HARI KE-18 PAGI
28HB MAC 2023M - PAGI
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi)
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
بسم هللا الرحمن الرحيم Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Bagi Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ini, iaitu hari yang kelapan belas, Selasa, 6hb. Ramadhan 1444H bersamaan 28hb. Mac 2023M, didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMAT
Doa selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang (Imam Masjid Omar ’Ali Saifuddien).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ للاِ وبركاتُه َّ الرحْ َٰم ِن ِ ِبس ِْم ه َّ ّٰللا أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, kita bersyukur ke hadrat هللا سبحانه وتعالى kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat bersama-sama lagi hadir pada pagi ini bersidang bagi hari yang kelapan belas dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara.
Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita نبي محمد صل هللا عليه وسالم, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل Majlis Mesyuarat Negara yang kita telah adakan pada hari semalam telah selesai meluluskan dengan jayanya Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024; begitu juga dengan Ketetapan di bawah Fasal 83(7) Perlembangaan Negara Brunei Darussalam, 1959 dan Ketetapan di bawah Bab 4(2) dari Akta Kumpulanwang Kemajuan Penggal 136 bagi membolehkan kementerian-kementerian meneruskan operasinya bermula pada 1hb. April 2023.
Pada semalam juga Persidangan Majlis Mesyuarat Negara sudah beralih ke Perkara VIII kenyataan Ucapan-Ucapan Penangguhan. Maka hari ini kita akan meneruskan seperti senarai yang ada bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk membuat kenyataan dalam Ucapan-Ucapan Penangguhan.
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang pertama Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
بسم هللا الرحمن الرحيم ال َح ْمد هلل َرب العَالَميْنَ سيدنا محمد وعلى آ ِل ِه وصحْ بِ ِه أجْ معِين َ على أَ ْش ـرف األ َ ْنب َيـاء َوالمرسليْـن َسليْـن َ ص َـالة َوالسَّـلم َ َّـالم َّ َوال
السالم عليكم ورحمة هللا وبركاتهdan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola terlebih dahulu sukacita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberikan peluang kepada kaola untuk bersama-sama menyertai ucapan penangguhan di Dewan yang mulia ini.
Dalam kesempatan ini juga, kaola dengan penuh hormat sukacita ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan di atas kebijaksanaan Yang Berhormat Yang Di-Pertua memimpin sepanjang persidangan permesyuaratan dengan penuh kewibawaan, tabah dan sabar dalam memastikan persidangan permesyuaratan berjalan dengan lancar, teratur dan penuh kesempurnaan.
Tidak lupa juga kaola ingin mengucapkan berbanyak terima kasih ditujukan kepada Yang Dimuliakan Jurutulis, Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Timbalan Jurutulis dan keseluruh warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat dan mereka yang terlibat telah bekerja dengan keras dan dedikasi dalam memastikan kesempurnaan persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini berjalan dengan lancar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet di atas pencerahan dan respon yang komprehensif serta begitu jelas tentang isu-isu atau perkara-perkara yang abiskaola sebelah sini timbulkan di Dewan yang mulia ini.
Dalam pada itu, di sebelah sini, kami Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik berharap mana-mana juga cadangan ataupun saranan positif yang diutarakan akan dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya demi semata-mata berusaha bersama-sama menambahbaikkan dan memantapkan lagi perkhidmatan serta fasiliti-fasiliti awam ke arah yang lebih berkesan dan efektif.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. لِل kita bersyukur ke hadrat اهلل سبحانه وتعالى dan setinggi-tinggi menjunjung kasih dengan berkat kepimpinan yang bijaksana, kewibawaan dan berwawasan yang jauh ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di mana rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam terus menerus menikmati kehidupan yang sejahtera dalam suasana yang aman damai, penuh harmoni dan seterusnya dapat menikmati الحمد لِلpelbagai bentuk-bentuk kemudahan dan juga subsidi yang disediakan oleh pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Kesemuanya ini semata-mata untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Dalam pada itu, kita sebagai rakyat dan penduduk yang berlindung di bawah Negara Brunei Darussalam sepatutnya juga berperanan dan bertanggungjawab untuk memberikan apa jua sumbangan atau khidmat bakti kita berdasarkan kepada kebolehan dan keupayaan masing-masing dalam kita bersama-sama menggembleng tenaga bagi mengembangmajukan ekonomi negara agar lebih mapan dan berdaya tahan demi kelangsungan kesejahteraan kehidupan kita di negara yang sama-sama kita cintai.
الحمدkita sebagai rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, kita harus bersyukur ke hadrat هللا سبحانه وتعالىkerana mempunyai Raja iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sangat-sangat prihatin serta pemedulian tentang hal ehwal kesejahteraan, kebajikan, masalah, malahan rintihan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam sehingga baginda sanggup bercemar duli berangkat atau kata istilah biasanya ‘turun padang’ ke jabatan-jabatan kerajaan, institusi pendidikan, rumah-rumah kediaman persendirian, organisasi tertentu sama ada berjadual atau tidak berjadual untuk mengetahui keadaan yang sebenar-benarnya serta mendengar dan mendapatkan input secara terus dalam usaha menyelesaikan apa juga masalah atau isu yang ditimbulkan.
Sehubungan dengan ini, marilah kita bersama-sama khususnya pemimpin-pemimpin mengambil iktibar, pengajaran dan teladan dari cara kepimpinan baginda ini dalam kita bersama-sama mentadbir urus dan menjalankan tanggungjawab masing-masing supaya kita lebih maju bergerak terus ke hadapan ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang dan dinamik untuk memajukan sosioekonomi negara ke arah yang lebih mapan dan berdaya tahan.
Kaedah urus tadbir secara turun padang ini membolehkan kita mengetahui apa juga masalah atau isu yang sebenarnya serta mendapatkan feedback daripada pegawai-pegawai bawahan dalam menyelesaikan apa juga masalah atau isu.
Di samping itu, hendaklah juga kita mengamalkan sikap keterbukaan dengan mudah atau mudah menerima fikiran-fikiran yang positif dan inovatif dari pegawai-pegawai bawahan ان شاء هللا dengan cara sedemikian ini sudah setentunya bukan sahaja mengeratkukuhkan lagi semangat berpasukan dan sense of belonging tetapi ia boleh membantu penambahbaikan perkhidmatan dan pengurusan yang cemerlang dan efisien.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sebagaimana dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II mengenai dengan penyediaan Rang Undang-Undang Anggaran Perbelanjaan Negara bagi Tahun 2023/2024 pada hari Khamis, 6hb. Mac 2023M yang lalu di Dewan yang mulia ini, di mana anggaran hasil kerajaan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 adalah diunjurkan berjumlah $2.99 billion.
Manakala jumlah perbelanjaan bagi membiayai kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan termasuk membiayai perbelanjaan di bawah perbelanjaan yang diakui berjumlah $5.96 billion. Dari itu, kerajaan dianggarkan mengalami defisit berjumlah $2.97 billion.
Ini adalah satu cabaran utama yang perlu diambil perhatian yang serius untuk ditangani. Dengan kedudukan kewangan seperti ini, kaola penuh percaya dan sangat berkeyakinan pihak-pihak berkuasa dan berkepentingan khususnya Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta kementerian-kementerian, Government Linked Companies (GLC’s) dan juga pihak-pihak yang berkenaan sangat bersungguh-sungguh berusaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan lagi berdaya tahan apatah lagi untuk mencapai Wawasan Brunei 2035.
Berdepan dengan cabaran kedudukan defisit negara ini, kita seharusnya sama ada di pihak sektor kerajaan atau swasta serta lapisan rakyat dan penduduk di negara ini hendaklah bersama-sama bergerak ke hadapan dengan lebih pantas, bersedia untuk berkorban dalam menghadapi cabaran ini. Kita semua hendaklah lebih kreatif, inovatif, serta mengubah mindset ke arah yang lebih dinamik serta progresif, lebih dedikasi dan bersungguh-sungguh serta amanah dalam kita bersama-sama berusaha meningkatkan pertumbuhan dan mengembangluaskan lagi ekonomi negara pada masa ini dan di masa akan datang. Sehubungan dengan ini, di antara cadangan kaola adalah seperti itu dan perkara ini ada juga telah pun ditimbulkan di mesyuarat-mesyuarat yang lalu:
Mereview atau meneliti dan mengemaskini tatacara yang lebih significant untuk menarik lebih ramai lagi pelabur-pelabur asing FDI terutama yang berskala besar. Contoh dan iktibar yang boleh kita ikuti seperti negara-negara luar Singapura, Malaysia, Vietnam malahan sekarang kita lihat negara Indonesia, menarik lebih ramai lagi pelabur-pelabur untuk melabur. Walau bagaimanapun keadaan ini disesuaikan dengan iklim dan keadaan negara kita.
Meningkatkan produk yang lebih berskala besar bagi produk-produk yang telah pun berjaya dieksport ke luar negeri, di samping mengenalpasti produk yang berpotensi untuk dieksport dan dikembangluaskan bagi menembusi pasaran luar negeri.
Prasarana disediakan hendaklah lengkap dan mencukupi untuk menggalakkan lebih ramai lagi Pengusaha-Pengusaha Mikro, Kecil dan Sederhana berkecimpung dan mengembangluaskan lagi perniagaan dan perusahaan mereka.
Pihak kerajaan hendaklah dan seharusnya lebih fokus dan mengutamakan perbelanjaan yang lebih menjana pertumbuhan ekonomi dan spinoff yang berpotensi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Peruntukan kewangan hendaklah digunakan secara berhemah, berjimat cermat dan sekurang-kurangnya kita mestilah mengelakkan sebarang pembaziran.
Seterusnya untuk mereview dan meneliti dan memperluaskan lagi penyediaan di kalangan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam dalam berbagai profesional kemahiran teknikal ICT yang diperlukan dan marketable mengikut industri.
Kaedah ease of doing business ini adalah satu faktor yang perlu kita kenal pasti juga. Iaitu pada masa ini supaya ia lebih kondusif serta user friendly untuk memastikan para pelabur berasa terjamin dan stable berniaga malahan tinggal di negara ini. Ini termasuklah juga kemudahan keluar masuk dan kemungkinan seperti yang dinyatakan sebelum ini oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk memberikan multiple entry visa dan mungkin juga pas imigresen dalam tempoh yang lebih lama dengan syarat-syarat tertentu.
Kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan hendaklah juga mengenalpasti bersama-sama apakah cara atau pendekatan untuk meningkatkan hasil pendapatan negara mengikut bidang kuasa masing-masing dengan mengambil kira tidak membebankan mereka yang berpendapatan rendah.
Seterusnya hasil pendapatan negara yang dikutip oleh agensi-agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan hendaklah dipastikan dikutip mengikut jadual yang ditetapkan. Mana-mana hasil kutipan yng tertunggak semestinyalah diusahakan untuk dijelaskan. Walau bagaimanapun cadangan-cadangan kaola tersebut adalah tertakluk kepada penelitian yang terperinci oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam berkat bulan Ramadan yang mubarak ini marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat هللا سبحانه وتعالى, semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat Diraja sentiasa dikurniakan taufik, rahmat dan hidayah dan sentiasa berada di dalam kandungan sihat walafiat dan penuh kesihatan yang berpanjangan serta sentiasa di dalam perlindungan هللا سبحانه وتعالىjua. آميْن َيا َربَّ ْال َعالَميْن.
Dikesempatan ini juga kaola sukacita memohon maaf jika sekiranya terdapat perkataan yang mungkin tidak menyenangkan atau terkasar bahasa di Dewan yang mulia ini semasa kaola membahaskan isu-isu atau pandangan-pandangan yang diutarakan. Akhirnya kaola ingin mengongsikan 2 rangkap pantun di Dewan majlis ini.
Majlis Mesyuarat Negara, akan berakhir sudah, Pembentangan perbahasan bersama, diutarakan berjalan lancar serta terarah, kerana kewibawaan yang Di-Pertua Dewan.
Hari ini bertanam kangkong, Hari esok bertanam serai, 18 hari di-Dewan ini kita berkampung, Petang nanti ان شاء هللا, Kita bersurai.
Sekian, ُ و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مة.وباهلل التوفيق والهداية.ُللاِ وبركاتُه
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan penangguhan yang kedua Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II
السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته selamat pagi dan salam sajehtera. بسم هللا الرحمن الرحيم
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang dirahmati هللاdan dihormati sekalian. ْال َح ْمد َّلِل, kita rafakan rasa syukur ke hadrat هللا سبحانه وتعالىdengan kurnia rahmat Nya jua berkat daulat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Di awal kesempatan ini, kaola juga sukacita dengan datangnya bulan Ramadan yang mulia ini, yang sudah kita lalui 5 hari, menyampaikan ucapan selamat menunaikan Ibadah Fardhu Puasa dan ibadat-ibadat di dalamnya, Ramadan Kareem.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola dengan penuh tulus ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormt Yang Di-Pertua atas kewibawaan, kebijaksanaan dan ketabahan Yang Berhormat Yang Di-Pertua memimpin dan menerajui sesi permuzakarahan sama ada di peringkat Majlis Mesyarat Negara atau pun di peringkat Jawatankuasa dengan cemerlang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat yang terlibat dalam pengendalian permesyuaratan ini dengan penuh keprihatinan menentukan kesejahteraan dan keselesaan Ahli-Ahli Yang Berhormat juga para hadirin dan hadirat di Dewan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang dengan tulus ikhlas dan secara keterbukaan mengetengahkan dan membahaskan isu-isu yang menjadi perhatian dan kepentingan rakyat dan penduduk negara ini khususnya berkaitan dengan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya. Walaupun ini merupakan pendedahan pertama di Dewan Yang mulia ini bagi hampir kesemua Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Dalam kesempatan ini peramba/kaola/saya sukacita menyentuh mengenai beberapa perkara yang difikirkan penting dan ان شاء هللا akan terus diambil perhatian oleh Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya selesai sahaja kita bersidang di Dewan yang mulia ini. Di antaranya:
Mengenai dengan isu yang berkaitan dengan pengisian jawatan-jawatan utama di sektor awam dan hal-hal memangku jawatan yang terlalu lama sepertimana yang disuarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa membincangkan Belanjawan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya. Pihak Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama agensi kerajaan secara whole of government akan terus berusaha bagi menangani isu berkenaan dengan menggunakan peraturan dan garispandu yang sedia ada. Ini adalah bagi memastikan pegawai-pegawai yang hendak mengisikan jawatan-jawatan utama tersebut merupakan seorang pegawai yang benar-benar berpotensi dan kompetant serta dapat menyumbang dan memberikan impak yang besar kepada kemajuan organisasi di kementerian mahupun di jabatan mereka ditempatkan atau bertugas.
Pengisian jawatan-jawatan kosong di semua peringkat bahagian di sektor awam bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap dan efisien. Jabatan Perdana Menteri melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan terus komited untuk memastikan proses pengisian jawatan dapat dilaksanakan secara adil, berkesan dan cepat melalui inisatif-inisiatif berikut:
i. Sistem PSC Recruitment 2.0 Enhancement.; ii. Pengukuhan Garis Pandu.; iii. Mengemaskini peraturan dan; iv. Kaedah Talent Pool.
Mengenai perancangan dalam memastikan rancangan penggantian (succession planning) dalam perkhidmatan awam. Dalam hal ini, setiap kementerian dan jabatan akan terus diperingatkan untuk menggunakan garis panduan rancangan penggantian yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, memastikan pegawai kanan yang telah dikenal pasti oleh setiap kementerian dan jabatan diberikan kursus pembangunan kepimpinan di bawah Civil Service Leadership Pipeline yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Perdana Menteri.
Program-program tersebut adalah Program Eksekutif Muda (Young Executive Programme), Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Dan Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO).
Program-program yang ditawarkan di Institut Perkhidmatan Awam (IPA) juga tersedia dan merupakan pensijilan profesional dalam pelbagai bidang termasuk bidang pengurusan dan kepimpinan. Dalam perkara ini, pihak IPA juga sedang menyediakan Rangka Kerja Pembangunan Kapabiliti Perkhidmatan Awam (RPKPA) atau Public Service Capability Development Framework (PSCDF) yang bertujuan untuk mengukur keupayaan atau kebolehan perkhidmatan awam agar dapat menyokong dan melaksanakan strategi, inisiatif dan program-program kementerian dan jabatan bagi menghasilkan pemberian perkhidmatan yang cemerlang.
