat ialah 83 orang jururawat bagi setiap 10,000 penduduk. Negara Brunei Darussalam mempunyai nisbah 71 orang jururawat bagi setiap 10,000 penduduk. Ini menunjukkan kekurangan yang kritikal yang boleh membawa kesan terhadap kualiti perkhidmatan perubatan dan kesihatan di negara ini.

Jumlah keramain doktor dan jururawat yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan, telah meningkat sejak 5 tahun kebelakangan ini. Jumlah doktor pada Tahun Kewangan 2017/2018 ialah seramai 630 orang dan meningkat kepada 772 orang pada Tahun Kewangan 2021/2022. Dari jumlah ini, seramai 397 orang atau 51% terdiri daripada doktor-doktor tempatan. Peningkatan jumlah doktor di sektor swasta dan juga menyumbang kepada peningkatan nisbah doktor kepada penduduk iaitu 19 orang doktor bagi setiap 10,000 penduduk pada tahun 2017 berbanding 25 orang doktor bagi setiap 10,000 penduduk pada tahun 2021.

Manakala jumlah jururawat mula meningkat daripada 2,413 orang kepada 2,683 orang bagi tempoh yang sama. Walaupun bagaimanapun, penjanaan jumlah profesional yang diperlukan terlalu lambat yang antara lain disebabkan oleh tempoh yang diperlukan untuk mengeluarkan profesional yang mempunyai kepakaran khusus mengambil masa yang lama dan tidak selari dengan pertumbuhan jumlah penduduk Negara Brunei Darussalam. Lebih-lebih lagi trend demografik negara yang menunjukkan peningkatan jumlah warga emas menjelang tahun 2050 antara yang tertinggi di rantau ASEAN, sememangnya menimbulkan kerisauan terhadap penyediaan sumber tenaga manusia yang mencukupi pada kadar turnover yang stabil dalam jangka masa panjang.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan terus mengukuhkan lagi peranannya sebagai salah satu agensi utama dalam penjanaan profesional kesihatan yang berkualiti tinggi. Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan telah memeterai satu memorandum persefahaman tiga pihak dengan pihak Jerudong Park Medical Centre dan Far Eastern University, Republik Filipina bagi penubuhan Sekolah Kejururawatan swasta di Negara Brunei Darussalam yang disasarkan akan dapat meningkatkan jumlah jururawat yang sangat diperlukan pada masa ini.

Ketersediaan sumber tenaga profesional juga akan mempengaruhi perkembangan infrastruktur kesihatan. Rancangan-Kemajuan Infrastruktur Kesihatan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan banyak mengambil kira perkara ini bagi memastikan semua infrastruktur yang dibangunkan akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan adanya profesional dan kakitangan yang menjalankan operasi perkhidmatan.

Beberapa projek kemajuan sedang dalam penelitian antara lain ialah penambahbaikan Bangunan Makmal Rujukan Virologi Kebangsaan, Jalan Sumbiling, yang merupakan sebuah makmal rujukan kebangsaan yang dikiltraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi kajian dan ujian makmal khusus bagi mencegah penyakit berjangkit dan pembinaan sebuah Pusat Kesihatan bagi kawasan-kawasan tadhahan yang memerlukan perkhidmatan penjagaan kesihatan asasi di peringkat komuniti.

Tanpa adanya sumber tenaga profesional yang mencukupi dan infrastruktur yang lengkap akan menyukarkan pihak Kementerian Kesihatan untuk menyediakan perkhidmatan yang komprehensif yang akan menjelaskan accessibility orang awam terhadap perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan penting yang disediakan oleh pihak kerajaan. Maka, Kementerian Kesihatan mengambil inisiatif untuk menerapkan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan kepada pesakit dan orang ramai secara amnya.

Projek-projek penyumber luar beberapa perkhidmatan seperti yang kaola sebutkan pada awal mukadimah tadi akan terus dipelopori dengan membuka ruang-ruang kerjasama yang padu dengan pihak-pihak swasta. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dengan memberi keutamaan kepada pelaburan dalam sektor industri perkhidmatan yang bukan sahaja dibukaan kepada pelabur tempatan malah juga kepada pelabur asing.

Setakat ini Kementerian Kesihatan telah memanfaatkan beberapa kolaborasi yang ditubuhkan dengan pihak-pihak swasta dalam penyampaian perkhidmatan yang inovatif dan mudah seperti telekonsultasi, penyatupaduan (consolidation) perkhidmatan-perkhidmatan, pengenalan perkhidmatan baharu atas talian, pengurusan diri pesakit seperti akses kepada keputusan ujian makmal melalui rekod perubatan digital dan membuat tempahan bagi perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti vaksinasi, perjanjian di klinik-klinik dan sebagainya. Inisiatif terbaharu ialah penyumber khidmat swabbing yang membolehkan pihak perubatan swasta dan syarikat tertentu untuk memberikan khidmat tersebut di bawah kawalan dan pemantauan Kementerian Kesihatan.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Tema Belanjawan 2022/2023 amat bertepatan dengan usaha untuk memodenkan perkhidmatan dan operasi perkhidmatan awam secara keseluruhannya. Hasrat untuk menggerakkan transformasi digital dalam perkhidmatan awam bukanlah suatu perkara yang baharu dan asing, malah telah digariskan dengan jelas dalam Strategi Wawasan Brunei 2035, Pelan Induk Ekonomi Digital dan Pelan Strategi Kementerian Kesihatan ke arah Urus Tadbir Yang Telus dan Proaktif.

Perkembangan teknologi digital, khususnya dalam sektor perkongsian data serta maklumat merupakan landasan yang penting dan harus diaplikasikan secara meluas dalam meneruskan kelangsungan perkhidmatan awam, bukan sahaja semasa pengurusan pandemik COVID - 19 malah harus dirangkul dalam semua perkhidmatan dan pengoperasian agensi-agensi yang berkepentingan di negara ini. Dengan adanya perkembangan digital ini, Negara Brunei Darussalam mampu menjadi pesaing yang hebat dalam menerajui sektor ekonomi digital yang cekap dan proaktif di rantau ini.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan semakin giat dalam menaik taraf sistem dan infrastruktur teknologi maklumat kesihatan dan berusaha untuk membudayakan ekosistem data kesihatan di negara ini. Kerja-kerja penaiktarafan Sistem BruHlms masih dalam fasa perancangan dan أسَّسَ إِلَى dijangka akan siap dilaksanakan pada tahun 2024 tetapi ke arah itu, pelbagai projek penaiktarafan telah pun dibuat yang mana termasuk menaik taraf infrastruktur rangkaian (network) di Bangunan Kementerian Kesihatan dan penaiktarafan infrastruktur teras Sistem BruHlms di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dijangka akan siap pada penghujung bulan April tahun ini. Manakala, pembuahan Sistem Infrastruktur Pemulihan Bencana (Disaster Recovery Centre) bagi Sistem BruHealth telah siap dilaksanakan pada pertengahan bulan Februari tahun ini. Prospek perkembangan teknologi di negara ini sangat menggalakkan.

Penubuhan Kampus Data Global dengan kerjasama EVYD Technology Sdn. Bhd. di Negara Brunei Darussalam nanti akan memaksimumkan penggunaan teknologi terkini seperti Big Data dan Artificial Intelligence untuk memacu kemampanan dalam sistem penjagaan kesihatan dan komitmen terhadap transformasi dan penyelidikan penjagaan kesihatan digital. Pencapaian berperingkat ini menunjukkan kemajuan positif sejak Sistem BruHealth diperkenalkan yang pada mulanya digunakan bagi pengurusan wabak COVID-19. Dalam masa yang terdekat, Sistem BruHealth akan dinaik taraf kepada versi 3.0 dan akan dilancarkan dengan penambahan ciri-ciri seperti Pengurusan Kesihatan, Pengurusan Kesihatan Penduduk dan pembarharuan dan pembaharuan ke atas ciri-ciri yang sedia ada pada versi-versi Bruhealth sebelumnya. Beberapa projek telah diperkenalkan dengan mengunakan aplikasi BruHealth sebagai platform, iaitu seperti The Check-In Challenge dan The One Billion Steps Challenge yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Dalam kita mengenalkan teknologi sebagai platform dalam pengurusan penjagaan kesihatan, Kementerian Kesihatan tidak lupa akan keselamatan siber. Pihak Kementerian Kesihatan telah pun bekerjasama dengan pihak Cyber Security Brunei untuk memastikan sekuriti sistem BruHealth sentiasa dalam keadaan yang optimum dan selamat.

Persidangan Khas Menteri-Menteri ASEAN yang dianjurkan oleh EVYD Technology Sdn. Bhd. dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Agensi Pelaburan Brunei dan Kementerian Kesihatan pada bulan Oktober 2021 yang lalu, telah membuka satu lagi avenue bagi memangkin kerjasama serantau dalam sektor perkongsian data dan maklumat ke arah kemakmuran rantau ASEAN yang sangat penting bagi pertumbuhan ekonomi Negara Brunei Darussalam. Melalui perbincangan ini, Kementerian Kesihatan beraspirat untuk memastikan perbincangan dan inisiatif kerjasama yang merentasi peringkat ASEAN dapat diketalkan dan dibangunkan untuk membolehkan warga ASEAN mendapat akses yang saksama kepada penjagaan kesihatan.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Mempengaruhi sikap orang ramai terhadap penjagaan kesihatan diri merupakan satu cabaran besar buat Kementerian Kesihatan kerana selama ini ia faktor terpenting dalam memastikan segala usaha yang dicurahkan untuk menurunkan kadar penyakit-penyakit tidak berjangkit dan kematian pramatang di negara ini dapat dilihat hasilnya. Namun, apa yang kita nampak tahap kesedaran ap penduduk untuk dama mengamalkan gaya hidup sihat itu masih pada tahap yang kurang memuaskan, sedangkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah pun berulangkali menitikberatkan tentang tanggungjawab kita untuk memelihara kesihatan seperti titah baginda sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 1437 bersamaan 2016: "Kesihatan adalah faktor yang paling penting untuk semua. Jika badan kita sihat, maka semua kerja boleh dibuat dengan baik. Apabila sebaliknya, maka segala aktiviti tidak akan dapat dilakukan dengan sempurna. Inilah harga atau rahsia kesihatan bagi kita."

Program-program promosi dan saringan kesihatan akan terus dipertingkatkan dan diharap akan dapat dilaksanakan melalui kaedah yang inovatif dan bercas bagi menangkatkan health literacy dalam kalangan masyarakat. Brunei Darussalam Multisectoral Action Plan for the Prevention and Control of Noncommunicable Diseases (BruMAP-NCD) 2021/2025 akan dilancarkan tidak lama lagi bagi memberi keutamaan kepada pencegahan, penyesanan awal dan pengurusan penyakit-penyakit tidak berjangkit dan faktor risikonya. Sebagai usaha berterusan pihak Kementerian Kesihatan dalam menentukan hala tuju dasar dan strategi bagi pengawalan penyakit-penyakit tidak berjangkit di negara ini.

Seterusnya, sebagai melengkapi BruMAP-NCD, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan juga sedang bekerjasama dalam meneliti serta mengintegrasikan draf strategi Penuaan Sihat (Healthy Ageing) dengan Pelan Tindakan Warga Emas yang sedang dikemas kini.

Bagi mendukung pelan tersebut, Kementerian Kesihatan terus akan terus meneliti serta mengemas kini peranan Jawatankuasa Pelbagai Sektor Mengenai Kesihatan (Multisectoral Taskforce on Health) dalam sama-sama mencapai matlamant bidang tumpuan utama yang telah dikenal pasti.

Kementerian Kesihatan juga sedang meningkatkan penjenamaan maklumat melalui kajian-kajian penyelidikan strategik dan peramalan tingkah laku golongan sasaran bagi mengatur strategi yang mampu mempengaruhi masyarakat secara positif.

Ini termasuklah keperluan untuk mengguna pakai konsep Behavioural/Insight dan menubuhkan unit yang berkaitan dengan bantuan teknikal dari pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku individu dalam memelihara kesihatan diri.

Selain itu, سَيَقُولُ لَهُمُ satu kajian rintis mengenai pengurusan dan intervensi penyakit diabetes melalui aplikasi BruHealth juga akan dijalankan pada bulan Mac hingga September 2022 dengan kerjasama teknikal yang dihulurkan oleh EVYD Technology Sdn. Bhd. dalam menghasilkan data bagi mengkaji keberkesanan intervensi perubahan gaya hidup dalam kalangan pesakit-pesakit diabetes. Kajian ini juga bertujuan memberi kesedaran serta pendidikan kepada pesakit-pesakit untuk mampu mengawal keadaan penyakit dan kesihatan mereka sendiri sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

Juga berkaitan adalah isu kesihatan mental. Selain untuk mempengaruhi sikap dan minda masyarakat ke arah perubahan yang positif, kita juga berdepan dengan peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.

Statistik setakat ini menunjukkan bahawa kemurungan (depression) dan keresahan (anxiety) dan stress adalah merupakan gejala kesihatan mental yang kerap dihidapi dalam kalangan penduduk kita dan yang setentunya keadaan ini telah diperburuk lagi semasa kita dilanda oleh pandemik COVID-19 dalam dua tahun kebelakangan ini.

Pada masa ini, lebih kurang 7,000 orang individu sedang menjalani rawatan kesihatan mental di Jabatan Psikiatri hospital dan juga pada tab yang komuniti dalam semua peringkat umur termasuk kanak-kanak dan remaja. Perkara ini membunuhkan kebimbangan apabila terdapat orang yang nekad untuk membunuh diri.

Pada tahun 2020 sahaja, terdapat 14 kematian akibat bunuh diri dicatatkan yang 6 daripadanya terdiri daripada warga tempatan dan penduduk tetap. Hanya 3 daripada kes kematian yang dilaporkan ini dicatatkan sebagai pernah mendapatkan Perkhidmatan Psikiatri dan Psikologi. تَبَارَكَاللهُ بِاللَّيْلِ عِنْدَ barang diajuhkan segala perkara yang mengundang kemurkaan. اللَّهُ يَبْنِي اللَّيْلِ اَلطِّيْفِ juga dan semoga rakyat kita akan diberi ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup dengan mempunyai mental yang resilien terhadap apa jua cabaran yang ditempuh.

Perkara ini harus dipandang serius kerana ia boleh menjerumuskan individu ke arah kehancuran dan tidak syak lagi akan mendatangkan kerugian kepada keluarga, masyarakat dan juga negara kita.

Ke arah mencapai strategi holistik dalam meningkatkan pencegahan masalah kesihatan mental, Kementerian Kesihatan kini sedang memantapkan lagi strategi dengan memformulasikan draft Brunei Darussalam's Mental Health Action Plan 2021/2025 yang mengandungi 4 strategi utama yang mendukung matlamat Pelan Strategik Kementerian Kesihatan, dan memberi lebih penekanan kepada pendekatan whole-of-nation dalam sama-sama meningkatkan isu kesihatan mental sekali gus melengkapi Pelan Tindakan Kebangsaan yang telah pun ditubuhkan.

Ini termasuklah memanfaatkan serta menggembeleng sumber-sumber yang boleh diperolehi daripada sektor awam dan swasta serta sektor bukan kerajaan. Menyedari akan kepentingan isu ini, Negara Brunei Darussalam telah mempamerkan komitmen bukan sahaja dalam mengatasi isu ini di peringkat kebangsaan, malah telah memberi pengiktirafan akan kepentingannya di peringkat global, dengan mana Negara Brunei Darussalam menguatui kerjasama dalam bidang kesihatan mental sebagai salah satu deliverable di bawah kerjasama ASEAN semasa mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN 2021.

Kementerian Kesihatan menyedari akan kepentingan untuk menyalurkan maklumat-maklumat yang berguna bagi pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Justeru, Kementerian Kesihatan giat berusaha untuk terus mempelopori kaedah-kaedah yang inovatif dalam penyampaian maklumat kepada orang ramai. Dalam perkara ini, Kementerian Kesihatan sangat mengalu-alukan idea dan kritikan yang membina bagi memperbaiki lagi kualiti maklumat yang disampaikan.

أثناء penggunaan media sosial dan infokomunikasi yang disemarakkan oleh kejadian wabak COVID-19 telah banyak mengajar Kementerian Kesihatan untuk terus berhubung dengan orang ramai secara rapat dan berkesan, walaupun terdapat limitasi dalam menangani komen-komen orang ramai yang begitu banyak sekali yang disebabkan oleh jumlah kakitangan yang terhad.

Para pengendali komen dan aduan orang ramai sedang cuba membuat yang termampu dan yang terbaik. Maka diharapkan orang ramai dan pihak individu akan dapat memahami keterbatasan yang dialami ini dengan sentiasa berfikiran terbuka dan sabar dalam menerima layanan daripada para kakitangan yang bertugas. إن شاء الله atas kesabaran itu بإذن الله سبحانه وتعالى akan membukakan jalan bagi meriingankan kesusahan dan memudahkan segala urusan kita yang berkebajikan.

Sebelum menutup makudimah ini, kaola ingin mengambil kesempatan ini untuk mengulangi ucapan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya bagi pihak seluruh warga Kementerian Kesihatan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya agensi-agensi kerajaan, bukan kerajaan, pihak swasta dan orang ramai atas kerjasama yang telah diberikan dan sokongan berterusan dalam penanganan wabak COVID-19 setakat ini baik dari segi pembentukan hala tuju dasar dan strategi serta pengoperasian aktiviti-aktiviti pengurusan termasuk keselarawanan, penguatkuasaan peraturan dan SOP, penyediaan infrastruktur dan logistik, sumbangan-sumbangan derma dan bantuan dari segi material dan peralatan yang tidak henti-henti. Malah atas doa-doa yang dipanjatkan serta zikir-zikir yang dilafazkan dengan tidak jemu-jemu demi memohon rahmat, pengampunan dan izin dari سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى untuk membebaskan Negara Brunei Darussalam dari wabak ini.

Penghargaan yang tidak ternhingga kepada semua petugas-petugas barisan hadapan yang tetap aku dan bersabar dengan keadaan. Terus berjuang dan berkoban untuk memberikan yang terbaik kepada orang ramai terutama sekali semasa negara sedang berdepan dengan gelombang ketiga pada masa ini.

Sesungguhnya سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى Maha Mengetahui segala amal kebajikan yang mereka kerjakan, maka semoga Allah membalas jasa dan bakti mereka kepada negara dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dan dikurniakan afiat dan kesejahteraan bagi mereka dan ahli-ahli keluarga mereka. آمين يا رب العالمين

Sekian saja yang ingin kaola sampaikan mengenai strategi utama dan fokus bagi perbelanjaan Kementerian Kesihatan bagi Tahun 2022/2023 serta pencapaian Tahun 2021/2022 sebagai mudimah. Kaola sukacita mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi atas kesempatan ini.

Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

شكراً جزيلاً kita mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan di atas haurian makudimah yang diberikan dengan cukup jelas dan komprehensif. Dan juga kita sentiasa berdoa سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى agar senantiasa mengurniakan segala ketabahan dan kecekalan kepada Yang Berhormat dan pegawai-pegawai serta kakitangan di bawahnya dalam menjalankan tugas-tugas mereka yang penting lagi mencabar ini.

Sekarang saya ingin membukakan Tajuk ini untuk di bincangkan dan saya persilakan, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana mengetuai dalam nenangani cabaran wabak COVID-19 selama ini. Terima kasih diucapkan.

Izinkan saya untuk menyentuh mengenai dua perkara sahaja:

  1. Rokok termasuk rokok elektronik masih lagi dapat dijumpai kemasukannya ke negara ini secara haram. Mungkin tiba sudah masanya kitani lebih tegas dengan perkara ini. Contohnya, jika mana-mana orang yang membawa rokok atau rokok elektronik yang tidak berdaftar dan diperolehi secara haram di tempat awam seperti pejabat-pejabat kerajaan atau restoran-restoran supaya dapat diharamkan mengikut akta yang disediakan.; dan

  2. Seperti Antigen Rapid Test (ART) COVID-19, saringan awal HIV membawa kepada diagnosis awal dan Rapid Test ini memudahkan pengesanan awal terutama sekali orang-orang yang berkemungkinan dijangkiti HIV yang tidak selesa untuk mendapatkan ujian saringan di fasiliti-fasiliti kesihatan.

    Soalan saya, adakah Kementerian Kesihatan dapat mempertimbangkan pembawaan dan penyediaan Antigen Rapid Test kit ini ke dalam pasaran bagi meningkatkan lagi access ujian saringan HIV bagi warga dan penduduk Negara Brunei Darussalam?

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat.

  1. Mengenai rokok haram ataupun electronic cigarette, للمفكرة pada masa ini, Kementerian Kesihatan dengan beberapa agensi yang lain terutamanya Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri melalui Surat Keliling bertarikh 11 November 2019, telah pun dikeluarkan.

    Surat Keliling tersebut menguatkuasakan satu peraturan Code of Conduct mengenai tegahan penglibatan dengan industri tembakau dan juga larangan merokok di premis-premis kerajaan. Jadi, Surat Keliling ini menunjukkan pihak kerajaan tidak boleh berurusan langsung dengan mana-mana syarikat yang terlibat dengan rokok, itu yang penting.

    Walau bagaimanapun, apa yang dinyatakan tadi mengenai tindakan di bawah Perintah Tembakau, buat masa ini, kitani mengenakan tindakan denda kompaun sahaja. Sesiapa yang didapati merokok di tempat awam akan dikenakan denda kompaun dan penguatkuasaan ini sedang giat dilakukan bersama agensi-agensi yang lain termasuk Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan pihak Peguam Negara.

    Mengenai rampasan itu, on the spot, kitani belum membuat rampasan. Setahu saya, tindakan denda sahaja kecuali membuat penyeludupan itu memang dirampas. Tetapi bagi penggunaan sendiri, itu mungkin dapat difikirkan, إن شاء الله. Terima kasih.; dan

  2. Penyediaan test untuk HlV, إن شاء الله ini akan dapat diusahakan jua dengan orang ramai boleh membuatnya ke tempat-tempat yang tertentu. Walau bagaimanapun, kitani mesti ada mempunyai flow bagi ujian ini. Jika ia positif, apa yang perludibuatnya dan bagaimana ia berurusan dengan pihak-pihak tertentu, perkara-perkara itu yang mesti disediakan juga.

    Setiap kali ujian hendak dibuat tanpa ada arah hala tujuannya selepas itu, ia sama juga seperti pada masa ini keadahnya. إن شاء الله atas saranan tersebut, pihak kementerian boleh memikirkan kalau ada HIV test kit yang boleh dibuat seperti part of self test, dan apa tindakan selanjutnya yang patut dibuat oleh yang berkenaan, إن شاء الله akan difikirkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan, Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari

Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi.