Warga perkhidmatan awam ditekankan untuk mengambil peluang-peluang latihan dan pendedahan yang disediakan untuk membangun capability sumber tenaga manusia di organisasi masing-masing.;
Menyentuh mengenai produktiviti organisasi. Perkara ini bergantung kepada kepimpinan, penyampaian perkhidmatan (service delivery) dan inovasi sepertimana yang telah dijelaskan dalam mukadimah dan sesi perbincangan. Pelbagai peluang dan program tersedia bagi membantu kementerian atau jabatan mempertingkatkan produktiviti masing-masing melalui pembangunan kepimpinan serta kursus-kursus latihan pengurusan termasuk inovasi.;
Menyentuh mengenai keamanan dan kestabilan negara. Kita tidak sekali-kali akan berkompromi dengan isu-isu yang melibatkan keselamatan negara termasuk juga anasir-anasir yang cuba mempengaruhi minda masyarakat dengan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan prinsip Melayu Islam Beraja. Dalam hal ini, Jabatan Perdana Menteri melalui agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan ان شاء هللا akan terus bertindak untuk merangka strategi bagi memelihara kestabilan politik, mempertahankan kedaulatan negara serta menghubungkan keupayaan pertahanan dan keupayaan diplomatik, dan juga persediaan negara dalam menangani ancaman keselamatan.
Ini termasuklah dalam meningkatkan usaha-usaha seperti membanteras aktiviti jenayah dalam mengukuhkan lagi keupayaan agensi-agensi berkepentingan untuk membawa individu-individu yang bersalah ke muka pengadilan agar mereka dapat berhadapan dengan sistem keadilan dan undang-undang yang sedia ada yang sentiasa relevan dan berkesan.
Sehubungan dengan ini, Jabatan Perdana Menteri akan terus peka atau vigilant terhadap ancaman jenayah merentas sempadan seperti jenayah siber, penyeludupan dan pengedaran dadah haram dan barang-barang terlarang serta jenayah pemerdagangan manusia yang berpotensi untuk menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
Walau bagaimanapun, sayugia diingati bersama seperti juga kaola ketengahkan atau ulangi di mukadimah Kementerian Pertahanan peranan menjaga keselamatan, keamanan dan keharmonian ini terletak di bahu kita semua bukan hanya khusus kepada agensi-agensi keselamatan.
Justeru itu, kaola menyeru dan memohon kerjasama semua pihak terutamanya pemimpin-pemimpin akar umbi dan orang-orang awam untuk kita sama-sama atau bersepadu membanteras jenayah di negara ini.
Di kesempatan ini, sukacita kaola dengan tulus ikhlas tidak lupa merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang awam dan pihak-pihak tertentu yang telah banyak membantu memberikan maklumat kepada pihak berkuasa dalam membanteras dan menangkap penjenayah yang mana dapat menyelesaikan beberapa kes jenayah di negara ini. Sebagaimana kita bertindak sebagai satu masyarakat yang sama-sama bertanggungjawab untuk memelihara kedaulatan undang-undang negara (uphold the rule of law).;
Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana akan terus melaksanakan strategi yang telah disusun untuk memaksimakan hasil dari sumber minyak dan gas. Ini termasuk memastikan pengeluaran minyak dan gas dikekalkan di tahap 300,000 tong sehari dalam jangka sederhana dan dipertingkatkan lagi ke tahap kira-kira 350,000 tong sehari dalam masa panjang. Tujuannya adalah untuk memajukan reserves yang sudah ditemui melalui pelbagai inisiatif yang inovatif dan cost effective serta meningkatkan pelaburan dan kegiatan penerokaan bagi penemuan sumber minyak dan gas yang baharu.
Manakala di sektor hiliran minyak dan gas, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama agensi yang berkenaan akan terus mendokong pertumbuhan sektor hiliran dalam memaksimakan dan mengukuhkan rangkaian sektor hiliran dengan mengembangkan projek-projek berunsur hiliran derivative yang menggunapakai produk petrokimia sebagai feed stock.
Kegiatan hiliran di Pulau Muara Besar yang lebih berasaskan industri hiliran minyak dan gas akan berkembang pesat apabila fasa kedua Pulau Muara Besar yang kini sedang di peringkat perancangan memerlukan pelaburan lebih kurang US$9 bilion dan dijangka mula beroperasi pada tahun 2027/2028.
Bagi memastikan faktor realibility di sektor tenaga terus diperkukuhkan, pengendalian prasarana yang berkesan melalui aktiviti-aktiviti rejuvinasi ke atas aset-aset dan fasiliti akan sentiasa diberikan perhatian. Dalam memajukan sektor huluan dan hiliran, keutamaan akan terus ditumpukan ke arah memaksimakan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan termasuk memantau perancangan succession planning dalam mengukuhkan lagi penguatkuasaan arahan Bruneianisation (Bruneianisation Directive) bagi syarikat-syarikat pengendali utama minyak dan gas serta memperluaskan lagi peluang-peluang pengusaha-pengusaha tempatan di kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana yang dapat membangun daya saing yang tinggi; dan.
Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Perkhidmatan Elektrik akan terus berusaha memberikan perkhidmatan pembekalan tenaga elektrik dan bahan api pengangkutan yang mampan dan efisien untuk memenuhi keperluan negara bagi mengekalkan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini, di samping memacu pertumbuhan kegiatan ekonomi negara yang dijangka akan berkembang dengan pesat.
ان شاء هللا dengan adanya projek-projek rancangan kemajuan negara dan juga projek-projek di bawah Perbelanjaan Berulang-ulang, Jabatan Perkhidmatan Elektrik akan terus melaksanakan usaha-usaha bagi meningkatkan lagi indeks realibility bekalan elektrik negara dan mencapai liputan 100% pembekalan tenaga elektrik negara.
Ini termasuk projek-projek yang memberi tumpuan khusus kawasan-kawasan pedalaman di Daerah Belait dan Daerah Tutong. Pada masa yang sama, keutamaan turut diberikan dalam memastikan negara terus mencapai tahap sara diri yang tinggi dalam penghasilan beberapa produk utama petroleum khususnya bahan api kenderaan bagi memenuhi keperluan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, mungkin tidak keterlaluan bagi peramba/kaola/saya mengambil kesempatan di penangguhan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara di Dewan yang mulia ini untuk menarik perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik agar apa-apa juga permasalahan yang dibangkitkan dan rungutan yang dikemukakan oleh masyarakat atau anak-anak buah kampung adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk kita mencari jalan penyelesaian dan membuka dan mengukuhkan rangkaian perhubungan berbagai pihak untuk bekerjasama melalui pendekatan whole of government dan whole of nation sepertimana juga seruan titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Dalam hal ini, demi kesejahteraan rakyat dan orang ramai juga, pada hemah kaola adalah lebih elok untuk kita sama-sama terus mengadakan perundingan, perbincangan dan syura untuk mencari jalan penyelesaiannya sementara awal masalah-masalah itu diketengahkan atau dibawa ke perhatian kita daripada hanya menunggu untuk dibawa ke Dewan yang mulia ini pada tahun hadapan.
Jabatan Perdana Menteri sangat mengalu-alukan bagi mengadakan sesi permuzakarahan dan mengalu-alukan lawatan atau sesi turun padang daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik untuk meninjau lebih dekat dan sama-sama bercambah fikiran dan bertukar pendapat mengenai apa juga perkara atau permasalahan.
ان شاء هللاdengan berkat keterbukaan dan permuafakatan, diyakini banyak pandangan-pandangan dan kaedah-kaedah penyelesaian dapat diperolehi demi kemaslahatan setiap pihak.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat. أَ ْل َح ْم ْد ٰلِل selama 17 hari yang berlalu kita telah sama-sama memertabatkan majlis mesyuarat ini sesuai dengan sifatnya pada menjunjung tinggi kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saiffuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang baginda kurniakan di Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara ini, di Dewan mulia ini sebagai wadah bagi membincangkan isu-isu utama dan strategik bagi membangun untuk kepentingan negara.
Kita akan terus menanai kurnia titah-titah tersebut dan akan meneruskan pendekatan ini khususnya di dalam meneruskan perjalanan untuk merealisasikan Wawasan Brunei 2035 yang kita sedari dan sentiasa diperingatkan hanya tinggal 12 tahun sahaja lagi dan menentukan keamanan, keselamatan dan kemakmuran negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara zikir akan sentiasa kekal dinikmati dan disyukuri.
Sebelum berundur diri, kaola Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Memohon kemaafan kepada Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik, andai terdapat kekurangan atau kepincangan khususnya dalam memberikan jawapan-jawapan dan penerangan-penerangan dari soalan-soalan yang dikemukakan dan sebarang tingkah laku dan tutur kata di sepanjang kita berjemaah di Dewan yang mulia ini.
Melalui sukut baik berpuasa ini marilah kita sama-sama menadah tangan memohon doa ke hadrat هللا سبحانه وتعالى bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Raja yang kita kasihi akan dikurniakan nikmat lanjut usia, sihat kekal sejahtera, kekal karar memerintah di atas singgahsana kerajaan Negara Brunei Darussalam begitu juga dengan ahli-ahli kerabat baginda.
Dan Negara Brunei Darussalam, bumi tercinta ini akan terus aman makmur berkekalan ميْن َيا َربَّ ْالعَالَميْن. Buat akhirnya sehingga kita dipertemukan di lain kesempatan peramba kaola saya tidak lupa menyampaikan ucapan selamat kita menunaikan ibadah puasa dan amalan-amalan di dalamnya dan berbahagia berhari raya di ketibaan syawal di penghujungnya nanti.
Sekian, َوالَّسالَمَ علَيْك ْمَ وَرحْمة هللاَ وبَركَاته. وباهلل التوفيق والهداية.
Terima kasih Yang Berhormat YangDi-Pertua.
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang ketiga daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
الرحْ يم َّ الرحْ َٰ َمن َّ ٰ بسْم Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada kaola menyampaikan Ucapan Penangguhan pada hari ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, الَّسالَمَ علَيْك ْمَ وَرحْمة هللاَ وبَركَاته dan salam sejahtera. أَْلَحْمْدُ ٰلِل syukur ke hadrat سْبَحاَنهُ وَتَعَالَى ّ ٰ َ أ kerana dengan petunjuk dan izin-Nya juga kita sampai ke penghujung persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas bagi Majlis Mesyuarat Negara bagi Tahun 1444H/2023M ini setelah bersidang selama 18 hari sehingga ke hari ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat mendahului Ucapan Penangguhan ini kaola dengan penuh hormat takzim menyembahkan setinggi-tinggi ucapan dan menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kebijaksanaan, kepimpinan baginda dan keprihatinan yang berterusan untuk mempertingkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan penduduk di negara ini di samping kesungguhan baginda untuk memperkukuh kestabilan perekonomian dan pembangunan negara dengan jumlah perbelanjaan yang dikurniakan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 ini.
Dalam kesempatan ini, kaola juga mengambil peluang untuk menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana dengan jayanya memimpin permesyuaratan di dalam Dewan yang mulia ini dengan bijaksana, sabar serta penuh diplomasi dan harmoni, juga kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis atas nasihat dan bimbingan yang diberikan kepada abis kaola di sepanjang persidangan dan kepada warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat atas kerjasama berterusan memudahkan urusan abis kaola di sini dari sejak awal pelantikan sehingga ke hari ini. أَ ْل َح ْمد ٰلِل
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, sepanjang persidangan di dalam Dewan yang mulia ini, kita telah sama-sama menekankan perbahasan mengenai pelbagai isu dan cabaran, strategi dan inisiatif kementerian-kementerian serta cadangan-cadangan penyelesaian yang difikirkan dapat memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat dan kestabilan sosioekonomi negara.
Antaranya seperti isu kemiskinan, skim kebajikan negara, sektor-sektor pertanian, peternakan dan perikanan negara yang meliputi penyaluran keperluan asas dan kemahiran kepada golongan yang berpendapatan rendah dan juga kepada golongan belia.
Untuk meningkatkan taraf hidup agar rakyat hidup berdikari dan seterusnya kadar kemiskinan di negara ini dapat dikurangkan. Selain itu, isu berkaitan pembangunan negara dan kestabilan ekonomi negara serta usaha-usaha untuk mengembang luas dan meningkatkannya juga mendapat perhatian dalam perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kaola berharap perbahasan-perbahasan yang berlangsung di dalam Dewan yang mulia ini, akan mengukuhkan lagi persefahaman antara semua pihak yang berkepentingan untuk terus berkerjasama dalam satu pasukan yang akan sama-sama melaksanakan tanggungjawab dan peranan dalam bidang tugas masing-masing yang diamanahkan untuk merealisasikan Wawasan Brunei 2023 nanti ان شاء هللا.
Di kesempatan ini, kaola sukacita mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet atas kepimpinan dan usaha merancang pelbagai strategi dan inisiatif untuk menangani isu dan cabaran yang mengesankan rakyat dan negara di samping keterbukaan Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk menerima semua isu, aduan serta cadangan abis kaola dan seterusnya penuh dengan penuh tanggungjawab dan commited memberikan maklum balas.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kaola menyambut baik dan akan sentiasa memberikan sokongan padu kepada strategi dan inisiatif mana-mana pihak di sektor kerjaan, swasta dan NGO’s serta masyarakat umum di luar sana yang diusahakan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kestabilan dan sosio-ekonomi negara.
Dalam hal ini, kaola bersependapat dengan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat mengenai pentingnya pendekatan whole of nation dan whole of government untuk diperkasakan lagi pelaksanaannya dengan meningkatkan penglibatan sektor-sektor swasta dan NGO’s serta masyarakat awam untuk mengikut kesesuaian dalam bidang dan kemahiran yang ada untuk berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan secara bersepadu dan saling menyokong antara satu sama lain dan bersatu dalam menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh rakyat dan negara.
Dalam hal ini, kaola bawakan contoh semasa situasi penularan COVID-19 di negara ini. Kita melihat semua pihak di sektor swasta dan NGO’s serta masyarakat awam bersatu membantu pihak kerajaan dengan iltizam yang kuat untuk mengawal dan melepaskan negara dari penularan COVID-19 berterusan semuanya disebabkan kesedaran dan kefahaman masyarakat yang diterima menerusi media-media seperti televisyen dan radio serta media-media sosial.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat, amalan inilah yang perlu kita perkasakan bersama dalam menangani apa juga isu dan cabaran negara, iaitu dengan meningkatkan koordinasi dan Kerjasama padu antara semua pihak sama ada di sektor kerjaan, swasta dan NGO’s serta masyarakat umum dengan satu tujuan dan satu matlamat iaitu untuk kebajikan rakyat dan negara semata-mata.
Berkat perpaduan masyarakat dan dengan pertunjuk dengan bersatu hati kita akan berjaya menyelesaikan isu dan cabaran yang mengesankan kesejahteraan rakyat dan negara serta menjadikan Negara Brunei Darussalam yang kita cintai ini sebagai negara zikir yang berkat dan di redahi oleh س ْب َحا َنهُ َوتَ َعالَى ّ ٰ َ أ, mempunyai ekonomi yang mantap dan rakyat yang berdikari serta bebas dari kemiskinan menjelang Wawasan Brunei 2035 nanti.
Selain itu, bersikap lebih terbuka dan telus dengan memberigakan apa jua dasar dan inisiatif yang dirancang serta isu dan cabaran yang dihadapi oleh negara, bagi memudahkan rakyat memahami dan menerima sebarang perubahan dan bersedia memberikan kerjasama untuk menanganinya.
Menilai semula strategi dan inisiatif yang sedang dilaksanakan untuk mengenal pasti sebarang punca kekurangan atau kelemahannya dan merancang penambah baikan yang lebih efektif dan mengambil kira dan meneliti cadangan-cadangan yang telah dikemukakan sepanjang persidangan ini oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Yang Dilantik.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Untuk akhirnya kaola sukacita menarik perhatian semua yang ada di dalam Dewan yang mulia ini bahawa kita semua berperanan sebagai pemimpin. Ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadith Baginda yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggung jawab ke atas apa yang dipimpinnya”.
Kaola membawakan hadith tadi untuk ingatan kita bersama bahawa kepimpinan bukanlah satu kemuliaan ataupun kebanggan tetapi ia adalah satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan kepada setiap individu di hari akhirat nanti.
Oleh itu, dengan tanggungjawab yang diamanahkan ini, marilah kita bersama-sama menjadikan Negara Brunei Darussalam yang kita cintai ini sebagai negara zikir yang berkat dan diredhai oleh, mempunyai ekonomi yang mantap dan rakyat yang berdikari serta bebas dari kemiskinan melalui contoh urustadbir dan kepimpinan Rasulullah sebagai amalan kita berlandaskan 4 sifat Baginda yang mashyur iaitu sifat shidiq (jujur), amanah (dipercayai), tabligh (menyampaikan) dan fatonah (bijaksana).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Akhir sekali kaola berdoa semoga س ْب َحا َنهُ َوتَعَالَى ّ ٰ َأ لِل melanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melimpahkan rahmatnya dan mengurniakan nikmat kesihatan dan keafiaatan kepada baginda dan Ahli-Ahli Kerabat Diraja serta seluruh rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam ini, sentiasa hidup aman dan makmur dalam pertunjuk dan keberkatan serta keredhaan س ْب َحا َنهُ َوتَعَالَى ّ ٰ َ أdi dunia dan di akhirat ان شاء هللا.