(missing Jawi words)

Yang Berhormat Pengerusi.

Koala Membawa di bawah Tajuk SM01A - Kementerian Kasihatan. Apakah mesin-mesin scanning dan MRI mencukupi di Negara Brunei Darussalam bagi keperluan masa kini. Didapati mereka yang menghidap penyakit tertentu lambat dikenal pasti bagi mendapatkan perkhidmatan perubatan awal, ini kerana pengecaman diagnosis awal tidak diperolehi hingga berlambat perkhidmatan perubatan diterima.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat.

Mengenai mesin-mesin ini terutama sekali MRI. Pihak Hospital RIPAS ada sebuah mesin MRI dan pihak Jerudong Park Medical Centre (JPMC) mempunyai sebuah mesin serta Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) juga mempunyai sebuah mesin MRI. Jadi di negara ini ada mempunyai 3 buah mesin MRI yang boleh menawarkan keperluan rakyat.

Masalah mengenai kelambatan ini telah pun cuba diperbaiki. Kalau ada kelambatan di pihak Hospital RIPAS, maka pesakit boleh dirujuk ke Jerudong Park Medical Centre (JPMC) ataupun Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC), untuk membuat MRI di sana. Kelambatan sehingga bertahun-tahun itu, kaola belum pernah mendengar Yang Berhormat Pengerusi.

Selalunya, prosedur MRI ini bukanlah dikira emergency screening. Kalau pun emergency, selalunya menggunakan CT Scan. Jadi, MRI ini digunakan untuk membuat penilaian secara terperinci untuk menilai keadaan otak neuro ataupun muscular skeletal. Jadi, penggunaan MRI ini bukanlah satu keadaan untuk kecemasan, kerana, mesin CT Scan ada yang digunakan untuk tujuan ini.

Walaupun begaimanapun, dengan meningkatnya penggunaan mesin MRI ini di Hospital RIPAS dan hospital swasta, أن شاء الله; Kementerian Kesihatan pun sedang berunding untuk menambah satu lagi mesin MRI di Hospital RIPAS, dalam masa terdekat ini, Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ kaola ingin menyentuh sedikit mengenai dengan infrastruktur-infrastruktur kesihatan khususnya pembangunan hospital-hospital kerajaan di negara ini termasuklah kemudahan-kemudahan awam dan perubatan di dalamnya. Seperti yang kita sedia maklum, Negara Brunei Darussalam mempunyai empat buah hospital kerajaan dengan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) sebagai hospital tumpuan dan utama.

Kaola ingin tahu, apakah ada perancangan dari pihak Kementerian Kesihatan untuk menaik taraf lagi infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di hospital-hospital kerajaan khususnya di hospital daerah-daerah seperti Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait yang akan mencapai usia 50 tahun pada tahun ini dan Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam, Temburong yang telah beroperasi sejak tahun 1987.

Adalah didapati bahawa sebahagian design dan layout di hospital-hospital berkenaan sudah lama dan mungkin saja perlu dinaik taraf yang sesuai dengan keperluan perubatan moden pada masa ini termasuklah dari segi persekitaran wad-wad dan klinik-klinik.

Kaola juga mengambil maklum akan perancangan bagi menaik taraf Bahagian Kecemasan dan Kemalangan di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, dan berharap agar projek tersebut memberikan manfaat dalam jangka masa yang panjang khususnya bagi penduduk Daerah Belait.

Sekian, بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi. Mengenai infrastruktur Kementerian Kesihatan di hospital-hospital di keempat-empat daerah, memang penambahanbaikan sentiasa dipeduli terutama sekali di RIPAS dalam dua tiga tahun ini, ia dilakukan cara berperingkat-peringkat. Kalau 'diusai' maksudnya tempat wad itu tidak dapat dipakai, ditutup jadi kurang katil dan sebagainya. Jadi, penambahbaikan di RIPAS mengambil masa yang panjang setiap kali dua wad 'diusai' ia akan dikosongkan dan ia akan menerangkan jumlah kesediaan katil-katil acute di RIPAS.

اِنْ شَاءَ اللّٰهُ setakat ini hampir kesemua wad sudah diusai satu tinggal empat wad saja lagi dan selepas itu Unit ICU akan ditambah baik. اِنْ شَاءَ اللّٰهُ bila wad itu selesai dan Unit ICU/akan ditambah baik. Bagi hospital di Daerah Belait, Yang Berhormat menyatakan di Hospital Suri Seri Begawan. اِنْ شَاءَ اللّٰهُ kerja akan bermula bagi menambah baik Jabatan Accident dan Emergency.

Selain itu, di Daerah Temburong masa ini walaupun designnya lama fungsinya masih dapat berjalan dengan baik dan masa ini sedang difikirkanlah apa yang sebaiknya kita buat sama ada kita membuat tempat hospital yang baharu ataupun menambah baik bangunan itu. Jadi, masa ini keadaan hospital Di Daerah Temburong masih ditunduki apa yang sesuai dan di Kuala Belait itu pun اِنْ شَاءَ اللّٰهُ ia akan perlahan-lahan selepas ini penambahanbaikan wad-wad lain itu juga akan dijadualkan untuk membuat penambahanbaikan اِنْ شَاءَ اللّٰهُ.

Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh.

Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh

Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi. Kaola membawakan perkara mengenai COVID-19 Relief Fund. Memandangkan kita telah menghadapi gelombang pertama dan kedua pada tahun 2020 dan 2021. COVID-19 Relief Fund telah dibuat untuk membantu kerajaan mengatasi gelombang-gelombang tersebut. Hasil kutipan dana pada tahun 2020 sehingga Mac mencatat $11,177,514.00. Pada Tahun 2021 setakat 7 September adalah sebanyak $2,176801.31. Tabung tersebut adalah sejumlah yang kecil dibandingkan dengan peruntukan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19, akan tetapi kedudukan penggunaan dana tersebut seharusnya diterbitkan secara terbuka bagi pengetahuan penderma.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya butir-butir penggunaan dana tersebut secara broad category/diterbitkan kepada umum. Ini adalah urus tadbir yang baik. Ia juga akan memberikan keyakinan kepada penderma dan pada masa yang sama memberi gambaran dan kesedaran kepada orang ramai akan kesan wabak COVID-19 kepada negara kita dari segi kewangan dan perkhidmatan kesihatan.

Sekian. Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Bagi menjawab mengenai insured. angka dalam masa kita dilanda wabak COVID-19 ini, mula-mula ada COVID-19 Relief Fund itu, I think lebih dari $11 juta, barangkali $13 juta. Walau bagaimanapun, yang pertama ini sudah selesai diaudit dan menunggu maklum balasnya dari audit.

Jumlah yang mula-mula itu sudah diperuntukkan untuk membuat National Isolation Centre punya extension, kemudian jumlah duit itu untuk membuat extension di Daerah Tutong. Seperti yang saya katakan tadi, sudah pun diaudit dan yang kedua ini masih terbuka belum ditutup. Dan بِسْمِ اللهِ bila ditutup akan diaudit juga dan akan dimaklumkan kepada orang ramai ke mana duit-duit itu ditujukan, بِسْمِ اللهِ. Itu saja terima kasih.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi. Kalau diizinkan kacola memanbah sedikit mengenai COVID-19 Relief Fund yang daripada pihak orang ramai. COVID-19 Relief Fund kedua ini pada masa ini berjumlah $3.27 juta masih lagi belum ditutup. Yang pertama seperti mana yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan tadi, Juruaduit Agung telah mengaudit dana pada tahun 2020. Pada masa ini setakat ini opinion dari audit adalah teratur. Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun membincangkan mengenai Tajuk Kementerian Kesihatan dan sekarang sudah tiba masanya bagi tajuk ini kita undi. Yang bersetuju supaya tajuk ini kita luluskan. Sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih. Nampaknya semua bersetuju dan Tajuk SMO1A - Kementerian Kesihatan diluluskan.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Tajuk SMO1A – Kementerian Kesihatan dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SLO1A hingga Tajuk SLO6A – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang berpindah ke Tajuk Belanjawan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sebelum tajuk ini saya bukakan untuk dibahaskan, saya ingin sekarang memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk memberikan mukadimahnya tentang penyediaan belanjawan serta hala tuju kementeriannya. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.

(missing Jawi words)

السَّ ُ ع ل يْ ُمْ و ح ْ م ُ اللهِ و ب ر اتُهُ dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dengan penuh hormat dan takzim sukacita kaola merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Pengerusi di atas ruang yang diberikan kepada kaola untuk menyampaikan mukadimah bagi pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kita amat bersyukur tema Tahun Kewangan 2022/2023: ”Memperkasa Kesejahteraan Awam Ke Arah Sosioekonomi Yang Resilien” amat bertepatan dengan usaha berterusan. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama rakan-rakan strategik dalam mencapai matlamat “Bangsa Brunei Cemerlang Ke Arah Merealisasikan Wawasan Brunei 2035”.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menyembahkan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi penyediaan Anggaran Perbelanjaan Tahun Kewangan 2022/2023 berjumlah $83,860,360.00 dan Rancangan Kemajuan Negara berjumlah $14,458,840.00.

Yang Berhormat Pengerusi. Wabak COVID-19 terus memberikan impak yang mendalam kepada kehidupan sehari-hari kita, khususnya kepada golongan sasaran. Penubuhan sukarelawan belia pada Mac 2020 telah tampil sebagai menangani serta membantu pihak kerajaan dengan berimpak tinggi. Lebih 8,000 orang sukarelawan belia telah berdaftar sejak pengoperasian dan seramai 600 hingga 800 orang sukarelawan diaturgerakkan untuk bertugas setiap hari di 143 lokasi penting di seluruh negara. Atas usaha gigih mereka dengan kerjasama agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan para sukarelawan daripada pelbagai latar belakang dan umur mereka telah juga mengagihkan catuan makanan kepada lebih 31,000 buah rumah yang merangkumi hampir 170,000 orang yang menjalani Perintah Kawatirun di seluruh negara sejak bulan Ogos 2021 hingga ke hari ini.

Para sukarelawan juga membantu golongan susah melalui inisiatif sumbangan pandu lalu catuan makanan hasil sumbangan orang ramai sejak September 2021. Lebih 3,200 pemohon telah diberikan catuan makanan yang merangkumi seramai hampir 20,000 orang. Sikap resilien dan pemulihan tinggi dalam kalangan masyarakat Negara Brunei Darussalam khususnya para sukarelawan dan dermawan amat dihargai dan disegani. Terima kasih atas pengorbanan para sukarelawan yang turut bertugas di barisan hadapan tanpa mengenal masa, tenaga dan penat lelah dengan moto: "Sama-Sama Kita Berjuang".

Yang Berhormat Pengerusi. Sepertimana jua titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Majlis Pembukaan Persidangan Muslim Permusyawaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara 2022. Majlis yang mulia ini, memainkan peranan mustahak sebagai wadah strategik untuk membahaskan perkara-perkara yang berkebajikan untuk rakyat dan negara dan ampa yang turut penting mengemaskan mana-mana yang belum kemas dan memanbah baik mana-mana yang masih perlu dibaiki.

Dengan berlandaskan hala tuju ini, izinkan koala menghuraikan 6 fokus strategi sebagai peleingkap kepada pelaksanaan Plan Strategik kementerian ini bagi Tahun Kewangan 2022/2023.

  1. Mengemas kini dan mereviu dasar,akta dan pelan-pelan tindakan. Pengemaskinian akta dan dasar akan meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan dengan proses yang lebih efisien, cepat dan tepat pada masa serta program intervensi yang lebih berimpak secara inklusif.

    Penguatkuasaan Perintah Akta Pencen Umur Tua dan Elaun Orang Kurang Upaya (Pindaan) 2021 dan Perintah Orang Kurang Upaya 2021 bermula 1 Oktober 2021 telah mendatangkan impak yang signifikan khususnya dalam mengukuhkan penjagaan dan meningkatkan pemudalilan golongan orang kelainan upaya. Pengemaskinian syarat kelayakan penerima Pencen Umur Tua dan Elaun Orang Kurang Upaya akan memastikan pemberian elaun ada yang benar-benar layak dan tiada keciciran. Sehingga bulan Mac 2022 seramai 42,793 orang disenaraikan sebagai penerima Pencen Umur Tua dan Elaun Orang Kurang Upaya yang menjadikan jumlah pembayaran kumulatif bagi Tahun Kewangan 2021/2022 sebanyak kira-kira $120 juta.

    Pindaan akta juga mengenalkan faedah tambahan kepada golongan warga emas OKU. Setakat ini, seramai 208 orang menerima dua faedah iaitu Pencen Umur Tua dan Elaun Kurang Upaya.

    Sebagai tambahan, pindaan akta telah memperkenalkan Elaun Penyediaan Penjagaan bagi mereka yang berkelayakan. Sebanyak 1,567 permohonan telah diterima dan dalam proses penilaian Jawatankuasa Menilai Permohonan Elaun Orang Kurang Upaya Termasuk Elaun Penyediaan Penjagaan.

    Manakala Perintah Orang Kurang Upaya 2021 memastikan golongan orang kelainan upaya mendapat pengiktirafan dan perlindungan yang sewajarnya. Dengan adanya definisi Kebangsaan OKU yang berdasarkan artikel 2 Conventions of The Rights of Persons with Disabilities yang merangkumi jenis OKU physical, mental, intellectual atau deria di samping tingkah laku, komunikasi dan perkembangan.

    Perintah ini juga memperkenalkan Pendaftaran Kebangsaan OKU dan hab OKU bagi membantu usaha memastikan golongan berkelainan upaya sentiasa terjaga. Seramai 1,695 permohonan telah diterima dan 138 OKU telah disahkan untuk didaftar di bawah Pendaftaran Kebangsaan OKU.

    Perintah ini juga memperuntukkan dana syarat perlindungan khusus bagi OKU yang membawa hukuman berat terhadap kesalahan yang dilakukan kehada OKU seperti penderaan dan pengabaian. Beberapa strategi dan pelan tindakan di bawah Majlis Kebangsaan Isu Sosial telah dan sedang dikemas kini seperti Pelan Tindakan Pembasmian Kemiskinan yang telah diluluskan pada tahun 2020, Pelan Tindakan OKU dan Pelan Tindakan Isu Warga Emas.

    Sistem Kebajikan Negara ataupun SKN telah dapat memberikan gambaran artificial intelligence yang menyeluruh untuk membantu dalam merangka dasar dan strategi. Data ini akan dioptimumkan melalui rangkaian kerjasama bersama pihak Universiti Brunei Darussalam dan Pusat Pengajian Strategik dan Dasar (CSPS) sebagai asas kepada penggubalan dasar pembasmian kemiskinan.

    Khidmat konsultan profesional bagi penyediaan laporan dapatan ke arah Pelan Tindakan Revitalisasi Pusat Bahagia telah dilaksanakan. Ini akan mengisi jurang yang mendukung usaha agensi lain seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan serta pihak swasta dan persatuan.

    Pusat Bahagia akan memperkenalkan Program Intervansi Awal khususnya bagi down syndrome, Pusat Penjagaan Harian khususnya bagi cerebral palsy dan kurang pendengaran dan Pusat Subur atau Sheltered Workshop. Pengesanan disasarkan bermula pada tahun 2022 sehingga 2023.

    Penelitian bagi mewujudkan Dasar Pekerjaan Golongan OKU dan Golongan Susah melalui kerjasama dengan MPEC sedang dilaksanakan. Dikongsikan setakat ini seramai 125 OKU berdaftar di JobCentre Brunei dengan 49 orang OKU mendapat pekerjaan dan seramai 21 orang aktif mencari pekerjaan di samping lebih 110 OKU didaftakan berkhidmat di sektor awam dan swasta.

    Pembinaan Kompleks OKU sedang dalam perancangan yang bertujuan bagi penyediaan prasarana kegiatan persatuan OKU, latihan kemahiran, pembangunan kapasiti, hab keusahawanan dan rehabilitasi.

    Ejen perkembangan wanita untuk dilaksanakan bersama satu institusi kajian pada tahun ini. KKBS selaku Pengerusi MKTS diamanahkan untuk mempergerusikan Jawatankuasa Kerja Bersama Jabatan Perdana Menteri bagi pembentukan Sosial Blueprint ke arah memastikan pembangunan sosial di negara ini dilaksanakan secara bersatu padu dan sejajar dengan Rangka Kerja Wawasan Brunei 2035.

    KKBS juga akan mengembangkan perkhidmatan dalam mendekati masyarakat mukim dan kampung pada setiap bulan bagi mendengar dan mengongsikan dasar serta usaha KKBS. Inisiatif ini mempunyai dua objektif utama iaitu mendengar dan memahami kemalashatan, kebajikan dan kesejahteraan masyarakat dan memupuk rasa kecintaan kepada bahasa Melayu, tamadun, sejarah dan budaya demi meningkatkan semangat patriotisme,;

  2. Mengembang Maju Masyarakat Progresif Ke arah Masyarakat Cemerlang, Bersatu Padu, Resilien dan Pemudelian. Sejumlah $25 juta diperuntukkan bagi program merealisasikan masyarakat cemerlang termasuk penambahbaikan prasarana dan kemudahan. Pelan Tindakan Pembasmian Kemiskinan terus menjadi mekanisme utama senegara untuk mengeluarkan golongan sasaran dari kitaran kemiskinan.

    Ini dilaksanakan melalui pemeriksaan sara diri serta sistem sokongan untuk mengubah pemikiran ke arah masyarakat yang positif dan mandiri. Dengan kerjasama bersama MPEC sesi engagement diadakan khusus untuk penerima BKB bagi mempersiapkan mereka untuk mencari pekerjaan melalui pendaftaran di JobCentre Brunei. Ke arah ini, Garis Panduan BKB dikemas kini dan syarat mandatori bagi pemohon BKB – able body, unable to work untuk berdaftar di JobCentre Brunei.

    Pada tahun 2021 pelbagai pencapaian telah pun dicatat. Seramai 1,812 golongan sasaran telah berdaftar di JobCentre Brunei. Seramai 901 orang golongan susah mendapat pekerjaan melalui kerjasama MPEC, JobCentre Brunei dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kita menyelesaikan sebanyak 500 pekerjaan bagi golongan susah setiap tahun. Seramai 777 penerima BKB, MUIB dan berpendapatan rendah, mengikuti latihan kemahiran dan keusahawanan di bawah Program Komuniti.

    Antara latihan kemahiran yang baru diperkenalkan ialah penyembelihan ataupun butchery dan heavy vehicle driver. Kita menyasarkan 250 orang mengikuti latihan kemahiran dan keusahawanan setiap tahun di bawah Program Komuniti. Kita terus memastikan bahawa anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan diberikan peluang pendidikan tambahan. Seramai 500 penuntut diberikan kelas tuisyen percuma setiap tahun oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui Program Intervensi Pendidikan.

    Kementerian juga bekerjasama dengan Majlis Perundingan Kampung Mengkubau dan Pejabat Daerah Brunei dan Muara serta pihak pengusaha belia TeachMeGuru kepada sekitar 100 orang penuntut setahun sejak tahun 2019. Program Biasiswa Anak Yatim yang disepakati di bawah skim BBID Alaf juga baru diperkenalkan pada tahun 2022 bagi melangkai 2 orang anak yatim golongan susah setiap tahun.

    Terpenting, Strategi Pembinaan Perumahan Golongan Fakir Dan Miskin dari Program Feedwijin Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Ugama Islam Brunei serta Program Kerjasama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan JAPEM. Dari tahun 2019 hingga 2021, sejumlah 143 buah rumah telah diserahkan. Sasaran adalah pembinaan 30 buah rumah setahun.

    Rancangan secara holistik sedang dirancangkan di bawah Housing Focus Group Kementerian Pembangunan bagi pembinaan dan pemilihan rumah sebagai tambahan kepada program yang ada pada masa ini. Setakat ini SKN mencatatkan sebanyak 28,003 permohonan untuk mendapatkan bantuan melalui JAPEM dan MUIB. Di bawah JAPEM, sebanyak 10,942 permohonan telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Menilai Permohonan dan sebanyak 4,614 permohonan telah diluluskan bagi bantuan kewangan dan in-kind dengan bantuan kewangan berjumlah kira-kira $9 juta.

    Selaras dengan Pelan Tindakan Warga Emas yang bermatlamat untuk memastikan warga emas seluruh negara juga dipeduli dan diberikan bantuan dan sokongan, kita telah melaksanakan Program Pemulihan Warga Emas bersama Kementerian Kesihatan, Persatuan Bulan Sabit Merah dan pihak sukarelawan.

    Seramai 294 orang warga emas dibantu untuk menghadiri temu janji doktor, diberikan bantuan lampin pakai buang dan susu dan pemudulian warga emas yang berumur 100 tahun ke atas. Sasaran ialah bagi meningkatkan jumlah 350 orang warga emas dalam program ini. Negara Brunei Darussalam tergolong dalam 5 negara teratas ASEAN yang menuju arah ageing population.

    Pelan Tindakan Warga Emas telah dan akan dikemas kini untuk diselaraskan dengan strategik Kementerian Kesihatan yang menumpukan ke arah successful ageing. Institusi keluarga memainkan peranan yang penting dalam penjagaan golongan warga emas dan perancangan sedang diteliti bersama syarikat swasta untuk memperkenalkan program yang diiktiraf bagi melatih penjaga khusus, termasuk ahli keluarga.

    Penambahan bilangan Pusat Kegiatan Warga Emas di seluruh negara adalah suatu keutamaan. Rancangan adalah bagi pembukaan parkway Mukim Sengkurong dan Mukim Telisai. Penyerahan bangunan Pertubuhan Warga Emas telah dilaksanakan pada bulan Disember 2021. Bantuan kewangan juga diperuntukkan kepada Pusat Warga Emas bagi program dan aktiviti harian.

    Pada tahun lepas, sebanyak 386 program telah dilaksanakan. Rancangan ke hadapan bagi meluaskan skop perkhidmatan Pusat Kegiatan Warga Emas termasuk penjagaan harian dan keusahawanan. Dikongsikan sebanyak 13 sesi Pemberigaan Pelan Perancangan Rangka Kerja Pelindungan Kanak-Kanak atau National Framework on Children Protection telah dilaksanakan dengan melibatkan lebih 1100 pegawai yang berkenaan.