Sebagai penutup, kaola memohon kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat serta semua yang berada di Dewan yang mulia ini, andai ada tutur kata kaola yang kurang manis di dengar atau tingkah laku yang kurang elok dipandang, mohon dimaafkan semua kelemahan ini.
Kaola juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mubarak ini dan seterusnya selamat menyambut Syawal yang mulia, ان شاء هللا. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah juga. آميْن َيا َربَّ ْالعَالَميْن
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang keempat daripada Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub: Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. الرحْ يم السَّال ُم عل ْي ُك ْم َّ الرحْ َٰم ِن ِ بِس ِْم ه َّ ّٰللا ورحْ مةُ للاِ وبركاتُهdan salam sejahtera.
Terlebih dahulu kaola mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua atas memimpin permesyuaratan dengan ramah dan cekap serta berjalan dengan teratur.
Tidak lupa juga kaola merakamkan terima kasih kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis, pegawai-pegawai Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara kerana dapat mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaatan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara ini dengan sempurna dan berjalan lancar.
Berkenaan dengan mengekalkan kelestarian bumi. Negara Brunei Darussalam adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesies flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia. Ditambah pula dengan ekonomi negara yang semakin mengukuh, rakyat mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber ini adalah tidak terhad.
Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan. Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif.
Bercakap berkenaan dengan perubahan iklim, isu banjir, bencana alam dan kemusnahan hutan antara perkara yang kaola timbulkan di dalam dewan yang mulia ini. Pihak kerajaan mahu pun swasta sentiasa memainkan peranan di dalam memastikan kemajuan negara sentiasa mengutamakan kelestarian bumi Brunei Darussalam ini tetap dipelihara. Agar isu-isu yang ditimbulkan berkenaan dengan alam sekitar dan perubahan iklim dapat dikurangkan. Perubahan iklim bukanlah fenomena yang hanya berkaitan dengan perubahan lingkungannya saja.
Dalam prosesnya terjadi perubahan ekonomi, sosial, politik, dan geografi. Semuanya berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Misalnya, perubahan iklim yang menyebabkan muka air laut naik dan kejadian bencana banjir akan berubah. Penghidupan rakyat dan masyarakat dan akhirnya mengambil keputusan berpindah ke tempat lain untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan selamat.
Berkenaan dengan isu-isu yang kaola timbulkan di Dewan yang mulia ini berkenaan dengan pembinaan lebih banyak kolam takungan banjir di kawasan-kawasan yang berisiko seperti pembinaan benteng pengadang dan sistem amaran awal bagi kawasan-kawasan penduduk di persisiran pantai adalah perlu diberi perhatian sewajarnya dengan mengambil kira kewaspadaan kenaikan paras air laut tahun 2030.
Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan daripada Dato Seri Reezal Merican Naina Merican, mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malayasia menyatakan bahawa NCVI adalah satu kaedah yang menunjukkan kepelbagaian ekosistem di sesebuah kawasan pesisiran pantai dan penilaian terhadap tahap keterdedahan atau kerapuhan kawasan berkenaan. Katanya, ia juga bertindak sebagai sistem amaran terhadap risiko yang akan wujud.
Penemuan NCVI di dalam RPP-2 yang disokong data saintifik antaranya daripada Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) yang diterbitkan pada 2019 menunjukkan Malaysia terkesan dengan isu kenaikan paras air laut dan ia dijangka turut menjejaskan kawasan pantai dalam kadar keluasan yang besar.
أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, di dalam mukadimah Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024, inisiatif dan usaha melestarikan Negara Brunei Darussalam selaras dengan komitmen ke arah pelepasan sifar bersih (net zero emission) menjelang tahun 2050. Ini bertepatan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Perasmian Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara iaitu “Mengenai komitmen negara ke arah perubahan iklim, beta telah memperkenankan Negara Brunei Darussalam untuk menjadi Tuan Rumah bagi Pusat Perubahan Iklim ASEAN (ASEAN Centre for Climate Change) yang akan menempatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara untuk menjalankan kegiatan penyelidikan berkaitan dengan perubahan iklim.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, menyentuh juga mengenai dengan insentif dan dorongan guru-guru di sekolah-sekolah Negara Brunei Darussalam. Kaola ingin mengemukakan mengenai dengan perkara ini iaitu insentif dan dorongan guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah yang sudah berkhidmat terlalu lama secara berterusan dengan cemerlang dan penuh dedikasi agar diberikan bentuk insentif sokongan, bantuan dan pertolongan yang sepatutnya yang mereka tidak lagi diberikan beban dan tugas yang tidak ada kaitannya dengan pembelajaran-pembelajaran. Sepatutnya mereka itu diberi keanugerahan pingat-pingat yang bersesuaian dengan perkhidmatan yang mereka jalankan sepanjang perkhidmatan yang sedia ada. Menyentuh berkenaan dengan isu beban guru, peranan dan fungsi guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada pelajar, bahkan memastikan pelajar lahir daripada sistem pendidikan yang mempunyai sahsiah serta daya saing tinggi menerusi penjiwaan amalan yang baik diterapkan di sekolah secara semula jadi.
Isu berkaitan beban tugas guru bukan sahaja berlaku, bahkan sudah lama wujud di dalam dewan yang mulia ini juga sering dibicarakan beban tugas guru dan sering membangkitkan hingga menjadi tekanan kepada pihak kerajaan. Isu ini seolah-olah tiada pengakhiran dan masih dilihat tiada jalan penyelesaian.
Kaola mengharapkan agar pihak Kementerian Pendidikan terus komited mencari jalan dan kaedah yang boleh membantu dalam mengurangkan beban tugas guru. Berkat usaha dan sikap keterbukaan pihak-pihak berkenaan diharapkan perkara ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin. ان شاء هللا.
Berkenaan dengan Kepimpinan Akar Umbi Majlis Perundingan Mukim dan Kampung. Sepertimana penubuhannya adalah bertujuan untuk memperkukuhkan institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung sebagai teras kepimpinan akar umbi dalam masa yang sama merancang dan melaksanakan projek-projek ke arah kemajuan kampung dan meningkatkan kesejahteraan serta sosioekonomi masyarakat mukim dan kampung. Kaola mengharapkan agar MPMK ini akan terus dimata-matai dan didedahkan dengan program-program dan kursus-kursus kepimpinan agar terus relevan dan tidak ketinggalan di dalam semua aspek arus perubahan teknologi terkini.
Bidang keusahawanan adalah antara perkara yang menjadi fokus utama bagi menggerakkan aktiviti perekonomian yang mampu menyumbang kepada ekonomi negara yang stabil dan berdaya tahan. ان شاء هللا.
Pendekatan turun padang perlu diterapkan oleh pihak kerajaan sama ada pegawai-pegawai atasan di peringkat kementerian mahu pun Jabatan Daerah agar konsep timbal balik ini dapat memberikan kesan yang positif kepada masyarakat kampung agar terus bersemangat dan merasa dihargai.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bercakap berkenaan dengan Pembangunan Inklusif, kaola cukup optimis agar Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 ini dapat merealisasikan harapan rakyat ke arah menikmati kehidupan yang selesa.
Projek-projek dan inisiatif-inisiatif ke arah meningkatkan sosioekonomi rakyat dan menaik taraf infrastruktur yang sedia ada, terutama sekali di kawasan pendalaman yang masih belum menikmati sistem jalan raya yang selesa dan selamat dan kemudahan pengangkutan awam yang begitu terhad hendaklah sewajarnya diberi perhatian ke arah mewujudkan pembangunan yang inklusif.
Akhirnya kaola memohon maaf jika ada kata-kata dan sorok langkah yang kurang sopan di Dewan yang mulia ini di sepanjang Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2023 ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan keburukan adalah datang dari diri kaola sendiri.
Dan kaola tidak lupa ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, semoga amalan baik yang kita lakukan di sepanjang bulan Ramadhan Al-Karim ini beroleh pahala daripada هللا. آميْن َيا َربَّ ْالعَالَميْن
Sekian terima kasih. و السَّال ُم عل ْي ُك ْم ورحْ مةُ للاِ وبركاتُه.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Dimuliakan Jurutulis
Ucapan penangguhan yang kelima daripada Yang Berhormat Dato Seri Seti Dr. Awang Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Menteri Kesihatan
بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته, dan salam sejahtera.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terlebih dahulu kaola ingin menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas kepimpinan, kewibawaan dan kebijaksanaan baginda sebagai tampok pentadbiran negara dan memastikan kekukuhan dan integriti dalam tadbir urus kerajaan sentiasa terpelihara dan mengikut landasan yang diredhai oleh س ْب َحا َنهُ َوتَعَالَى ّ ٰ َ أjua. أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, berkat daulat Kebawah Duli Yang Maha Mulia jua, Majlis Mesyuarat Negara telah berjalan dengan lancar dan sempurna.
Kaola dengan hormat turut menyertai semua rakan-rakan sejawat dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain dalam menyokong Ucapan Penangguhan Permesyuaratan kita ini dan juga mengucapkan terima kasih serta penghargaan yang tinggi terutama sekali kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan seterusnya warga kerja Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara yang diketuai oleh Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta seluruh pegawai dan kakitangannya yang telah berusaha dengan giat dan gigih memastikan permesyuaratan pada tahun ini berlangsung dengan baik dan teratur.
Terima kasih dan ucapan penghargaan juga koala tujukan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang telah ikut serta membahaskan Belanjawan Kementerian Kesihatan dengan begitu bertenaga yang didorong oleh keprihatinan Ahli-Ahli Yang Berhormat, menyampaikan dan mengupas isu-isu yang menjadi kemusykilan atau kekhuatiran masyarakat secara amnya. Pada kaola, perbahasan yang telah berlangsung itu mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk membisaikan dan mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan di negara ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Kaola sukacita ingin menekankan secara ringkas beberapa perkara yang telah kaola sampaikan dalam Ucapan Mukaddimah kaola pada hari keempat belas permesyuaratan kita ini, sekaligus menyuarakan beberapa pendapat atau reflection daripada perkara-perkara yang boleh kita ambil sebagai satu dorongan atau motivasi ke arah melahirkan warga Brunei yang mempunyai tahap kesihatan yang cemerlang dan mengecapi kualiti kehidupan yang tinggi, sebagaimana yang dihasratkan dalam Wawasan Brunei 2035.
Kaola ingin meninjau pengalaman semasa menangani Pandemik COVID-19, di mana kesedaran mengenai kesihatan awam dan pentingnya terhadap keselamatan diri dan orang-orang di sekeliling, terus memuncak. Kesan krisis ini tidak hanya terhad kepada kesihatan sahaja, tetapi juga dari segi ekonomi. Secara jujurnya, kaola melihat bahawa krisis ini telah menzahirkan beberapa ruang untuk pembaikan bukan sahaja dalam sistem kesihatan negara, malah juga dari segi kemampuan dan kesiapsiagaan negara dalam mengatur respon terhadap ancaman-ancaman yang boleh membahayakan dan menjejaskan keselamatan negara dan penduduk.
Dengan sumber-sumber yang kita miliki, kita perlu berfikiran lebih jauh dan terbuka dalam memanfaatkan inovasi pada masa kita menangani krisis dan dalam memastikan kelangsungan pengoperasian perkhidmatan yang semakin mencabar demi menjaga kesejahteraan rakyat. Rasanya kita tidak boleh lagi meneruskan business as usual tanpa membuat beberapa anjakan paradigma dalam corak pemikiran dan cara kita bekerja. Ini sudah setentunya akan memerlukan pelaburan yang lebih strategik, berdayatahan dan kos-efektif.
Kaola berharap, pendekatan dalam pembangunan negara bukan sahaja difokuskan bagi menjangkaui kemajuan ekonomi dan kekayaan material sahaja, malah harus disukat atau mengambilkira nilai-nilai yang tidak ketara yakni intangible values seperti pembangunan moral, sosial, kerohanian masyarakat dan kejayaan yang hanya akan dapat disaksikan dalam jangka masa panjang, terutama sekali pencapaian matlamat strategik Wawasan Brunei 2035. Kesihatan fizikal dan mental yang baik bagi segenap lapisan masyarakat perlu menjadi salah satu agenda berpanjangan dalam strategi pembangunan negara.
Sebelum mengakhiri ucapan penangguhan ini, kaola dengan tulus ikhlas mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kaum kerabat baginda akan sentiasa dikurniakan taufiq dan hidayah daripada هللا سبحانه وتعالى serta dalam kandungan sihat wal’afiat dan kebahagiaan, َآميْن يَا َربَّ العَالَميْن
Untuk mengakhiri, sekali lagi kaola sudahi ucapan kaola ini dengan pantun;
Bulan Sya’ban sudah kita tinggalkan, Kini kita sambut ceria kedatangan Ramadhan, Dalam sibuk meraih keberkatan, Jangan lupa jaga kesihatan.
Bulan Ramadhan bulan kemuliaan, Bulan yang unggul penuh berkat, Dengan puasa sedekah tadarus Al-Quran, ان شاء هللا, fizikal dan mental sentiasa sihat.
Bermacam isu sudah kitani bahaskan, Dalam keadaan yang aman dan penuh harmoni, Apa yang baik datang dari Tuhan, Salah dan silap dari saya sendiri.
Sekian, علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan penangguhan yang ketujuh daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kesempatan yang diberikan untuk kaola membuat ucapan penangguhan.
علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َّ الdan salam َ سالَ ُم sejahtera. Kaola bersyukur ke hadrat هللا سبحانه وتعالىkerana dengan izin-Nya jua kita telah sampai ke penghujung Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara tahun 2023.
Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita نبي محمد صل هللا عليه وسالم, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman. Kaola ingin merafakkan sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda di Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Pertama dari Musim Permesyuarat Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2023 dan mengurniakan titah yang penuh berwawasan dan prihatin terhadap hal ehwal rakyat.
Kita di Dewan ini sepatutnya mengambil iktibar akan usaha baginda dan berusaha untuk merealisasikan seperti yang dititahkan baginda. Kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kepimpinan dan kebijaksanaan Yang Berhormat Yang Di-Pertua mempengerusikan mesyuarat dengan sabar, tegas dan adil dari awal hingga akhir dan memberi kesempatan abiskoala membincangkan banyak isu secara terbuka.
Kaola juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Dimuliakan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Awang Judin bin Haji Asar dan Timbalan Jurutulis, Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail dan kakitangan mereka atas kecekapan mereka memudah cara perjalanan mesyuarat dengan licin.
Suri rumah masak di dapur, Menggulai ikan asam tiada, Mesyuarat berjalan bisai teratur, Tiada ahli yang out of order.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet atas pembentangan peruntukan kementerian masing-masing dan atas mukadimah mengenai pencapaian, hala tuju kementerian dan juga pencerahan mengenai beberapa soalan yang ditimbulkan dengan perkongsian dan penjelasan serta kesabaran Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet pihak kaola sebelah sini terdiri daripada Ahli-Ahli Yang Dilantik lebih memahami peranan hala tuju dan pencapaian kementerian masing-masing dan jabatan-jabatan di bawahnya.
ان شاء هللا abiskaola selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang dilantik akan sentiasa memberi sokongan kepada usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memajukan negara untuk mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.
Daun selasih tiada berduri, Pisang setandan di atas peti, Terima kasih Yang Berhormat Menteri-Menteri, Jika keterlaluan jangan simpan dalam hati.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Dari perbincangan dan sesi soal jawab antara Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik dengan Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet adalah jelas bahawa meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat adalah isu yang paling banyak dibincangkan.
Ke arah itu dalam Rancangan Kemajuan Negara Kesebelas (RKN-11) kerajaan juga memberi keutamaan kepada penyediaan dan kemudahan-kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik yang cukup ke rumah-rumah, peningkatan perkhidmatan kesihatan yang mudah diakses, pendidikan yang berkualiti dan boleh menjanjikan masa depan yang cerah kepada semua peringkat dan jurusan pelajar, persekitaran yang kondusif bagi pertumbuhan agrimakanan dan pertumbuhan keusahawan secara umum.
Mudah-mudahan dengan adanya percambahan fikiran di Dewan yang mulia ini semasa membincangkan tajuk-tajuk peruntukan kementerian-kementerian masing-masing dan semangat keterbukaan sesama kita dengan kesungguhan dan komitmen yang kuat dan dengan kesedaran bahawa masih banyak lagi yang perlu kita dilakukan kita akan mampu mencapai matlamat negara. Semua ini juga diharapkan dapat dicapai dengan pendekatan whole of government dan whole of nation.
Kaola juga ingin melihat peruntukan kerajaan yang baru diluluskan membawa impak besar dan kesan positif kepada negara dan menjana pertumbuhan ekonomi lebih tinggi dari kadar 2% atau 3% menyumbang kepada kestabilan ekonomi, meningkatkan pendapatan sebenar dan menambah peluang-peluang pekerjaan bagi graduan dan lepasan sekolah.