    Pelan perancangan ini diteruskan dengan penubuhan daftar Registry Of Children And Young Person In Use Of Protection yang diasaskan bermula pada 1 April 2022. Sebagai nilai tambah kepada MFPC, penyediaan

    Garis Panduan Program Jagaan Keluarga Angkat ataupun foster care disasarkan bermula April tahun ini, bertujuan membolehkan kanak-kanak ditempatkan di bawah perlindungan keluarga angkat secara sementara tanpa ditempatkan di Kompleks Rumah Kebajikan.;

  3. Melahirkan belia harapan yang berwawasan sebagai peneraju pembangunan negara. Sejumlah $10.4 juta diperuntukkan bagi Program Melahirkan Belia Harapan yang Berwawasan termasuk penambahbaikan, prasarana dan kemudahan. Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035 yang dilancarkan pada bulan Disember 2020 adalah asas kepada segala inisiatif yang dilaksanakan bagi belia. Berdasarkan kepada prestasi pencapaian Pelan Tindakan Dasar Belia Negara dan Strategi, lebih 97% program dan aktiviti pada tahun pertama telah berjaya dilaksanakan. Kita perlu memaksimumkan belia harapan dengan meneruskan usaha mengemas kini dan memperbaiki ekosistem kebeliaan dengan memberikan tumpuan kepada:

    1. Meningkatkan pembangunan keupayaan melalui latihan kemahiran dan industri yang relevan bersama MPEC kita akan terus meneliti peluang pekerjaan kritikal melibatkan pelbagai sektor. Manpower Industry Steering Committee (MIAC) mengenal pasti sebanyak 46 pekerjaan kritikal melibatkan sektor tenaga, pembinaan, marin, teknologi infokomunikasi, hospitality dan pelancongan. Seramai 10,561 orang anak tempatan telah mendapat pekerjaan di sektor swasta pada tahun 2020 dan 80% atau 8,480 orang adalah belia.;

    2. Mengukuhkan ekosistem keusahawanan belia dalam pelbagai industri yang ditargetjui oleh Jawatankuasa Pandu Keusahawanan Belia. Antara lainnya program i-Usahawan sektor tenaga memberikan platform memulakan perniagaan dalam memperolehi kontrak secara kompetitif. Dikongsikan seramai 27 orang belia berjaya mendapat tawaran dalam sektor tenaga dan bukan tenaga bernilai $29 juta dengan melibatkan pengambilan seramai 296 orang pekerja tempatan. Manakala sebanyak 37 kemudahan incubator dan ruang keusahawanan termasuk bagi OKU disediakan. Kita juga menyediakan ruang di bawah Projek Penyediaan Pondok Makanan di kawasan kompleks Stadium Hassanal Bolkiah iaitu 60% diberikan kepada pengusaha belia dan orang susah yang dijangka beroperasi April 2022.

      Darussalam Enterprise (DARe) juga melaksanakan skim co-matching yang menawarkan bantuan kewangan sehingga $20,000.00 kepada Perusahaan Mikro kecil dan Sederhana tempatan. KKBS juga menghulurkan hampir $60,000.00 berupa bantuan kewangan micro grant kepada 22 buah perusahaan belia pada tahun 2020 hingga 2022. Secara keseluruhannya, lebih $250 ribu diperuntukkan bagi 38 buah perusahaan belia di bawah inisiatif-inisiatif ini.

      (missing Jawi words) dikongsikan seramai 175 orang pengusaha belia telah mencapai pendapatan sebanyak $1 juta setahun. Dari aspek penyediaan prasarana bagi perniagaan agri pula sebanyak 138 tapak kemudahan pertanian disediakan dan diusahakan oleh para belia termasuk Program Belia Berpadi.

      Ke arah memajukan lagi pemerkasaan belia dalam keusahawanan, kita akan memfokuskan 2 inisiatif, meluaskan skop dan memperbanyakkan peluang program memulakan perniagaan termasuk di pedalaman dan luar bandar dan meluaskan program peladangan dan pertanian di bawah KKBS dengan penyediaan 27 hektar tambahan, iaitu 20 hektar di Kampung Batong bagi program belia berpadi dan 7 hektar di Temburong bagi pertanian. Ini adalah bagi mendukung fokus belanjawan menjamin sekuriti makanan.;

    3. Meningkatkan pemerkaasaan belia dalam pembentukan dasar dan membuat keputusan. Peranan Persatuan Pergerakkan Belia dan Youth Advocates sangat penting selaku rakan strategik dalam mendukung seganap aspek pembangunan belia. Dikongsiakan 15 buah Program Pemberigaan Dasar Belia Negara melibatkan hampir 2,000 orang belia di keempat-empat daerah telah dilaksanakan oleh Youth Advisory Group. Sebanyak 14 program kepimpinan dan mentor melibatkan 1,600 orang belia telah dijalurkan oleh Youth Professional Network termasuk Program Kesihatan Mental. Hampir 2,000 orang belia telah mengikuti 14 buah Program Kesihatan Minda anjuran Kementerian Kesihatan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Youth Advocate. Pihak Majlis Belia Brunei turut menganjurkan Forum Belia ASEAN ke-11, Forum Hari Belia dan Kempen Hari Bertindak. Hampir 2,000 orang belia dilibat sama dalam penggubalan dasar dan strategik.

      Ke arah pelaksanaan program belia, bantuan kewangan sejumlah $164 ribu diberikan kepada 32 buah persatuan atau penggerakan sebagai pendukung program yang diterajui oleh belia pada tahun 2020 sehingga 2022.

    Perancangan ke hadapan kita adalah seperti berikut:

    1. Memberikan latihan kemahiran dalam penyediaan program pengurusan khususnya dalam pembentukan strategi dan dasar.;

    2. Meningkatkan purata score indeks pembangunan belia ataupun YDI's Score kepada sekurang-kurangnya 75%.;

    3. Penelitian bagi melaraskan industri kreatif sebagai kluet tambahan kepada Man Power Industries Steering Committee.; dan

    4. Pembangunan nilai dalam membentuk jati diri kepada modal insan yang holistik;

      Hampir 25,000 belia melibatkan diri dalam Program Kepimpinan, Keagaaman, Kesihatan dan Pembangunan Kapasiti secara menyeluruh. Kita melihat pelaksanaan program diterajui oleh belia sendiri.

      PKBN juga telah meluaskan skop pembinaan jati diri dengan kolaborasi bersama MPEC bagi penerapan kedayatahanan, resillien dan kepimpinan kepada penuntut vokasional. Program Booth Champ dari presef course alumni PKBN akan dilaksanakan pada tahun ini.

  4. Mengukuhkan jati diri dan patriotisme sebagai teras pembangunan negara yang berpaksikan 'Melayu Islam Beraja'. Sejumlah $25 juta diperuntukkan bagi mengukuhkan program jati diri dan patriotisme termasuk pembinaan, penerapan dan penghayatan warisan, sejarah dan budaya serta penambahbaikan prasarana dan kemudahan.

    Berdasarkan prestasi pencapaian Pelan Strategik Kementerian 2020/2024, sebanyak 40 buah projek melalui 5 program utama telah dicapai dan dilaksanakan.

    Kita akan meneruskan usaha mengemas kini dan memperbaiki ekosistem kebudayaan secara pendekatan senegara dengan memberikan tumpuan kepada:

    1. Meningkatkan pemerkasaan dan penggunaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi sebagai agenda utama dalam segnap pembangunan aspek masyarakat. Sebagaimana juga titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa keberangkatan tidak berjadual.

      Baginda telah menyentuh peranan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai jentera ketamadunan bangsa. Untuk itu, bahasa Melayu dan tulisan Jawi perlu diterapkan dalam segnap aspek dari institusi keluarga dan pembudayaan seharian kepada bahasa intelektual.

      Pada tahun lepas, ilmu bahasa telah dilaksanakan secara maya sepanjang tahun, dengan 4 aktiviti melibatkan hampir 700 orang peserta. اِنْ شَـآءَ ٱللَّٰهُ , sepanjang tahun ini Kongres Antarabangsa, Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu yang melibatkan 23 orang pakar tempatan dan antarabangsa akan dilaksanakan secara maya.

      Dewan Bahasa dan Pustaka, juga telah dilibatkan semula dalam proses pengesahan bahasa Melayu dan tulisan Jawi dalam papan-papan tanda, kain rentang dan papan iklan, sejak bulan Jun 2021 sebagai salah satu proses kelulusan ABCi. Penggunaan Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi juga dilaratkan di media sosial dan laman sesawang agensi-agensi kerajaan.;

    2. Mengembangmajukan industri kebudayaan dan kreatif termasuk penulisan kreatif. Hampir 600 orang telah menyertai 41 aktiviti pengembangan industri kebudayaan dan kreatif. Jumlah ini akan ditingkatkan sebanyak 30% penyertaan masyarakat. Sebanyak 222 aktiviti kegiatan warisan sejarah dan budaya termasuk industri kebudayaan dan kreatif dilaksanakan dengan melibatkan 10,586 orang peserta.

    Antara signifikan ialah menjadi tuan rumah Festival Budaya, 2021 dalam kalangan negara-BIMP-EAGA yang menampilkan berbagai-bagai bidang seni. Dikongsikan rundingan dan perancangan awal sedang dilaksanakan pada peringkat working level/ bersama pihak-pihak berkepentingan untuk menggariskan antara lain undang-undang dasar dan prasarana bagi memajukan industri kreatif.;

    1. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan sejarah warisan budaya dan ketamadunan bangsa melalui penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti. Program jangkauan kepada segmen lapisan masyarakat melalui jerayawara, Program Pendidikan dan Pembudayaan termasuk penyebaran buku terbitan di peringkat local dan antarabangsa akan dipertingkatkan.

      Sebanyak 179 program jerayawara telah dilaksanakan dengan penglibatan seramai 25,000 orang peserta di kesemua daerah. Sebanyak 165 jenis penyelidikan telah dilaksanakan dan kita akan meningkatkan 30% penyelidikan berfokus. Beberapa inisiatif baharu akan dilaksanakan pada tahun ini. Festival Kebudayaan 7 Puak dengan kerjasama Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan kajian kefahaman dan penghayatan sejarah. رَعَىْ آللهُ, Pusat Sejarah Brunei akan menerbitkan siri buku Tersilah Brunei yang terakhir,; dan

    2. Meningkatkan penghayatan budaya melalui teknologi dan prasarana. Hampir 130,000 orang pelawat mengunjungi muzium, galeri, perpustakaan dan taman warisan sama ada secara fizikal atau secara maya. Kegiatan-kegiatan seperti Bicara Sejarah, Muzium Warisanku, Festival Seni Budaya juga telah dilaksanakan secara maya.

      آنكفة ن, Muzium Alat Kebesaran Diraja telah dilengkapi dengan digital audio guide dalam 5 bahasa. Sebuah projek yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Dinamik Teknologi. Penggunaan teknologi ini akan dilaratkan kepada muzium dan galeri lain.

      إِءة نئة ن, dengan siapnya pada tahun ini Projek Peniaktrafaran dan Penambahbaikan Galeri Seni Dermaga Diraja, Muzium Brunei dan Stadium Negara Hassanal Bolkiah yang akan mengoptimalkan penggunaan teknologi dan penyediaan ruang-ruang pelbagai fungsi atau guna sama yang akan memberi peluang dan galakan aktiviti-aktiviti keusahawanan dan industri kreatif.

  5. Mengukuhkan Ekosistem Sukan yang Inklusif dan Cemerlang. Sejumlah $15.5 juta diperuntukkan bagi Program Ke Arah Mengukuhkan Ekosistem Sukan. Ia diharapkan untuk mewujudkan persekitaran atlet yang stabil, membangun sukan yang berpotensi untuk membangun 'pingat' berdasarkan kehendak negara. Membangun bakat sukan, persamaan yang kondusif dan memastikan keinklusifan sukan untuk semua.

    Kita sedang melaksanakan penilaian keperluan sukan prestasi tinggi yang merangkumi infrastruktur, sumber tenaga manusia dan kepakaran. Pertalaan dan teknologi dan nilai tambah kepada meningkatkan prestasi atlet bersama pakar konsultan Sport Accessed and Mediation, Kementerian Kesihatan.

    Hasil dapatan ini akan menentukan strategi dan Pelan Tindakan Sukan Prestasi Tinggi yang disasarkan selesai pada bulan April 2022 bagi pelaksanaan tempoh 2 tahun yang memberikan keutamaan kepada:

    1. Pembangunan atlet negara jangka masa panjang bagi mendapatkan kelayakan dalam sukan prestasi tinggi serantau dan antarabangsa.;

    2. Mengenal pasti sukan prestasi tinggi yang berpotensi untuk memenangi 'pingat' berdasarkan kehendak dan prestasi.;

    3. Ketersediaan infrastruktur untuk mengadakan acara sukan serantau dan antarabangsa. Ini termasuk memperingkat kemamfaatan kepada atlet dan masyarakat secara amnya.;

    4. Mengemas kini dan menstruktur semula perkhidmatan media ada untuk mewujudkan perkhidmatan baharu yang lebih menepati keperluan seperti strategi sukan prestasi tinggi, kebajikan dan kesejahteraan atlet dan penyelidikan dan inovasi.; dan

    5. Penglibatan sektor swasta, korporat dan GLC's untuk sama-sama membangun dan mengukuhkan ekosistem sukan. Dalam pada masa yang sama, kerjasama yang erat dengan Kementerian Pendidikan akan diteruskan dalam pelaksanaan biasiswa khas dalam bidang sukan dan peranan sekolah sukan dalam melahirkan atlet negara.; dan

  6. Memaksimumkan Penggunaan Teknologi dan Infrastruktur. KKBS akan meningkatkan penyampaian perkhidmatan dengan memanfaatkan aplikasi Pintar dan Teknologi Digital serta bukti dan amalan terbaik.

    Mengoptimun Sistem Kebajikan Negara (SKN) dalam membentuk dasar dan program intervensi.

    1. يَتَبَيَّنُُُ, dalam memastikan perkhidmatan diberikan efisien, cepat dan tepat pada masa dikongsikan sistem SKN telah dapat mengurangkan proses TPOR dalam tempoh 2 bulan bagi JAPEM dan MUIB. Pelaksanaan fasa kedua SKN akan menerapkan Skim Miftahun Najaah yang disasarkan April 2022.

    2. Penambahbaikan Aplikasi Sukarelawan Sistem 'Mengalinga' yang diperkenalkan pada bulan Ogos 2021 bersama Bank Baiduri Berhad dengan Artificial Intelligence. Setakat bulan Februari 2022, Aplikasi 'Mengalinga' merekod 1,200 individu dan 117 organisasi pendaftaran dengan 168 projek sukarelawan yang terancang.;

    3. Penelitian bagi membina aplikasi yang menyatukan perkhidmatan bantuan sosial secara digital yang mudah diakses dan mesra pelanggan.

Pada masa yang sama kita akan terus memaksimumkan pasaran, sumber dan kemudahan bagi pembangunan masyarakat melalui share facility. Kita akan memberikan tumpuan kepada fasiliti sukan dan Pusat Belia mengikut keutamaan khususnya di Daerah Temburong dan Daerah Belait. Kompleks Perkampungan Sukan dan Kem Latihan PKBN telah menunjukkan kepentingannya sebagai platform yang fleksibel dan serba guna.

Fasiliti ini digunakan sebagai Pusat Isolasi Komuniti manakala Pusat Belia Stadium Tertutup dan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah telah digunakan sebagai Pusat Vaksinasi dan Pusat Pengagihan Catuan Makanan.

Yang Berhormat Pengerusi.

يَتَبَيَّنُُُ kesemua projek di bawah RKN Ke-11 adalah dalam Fasa Pembangunan dan dijangka akan selesai sebelum berakhirnya RKN Ke-11. يَتَبَيَّنُُُ kita akan melihat pembukaan semula Bangunan Kastam lama dan Dermaga Diraja dan muzium baharu. Penggunaan semua Stadium Negara Hassanal Bolkiah sebagai hub latihan atlet elit dan hub komuniti dengan nilai tambah yang lebih tinggi dan kompleks perlindungan yang baharu yang memberikan suasana kondusif kepada penghuni perlindungan.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

يَتَبَيَّنُُُ di sebalik cabaran yang kita hadapi pada masa ini, masyarakat kitani telah menunjukkan sikap resilien dan pemeludian yang tinggi secara langsung meningkatkan semangat bersatu padu, berganding bahu secara senegara.

Penghargaan yang setinggi-tingginya kepada warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, termasuk rakan-rakan strategik, para sukarelawan dan para pasukan barisan hadapan yang bertungkus-lumus untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing termasuk dalam usaha menangani wabak COVID-19.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. الشكر لك يا سيدي رئيس الجلسة.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat, سيدي الكريم نحن كلنا سمعنا ما قام به السيد وزير الثقافة والشباب والرياضة من منجز فيما مضى من الجلسة.

Maka sekarang saya ingin membukakan TajuK Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ini untuk dibahaskan dan untuk memulakannya saya persilakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terus saja kepada perbincangan, saya ingin menyentuh Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu di bawah Kod 002/001- Pemberian dan Mempromosi Bahasa serta Kod 003/001- Menggalakkan Seni Penulisan.

Mengenai peruntukan yang dipohonkan iaitu sebanyak $789,599.00 dan sebanyak $554,974.00 kesemuanya adalah untuk gaji kakitangan sahaja dan tidak ada untuk Perbelanjaan Berulang-ulang. Soalan saya ialah:

i. Adakah ini akan dapat mencapai objektif perkara ini, kerana setentunya pemberigaan dan promosi ini merlulukan peruntukan-peruntukan yang bersesuaian.; dan

ii. Penulisan dalam kalangan penulis muda. Apakah pencapaianya pada masa ini dan apakah perancangan untuk memperkembangkannya?.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

نعم، الشكر لك تيريما كاسه terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas persoalan. Pertama mengenai Pemberigaan dan Mempromosi Bahasa dan yang kedua penulisan dalam kalangan penulis muda.

نعم، Dewan Bahasa dan Pustaka telah diperuntukkan sekitar $11 juta bagi Tahun Kewangan 2022/2023. Seperti yang dinyatakan dari peruntukan tadi itu $789,599.00 diperuntukkan di bawah Kod 002-001 - Pemberigaan dan Promosi Bahasa khusus bagi Gaji Kakitangan dan tiada Perbelanjaan Berulang-Ulang.

Untuk menjawabnya, perbelanjaan bagi Program Pemberigaan dan Mempromosi Bahasa disatukan di bawah Kod 001-000 Pertadbiran dan Pengurusan. Pecahan Kod 001-003 Pengurusan dan Perancangan Pembelian berjumlah $451,481.00 la sama juga dengan Tahun Kewangan 2021/2022 yang peruntukan untuk Program Pemberigaan dan Promosi sebanyak $33,400.00 jadinya ia dimasukkan ke dalam tajuk pecahan tersebut dan بَقِيَّةُ تَبْقَى Tajuk Tahuan Kewangan 2022/2023, jumlah yang sama sejumlah $33,400.00 akan dimasukkan dalam pecahan tajuk tersebut.

Sebagai tambahan sahaja, jumlah peruntukan ini akan digunakan dalam 'mencukurkan' martabat dan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan meletakkanyna pada kedudukan teratas. Dikongsikan antara program yang telah dan terus dilaksanakan dalam memberigaan dan mempromosi bahasa Melayu adalah seperti Tamu Bahasa, Bengkel Penulisan, Baca Puisi Antarabangsa, Segmen Bahasa dan Kesusasteraan melalui Program Rampai Pagi (RTB).

Penyebaran hasil penyelidikan bahasa dan budaya Melayu seperti pantun Melayu Brunei dan penyebaran kosa kata seperti Telinga Bahasa, Rimbun Bahasa Brunei dan Perambahan Brunei. بَقِيَّةُ تَبْقَى jumlah tersebut sebanyak $33,400.00 ini akan digunakan untuk pemberigaan dan mempromosi bahasa.

Pada tahun ini, jumlah ini banyak digunakan secara maya dan بَقِيَّةُ تَبْقَى kaedah maya dan fizikal akan kitani laksanakan nanti under the new norm ini, kita menggunakan pemberigaan dan promosi ini dengan fizikal dan secara maya. بَقِيَّةُ تَبْقَى di teruskan.

Penulis-penulis muda dikongsiakan, kita mempunyai program yang dinamakan Program Penulis Muda yang telah dilancarkan pada tahun 2019 dan ia diadakan 2 kali setahun ia menyebaraskan pada penulis berumur 15-35 tahun.

Program ini bertamalat mewujudkan sumber manusia, mampu menambah bilangan penulis generasi baharu tanah air yang berbakat dengan imej yang lebih dinamik, agresif dan kreatif dan seterusnya menjadi pelapis dalam perkembangan sastera dalam Negara Brunei Darussalam.

Sehingga hari ini, seramai 171 orang penulis muda telah menerima bimbingan melalui bengkel pelbagai genre iaitu penulisan puisi, sajak, cerpen, novel dan drama. بَقِيَّةُ تَبْقَى Segmen bayu buku hasil tulisan penulis muda telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Antologi Puisi Kepala Kertas, Antologi Cerpen Aurora 1 dan Antologi Cerpen Aurora 2.

Dalam masa yang sama, penerbitan majalah dan jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka juga dimartabatkan sebagai wahana termasuk bagi penulis-penulis muda khususnya Majalah Mekar, Majalah Naindung dan Juara Pelajar. Dikongsikan pada tahun 2020 satu ruang khas penulisan yang dinamakan Suara Penulis Muda telah diwujudkan bagi menampung karier penulis muda. Setakat ini seramai 93 penulis muda aktif dalam berkarya.

Sebagai tambahan, kita amat berbangga seorang penulis muda tempatan iaitu Yang Mulia Awangku Mohammad Norsham bin Pengiran Hidup dikiraf sebagai Johan Kategori Puisi Sayembara, Tulisan Kreatif Mastera pada tahun 2021. Pada tahun 2019, Penulis Muda, Yang Mulia Awang Abdul Baqi bin Haji Abdul Hisab menjadi pemenang Hadiah Terjemahan Mastera dan 6 penulis muda tempatan dipilih sebagai Penerima Penghargaan Sasterawan Muda Mastera dari tahun 2005 hingga 2017. Inilah menunjukkan perkembangan penulis-penulis kitani, penulis-penulis muda tanah air kitani.

إن شاء الله, lebih ramai melahirkan penulis muda peringkat berumur yang lebih muda, Dewan Bahasa dan Pustaka akan melaksanakan inisiatif Akademik Penulis, Kelab Penulis Kanak-Kanak, Projek Sastera yang menyasarkan pelajar tahun 4 hingga tahun 6. Jadi إن شاء الله, kitani dapat melihat bakat-bakat penulis muda kitani sentiasa aktif.