Setiap tahun bilangan pelajar lepasan universiti dan lain-lain institusi pendidikan semakin bertambah dan setentunya juga mereka akan mencari pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan mereka. Sudah tentu juga mereka mengharapkan peluang-peluang pekerjaan akan bertambah baik dari setahun ke setahun sama ada dalam kerajaan mahupun dalam sektor industri-industri yang sudah dikenal pasti yang boleh menghasilkan pekerjaan atau melalui pelaburan asing.
Dalam titah perasmian Majlis Mesyuarat Negara pada 09hb. Syaaban 1444H bersamaan 2hb. Mac 2023M Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baginda bertitah bahawa isu penting yang perlu diberi perhatian ialah isu pengangguran.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya bertitah bahawa pencari kerja tempatan hendaklah diperkasa dengan latihan semula dan peningkatan ilmu pengetahuan untuk memudahkan mendapat pekerjaan. Kaola menyokong sepenuhnya kandungan titah ini sebab itu dalam perbincangan kaola sering menyebut isu pekerjaan sebagai sesuatu yang patut diberi keutamaan. Dictum kaola ialah a working person is a happy person.
Adalah diharapkan melalui peruntukan yang diluluskan beberapa takeaways dari permesyuaratan ini dan ingin dilihat ialah:
- Kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.;
- Peningkatan dalam pendapatan sebenar.;
- Harga barang-barang asasi terutamanya makanan terkawal.; dan
- Prospek mendapat pekerjaan yang cerah (brighter job prospect) bagi menghilangkan keresahan dalam kalangan pelajar-pelajar dan ibu bapa.
Mungkin perkara ini telah kaola sentuh berulang-ulang kali seolah-olah tiada modal lain tapi bagi kaola inilah isu yang penting yang perlu kita beri keutamaan. Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Kaola yakin setiap kementerian akan meneliti peruntukan masing-masing dan berbelanja dengan berhemah untuk mengelakkan pembaziran dan memastikan bahawa setiap perancangan dan perbelanjaan yang dibuat akan membawa hasil yang ketara dan dapat dinikmati oleh semua.
Bulan Ramadhan tiba kini, Berpuasa sebulan niat dihati, Kita berhenti setakat ini, ان شاء هللا dilain hari berjumpa lagi.
Untuk akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa sihat walafiat dan mendapat perlindungan هللا سبحانه وتعالى jua, َآميْن َيا َربَّ العَالَميْن
Sekian saja, Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola mengucapkan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan ini, selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga semua amalan kita akan dilipatgandakan pahalanya oleh سبحانه وتعالى jua, آميْن yarabbal alamin.
Sekian, ُعلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ هللاّ وَبَرَكَاتُه َ سالَم َّ والتوفيق والهداية.
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang ke-7 daripada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kerana memberi laluan kaola untuk menyampaikan Ucapan Penangguhan ini.
بسم هللا الرحمن الرحيم.
ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه
َ سالَ ُم
َّ ال
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pertama-tama kaola ingin sekali lagi menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda merasmikan Majlis ini dan atas kurnia titah baginda di Dewan yang mulia ini.
Di kesempatan ini jua, terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua dengan kewibawaan, kebijaksanaan, ketegasan di samping adil dalam menerajui mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan sepanjang sesi Majlis dan tidak lupa jua terima kasih atas kesabaran Yang Berhormat Yang Di-Pertua dalam melayani kerenah kaola dan semua rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengajukan soalan mahupun usulan yang kadangnya ada yang panjang dan kurang masuk tajuk.
Terima kasih jua diucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dari kalangan Jemaah-Jemaah Menteri Kabinet yang telah menjawab soalan-soalan dan mendengar usulan dari kaola dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain. Semoga apa yang dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini akan mendapat rahmat dan ganjaran dari هللا سبحانه وتعالى jua, آمي ْن آميْن َيا َربَّ ْالعَالَميْن
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Izinkan juga kaola mengucapkan terima kasih sebanyak-banyak ditujukan kepada Yang Dimuliakan Pehin Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta seluruh warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat atas kecekapan, kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang mesyuarat ini dan juga rakan-rakan media serta semua yang terlibat.
أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل. Kita telah sampai ke penghujung sesi penutup Persidangan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara (MMN). Sepanjang sesi Majlis Mesyuarat Negara pada tahun ini yang sudah berlangsung selama 18 hari waktu bekerja, أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, banyak perkara yang telah dibahaskan mengenainya dan banyak juga usulan-usulan yang dicadangkan.
Kaola percaya semua itu adalah satu petanda yang baik dan perlu kita ambil langkah-langkah ke hadapan mengenainya supaya apa yang dibahaskan itu akan dapat diambil tindakan yang wajar dan cepat demi hasrat kita mencapai Wawasan Negara 2035.
Izinkan kaola merujuk kembali apa yang telah kaola nyatakan dalam ucapan menjunjung titah pada hari kedua Persidangan Majlis Mesyuarat Negara pada tahun ini. Titah nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk kaola dan termasuk Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain untuk memberikan pandangan dan sikap terbuka dalam mendapatkan pendapat dari kalangan rakyat serta membahaskan sesuatu perkara dalam Dewan yang mulia ini, telah kaola ambil sebagai garis pandu dalam mengajukan dan meneliti perkara-perkara dan isu-isu strategik yang telah kaola ketengahkan dalam Dewan yang mulia ini.
Perkara-perkara yang telah kaola sentuh dan bangkitkan adalah bersandarkan dengan menjunjung titah nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan jua menjurus kepada beberapa penekanan yang kaola fokuskan iaitu:
Aktiviti-aktiviti mempertingkatkan hasil pendapatan dan perekonomian negara dan perlunya kementerian-kementerian yang bukan sahaja diharapkan akan dapat memudah cara tetapi juga accommodating dalam hal keperluan sektor swasta sebab dalam menggapai ke arah Wawasan Negara 2035, sektor kerajaan hendaklah sentiasa berganding bahu dengan sektor swasta yang selalu orang katakan private sectors is the engine of growth;
Usaha-usaha dan projek-projek dalam menangani isu-isu kemaslahatan rakyat dan memastikan kesejahteraan semua; dan
Program dan projek dalam pembangunan belia sebagai salah satu nadi utama untuk memastikan kesinambungan agenda negara menuju Wawasan Negara 2035 dan seterusnya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam merebiu lebih dari 40 soalan-soalan dan usulan-usulan yang telah kaola ajukan kepada hampir semua kementerian yang berkenaan, أ َ ْل َح ْم َدُ ّ ٰلِل, ada perkara-perkara yang diutarakan dan diusulkan telah diberi pencerahannya di dalam Dewan yang mulia ini, tetapi ada juga jawapan dari soalan-soalan kaola dan penerimaan dari usulan-usulan kaola itu kurang menepati jawapan yang kaola hasratkan dan juga usulan-usulan kaola itu mungkin kurang difahami oleh Ahli Yang Berhormat.
Sebagai contoh, secara amnya sahaja apabila direbiu, ada beberapa perkara itu sudah disoal dan diusulkan pada sesi Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang beberapa tahun yang lalu dan juga tahun lepas, akan tetapi jawapannya adalah sama iaitu akan diteliti, masih dalam penelitian atau ada yang we will be taking a fresh look.
Pada hemat kaola, dan mohon maaf jua kaola dalam Dewan yang mulia, kalaulah hanya begini dari setahun ke setahun, kaola risau yang kita tidak akan dapat capai apa yang dirancang dan dihasratkan dalam Wawasan Negara 2035. Kalau dalam bebisnes, tidak boleh begini sebab kalau kita lambat dan juga memakan masa dalam membuat keputusan, boleh tutup bisnes olehnya. Maka let us think in a business way, to speed up what we want to achieve.
Dalam Dewan yang mulia ini juga, kaola ingin memohon maaf jika sekiranya dalam mengajukan soalan dan usulan, ada pihak-pihak yang tertentu yang mungkin terguris dan terasa hati semasa menyampaikan pandangan dan pendapat, sekali lagi minta maaf. Mana-mana yang baik itu, semuanya dari هللا سبحانه وتعالى dan yang tidak baik adalah kelemahan kaola sendiri. Hakikatnya apa yang kaola tanya dan usulkan adalah datangnya dari pengalaman kaola sendiri dan jua hasil dari permuzakarahan kaola dengan rakan-rakan pengusaha yang lain, pemain-pemain industri yang lain dan sebilangan orang awam.
Menyentuh mengenai semua soalan-soalan dan usulan-usulan kaola, sama ada yang telah dijawab dan diterima baik atau yang kurang tepat jawapannya, dengan mengambil kira nasihat dan teguran Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola ان شاء هللا akan menyusul secara bertulis dan juga disusuli dengan berjumpa sekiranya diperlukan semua usulan-usulan kaola kepada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan dalam jangka masa 3 bulan ini iaitu susulan 90 hari.
Maksud kaola ini adalah untuk memastikan usulan-usulan kaola itu diteliti dalam jangka masa itu dan dengan harapan ada jua ‘lumeh-lumehnya’ hasil daripada penelitian tersebut dan dapatlah kaola kongsikan balik dengan rakan pengusaha dan orang awam yang telah memberi mandat kepada kaola.
Susulan ini adalah kaola fikirkan penting daripada nanti ia hanya diteliti dua atau tiga bulan sebelum sesi Majlis Mesyuarat Negara 2024 oleh kementerian berkenaan untuk mencari jawapan yang kaola percaya akan sama jua masih jawapannya, iaitu masih dalam penelitian dan sebagainya.
Kaola berharap kementerian berkenaan akan dapat bertindak dengan cepat dan meneliti perkara yang diajukan dengan telus dan tulus supaya kitani akan dapat mencapai Wawasan Brunei 2035 sama ada penelitian itu menghadapi cabaran seperti perlu mengubah dasar-dasar atau sebaliknya tanpa mengubah dasar yang penting perkara-perkara itu diteliti dan bukan hanya tingal tercatit dalam hansard sahaja.
‘Terkeduhung’ kaola ini dilantik atas perniagaan, izinkan kaola memetik dan membacakan Surah Al-Jumaah ayat 10-11 mengenai dengan perniagaan.
(Membaca Surah Al-Jumaah)
Akhir sekali kaola berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan seluruh ahli kerabat Diraja akan sihat walafiat, dikurniakan nikmat lanjut usia, taufik dan hidayah, keberkatan, perlindungan dan pemeliharaan هللا سبحانه وتعالىmemimpin negara dengan penuh kesejahteraan dan kemakmuran dan seluruh rakyat dan penduduk negara ini akan sentiasa dikurniakan kesejahteraan, rahmat dan nikmat serta perlindungan هللا سبحانه وتعالى
Yang Berhormat Yang Di-Pertua izinkan kaola menutup penggulungan kaola ini dengan tiga pantun nukilan kaola:
Dalam belanga direbus ikan, Ikan kegemaran namanya kembura, Demikian usul banyak dikemukakan, Di Majlis Mesyuarat Negara tercinta.
Penyapu plastik penyapu lidi, Alat diguna mengemas halaman, Bersama berkayuh bersama mengemudi, Demi mencapai hasrat wawasan.
Ambil air di dalam kaskul, Kaskul dibuat daripada kelapa, Marilah kitani sama-sama menyusul, Agar perkara diselesaikan segera.
ُّعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمة ُهللا َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang ke-8 daripada Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. السَّالُمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. dan salam sejahtera. الرَّحِيْمُ اللهُ بِسْمِ. Alhamdulillah.
Lebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih atas kesempatan ini dan merakamkan jua ucapan tahniah kepada rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyampaikan Ucapan Penangguhan mereka bagi Permesyuaratan Kesembilan Belas ini. Semoga apa-apa yang disampaikan dapat diteliti dan diambil perhatian mengenai pihak-pihak berkenaan sebagai panduan ke arah penyelesaian, permasalahan dan merancang sebarang pembangunan yang lebih strategik dan relevan.
In sha Allah, Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian ke arah mewujudkan ekonomi negara yang dinamik, kaola merujuk kepada Rang Undang-Undang Tahun 2023 Perbekalan 2023/2024 belanjawan negara bertemakan "Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur”.
Kaola penuh berharap agar belanjawan ini dapat diurus dengan sebaik mungkin terutama sekali ke arah menstabilkan ekonomi negara hasil pendapatan kerajaan di dalam sektor bukan minyak dan gas yang mencatat $952.37 juta perlu dipertingkatkan.
Oleh itu, usaha-usaha bagi memperbanyakkan peluang-peluang pelaburan dan kemudahan perniagaan kepada pelabur asing dan anak tempatan adalah antara langkah bagi merealisasikan inisiatif-inisiatif dalam belanjawan yang memberi fokus kepada memeliharakan kesejahteraan awam, mendukung pemulihan negara yang inclusive dan berdaya tahan serta pembangunan modal insan yang dinamik, proaktif dan inovatif.
Ini termasuk menaik taraf bagi meningkatkan pasaran zon-zon perniagaan dan perusahawanan yang sedia ada ke arah yang lebih kompetetif dan dapat dimanfaatkan oleh Peniaga-Peniaga Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan. Perkara ini adalah antara isu yang kaola suarakan dalam Dewan Yang Mulia ini dan ianya dapat direalisasikan.
Menyentuh berkenaan dengan iklim dan landskap perniagaan kondusif. Dalam pada itu, kaola juga menyuarakan berkenaan dengan hasrat penduduk-penduduk Daerah Belait berkenaan dengan pembangunan Pekan Belait dan Seria satu pelan kemajuan yang komprehensif Daerah Belait perlu diwujudkan bagi mempercepatkan perkembangan aktiviti-aktiviti perniagaan, mencantikkan kawasan pekan serta mengaktifkan penglibatan pihak swasta dalam menyumbang kemajuan dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam yang inclusive seperti ruang pejalan kaki, orang kurang upaya dan sebagainya.
Selain daripada rancangan-rancangan bagi memperluaskan kawasan Skim Perumahan Negara perlu diwujudkan sebagai satu strategi jangka panjang ke arah meningkatkan keramaian penduduk yang sekaligus mampu merancakkan aktiviti social dan ekonomi di Daerah Belait.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Kaola sekali lagi menyuarakan peruntukan khas Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan dengan tanggungjawab Ahli-Ahli Yang Berhormat terutama sekali di dalam memeduli hal-ehwal kebajikan rakyat sepertimana yang kaola timbulkan dalam Dewan yang mulia ini perkara ini bertepatan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2023, iaitu “Kepentingan menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas dengan memberi apa jua pandangan serta bersikap terbuka dengan anak buah ketika mendapatkan pendapat dan maklum balas daripada mereka masing-masing”.
Begitu juga ketika membahas sesuatu perkara, sikap ini juga penting sambil pemikiran jangan lari dari mencari impak positif untuk negara. Inilah masanya untuk kita berbincang tanpa terikat dengan syarat-syarat yang merugikan di dalam konteks ini, kaola melihat Ahli-Ahli Yang Berhormat bukan hanya menyuarakan isu-isu rakyat bahkan juga perlu turun padang bagi menangani dan menyelesaikan sebarang masalah terutama sekali yang memerlukan penyelesaian segera dan mendesak.
Tidak semua masalah atau isu dapat ditangani secepatnya oleh pihak kerajaan mahupun agensi-agensi yang berkenaan disebabkan kapasiti yang terhad termasuklah hal-hal peruntukan kewangan.
Dalam pada itu, kaola mencadangkan agar disediakan peruntukan khas dibawah kapasiti Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang boleh digunakan bagi membiayai projek-projek dan aktiviti-aktiviti yang tertentu yang memerlukan perhatian dan bantuan segera seperti membaiki bumbung rumah disebabkan bencana alam, membina jambatan sementara atau membaiki infrastruktur awam seperti jalanraya yang sering menimbulkan kesusahan pada orang ramai, membiayai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan terutama sekali misi-misi bantuan dan sebagainya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum mengakhiri ucapan ini, kaola mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kebijaksanaan dan kecekapan memimpin permesyuaratan ini dengan sempurna.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta seluruh warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara di atas kelancaran dalam memberikan kerjasama sempena Permesyuaratan Kesembilan Belas ini. Akhir kalam, kaola memohon ampun dan maaf, jika ada kata-kata kaola di Dewan yang mulia ini menyinggung mana-mana pihak. Sekian kaola sudahi dengan serangkap pantun.
Jauh berjalan menuju ke bandar, Membawa hasrat bersama kesana, Penduduk baik menunggu sabar, Kemajuan yang dinanti memberi makna.
Sekian,
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang kesembilan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua kita telah dapat bersidang selama 18 hari dalam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2023 dengan penuh kewibawaan.
Sebelum kaola meneruskan Ucapan Penangguhan di Dewan yang mulia ini, dengan hati yang tulus ikhlas, kaola sukacita merakamkan tahniah dan penghargaan yang setinggi-tinggi atas kebijaksanaan dan kepimpinan Yang Berhormat Yang Di-Pertua sepanjang permesyuaratan di Dewan yang mulia ini.
Terima kasih juga kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta para pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat atas kecekapan dan kerjasama sokongan sepenuhnya sepanjang permesyuaratan ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sukacita kaola merakamkan tahniah dan penghargaan dan penghormatan kepada ketelusan dan kepimpinan dan kecekapan Yang Berhormat Menteri-Menteri yang bersikap terbuka dalam menerima cadangan-cadangan serta memberi maklumbalas yang relevan.
Harapan kaola, semoga Yang Berhormat Menteri-Menteri mengambil baik dan meneliti cadangan-cadangan yang dibangkitkan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kitani satu team dalam Dewan ini.
Dalam hal ini, marilah kita menghayati belanjawan Tahun Kewangan 2023/2024 iaitu ‘Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur’ atau ‘Building A Prosperous Future Together’. Negara masih mengalami budget deficit dan semestinya dipandang serius oleh semua pihak.
Pihak yang berwajib mestilah mematamatai pencapaian Government Link Companies supaya revenue kerajaan tidak terjejas. Usaha yang lebih gigih mesti dilakukan untuk mengurangkan tunggakan kutipan kerajaan. Peruntukan perbelanjaan kerajaan hendaklah digunakan dengan efficient dan mengelakkan pembaziran.
Projek-projek hendaklah dilaksanakan dengan mindset high quality, on time and on budget. Kaola sangat tertarik dengan visi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan iaitu Bangsa Brunei Cemerlang. Kaola percaya kita adalah bangsa Brunei yang boleh mencapai kecemerlangan dengan izin Allah sekiranya kita percayakan pada diri kita sendiri, believe on our own people. Mempercayai kemampuan dalam diri kita sendiri, kaola yakin bahawa pemimpin juga harus mempercayai kemampuan rakyat tempatan.
Dalam hal ini, dengan mengurangkan pengambilan orang luar, expatriate dan konsultan asing. Ini juga akan membantu mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Brunei. Invest on our own people.
Keyakinan kitani dalam mempercayai terhadap kemampuan belia-belia dan rakyat tempatan dalam segala hal seperti pembabitan mereka dalam peringkat pendidikan, memberikan mereka peluang dari segi pengurusan, pentadbiran sebagaimana mereka ini akan menjadi pemimpin kitani dimasa depan. Ini adalah sebagai usaha untuk menghasilkan masyarakat yang produktif, proaktif dan berdedikasi. Inclusive dan compassionate society.
Kita memberikan sokongan yang berterusan perihal kebajikan dan kemasyhalatan golongan orang yang kurang bernasib baik seperti orang-orang kurang upaya, orang berkeperluan khas, warga emas, asnaf fakir miskin adalah perlu diambil perhatian dengan memberi bantuan yang membolehkan mereka dapat hidup berdikari. Kita juga tidak mendiskriminasi orang-orang yang mengalami kesihatan mental.
SPK – Skim Pencen Kebangsaan adalah satu skim penggalak untuk orang bekerja termasuk bekerja sendiri (self-employed). Justeru itu, memberigakan tentang faedah-faedah ini didapati dari SPK hendaklah disebarkan seluas-luasnya termasuk kepada golongan ini.
Selain itu, kita hendaklah meluangkan masa untuk mendengar keluhan-keluhan yang diluahkan oleh individu terutama mereka yang dibawah jagaan kitani agar mereka merasa dihargai dan menjadi lebih produktif.
ان شاء هللا, kitani bangsa Brunei dikenali sebagai bangsa yang berilmu dan berkemahiran, rajin, berdikari tanpa mengharapkan sebarang imbalan dan bermuafakat yang menjadikan bangsa Brunei sebagai warga cemerlang.
Dengan rendah hati, kaola menyembahkan setinggi-tinggi ucapan menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas limpah perkenan baginda melantik kaola menjadi Ahli Mesyuarat Negara Yang Dilantik.
Kaola berdoa semoga للا سبحانه وتعالىakan terus mengurniakan rahmat dan kebahagiaan kepada baginda, ahli-ahli kerabat baginda dan seluruh rakyat serta penduduk di Negara Brunei Darussalam akan sentiasa dalam aman tenteram dan makmur. Sekian terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan Penangguhan seterusnya yang kesepuluh daripada Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. الرحْ َم ّن َّ ّٰللا ّ ٰ ّبس ّْم ُهللا َو َب َركَاتُه ّ ةم ْح ر و مكُ ْي َ َ َ ْ َ ُ ََّ لع مَ الس ال يم ْح الر َّ dan salam sejahtera.
ّ ٰلِل ُأ َ ْل َح ْمد, terlebih dahulu kaola merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana mengemudi permesyuaratan di Dewan yang mulia ini dengan bijak dan penuh cermat, teliti serta teratur di samping dengan jenaka sehingga semua perbahasan dapat disampaikan dengan penuh yakin dan bersemangat.
Sekalung budi juga kaola sampaikan kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis Mesyuarat Negara yang telah mengurus atur Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2023 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli–Ahli Yang Berhormat sekalian.
Berkenaan dengan Kemajuan Daerah Temburong. Dengan terbinanya Jambatan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien yang mula dibuka pada tahun 2020, seluruh rakyat khususnya penduduk Daerah Temburong telah pun menikmati kemudahan ini sepenuhnya dan dalam masa yang sama, ianya merancakkan aktiviti-aktiviti sosial dan sosioekonomi di Daerah Temburong.
Seperti mana yang kaola bangkitkan di Dewan yang mulia ini, usaha-usaha ke arah meramaikan Pekan Bangar adalah menjadi keutamaan sebagai fokus utama dalam Belanjawan 2023. أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, sejumlah $6.3 juta telah disediakan bagi meningkatkan pelaburan serta menghasilkan beberapa spin-off activities yang boleh membantu Peniaga Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan juga menjana peluang-peluang pekerjaan baru.
Kaola penuh berharap dengan adanya peruntukan ini, ianya dapat digunakan dengan perancangan pembangunan yang lebih strategik bagi melonjakkan lagi Daerah Temburong sebagai tempat terpenting dalam semua sektor. Ini termasuklah memperkenalkan peluang-peluang baharu dalam sektor pelancongan, pertanian, kesenian dan pendidikan.
Dengan ini, harapan bagi melihat Jambatan SOAS ini bukan hanya digunakan oleh penduduk Temburong sahaja tetapi juga digunakan oleh orang ramai sebagai accessibility penting untuk urusan seharian, ان شاء هللا.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Menyentuh berkenaan dengan penganjuran acara-acara di peringkat serantau dan antarabangsa, Daerah Temburong sememangnya berpotensi besar bagi pengendalian acara-acara sukan disebabkan bersempadan dengan Negeri Sarawak dan Sabah. Penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa mempunyai potensi besar dalam memperkembangkan industri pelancongan Permata Hijau.
Acara sukan antarabangsa yang pada kebiasaannya berlangsung beberapa hari dan mendapat liputan meluas daripada media asing serta tempatan, secara tidak langsung berjaya mempromosikan Temburong sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Kaola mengharapkan agar usaha-usaha ke arah ini dapat dilaksanakan satu hari nanti, ان شاء هللا.
Berkenaan dengan keselamatan. Pertama, kaola menimbulkan isu keselamatan di Sungai Pandaruan Temburong, iaitu di kawasan Jambatan Pandaruan sempadan Temburong dan Limbang. Kebimbangan penduduk setempat dengan bot tunda sering menggunakan sungai berkenaan untuk operasi perniagaan mereka.
Kaedah bot tunda ini sememangnya tidak lagi sesuai digunakan kerana ianya boleh mendatangkan bahaya dan kerosakan harta benda serta kemusnahan ekosistem sungai yang menjadi sumber pendapatan penduduk setempat dikedua-dua buah negara yang berjiran. Keadaan menjadi semakin buruk apabila belaku arus deras air sungai disebabkan hujan. Sehubungan dengan ini, kaola harapkan agar pihak-pihak berkenaan dapat mengambil perhatian mengenai perkara ini bagi menghindari sebarang kejadian buruk akan berlaku.
Kedua. Berkenaan dengan Pengawasan Kejiranan (PK). Sepertimana yang kita sedia maklum, Pengawasan Kejiranan mula dibentuk pada tahun 2014 dengan lebih teratur dan bersistematik berpandukan 3 petunjuk aras (KPI) iaitu pendekatan, taktikal dan kebajikan dan sosial. Ini adalah sebagai inisiatif agar Pengawasan Kejiranan akan lebih disebarluarkan kepada stakeholders selain dari kampung-kampung.
Sehubungan dengan ini, kaola menyarankan agar fungsi dan peranan PK dapat diperkasakan termasuklah menyediakan peruntukan yang tertentu bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab terutama sekali apabila melibatkan penyertaan akar umbi dan penduduk kampung untuk melaksanakan operasi bersepadu bersama Polis Diraja Brunei.
Penyediaan kelengkapan dan peralatan keselamatan seperti jacket lutsinar, topi dan cahaya sentuh (touch light) bagi setiap ahli PK sewajarnya perlu disediakan bagi memastikan PK nampak lebih seragam dan bersedia melaksanakan tugas yang dijadualkan.
Dalam masa yang sama, keperluan bagi menyediakan latihan-latihan SOP keselamatan juga penting bagi setiap ahli PK sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Dengan ini PK dilihat lebih relevan sebagai sebuah organisasi keselamatan yang dihormati.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Akhirnya, kaola memohon maaf jika terkasar bahasa dan tingkah laku kaola yang tidak sopan di sepanjang musim permesyuaratan ini yang menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu. Sesungguhnya kaola hanyalah mahu memberikan yang terbaik bagi menyampaikan suara dan hasrat rakyat di dewan yang mulia ini.
Kaola sudahi dengan ucapan beberapa pantun untuk renungan kita bersama;
Mari kitani berkebun kacang, Kacang berisi sedap dimakan, Akhir sudah kitani berbincang, Semoga Belanjawan dapat dilaksanakan.
Perahu tambang sudah berhenti, Jambatan SOAS jadi pengganti, Suara rakyat sangat dihargai, bagi membangun negara yang dicintai.
Lebih dua minggu kitani bersama, Membawa tugas yang diamanahkan, Pelbagai usul sudah diterima, Semoga ianya dapat dilaksanakan.
Balik ke Temburong penuh bergaya, Jalan Selangan berbatu-batu, Berhati-hati di jalan raya, Kesulitan rakyat perlulah dibantu.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat dan seluruh warga kakitangan dalam Majlis Mesyuarat Negara ini. Untuk akhirnya,tiada kebahagiaan tanpa syukur, tiada rasa syukur tanpa sabar, tiada sabar tanpa ada maaf-maafan, marhaban ramadan kareem, mohon maaf zahir dan batin. Selamat menunaikan ibadat puasa.
Sekian terima kasih. ّ ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمة ُهللا َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan yang kesebelas daripada Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Menteri Pendidikan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
الرحْ يم السَّال ُم عل ْيك ْم َّ الرحْ م ِن ِ ِبس ِْم ه َّ ّٰللا ُُ ورحْ مةُ للاِ وبركاتهdan salam sejahtera.
Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, kita bersyukur ke hadrat هللا سبحانه وتعالىkerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, seluruh rakyat dan penduduk di negara ini masih terus kekal menikmati keamanan dan kesejahteraan dalam kehidupan beragama,bernegara dan bermasyarakat. Nikmat keamanan dan kesejahteraan ini juga merupakan manifestasi iltizam dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menerajui pembangunan negara dan membawa kepelbagaian perubahan besar dalam banyak bidang berkeutamaan khususnya ugama, keselamatan, pendidikan dan juga pembangunan sosial ekonomi.
Dikesempatan ini kaola/saya dengan penuh ikhlas ingin merakamkan setinggi tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua dalam mengepalai permuzakarahan memberikan pandangan dan saranan yang bernas serta luas mengenai perkara-perkara strategik merentasi semua bidang-bidang berkepentingan negara.
Setinggi penghargaan turut kaola/saya ucapkan kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta pegawai-pegawai dan kakitangan yang telibat dalam memastikan keberkesanan takbir urus dan kelancaran di sepanjang permesyuaratan pada tahun ini.
Begitu juga kepada rakan-rakan seperjawatan serta Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik, kaola/saya menghargai sepenuhnya atas keprihatinan mendalam serta saranan dan pandangan terhadap isu-isu yang sangat bermakna kepada kerajaan khasnya berkaitan sektor pendidikan termasuklah kepentingannya kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk yang bernaung di bumi Brunei Darussalam ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di dewan yang mulia ini kita telah sama-sama berbincang tentang keutamaan-keutamaan kerajaan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 menerusi tema belanjawan “Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur” yang memfokuskan kepada tiga keutamaan.
Natijahnya setiap yang disuarakan di Dewan ini ternyata telah mengilhamkan khususnya Kementerian Pendidikan untuk terus mengukuhkan cara kerjanya di samping memberikan nilai tambah kepada usaha-usaha pihak kerajaan serta menjadi sandaran bagi penelitian ke atas rancangan-rancangan yang sedang dan akan dilaksanakan nanti.
Ini adalah semata-mata untuk memastikan keberhasilan dari pelaksanaan perencanaan tersebut dapat dinikmati sepenuhnya, sejajar dengan keutamaan-keutamaan di bawah setiap matlamat Wawasan Brunei 2035.
Apa yang pasti perbincangan-perbincangan tersebut adalah tetap berpandukan kepada inti pati titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas, Majis Mesyuarat Negara pada hari Khamis 9hb. Syaaban 1444H bersamaan dengan 2hb. Mac 2023M yang antara lainnya menyentuh tentang isu pengangguran yang perlu ditangani melalui pendekatan whole of government dan whole of nation dan juga peranan sektor swasta khasnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana dalam mempergiatkan perkembangan ekonomi negara yang memerlukan penyediaan ekosistem perniagaan yang kondusif dan mesra pelanggan.
Menyentuh isu pengangguran dan keperluan bagi pencari kerja supaya diperkasa dengan kemahiran dan latihan yang diperlukan. Kementerian Pendidikan turut berperanan menerusi penyediaan program-program serta latihan-latihan kemahiran di institusi pengajian tinggi yang diselaraskan dengan keperluan industri semasa dan akan datang. Ini termasuklah mengukuhkan kerjasama antara institusi pengajian dan industri-industri setempat serta pihak-pihak berkepentingan khususnya Manpower Planning and Employment Council (MPEC).
Bagi tujuan untuk menggalakkan pembangunan usahawan di kalangan belia negara ini, Kementerian Pendidikan menerusi pusat keusahawanan inovasi adalah berperanan untuk menerapkan unsur-unsur keusahawanan di semua peringkat persekolahan. Ianya dilaksanakan menerusi pengajaran mata pelajaran-mata pelajaran berkaitan di peringkat pendidikan teras serta menyediakan program-program kemahiran keusahawanan di peringkat pengajian tinggi. Usaha sedemikian diharap menjunjung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai kepentingan pembangunan dan pengupayaan Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) dalam menggerakkan aktiviti perekonomian negara ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam perkara berkaitan kaola/saya sukacita ingin mengimbas kembali petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Sambutan Hari Guru ke-27 pada Selasa, 5hb. Muharram 1439H bersamaan dengan 26hb. September 2017M antara lainnya menyentuh mengenai peranan para guru bukan setakat memperkaya sumber ilmu tetapi juga untuk menjadi ikutan atau tauladan kepada anak didik mereka dan seterusnya peranan ibubapa juga tidak boleh berkecuali mengenai pendidikan bahkan merekalah sekolah pertama dan utama sebelum lagi lain-lain sekolah. Pengaruh mereka cukup kuat untuk menentukan corak atau bentuk keperibadian anak-anak.
Sehubungan ini, Kementerian Pendidikan amatlah menghargai dan terus mengharapkan kerjasama padu daripada ibubapa, penjaga dan masyarakat umum dalam sama-sama berganding bahu khasnya dengan para guru di negara ini ke arah meraih kejayaan bersama anak-anak kitani sebagai generasi penerus yang berpendidikan tinggi, berkemahiran dan berjaya.
Di sini kaola/saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dan sentiasa menanamkan sifat sabar serta penuh dedikasi dalam melaksanakan amanah sebagai seorang insan bergelar guru.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pada mengakhiri ucapan penangguhan kaola/saya pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Yang Kesembilan Belas ini sekali lagi terima kasih kaola/saya ucapkan atas peluang yang diberikan dengan iringan doa semoga Yang Berhormat Yang Di-Pertua sentiasa dalam rahmat, sehat sejahtera dan bahagia.
Ucapan penghargaan juga kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta tahniah atas kecemerlangan dalam mengurus dan mentadbir di sepanjang majlis mesyuarat ini diadakan. Kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini, kaola/saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat sebarang tingkah laku dan kata-kata kaola/saya yang kurang manis yang tidak disenghajakan dalam masa kita bersidang ini.
Sekian, ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan penangguhan yang kedua belas daripada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan salam sejahtera. Terlebih dahulu kaola ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua yang telah memimpin dan mengendalikan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara ini dengan kesabaran, keadilan dan kewibawaan yang tinggi.