إن شاء الله Dewan Bahasa dan Pustaka akan terus memberikan peluang kepada penulis-penulis muda kitani dan juga akan melaksanakan Program Penulis Muda agar jumlah penulis-penulis muda kitani akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. يَحْكِمُونَ لِي فِي دِينِ الإِسْلَامِ وَأَنَا مُسْلِمٌ وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الله.

إنجكلنا هذه في النكاتين والحقائق والإشارات. والتحليل على نهجي ينتظربي وإسلامي يجيبو كمبري قابل رائه محمدة وينتهي. برحمتك.

Kaola membawakan di bawah Tajuk SA02A - Dewan Bahasa dan Pustaka.

نأخذك Negara Brunei Darussalam dihadiahkan dengan Peralagamaan Bertulis (1959). Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara, inilah jati diri bangsa. Mengimbas kembali saja Conference Belia 2021 menggunakan bahasa Inggeris, seyogia dicadangkan setiap perhimpunan rasmi yang objektifnya menyampaikan kepada rakyat Negara Brunei Darussalam supaya dibuat dalam bahasa Melayu.

Seterusnya Tajuk - SA03A - Jabatan Belia dan Sukan. نأخذك jelas sekali sepertimana yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan sebentar tadi hanya sedikit persoalan. Setakat mana usaha pihak kementerian dalam usaha pengalakkan memperkasa industri sukan dalam membuat tawaran penyediaan tapak dan kemudahan sukan kepada pelabur-pelabur?

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Yang Berhormat Pengerusi, dan terima kasih Yang Berhormat.

  1. Penggunaan bahasa Melayu.; dan

  2. Usaha melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi memperkasa industri sukan.

Barangkali saya menjawab soalan yang kedua dulu, memperkasa industri sukan. Dikongsikan bahawa Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan salah satu inisiatif adalah konsep Private Public Pathership (PPP) ataupun outsourcing untuk diusahakan dalam pembangunan infrastruktur mengalakkan.

(missing Jawi words) beberapa usaha telah pun dilaksanakan dalam memastikan bahawa peluang diberikan kepada usaha-usaha keusahawanan, ke arah (PPP). Salah satunya ialah melihat kepada tapak-tapak yang ada yang diberikan kepada Jabatan Belia dan Sukan untuk dikembangkan ataupun dibangunkan oleh sektor swasta (private sector).

Ini telah pun dilaksanakan dan telah pun dibukakan beberapa tahun yang lalu seperti Tapak Sukan di Perpindahan Lambak Kanan, di Tapak Kompleks Sukan Air Serasa.

Walaupun bagaimanapun, pada masa ini dibukakan, tidak ada tawaran diterima setelah ia dibukakan. Jadi, kita akan terus mengusahakan Private Public Pathership (PPP) ini bagi pembangunan sukan ini dilaksanakan khususnya dari tapak-tapak yang ada yang diberikan kepada Jabatan Belia dan Sukan.

Walaupun bagaimanapun, kita telah pun memberikan peluang kepada pengusaha-pengusaha untuk menjalankan operasi seperti gimnasium, bukan sahaja di Stadium Negara Hassanal Bolkiah akan tetapi dilaratkan kepada 2 tempat jatui di Kompleks Sukan Mumong dan juga di Kompleks Sukan Tutong.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ, ia telah pun dijalankan oleh pengusaha-pengusaha tempatan. KItani sebenarnya menyasarkan belia untuk mengusahakan, walaupun bagaimanapun tidak ada belia yang tampail untuk menjalankan gimnasium yang telah pun diuburakan di Daerah Belait dan juga di Daerah Tutong.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ, kita amat menggalakkan kaedah (PPP) untuk membangun kompleks sukan ini di bawah Jabatan Belia dan Sukan, dan kita akan terus berusaha untuk membuka lagi tawaran-tawaran ini, بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.

Mengenai soalan yang pertama. Tidak dapat disangkalakan bahawa kita mesti memartabatkan bahasa Melayu. Ia satu keutamaan yang tinggi memartabatkan bahasa Melayu. KItani melihat bahawa penggunaan dua bahasa ini sering digunakan dalam conference, dalam workshop dan apa jua program yang dilaksanakan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Apa yang penting ialah untuk kitani meningkatkan lagi, ertinya peratus penggunaan bahasa Melayu ini, kadang-kadang kitani melihat bahawa penggunaan bahasa inggeris lebih daripada bahasa Melayu. Usaha adalah untuk mempertingkatkan peratus penggunaan yang menggunakan dua bahasa ini dan lebih utama adalah bahasa Melayu.

زَلِكَ جَنَبًا آَمًا, kitani akan terus memartabatkan bahasa Melayu dalam apa jua persidangan, apa jua program-program yang dilaksanakan seperti seminar, workshop lebih-lebih lagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Perkara ini diambil maklum dan usaha akan terus memartabatkan bahasa Melayu dalam apa jua program-program khususnya dalam kongres dan زَلِكَ جَنَبًا آَمًا , perkara ini diambil maklum dan usaha akan terus dipertingkatkan.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمـٰنِ الرَّحِیْمِ الحمدُ لِلّٰهِ رَبِّ العٰلَمِیْنَ وَالصَّلٰو۔ۃُ وَالسَّلامُ عَلیٰ رَسُوْلِهِ الأَمِیْنِ وَعَلیٰ آَلِهِ وَصَحبِهِ أَجْمَعِیْنَ.

Yang Berhormat Pengerusi. Izinkan kaola bernostalgia bersama Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan termasuk jua kitani semua sekali. Dalam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelima Belas Majlis Mesyuarat Negara pada tahun 2019.

Jika kaola tidak silap, kaola telah mencadangkan supaya Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menubuhkan dan menganjakkan satu yang dipanggil Akademi Seni Budaya bagi memantuni dan menyantuni golongan budayawan dan seniman yang termasuk golongan sasterawan, para penulis, penyanyi, pelukis dan seumpamanya.

زَلِكَ التَّذْکِرَةِ dalam sesi muzakarah antara Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan abiskala telah diberitahu bahwa Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan membina satu Galeri Seni, di satu tapak iaitu bangunan kerajaan yang telah diberikan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Khabar itu telah menggembirakan banyak pihak termasuk orang-orang seni.

Tetapi hasrat untuk 'merapuskan' semua seniman dan karyawan dan budayawan belum dapat terlaksana nampaknya, hanya nampak bangunan itu dinamakan Galeri Seni. Yang kami fahamkan hanyalah untuk pertunjukkan ataupun pameran-pameran seperti lukisan-lukisan yang bersejarah dan sebagainya. Jadi, belumlah ‘raptus’ keseluruhan budayawan dan karyawan dapat berlindung atau bernaung di bawah projek itu.

Kaola suka mendapatkan penjelasan lanjut dan pencerahan daripada Yang Berhormat anakanda Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengenai projek tersebut. Kaola cadangkan juga supaya peruntukan projek-projek seni budaya yang pernah kaola ajukan dulu dimasukkan dalam Rang Peruntukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk Tahun 2022/2023 atau jika dirasakan perlu dibuat dengan lebih besar lagi idea itu, dimasukkan dalam RKN-12. Akhirnya kaola tutup dengan serangkap pantun:

Anak buaya anak angsa, Pohon nangka berbuah lebat, Seni budaya jiwa bangsa, Tanpanya bangsa hilang martabat.

Terima Kasih, السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Terima Kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada ayahanda Yang Berhormat.

Untuk mengongsikan saja barangkan soalan lebih tertumpu kepada Penubuhan Akademi Seni Budaya.

Barangkali untuk menjawab lebih dahulu cadangan ataupun usulan mengenai projek seni budaya ini, إن شاء الله akan dilihati secara mendalam bagi permohonan peruntukan kewangan pada masa akan datang ataupun untuk diteliti bagi keutamaan untuk dimasukkan Rancangan Kemajuan Negara yang akan datang. Perkara itu akan diteliti dengan secara mendalam.

Bagi menjawabnya juga, untuk makluman Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah selesai merangkap kurikulum Akademi Seni Budaya Negara Brunei Darussalam. إن شاء الله, konsep Whole Of Nation telah dilaksanakan dalam rangka kurikulum ini.

Walau bagaimanapun, struktur tersebut telah dimanfaatkan untuk pelaksanaan hub seni yang lain. Ke arah pembinaan satu infrastruktur mengenai pelaksanaan balai budaya sebagai ruang budaya Culture Space pelaksanaan kegiatan berkenaan, sebidang tanah yang ada di Kampung Kiulap masih dalam penelitian dalam kementerian ini.

إن شاء الله seperti yang dikongsikan tadi, barangkan fasa yang pertama kurikulum seni budaya telah selesai dilaksanakan. Bagi pembinaan infrastruktur perkara ini akan diteliti lagi, walaupun sememangnya tapaknya ada. إن شاء الله ia akan diteliti bagi pembangunan ini sepertimana yang telah dicadangkan adalah sebagai keutamaan dalam Rancangan Kemajuan Negara yang akan datang.

Dalam masa yang sama, kaola ingin membagikan tambahan berkenaan ruang, بِنَاءً عَلَىٰ although ruang ini hanyalah ruang pameran sahaja apa yang diharapkan ruang-ruang tambahan ini nanti بِنَاءً عَلَىٰ. Ruang galeri seni di Dermaga Diraja بِنَاءً عَلَىٰ akan dibuka dalam sedikit masa lagi dan juga ruang galeri di Stadium Negara Hassanal Bolkiah بِنَاءً عَلَىٰ akan dibuka semula sedikit masa lagi, akan memberikan peluang bagi penggiat-penggiat seni industri kreatif untuk menggunakannya secara lebih besar.

بِنَاءً عَلَىٰ, galeri-galeri seni nanti akan memberikan peluang kepada pemanggiat industri kreatif kitani. Saya memahami ia sebagai ruang pameran sahaja bukan nya untuk berkarya بِنَاءً عَلَىٰ perkarai ini akan ditunduki dengan sedalam-dalamnya dengan pembinaan infrastruktur, dalam keutamaan-keutamaan yang akan datang, بِنَاءً عَلَىٰ. Terima Kasih, Yang Berhormat atas pandangan tersebut.

Penubuhan Akademi Seni Budaya. Penubuhan Akademi Seni Budaya akan dilaksanakan, akan tetapi akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, بِنَاءً عَلَىٰ. Jika dilizinkan barangkali kaola ingin membalas sedikit pantun Yang Berhormat.

Anak ayam anak si angsa,
Pasang lampu suluh pelita,
Pelihara kuhuk peradaban bangsa,
Budaya Melayu warisan kita.

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman

Terima Kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Lebih dahulu kaola merakamkan dan mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas usaha jerih payah dan khidmat Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bermaksud warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya, ganjaran pahala kami semua doakan.

Yang Berhormat Pengerusi izinkan kaola untuk mengajukan 4 isu perbahasan sekiranya dibenarkan Yang Berhormat Pengerusi.

  1. Kaola mengajukan soalan mengenai di bawah Tajuk SL064 - Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan peruntukan yang akan diberikan sejumlah $24,647,670.00.

    Dalam kehidupan yang kian mencabar pastinya setiap pelosok masyarakat akan terasa impak dan kesannya turut dirasakan juga kepada ibu tunggal dan para balu. Dengan adanya pihak berkenaan khususnya Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, setakat manakah keberkesanan hal ini terutamanya dalam membanguan dan menjamin kehidupan pihak kaum hawa ini untuk terus survive pada era kian mencabar ini?