Terima kasih juga kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta kakitangan dan pegawai Jabatan Majlis Mesyuarat atas kerjasama dan kecekapan yang diberi sepanjang perjalanan permesyuaratan ini.
Kaola juga ingin menyembahkan junjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kepercayaan baginda untuk kaola mewakili penduduk Negara Brunei Darussalam sebagai Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara. Sebagai penutup ucapan penangguhan ini, izinkan kaola berkongsi sebuah pantun sebagai tanda penghormatan dan penghargaan.
Kasih dirasai dari Yang Di-Pertua, Sabar mendengar dengan sikap terbuka, Kepada kakitangan dan pegawai yang cekap semua, Kaola ucapkan ribuan terima kasih atas segalanya.
Bersidang berlangsung di Dewan mulia, Isu dibincangkan dengan penuh semangat, Untuk kepentingan rakyat dan pembangunan negara, Semoga Brunei Darussalam maju dengan pesat.
Terima kasih kepada semua sahabat, Yang turut serta dalam sidang yang mulia, Semoga persaudaraan kita kekal erat, dalam membina negara yang jaya dan sejahtera.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pantun ini dijana dengan bantuan ‘AI’. Ia menandakan permulaan era baharu dalam teknologi yang berpotensi merevolusikan cara kita hidup, bekerja dan berinteraksi antara satu sama lain.
Kaola harap kita dapat mengambil manfaat dengan sepenuhnya menerusi potensi ‘AI’ dan dengan cepat mencapai visi kita sebagai sebuah Smart Nation. Mari kita bekerjasama untuk memanfaatkan teknologi ini untuk kebaikan masyarakat kita dan menciptakan masa depan yang lebih cerah untuk semua. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang seterusnya, Ucapan Penangguhan ke-13 daripada Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman.
Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua,
بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته dan salam sejahtera.
أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل, kita sudah sampai ke penghujung Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas, Majlis Mesyuarat Negara tahun 2023 dan berjaya membahaskan beberapa perkara berkenaan dengan Rang Undang-Undang Tahun (2023) Perbekalan, 2023/2024 dengan jayanya.
Ucapan tahniah dan terima kasih ditujukan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua di atas kebijaksanaan memimpin Permesyuaratan ini dengan sebaik mungkin. Tidak lupa juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara yang berjaya melaksanakan urusan Permesyuaratan ini dengan sempurna.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua Dewan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Berkenaan dengan amalan budaya berjimat cermat ke arah ekonomi yang berdaya tahan, kos sara hidup bergantung kepada dua keadaan - pendapatan isi rumah dan harga pasaran. Dengan peningkatan kos sara hidup pada masa ini, inflasi akan berlaku.
Ketidakserasian dalam bekalan dan permintaan (supply dan demand) akan menyebabkan inflasi. Apabila makin ramai antara kita berebut untuk membeli produk yang sama, harga akan meningkat dan ini mungkin akan berlaku pada bulan puasa dan menjelang hari raya nanti, jika budaya berjimat cermat dan membeli mengikut keperluan tidak diamalkan oleh masyarakat kita.
Kaola mengharapkan agar usaha-usaha ke arah membudayakan orang-orang Brunei untuk bijak berbelanja perlu ditingkatkan. Masa depan kita akan lebih terjejas jika kita tidak mampu mengatasi masalah ini dari sekarang. Terutama sekali golongan-golongan yang berpendapatan rendah dan yang akan menghadapi alam persaraan.
أ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِلmelalui mukadimah Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 telahpun menggariskan beberapa inisiatif pihak kerajaan yang sentiasa berusaha membina asas ekonomi yang berdaya tahan, dinamik dan resilien ke arah pertubuhan ekonomi yang mampan bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua Dewan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di dalam menangani isu anjing-anjing yang berkeliaran yang masih belum nampak kesudahannya, setengah pihak menganggap isu ini kecil tetapi ianya merupakan masalah besar bagi mereka yang berdepan hampir setiap hari dengan anjing-anjing berkenaan sehingga menimbulkan rasa resah dan tidak selesa.
Kita perlu belajar dengan negara maju tentang kaedah dan cara yang praktikal untuk menangani isu anjing-anjing liar ini. Perkara ini tidaklah boleh dibebankan kepada pihak kerajaan sahaja tetapi orang ramai juga turut berperanan untuk menghormati persekitaran dan kebudayaan orang lain. Kaola menyarankan agar pihak kerajaan dapat menyediakan peruntukan yang sewajarnya bagi menangani isu ini secara tuntas dan serius.
Berkenaan dengan melaksanakan isi-isu rakyat yang disuarakan di Dewan yang mulia, kaola telah pun menyuarakan beberapa perkara dan telah pun dijawab serta dihuraikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet. Kaola mengharapkan agar jawapan dan penjelasan mengenai perkara ini dapat direalisasikan dengan jayanya.
Terutama sekali isu-isu yang membabitkan permasalahan rakyat seperti memperkemaskan urusan bantuan kebajikan melalui Skim Kebajikan Negara (SKN), peraturan-peraturan baharu syarat-syarat Tanah Tumpang Sementara (TOL), bantuan-bantuan khusus untuk para peladang dan petani di dalam sektor pertanian yang lebih baik, menaik taraf dan membaiki jalan-jalan raya yang mengalami kerosakan dan sebagainya.
Menyentuh soal R&D produk keluaran tempatan. Negara kita mempunyai banyak sumber alam semulajadi yang dapat diterokai untuk dijadikan produk-produk yang bermutu tinggi. Dalam masa yang sama, produk-produk keluaran tempatan yang dihasilkan oleh Pengusaha 1 Kampong 1 Produk (1K1P) juga berpontensi untuk diinovasikan menjadi produk yang lebih berkualiti.
Kaola difahamkan sejumlah $2.3 juta diperuntukkan dalam Belanjawan tahun 2023 untuk memajukan kegiatan penyelidikan dan pembangunan idea-idea kreatif serta mengalakkan inovasi.
Sehubungan dengan ini kaola mengharapkan agar usaha bagi memberikan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) dapat diungkayahkan dalam masa yang akan datang dengan mensasarkan produk-produk 1K1P yang berpotensi dengan kerjasama padu pihak institusi pengajian tinggi awam bersama pengusaha-pengusaha 1K1P
Dengan ini produk-produk 1K1P akan sentiasa relevan dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi ان شاء هللا.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum mengakhiri ucapan Penangguhan ini, kaola dengan rasa rendah diri memohon maaf jika ada kesalahan dan tingkah laku kaola yang tidak menyenangkan di sepanjang Musim Permesyuaratan ini berlangsung. Kaola juga tidak lupa mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, semoga amalan baik diberikan ganjaran pahala daripada هللا سبحانه وتعالى آمي ْن.
Sekian terima kasih ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang ke-14 daripada Yang Berhormat Awang Lau How teck.
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, salam sejahtera dan selamat petang.
Kaola suka mengambil kesempatan ini menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas lantikan kaola sebagai Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Negara.
Kaola bersyukur kerana sekali lagi duduk bersidang di Dewan yang mulia ini hingga ke hari ini bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat menghadiri Majlis Mesyuarat Negara Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas, Majlis Mesyuarat Negara tahun 2023 bagi membincangkan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024. Kaola juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kejayaan memimpin dan mempengerusikan permesyuaratan ini dengan penuh lancar dan sempurna sehingga membolehkan Dewan ini berbahas dengan semangat bagi menghasilkan keputusan yang positif dan membina.
Ucapan penghargaan ini juga dirakamkan kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis dan semua warga Dewan Majlis ini atas kegigihan mereka dalam sama-sama membantu memudahkan permesyuaratan di Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam Ucapan Penangguhan ini kaola berharap agar sektor pertanian di Negara Brunei Darussalam akan terus diberi perhatian supaya dapat membantu meningkatkan lagi ekonomi negara.
Dalam pada itu, untuk memantapkan dan merancakkan lagi hasil pertanian ini kaola ingin menekankan bahawa kualiti tanah yang dijadikan sebagai tapak pertanian perlu dikaji dan diusahakan untuk menjaga kualiti dan secara tidak langsung membantu dalam perkembangan penghasilan pertanian yang sihat dan lancar.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Akhirnya marilah kita sama-sama menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya menerapkan minda yang positif kepada diri kita sendiri, masyarakat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam terutama dalam kesedaran memantapkan lagi sektor pertanian di negara ini, untuk sama-sama menjayakan Wawasan Brunei 2035.
Dengan itu, kaola ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf sekiranya ada berlaku kekasaran dan terlanjur bahasa dalam ucapan kaola ini. Sekian. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang ke-15 daripada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
بسم هللا الرحمن الرحيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته salam sejahtera. Terima kasih. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Salam dan selawat ke atas junjungan kita Nabi نبي محمد صل هللا عليه وسالمkerabat keluarga dan sahabatnya yang jujur lagi setia sepanjang zaman. Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan semoga kita semua dapat meraih keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Amin.
الحمد لله, diberi kesempatan untuk membuat sumbangan Ucapan Penangguhan. Kaola terlebih dahulu mengucapkan setinggi tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kebijaksanaan dengan penuh kesabaran memimpin, mempengerusikan persidangan bagi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada tahun ini daripada awal sehingga ke hari penghabisan.
Memandangkan kebanyakan Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik rata-rata ahli baharu yang pertama kali ‘iski’ bersidang dalam Dewan ini, tahniah Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Dengan kebijaksanaan Yang Berhormat Yang Di-Pertua, perbincangan dalam Dewan yang mulia ini الحمد لله berjalan dengan lancar, penuh muhibbah serta dalam suasana semangat permuzakarahan sambil mengeratkan hubungan silaturahim yang harmoni sama-sama memikul tanggungjawab untuk mencapai matlamat arah tuju yang dikehendaki iaitu membina negara yang berwawasan dengan perbelanjaan negara yang diperuntukkan bagi Tahun Kewangan 2023/2024.
Beberapa isu pandangan, cadangan dan saranan telah pun dibangkitkan dalam Dewan ini untuk kita sama-sama menanai tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh ikhlas dan jujur serta bersikap terbuka.
Moga hasrat murni ini diredhai الله سبحانه وتعالى dan kita dirahmati memberi kesan yang baik, positif dan produktif kepada Negara Brunei Darussalam, bangsa dan agama yang sama-sama kita cintai ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Konsep Dewan yang seperti diingatkan oleh Yang Berhormat Yang Di-Pertua ialah permuzakarahan, cari penyelesaian bersama dan bukan sebagai Dewan yang ada pengusul dan ahli pembangkang. Konsep ini bersesuaian dengan calak Brunei kitani. Muzakarah mencapai muafakat. الحمد لله
ان شاء الله di sesi-sesi selanjutnya, kaola berharap akan membuat lebih banyak pendekatan bersama rakyat dan juga dapat melanjutkan sesi permuzakarahan dengan kementerian-kementerian mengenai dengan isu-isu yang belum terjawab dalam Dewan atau pun isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat yang belum sempat dibincangkan dalam Dewan ini.
Dalam pembentangan cadangan belanjawan tahun kewangan yang membawa tema ‘Bersatu Membawa Masa Depan Yang Lebih Makmur’ membawa dan memberikan harapan yang cukup besar bagi setiap lapisan masyarakat baik di sektor kerajaan, swasta dan rakyat serta penduduk negara ini, kaola sambut baik perbelanjaan belanjawan yang diperuntukkan dan telah menyokong untuk diluluskan.
أَلْحَمْدُ ِّلل serba sedikit moga terjawab sudah soalan ‘what’s in the budget for me’. Dengan perincian yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Bersyukur kita kerana menjadi rakyat yang mendapat dan menikmati rahmat bernaung dalam Negara Brunei Darussalam yang mempunyai raja dan kepala negara wali amri yang prihatin akan kesejahteraan rakyat, kemakmuran dan keamanan negara.
Junjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keprihatinan yang berterusan.
أَلْحَمْدُ ِّلل dari mukadimah-mukadimah dari Yang Berhormat Menteri-Menteri dalam membentangkan peruntukan bagi kementerian masing-masing dan dari penjelasan-penjelasan seterusnya diharapkan akan dapat memberi penerangan agar warga kementerian dan rakyat lebih akur dan turut teruja akan arah tuju dan pelan tindakan kementerian yang dapat membantu mencapainya.
Masing-masing mengambil peranan dan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh dalam sama-sama memastikan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran negara akan terus terjamin.
Rakyat berharapan penuh bahawa belanjawan tahun ini dengan inisiatif-inisiatif dan plan-plan yang akan dilaksanakan kementerian akan boleh meringkankan sedikit beban ekonomi yang ditanggung oleh sebahagian besar rakyat yang bergantung kepada belanjawan dan projek-projek kerajaan dan juga mana-mana aktiviti yang menaiktarafkan kehidupan mereka masa ini dan untuk anak-anak mereka di masa hadapan.
Sebagaimana yang kaola/saya sarankan di masa pembahasan menjunjung kasih kehapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan dan mengurniakan titah sempena Istiadat Pembukaan Rasmi.
Kaola nyatakan bukan hajat kaola jadi pembangkang atau menyuarakan suara yang membangkang hanya setakat menyampaikan suara rakyat dan memberi cadangan, pandangan alternatif dari kacamata perspektif pengalaman seorang pesara bekas ahli teknikal dalam koporat yang mengamalkan mendekati konsep tujuan yang jelas, iaitu clarity in purpose. Memberigakan secara inklusif (inclusive engagement), ketelusan dalam betatacara, iaitu membuat transparency decision making dan akauntabiliti dalam pelaksanaan, iaitu accountable in delivery.
Maka kaola memohon maaf kalau tatacara kaola ini belum serasi dan mesra bagi sebahagian warga kementerian. Bukan hajat kaola, saya tidak menghormati dan memperkecilkan usaha-usaha kementerian dan warga kementerian hanya setakat memberi pandangan alternatif dan suara rakyat ambil yang baik tinggalkan yang keruh.
Media berperanan penting melapurkan apa yang dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini. Tetapi malangnya media tidak dapat melaporkan sepenuhnya apa yang dibincangkan dalam Dewan.
Dari reaksi sebahagian rakyat tentang isu-isu yang dibangkit yang dipetik dari media dan tular kerananya, kaola membuat andaian hanya segelintir kecil rakyat yang hadir dalam Dewan atau yang mentela’ah membaca hansard atau tahu apa-apa isu yang telah dibincangkan dalam Dewan.
Walau bagaimanapuan, kaola mengucapkan berterima kasih pada media yang membuat laporan dan akan terus membuat laporan yang lebih menyeluruh dimasa akan datang.
Kaola/kitani berharap rakyat awam akan berhemah dan tidak akan membuat andaian mensoalkan, kesahihan perbincangan dalam Dewan setakat dari info yang dipetik dari media dan isu yang tular kerananya.
Kaola, saya dan Ahli-Ahli Yang Berhormat berharap penuh sekurang-kurangnya ada sesi midterm review untuk mendapat pendekatan status pencapaian dari tiap-tiap kementerian dan juga pada waktu-waktu yang sama memberi peluang kepada pihak kementerian memberi pendekatan awal tentang peruntukkan dan projek-projek yang bakal dipohonkan untuk tahun hadapan.
Semoga cara begini akan memberi lebih berkesan sedikit memberi check and balance kepada jentera kerajaan mencapai matlamat dan arah tuju berkhidmat membantu rakyat.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri-Menteri, pembantu-pembantu Yang Berhormat dan part-timers. Lepasan graduan UBD telah kami tugaskan untuk membantu mengumpulkan kesemua isu-isu yang telah dibentangkan dalam Dewan ini untuk membuat penilaian awal.
Sedikit kelainan tahun ini ان شاء هللا kita akan cuba membuat penilaian keberkesanan isu yang telah ditimbulkan dalam Dewan ini. Untuk pengetahuan awal, lebih 500 isu telahpun dibangkitkan dalam Dewan ini untuk kementerian-kementerian buat nilai kesesuaiannya untuk diambil kira dan untuk pengetahuan Awal Kementerian Pembangunan paling banyak menerima 84 isu (17%).
Masa terlalu suntuk untuk dilaporkan dalam Dewan ini result analysis yang kita lakukan kerana memerlukan quality check. ان شاء هللا kita akan berigakan kepada kementerian tentang analysis yang telah dibuat menggunakan lampu traffic iaitu hijau, isu yang dibentangkan telah dijawap sepenuhnya dan ada plan tindakan. Kuning, dijawap sebahagian belum menyeluruh dan action plan belum ada. Merah, isu tidak dijawap langsung atau mungkin ada alternatif yang lebih baik yang belum disampaikan. ان شاء هللا kami akan gunakan analysis ini sebagai baseline untuk mengukur perbincangan lanjutan dengan kementerian-kementerian.
Kaola/saya seperti rakan-rakan Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik tidak akan berhajat untuk mengulang lagi isu-isu yang dibangkitkan dalam Dewan.