    Koala ingin mencadangkan saja mungkin perlu difikirkan Skim Latihan Bimbingan, Perniagaan dan Bantuan Modal Perniagaan bagi mereka mencuburi bidang yang boleh menjeani kewangan dan pendapatan.;

  2. Yang Berhormat Pengerusi. Melihat kepada Skim Bantuan Perumahan, baik pihak kerajaan mahupun pihak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah semakin banyak permohonan dihadapkan. Namun sejak kebelakangan, banyak aduan dan rintihan para pemohon mengenai hal bantuan rumah ini.

    Apa yang lebih menyedihkan terdapat kelompok yang memohon ini adalah anak yatim dan mereka yang berpendapatan rendah. Apakah usaha-usaha pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini dalam menangani isu ini kerana seperti contoh anak yatim, yang mereka ini ada yang masih menumpang di rumah ahli keluarga lain dan terdapat kes lawatan sudah berulang kali dibuat oleh pihak bertanggungjawab, namun sehingga bertahun-tahun masih belum ada tindakan yang sewajarnya?;

  3. Kebiasaannya negara kita menghormati pada hari-hari kebesaran Islam termasuklah setiap malam Jumaat bahawa acara sukan ditiadakan. Merujuk perkara tersebut, ada acara sukan yang dianjurkan oleh salah sebuah persatuan mengadakan hampir setiap malam pada bulan Ramadan bermula selepas waktu berbuka puasa. Sebagai sebuah Negara Zikir, kita mestilah menghormati dan mengutamakan bulan ramadhan.

    Menganjurkan acara sukan tidak dilarang. Malah ia digalakkan untuk memajukan sukan di negara ini tetapi haruslah mengadakan pada bulan dan hari yang mengikut keseuaian. Soalan koala, adakah pihak yang berkenaan membuat pemantauan pada setiap acara sukan yang dianjurkan dan apakah ada garis panduan yang dikeluarkan khusus kepada para penganjur bagi acara sukan di negara ini?; dan

  4. Industri perfileman di negara kitani ini perlū sokongan dari pihak kerajaan. ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ dengan adanya sokongan pihak kerajaan, beberapa filem tempatan dibawa ke luar negara mengikut film festival di peringkat antarabangsa.

    Namun ada beberapa keluhan dari local film iaitu pembuat film tempatan yang terdiri daripada para belia anak-anak tempatan kitani bahwa pihak pawagam (cinema) di negara ini kurang bekerjasama dan tidak menyokong keluaran filem-filem tempatan.

    Ada juga pawagam yang langsung tidak memberi layanan kepada mereka sedangkan filem sudah pun siap untuk ditayangkan serta berkualiti mengikut standard tayangan.

    Sehubungan itu, bolehkah kiranya pihak berkenaan mengadakan satu perintah kepada pihak pawagam iaitu Perintah Wajib Tayang sebagaimana juga Perintah Wajib Tayang ini diadakan di beberapa negara lain?

Sekian, وَبِاللَّهِ التَّوْفِيقُ وَالْهِدَايَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

تيرما كاسيه Yang Berhormat Pengursi. Terima kasih Yang Berhormat.

Ada 4 soalan telah pun diajukan:

  1. Ibu tunggal dan balu. Bantuan dari pihak JAPEM sentiasa diberikan kepada golongan susah sama ada ibu tunggal, balu, wanita akan diberikan secara saksama. Ibu-ibu tunggal dan para balu ini tidak ketinggalan untuk diberikan sokongan dan bantuan khususnya kepada ibu-ibu tunggal dan balu terdiri daripada golongan susah dan berpendapatan rendah.

    Dikongsikan bahawa banyak program khususnya dalam memberikan latihan (skill) yang dilakukan oleh pihak Jabatan Pembangunan Masyarakat. Saya mengongsikan berkenaan dengan Program Komuniti. Banyak program yang dilaksanakan khusus Program Komuniti yang disasarkan kepada golongan susah dan juga penduduk kampung, belia dan lain-lainnya.

    Pihak JAPEM dengan kerjasama Pusat Pembangunan Belia telah pun melaksanakan program-program ini yang juga menyasarkan kepada kaum wanita, kaum hawa termasuk kepada ibu tunggal dan balu. Kitani telah pun melaksanakan dan program terakhir sebelum wabak COVID-19 ialah Program Jahitan yang telah diberikan kepada kaum hawa Mukim Saba dan kitani telah pun melaksanakan banyak program kepada kaum hawa yang insiatif ini datang dari Majlis Perundinin Mukim dan Kampung, inisiatif daripada ketua-ketua kampung dan sebagainya.

    Sebagaimana yang kitani hasratkan kitani akan terus meniijudkan Pusat Pembangunan Belia ini bukan untuk melaksanakan program belia sahaja tetapi juga Program Komuniti. Jadi لاَّ جَفَاءً pada ibu-ibu tunggal dan balu, khususnya kepada kaum hawa, program ini dilaksanakan di bawah Pusat Pembangunan Belia dan kitani telah pun melaksanakan antara lainnya jahitan, food and beverages, solekan, banyak program telah pun dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan juga telah pun mengeluarkan, mengumpulkan modal kepada kaum hawa, terutama sekali kaum hawa yang berminat dengan Program Komuniti ini.

    Selepas sahaja latihan akan terus diberikan latihan keusahawanan dan sekiranya berjaya dan menunjukkan minat mengikuti program-program bersama dengan dengan BIBD, Seed Programme dan sebagainya, mereka akan diberikan program. Perkara ini termasuk kepada ibu tunggal dan balu. Perkara akan terus dilaksanakan agar kaum ibu-ibu tunggal dari golongan susah diberikan program-program skill, latihan, ianya memang diberikan sepertimana tadi dinyatakan bahawa peruntukan bagi Seed ataupun modal ini ada dalam Program Pembangunan Masyarakat berjumlah $27 ribu setahun. Ini dikhuskuskan kepada golongan susah termasuklah kaum hawa dan اَهْلِ السُّنَّةِ وَاْلجَمَاعَةِ akan terus dilaksanakan. Saya menyeru untuk diambil peluang-peluang ini. Kebanyakan program ini dimulakan daripada penghulu dan ketua kampung yang mengaturkan kumpulan dan untuk dilaksanakan oleh Pusat Pembangunan Belia. اَهْلِ السُّنَّةِ وَاْلجَمَاعَةِ ;

  2. Skim Bantuan Perumahan. Skim Perumahan ini yang saya nyatakan tadi dalam mukadimah pembinaan rumah kepada golongan fakir dan miskin adalah satu kepentingan yang tinggi. اَهْلِ السُّنَّةِ وَاْلجَمَاعَةِ di bawah SKN kitani dapat melihat orang yang memohon bagi bantuan kebajikan bulanan, kitani dapat menggunakan artificial intelligence mengenai berapa ramai orang yang tinggal dalam satu rumah. Kitani dapat membuat penganalisisan siapa yang sepatutnya diberikan keutamaan bagi pembinanaan rumah ataupun pemberian rumah. Sistem ini dapat dilihat di SKN. Itu satu kaedah dalam memberikan keutamaan.

    Memang dari tahun 2019-2021 di bawah Program Quick-Win dan juga dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sejumlah 143 buah rumah telah diserahkan dan banyak lagi yang waiting list pembinaan rumah ini untuk golongan susah.

    Tadi dinyatakan dalam mukadimah, kitani hendaklah melihat perancangan holistik kepada program-program yang ada pada masa ini, yang pada masa ini sedang dilihat dan dirancangkan di bawah Housing Focus Group di bawah Kementerian Pembangunan bagi melihat pembinaan dan pemilihan rumah kepada golongan susah. اَهْلِ السُّنَّةِ وَاْلجَمَاعَةِ dengan adanya nanti perancangan di bawah Housing Focus Group ia akan dapat menambah kepada perancangan yang dilaksanakan khususnya untuk golongan susah.

  3. Pemantauan dan garis panduan bagi acara-acara sukan dan pelaksanaan acara-acara sukan. Sebenarnya garis panduan bagi perlaksanaan acara-acara riadah termasuklah sukan ini ada masa-masa yang kitani tidak dapat melaksanakan acara-acara riadah termasuklah sukan juga pada hari-hari dalam kalendar Islam. Ada hari-harinya telah pun dikeluarkan garis panduan ini.

    Barangkali إن شاء الله kitani akan mengingatkan kepada persatuan kerana banyak acara-acara sukan ini kadang-kadang ia bukan dilaksanakan oleh persatuan sahaja akan tetapi, kalau sekiranya event organizer bersedia akan melalui proses-prosesnya dan dipohonkan proses-prosesnya.

    Tapi إن شاء الله pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan mengharmonitah pada malam Jumaat dan juga hari-hari kebesaran Islam. Untuk melimlitkan acara sukan ini, perkara ini akan diingatkan lagi dan pihak kementerian mengucapkan terima kasih juga atas peringatan ini dan JBS akan terus memantau dan mengingatkan untuk menghormati pada waktu-waktu yang tertentu.;

  4. Berkenaan dengan perfileman. Tidak dapat disangkalkan kitani bersyukur bahawa pembinaan perfileman dari pihak tempatan semakin meningkat, termasuklah daripada para belia. Pihak kementerian mengakui dan memahami keluhan pihak-pihak yang membuat dan melaksanakan perfileman ini mengenai adanya limitasi dalam menayangkan filem-filem tempatan ini.

    Pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan berusaha dan telah pun membuat perjumpaan bersama dengan pihak-pihak industri filem dan cinema, untuk memberikan peluang kepada filem-filem tempatan untuk ditayangkan. Memanglah salah satu perkara yang dituduhkan ialah jumlah orang yang akan menonton. Ia adalah pengimbangan antara إن شاء الله untuk mendapatkan pendapatan dari cinema dan usaha untuk menayangkan filem tempatan.

    Ini yang telah pun diketengahkan dan jadi perkara ini akan diteliti dengan sebaik-baiknya, bersama dengan pihak-pihak cinema agar memberikan ruang bagi filem-filem tempatan ini untuk ditayangkan di pawagam-pawagam kitani.

    إن شاء الله perkara ini akan ditudunki lagi. Sebenarnya had masa yang telah pun diberikan oleh pawagam-pawagam ini, mereka mahukan masa yang lebih lama akan tetapi had masa yang diberikan untuk menayangkan filem-filem tempatan ini begitu pendek, ini berdasarkan keuntungan dan sebagainya. إن شاء الله perkara ini akan ditudunki bersama dengan pawagam agar juga memberikan ruang untuk filem-filem tempatan ini untuk ditayangkan.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat. أعتقد saya kira cukuplah berbincang mengenai Tajuk Belanjawan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sekarang saya ingin untuk mengundi bagi tajuk ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya kita meluluskan tajuk ini, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih. Semuanya bersetuju.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Tajuk Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan tajuk SU101A hingga Tajuk SL06A, dijadikan sebagaiahan daripada Jadual.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita sudah pun selesai meluluskan Tajuk Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Maka saya berpendapat ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dan kita akan kembali bersidang semula dalam Peringkat Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyurat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

Maka saya kira adalah berpatutan sekarang bagi kita untuk menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula, إن شاء الله pada esok hari iaitu Rabu, 2 Mac 2022. Sebagaimana lazim mulai pada pukul 9.30 pagi.

Sekian, والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.