Cuma menyampaikan yang kaola teruja dan mengambil baik jaminan Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang pihak kementerian-kementerian akan meneliti cadangan-cadangan dikemukakan dalam dewan ini untuk dilihat kesesuaiannya dan juga jemputan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II atas saranan supaya jemputan, Yang Berhormat Menteri untuk meneruskan sesi muzakarah diluar Dewan, ان شاء هللا akan diusahakan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dikesempatan ini izinkan kaola, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Dimuliakan Jurutulis, Yang Mulia Timbalan Jurutulis dan seluruh warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat atas nasihat, tunjuk ajar, bantuan-bantuan yang diberikan kepada kaola/saya dan teman di sini yang sebahagian besarnya baharu pernah kali menjejak kaki dalam Dewan yang mulia ini apatah lagi dipertanggungjawabkan mewakili rakyat dalam waktu yang singkat selepas perlantikan.
Terima kasih juga kaola, saya ucpakan pada teman-teman bijaksana dengan penuh kesabaran.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dilantik kerana jawatan, tunjuk ajar dan nasihat dari Ahli-Ahli Yang Berhormat dari golongan orang-orang yang bergelar dan teman Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik yang turut memberi tunjuk ajar, bimbingan, teguran dan kerjasama dan tidak lupa background staff yang telah membantu sepanjang permesyuaratan.
Sebelum menutup kaola/saya ingin sekali lagi memohon maaf jika sekiranya ada tersilap kata, terkasar bahasa, tingkah laku yang kurang sopan sewaktu menyampaikan hujah memberi pandangan, saranan dan soalan semasa sesi muzakarah dan juga sepanjang musim pemesyuaratan pada tahun ini, yang baik dari هللا سبحانه وتعالى dan yang kurang baik itu pasti sebab kelemahan kaola dan juga saya mohon maaf dipohonkan.
Kaola/saya akhiri dengan ucapan moga kitani berjaya meraih rahmat dan berkah dalam bulan ramadhan yang mulia ini maaf zahir batin diiringi dengan doa semoga kita semua sihat walafiat dalam rahmah hidayah taufik dan keredaan هللا سبحانه وتعالى dan usaha kitani dalam Dewan ini menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kitani bebas dari fitnah dunia dan fitnah akhirat, amin.
Semoga dipertemukan pada peluang akan datang ان شاء هللا. Kaola, saya inda pandai berpantun tapi inda jua mau ketinggalan kan membeli pantun Yang Berhormat Menteri Kesihatan mulakan dan juga Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama rista semasa Ucapan Penangguhan. Inilah pantun orang bekas ahli koprat:-
Orang koprat dalam dewan, Cuba selitkan isu rakyat, Maaf kalau kurang manis tutur perkataan, Harap hajat muzakarah bawa munafakat,
Jalan Kebelait singgah di Telisai, Bahagia berteduh pohon jagus hijau lestari, Muzakarah dalam Dewan barukan selesai, berigakantah dalam lakukan tugas penuh bistari,
Kata rakyat was in the budget for me, Kurangkan beban kami jangan dilintasi, ان شاء هللاsampai kita berjumpa lagi, Mohon jangan lepas pandang cadangan abis kami.
ّ ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمة ُهللا َو َب َركَاتُه َّ ال. Sekian. َ سالَ ُم
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang keeanm belas daripada Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan.
Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan: أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِلterima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. بسم هللا الرحمن الرحيم الحمدهلل وا كافا وس سالتو وا ساالمو ‘االا رسوهلل تفا وا .اال اليها واسهبيهي ومناه تادا عامم با'دو
Selawat dan iring salam kita panjatkan kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta sahabat-sahabat Baginda seluruhnya. Semoga kitani adalah termasuk dalam kumpulan yang akan mendapat syafaat Baginda diakhir nanti, amin.
السالم عليكم ورحمة هللا وبركاتهYang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat semuanya. أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِلmari kita sama-sama memanjatkan syukur kehadrat س ْب َحا َنهُ َوتَ َعالَى ّٰ َ أkerana limpah kurnia kesihatan dan kesejahteraan memberikan bagi membolehkan kitani sama-sama hadir dalam Dewan yang mulia ini hingga kepenghujung pemesyuaratan, أل َح ْمدُ ّ ٰلِل.
Kaola dengan penuh hormat dan takzim sukacita merakamkan ucapan tahniah setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kebijakasanaan dan kewibawaan dalam menerajui dan memimpin dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara 1444H/2023M berjalan dengan sungguh lancar, teratur dan efisen.
Tahniah setinggi-tingginya juga diucapkan kepada Yang Dimuliakan Jurutulis, Yang Mulia Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat atas penyelenggaraan perjalanan mesyuarat yang kemas dan teratur dan juga atas kebijaksanaan dan bantuan yang diberikan kepada kaola dan rakan-rakan Yang Berhormat semuanya.
Kaola mengimbas kembali isu-isu yang pernah kaola sampaikan dalam Dewan ini iaitu mengenai binatang liar.
Kaola menaruh harapan kepada kementerian-kementerian berkenaan dan di dalam usaha menangani masalah binatang liar ini yang semakin meresahkan rakyat agar ianya dilihat dengan lebih serius dan pendekatan whole of government dan whole of nation tanpa berharap kepada satu pihak sahaja.
Juga, mengenai dengan Balai Cerap Kebangsaan, memang tidak dapat dinafikan bahawa kepentingannya kepada suatu negara, lebih lagi kepada negara Islam mempunyai Balai Cerap sendiri adalah satu kepentingan.
Mengambil contoh kepada negara jiran kita iaitu negara Sabah di mana misalnya di Balai Cerap AL-BIRUNI minggu lepas telah berjaya melihat anak bulan Ramadhan dengan peralatan-peralatan yang terkini.
Kaola juga merasa simpati kepada Persatuan-Persatuan Astronomi Brunei Darussalam dengan peralatan yang terbatas juga telah berjaya melihat anak bulan Ramadhan. Mereka ini tidak mempunyai tempat yang khusus untuk menjalankan aktiviti-aktiviti.
Sekali lagi kaola menaruh harapan yang tinggi di dalam Dewan yang mulia ini agar pembinaan Balai Cerap Kebangsaan ini dapat dilaksanakan dengan sesegeranya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat semuanya, mengulangi lagi cadangan berhubung perkara yang sudah dibangkitkan ke arah meningkatkan kualiti hidup dan mengukuhkan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam melalui dasar, strategi, peraturan dan program ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035 sepertimana hasrat yang murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu termasuk dasar, peraturan dan program yang dapat membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan dan kelainan upaya. Memperkasa Jabatan Majlis Ugama Islam dan pihak yang bertanggungjawab mengenai pengurusan zakat dan wakaf agar ianya lebih efektif, efisien dan profesional. Seterusnya boleh mendukung kemajuan ekonomi negara berpaksikan falsafah Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir.
Mempelajari dan seterusnya menggunakan modaliti-modaliti yang terbukti berjaya dan berkesan di negara-negara serantau dan antarabangsa dengan mengadaptasikan berdasarkan national circumstances negara kita.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat semuanya, sebagai way forward, kaola berpandangan sudah tiba masanya bagi perkara-perkara yang strategik sama ada yang bersifat tactical atau operational dibincangkan, dimuzakarahkan secara berterusan, komprehensif dan holistik antara lainnya melalui jawatankuasa kecil yang dianggotai oleh sebahagian daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat dari Ahli-Ahli Yang Dilantik bersama pihak-pihak yang berwajib agar perkara-perkara yang perlu diperbaiki dan dikemaskinikan supaya dapat traction yang sewajarnya ke arah mencapai jalan penyelesaian.
Dan juga pelaksanaan yang sangat-sangat diharapkan oleh raja kita dan juga pemegang-pemegang atau stakeholder yang berkenaan termasuk rakyat dan penduduk-penduduk Negara Brunei Darussalam.
Ini adalah demi menanai tinggi titah dan hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berhubung kemajuan dan kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat jelata.
Kaola berharap agar apa-apa yang telah ditimbulkan yang difikirkan layak untuk diambil tindakan, maka ambillah tindakan yang berpatutan dan mana-mana cadangan yang difikirkan layak untuk dibincangkan, maka bincangkanlah ia.
Semoga ianya menjurus kepada keamanan dan kesejahteraan rakyat Negara Brunei Darussalam yang kita cintai ini.
ان شاء هللا kaola dari Ahli-Ahli Yang Dilantik dari kalangan pemimpin akar umbi akan sentiasa membuka telinga mendengar keluhan dan kehendak rakyat untuk sama-sama di’kelinga’ dan dibincangkan dengan pihak-pihak yang berkenaan.
Belanjawan 2023/2024 sebanyak $4.96 billion telah diluluskan. Perancangan ke mana hala tuju belanjawan ini akan disalurkan pun telah dihuraikan oleh kementerian masing-masing.
Kaola berharap agar ianya dapat dilaksanakan sebagaimana yang diharapkan. Sebelum mengundur diri dan mengakhiri ucapan penangguhan kaola, izinkan kaola mengongsikan 2 rangkap pantun: -
Kehulu sungai memasang pukat, Pukat dipasang hingga ke papatan, Selesai sudah merancang belanjawan 2023/2024, Semoga mencapai hasrat yang dimaksudkan.
Pukat diikat di hujung papatan, Setelah dibangkit hasil sama dibahagi, Semoga هللا mengurniakan kesihatan, ان شاء هللا di lain permesyuaratan kita berjumpa lagi.
Sekian, ُّعلَْيُكْمَ وَرَحْمَةُهللاَوَبَرَكَاتُهُ َسالَُم َّوال.وباهلل التوفيق والهداية Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang ke tujuh belas daripada Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. بسم هللا الرحمن الرحيم َّعلَْيُكْمَ وَ ُهللاَوَبَرَكَاتُهُ َسالَُم َّالرحْيم الرحْمن َّّٰللا َّّٰبسْم
أَلْحَمْدُ ّٰلِل kaola mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kebijaksanaan memimpin sesi permesyuaratan di Dewan ini dengan tenang dan penuh berhemah.
Sekalung budi kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta seluruh warga Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara yang mengendalikan Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas berjalan dengan baik dan lancar.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang kaola hormati sekalian.
Terlebih dahulu kaola mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkat kepimpinan baginda, negara telah banyak mencapai kemajuan dan pembangunan dalam pelbagai bidang seperti dari segi infrastruktur fizikal, Ugama Islam, ekonomi, sosial, kesihatan, pendidikan, perindustrian dan sebagainya.
Ini membuktikan bahawa sistem pemerintahan beraja tidak menghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara dan tidak pula mengetepikan hak-hak individu dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, melalui pemerintahan demokrasi kebruneian yang bertunjang kepada syura dan musyawarah.
Dalam Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023/2024 yang bertemakan “Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur” telah pun memfokuskan kepada tiga (3) keutamaan iaitu Memelihara Kesejahteraan Awam, Mendukung Pemulihan Negara yang Inklusif dan Berdaya Tahan dan akhir sekali Pembangunan Modal Insan yang dinamik, proaktif dan inovatif.
Sehubungan dengan ini, kaola menyeru agar semua kementerian melaksanakan tanggungjawab secara telus dan berhemah dari segi pengurusan penyampaian adalah amat penting dalam memberikan perkhidmatan yang efektif dan efisien seperti yang diharapkan oleh pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) dan orang ramai di samping memastikan perkhdimatan tersebut “value for money” serta pengurangan terhadap pembaziran sumber dan dana.
Dalam masa yang sama, pematuhan terhadap undang-undang iaitu setiap organisasi atau agensi perlu mematuhi segala peraturan, undang-undang, piawaian (standard) yang digunapakai dan harapan masyarakat terhadap amalan kejujuran, akauntabiliti dan integriti serta ketelusan dalam perkongsian maklumat.
Tadbir urus yang cekap dan berkesan (terbaik) adalah sebagaimana pengurusan mengurus dan menangani perubahan (change management). Organisasi yang dinamik akan sentiasa bersedia menerima perubahan dengan membuat penyesuaian mengikut perubahan dan kehendak semasa. Dalam hal ini, persediaan dan komitmen menyeluruh dari pihak pengurusan adalah amat kritikal. Perubahan dalam sesebuah organisasi amat perlu agar organisasi lebih dinamik dan berdaya saing ke arah mendukung Wawasan Brunei 2035.
Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang kaola hormati sekalian. Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan.
Malahan proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda, jiwa dan rohani ke arah mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna.
Kebanyakan negara-negara maju telah mengambil inisiatif untuk menggerakkan aktiviti perdagangan antarabangsa di dalam sektor pendidikan tinggi. Perkhidmatan pendidikan antarabangsa merupakan sumber utama kepada pendapatan negara maju dengan pulangan perniagaan mencecah jutaan ringgit.
Dengan usaha dan inisiatif berterusan daripada institusi pendidikan tinggi tempatan yang sedang dan akan dilaksanakan seperti menawarkan pelbagai program dan kursus bagi pendidikan antarabangsa, kaola optimis Negara Brunei Darussalam boleh menjadi hab kecemerlangan pendidikan tinggi di rantau Asia Pasifik. Sebagai usaha untuk menggalakkan pelancongan pendidikan secara berterusan dalam jangka masa panjang. ان شاء هللا.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang kaola hormati sekalian.
Meneliti peruntukan yang telah disediakan kepada semua kementerian pada tahun ini, kaola kira ianya akan dapat melaksanakan beberapa projek yang telah dirancang. Kaola ingin bercakap mengenai beberapa hal yang merupakan keperluan asas seperti pembinaan dan menaiktaraf beberapa jalan raya yang ada di bawah tadahan abiskoala dan rakan.
Dalam kesempatan ini, kaola ingin mencadangkan supaya jalan raya yang disebutkan ini akan diberikan perhatian sewajarnya:-
Jalan Raya Kasat dan Putat mungkin sudah berumur lebih daripada 50 tahun, laluan di Jalan Buang Sakar Kasat pada masa ini sempit, ditambah lagi dengan kereta yang diletakkan di kiri kanan jalan menyebabkan pengguna lalu bergilir-gilir, baru boleh berjalan.;
Jalan Bebatik Kilanas dan Kulapis dengan penaiktarafan jalan tersebut mungkin akan dapat mengurangkan sungutan orang awam dan pengguna jalan raya di kawasan tersebut.; dan
Jambatan Bailey di Kampung Sengkurong, mungkin sudah masanya ianya dinaik taraf kepada jambatan dua hala, yang mana pada masa ini ianya hanya mampu memuatkan satu kereta pada satu masa.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang kaola hormati sekalian.
Akhir kata, kaola memohon maaf jika ada terlanjur bahasa yang kurang sopan di dalam Dewan ini di sepanjang musim permesyuaratan berlangsung serta tidak lupa mengucapkan selamat berpuasa, semoga semua amalan baik akan beroleh keberkatan dan ganjaran pahala daripada هللا سبحانه وتعالى, amin.
Sekian terima kasih. علَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمة هللا َو َب َركَاتُه سالَ ُم َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan Penangguhan Kelapan Belas dari Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
بسم هللا الرحمن الرحيم ا َّ َّـَلةُ اوال س اـَل ُم عالى أش ا ْـرف ال احْمُد هلل ارب العاالام ْينا اوالص ا األ اْنبياـاء اوال ُ ْ ا سلْيـنا ر م
السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Lebih dahulu kaola mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang menunaikan dan semoga kita semua dirahmati oleh هللا Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola sukacita mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua di atas kesempatan kaola memberikan ucapan penangguhan di Dewan ini.
ِ هلِل أ ْلح ْم ُد bersyukur kita kehadrat هللا سبحانه وتعالى kerana dengan izin Nya jua Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuarat Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara telahpun bersidang dengan jayanya. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaola dengan penuh rasa tulus ikhlas mengucapkan tahniah setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kewibawaan Yang Berhormat Yang Di-Pertua memimpin permuzakarahan sama ada di peringkat Mesyuarat Negara atau di peringkat Jawatankuasa dapat dijalankan dengan lancar dan memuaskan dalam suasana yang harmoni.
Kaola jua merakamkan tahniah kepada Yang Dimuliakan Jurutulis, Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Mesyuarat Negara ini dengan penuh dedikasi.
Sebagaimana yang kita maklum, bahawa melalui permesyuaratan ini selaku Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik akan dapat menyampaikan suara rakyat yang perlu didengar dan diambil perhatian dan mungkin ia terlepas pandang oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyokong penuh dan menyambut baik peruntukan belanjawan yang telah diluluskan di Dewan ini.
Semoga dengan kelulusan belanjawan yang diluluskan ini, pihak kementerian akan dapat melaksanakan perancangan dengan lebih jayanya dan diharap semoga ianya digunakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
Kaola juga menyambut baik dan menyokong atas usaha-usaha kerajaan dalam mempertingkatkan kemajuan dan kemajuan negara ini demi kesejahteraan rakyat melalui kementerian-kementerian dengan peruntukan yang diberikan.
Kita juga bersyukur kerana kita dapat menikmati keamanan dan kemakmuran serta negara akan terus membangun berkat daulat kepimpinan, bijaksana dan berwawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola juga berharap semoga isu-isu yang ditimbulkan atau saranan yang diberikan ianya perlu perhatian dan diambil tindakan dengan penuh pertimbangan dan kebijaksanan.
Dengan adanya perhatian dan tindakan terhadap isu-isu tersebut ianya akan memberi impak yang baik pada semua pihak selaras dengan Wawasan Brunei 2035.
Begitu juga dengan pengangguran yang perlu diambil perhatian, semoga dengan masuknya FDI ke Negara Brunei Darussalam akan dapat memberikan ruang pekerjaan dan ianya sekurang-kurangnya akan boleh mengurangkan pengangguran yang ada di negara ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sebelum kaola mengundur diri kaola tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberi peluang kepada kaola bercakap dan memberi pandangan dan untuk berbincang mengenai peruntukan Belanjawan Tahun Kewangan 2023/2024. Semoga segala perbincangan yang dibuat ianya akan memberikan jalan dan melaksanakan apa juga tindakan demi kebaikan semua pihak.
Kaola juga tidak lupa merakamkan tahniah kepada semua kementerian-kementerian atas usaha dan kerja keras mereka demi kemajuan negara dan melaksanakan tanggungjawab dalam memeduli apa jua permasalahan rakyat dengan penuh kesabaran.
Semoga niat yang baik dan kerja yang penuh keikhlasan itu akan mendapat keredhaan هللا سبحانه وتعالىjua.
Sebelum mengakhiri ucapan kaola ini jua, oleh kerana banyak yang berpantun, jadi kaola ingin juga menyampaikan pantun.
Tinggi-Tinggi Si Matahari, Anak Kenari Mati Di ikat, Berbagai Ujian Bakal Menanti, Bersedialah Semua Teruslah Berkhidmat.
Batang Pinang Daun Bidara’ Terbang Hinggap Si Rama-Rama, Selesai Sudah Mesyuarat Negara, Biarpun Jauh Kita Tetap Bersama.
Kaola juga memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang permesyuaratan ini berlangsung.
Sekian. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan Penangguhan yang Kesembilan Belas daripada Yang Berhormat Menteri Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
علَ ْي ُك ْم َ سالَ ُم َّ الرحْ يم ال َّ الرحْ َم ّن َّ ّٰللا ّ ٰ ّبس ّْم َُُو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاته
dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dengan penuh hormat dan takzim sukacita kaola merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua di atas ruang yang diberikan kepada kaola untuk menyampaikan ucapan penangguhan.
Lebih dahulu kaola dengan penuh hormat sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana di atas kebijaksanaan serta kewibawaan Yang Berhormat Yang Di-Pertua, أ َ ْل َح ْمدُ ّ ٰلِل telah dapat memimpin sepanjang permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara Kesembilan Belas ini dengan lancar, sempurna, fokus dan berkesan dalam suasana yang produktif bagi sama-sama memberikan buah fikiran dan mencari jalan penyelesaian semata-mata ke arah memperkasa, mengelinga dan memeduli kesejahteraan rakyat Negara Brunei Darussalam yang kita semua cintai ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga abis kaola tujukan kepada Yang Dimuliakan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara dan pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat di atas penyelenggaraan perjalanan permesyuaratan yang kemas dan teratur.
Kaola juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada rakan-rakan sejawatan dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik kerana telah mengemukakan persoalan-persoalan, memberikan input-input dan pandangan-pandangan yang membina serta maklum balas yang boleh memberikan nilai tambah yang sangat berguna bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti perkhidmatan agensi-agensi kerajaan termasuk kementerian kaola, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Semua persoalan yang ditimbulkan mencerminkan keprihatinan dan kesepakatan semua ان شاء هللا kementerian ini akan melaksanakan penelitian perancangan terperinci dan menggerakkan tindakan yang berimpak. أَلْحَمْدُ ِّلل kita sama sepakat telah berjaya mencapai keputusan dan penyelesaian dari hasil permesyuaratan di Dewan ini.
Dalam menjunjung hasrat murni kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya untuk menyerapkan pemikiran yang positif dan terbuka secara senegara bersatu membina masa depan yang lebih makmur yang akan memberikan impak positif kepada negara dan rakyat.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaola ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala saranan dan persoalan yang telah dibangkitkan semasa sesi perbahasan oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara mengenai dengan Sistem Kebajikan Negara (SKN).
Ini telah mencerminkan keprihatinan yang mendalam terhadap kepentingan dan manfaat yang dapat diperolehi daripada SKN dalam memperbaiki proses kerja yang sedia ada, penilaian dan pengagihan bantuan-bantuan yang bertepatan dengan keperluan masyarakat yang kurang berkemampuan di negara ini.
SKN adalah merupakan sebuah platform berkuasa tinggi yang telah banyak membantu kementerian abis kaola dan agensi-agensi pengendali bantuan yang lain dalam menghulurkan bantuan dan menjalankan intervensi-intervensi yang bersesuaian selaras dengan portfolio masing-masing dalam menanai perlaksanaan sistem jaminan sosial negara.
ان شاء الله kementerian ini akan mengaturkan sesi muzakarah khusus dengan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara mengenai SKN dan pelan tindakan membasmi kemiskinan di bawah jawatankuasa khas isu kemiskinan.
Pelan tindakan pembasmian kemiskinan ini adalah pelan tindakan utama dalam menggariskan capacity access dasar dan akta serta pelan tindakan OKU, warga emas, keluarga, wanita dan kanak- kanak menggariskan pembangunan kesaksamaan, kebajikan, kesejahteraan dan sokongan mesra.
Pelan-pelan tindakan ini adalah bertujuan bagi meningkatkan resilient dan mendiri ekonomi golongan sasaran khusus untuk keluar daripada kitaran kemiskinan dan mengurangkan ketergantungan kepada bantuan kerajaan.
Begitu juga, dasar belia negara dan strategi 2035 ianya menjadi asas kepada segala inisiatif yang dilaksanakan bagi melahirkan belia harapan dengan calak Brunei yang resilient dan positif berpaksikan falsafah Melayu Islam Beraja.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli- Ahli Yang Berhormat. Menyentuh mengenai dengan pembangunan dan perkembangan sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan terus mengalas amanah merealisasikan negara sukan yang gemilang.
Salah satu elemen penting dalam memantapkan ekosistem sukan sama ada sukan untuk masyarakat atau pun sukan berprestasi tinggi adalah kepentingan tadbir urus sukan atau apa yang kita kenali sebagai governance yang efektif, penuh integriti, telus dan adil.
Sedikit pencerahan mengenai sukan prestasi tinggi di kejohanan peringkat serantau dan antarabangsa. Penyertaan negara di kejohanan sukan berkontinjen seperti Sukan Sea, Asean Game, Sukan Commonwealth, Sukan Olimpik dan sukan-sukan para bagi orang kelainan upaya adalah sukan yang diiktiraf oleh Badan Sukan Antarabangsa.
Manakala pemilihan atlet adalah berdasarkan kepada garis panduan dan kriteria yang dikawal selia dan dinilai oleh jawatankuasa penilaian dan pemilihan atlet kebangsaan yang terdiri dari majlis-majlis sukan yang relevan dan berkepentingan termasuk wakil dari kementerian abis kaola, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Ini sudah setentunya merupakan jentera tadbir urus atau governance yang kukuh, yang mana telah sedia ada sejak dulu lagi demi mengelakkan mana-mana pihak individu menjadi sebarang blocker atau penghalang.
Atlet-atlet yang disokong mewakili negara sudah setentunya telah menjalani latihan-latihan khusus yang intensif sebagai persediaan awal oleh persatuan-persatuan sukan masing-masing.
Pada kesempatan ini, kaola ingin menekankan bahawa tadbir urus yang efektif juga melibatkan persatuan-persatuan sukan kebangsaan untuk membuat perancangan strategi dan pelan tindakan jangka panjang dengan sasaran dan inisiatif strategik yang lebih menjurus kepada peningkatan prestasi dan meraih pingat di peringkat serantau dan antarabangsa.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam kesempatan ini, kaola juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para media yang telah memberikan gambaran yang tepat kepada masyarakat melalui laporan sama ada secara bertulis dalam ruangan media cetak, dalam talian atau pun dalam media sosial.
Kepentingan laporan-laporan sebegini menzahirkan ketulusan dalam perbincangan dalam Dewan ini. Rakyat dan penduduk perlu mendapatkan gambaran yang sebenar mengenai isu-isu yang ditimbulkan serta usaha-usaha agensi kerajaan yang telah, sedang dan akan dijalankan dalam mendukung matlamat pembangunan negara selaras dengan pendekatan menyeluruh senegara atau whole of nation approach.
Pada hemat kaola para pengamal media perlu mempunyai etika kewartawanan yang tinggi untuk memberikan laporan yang tepat dan gambaran yang sebenar serta tidak sekali-kali terkeluar dari konteks isu-isu itu disampaikan. Ini adalah kerana ianya boleh menjurus dan menyentuh sentimen rakyat demi mendapatkan berita sensasi.
Majlis Mesyuarat Negara merupakan majlis yang bersidang dengan penuh ketulusan khususnya dalam memastikan agendi pembangunan negara dapat dijalankan dengan penuh kebijaksanaan mendukung titah raja yang kita sayangi maka marilah kitani sama-sama mendukung hasrat dan mematalamat yang mulia ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kementerian biskoala Kementerian Kebudayaan, Belia dan sukan akan meneruskan usaha untuk memberikan perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat dan mempertingkatkan lagi rangkaian bersama rakan-rakan strategik yang berkepentingan dan mengambil kira semua input-input positif yang telah ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat serta penglibatan semua lapisan masyarakat secara amnya. Ini adalah demi mencapai kejayaan dan menraih impak yang lebih mampan dan berdaya tahan.
Akhir kata peramba/kaola/saya berdoa kepada kehadrat هللا سبحانه وتعالىsemoga Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, para hadiran dan hadirat di Dewan yang mulia ini akan sentiasa dalam pemeliharaan dan perlindungan هللا سبحانه وتعالىserta dikurniakan taufik dan hidayahnya serta sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan kebahagiaan.
Sebagai penutup, Kaola menyediakan oleh tuan-tuan penasihat Kaola, ada beberapa rangkap pantun, Kaola cuma memilih dua sahaja,
Sungguh indah bunga di taman, Warnanya cerah di hati nyaman, Tersilap tutur tidak disenghajakan, Ampun maaf jua biskaola pohonkan.
Selesai solat mengaji Al-Quran, Mengaji Al-Quran Surah Yassin, Salam Ramadhan salam hiburan, Mohon Maaf Zahir dan Batin.
Demikianlah sahaja dan sekali lagi terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Sekian,
ّ ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمة ُهللا َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
Yang Mulia Timbalan Jurutulis
Ucapan Pengngguhan yang terakhir daripada Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
بسم هللا الرحمن الرحيم
السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Setelah hampir tiga minggu kita bersidang, kini permesyuaratan Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara tahun 2023, telah hampir ke penghujungnya.
Terlebih dahulu, Kaola dengan penuh hormat dan takzim, ingin menrafakkan sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Haji Hassanal Bolkiah Muízzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Áli Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, diatas keberangkatan bersempena Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara dan berkenan mengurniakan titah yang berupa nasihat dan pendapat yang penuh bijaksana dan berpanjangan jauh serta mencerminkan kepimpinan, keprihatinan dan sikap pemedulian baginda bagi memastikan pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara adalah sentiasa terjamin.
Dalam kesempatan ini, izinkan kaola dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kepimpinan dan kewibawaan dalam mempengerusikan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara di Dewan yang mulia ini dengan penuh kebijaksanaan, kecekapan dan dedikasi sehingga membolahkan persidangan ini berjalan dengan jayanya dalam suasana yang penuh hormani, kondisif dan produktif.
Ucapan tahniah dan penghargaan ini juga kaola tujukan kepada Yang Dimuliakan Pehin Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis atas kecekapan mengatur agenda perbincangan dan perjalannan persidangan dengan tersususn dan lancar dan juga kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara yang terlibat dalam sama-sama menjayakan permesyuaratan pada tahun ini.
Kaola seterusnya ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada rakan-rakan sejawatan dan juga kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik kerana telah dapat memainkan peranan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan cemerlang dan komited dalam menyuarakan isu-isu strategik dan menyusulkan cadangan serta pandangan-pandangan yang bernas demi kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.
Sambil mengekalkan semangat muhibah, saling hormat-menghormati dan bermuzakarah dengan Calak Brunei kitani selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa menyempunakan Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada 2hb. Mac 2023M yang lalu.
Di sepanjang persidangan ini berlangsung, isu sekuriti makanan adalah merupakan salah satu agenda yang hangat dibincangkan. Berbagai isu telah dibangkitkan dan cadangan-cadangan pembaikan dicadangkan demi untuk memastikan masa hadapan pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini akan terus terjamin.
Ke arah ini, pihak kaola akan terus berusaha sedaya upaya dengan kerjasama dari semua pihak yang berjkenaan melalui pendekatan whole of government dan whole of nation dalam melaksanakan strategi-strategi dan insiatif-insiatif baru dalam memastikan agar pertumbuhan keluaran dari industri sektor makanan khususnya pertanian dan perikanan samaada keluaran dari industri primer dan industri pemprosesan hiliran dan nilai tambahn berasaskan pertanian dan perikanan akan terus meningkat dari tahun ke tahun dan menyambung secara signifikan kepada usaha ke arah memperlbagaikan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, eksport dan jaminan sekuriti makanan.
Usaha-usaha dalam menarik dan meningkatkan penglibatan pengusaha-pengusaha baru samaada pengusaha tempatan terutama dari golongan belia dan juga syarikat-syarikat FDI untuk berkecimpung didalam bidang pertanian, perikanan, perhutan dan pelancongan akan juga diteruskan dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan. Pada masa yang sama melalui projek-projek RKN, pihak kaola juga akan terus memastikan prasarana dan kemudahan asas ladang untu disediakan dan akan terus dipertingkatkan.
Cadangan yang telah diajukan dan disumbangkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah amat dihargai dan adalah disambut baik dan akan diteliti dan dinilai kesesuaiannya secara terperinci dalam sebarang penggubalan dasar yang perancangan strategi yang akan dilaksanakan mengikut keperluan dan keutamaan.
Yang Berhormat Pengerusi dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pihak kaola sentiasa bersedia dan mengalu-alukan kehadiran Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dilantik untuk bermuzakarah bagi membincangkan sebarang cadangan yang menjurus dalam bidang-bidang perusahaan yang berkaitan seperti sektor pertanian, perikanan, perhutanan dan perlancongan di negara ini bagi kemajuan sektor-sektor ini dan bagi memastikan sektor-sektor ini mampu menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara khususnya kepada pertumbuhan sektor bukan minyak dan gas selaras dengan usaha ke arah mempelabagikan sumber ekonomi negara agar kita tidak terlalu bergantung kepada hasil dari sektor minyak dan gas.
Sebelum mengakhiri, kaola ingin juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya ada nya sebarang kesilapan dan kesalahan mahupun kata-kata yang kurang manis semasa dalam kita bersidang ini. Akhirnya kaola sudahi dengan ucapan penangguhan kaola ini dengan doa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerabat Diraja akan sentiasa berada dalam kandungan sihat wal afiat dan dalam kebahagiaan juga.
Marilah kita juga sama-sama berdoa ke hadrat هللا سبحانه وتعالى semoga negara kita dan seluruh rakyat akan sentiasa berada dalam perlindungan-Nya dan dikurniakan dengan nikmat keamanan, pembangunan, kesejahteraan dan kemakmuran yang berterusan di bawah kepimpinan dan kebijaksanaan baginda ان شاء هللا, kaola juga berdoa mudah-mudahan Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat akan sentiasa berada dalam keadaan sihat wal afiat dan mendapat rahmat dan inayah, dikurniakan umur yang panjang dan dengan izin-Nya juga ان شاء هللا, kita akan berjumpa lagi dalam persidangan yang akan datang. أمين أمين أمين يا رب العالمين Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan di atas ucapan-ucapan penangguhan yang telah disampaikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sejak semalam lagi sehingga pada hari ini. الحمد Mesyuarat Pertama dari Musim لِل Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara telah selesai kita laksanakan dengan selamat, sempurna dan teliti.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tulus ikhlas di atas kerjasama yang telah diberikan kerana kita telah dapat melaksanakan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini, yang telah diadakan selama 18 hari bekerja, dalam suasana yang penuh harmoni, muhibbah dan saling hormat-menghormati yang berpaksikan dan berlandaskan kepada teras negara kita, Melayu Islam Beraja.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan juga saya tujukan kepada Yang Dimuliakan Jurutulis, Timbalan Jurutulis, Bentara-Bentara Dewan serta semua pegawai dan kakitangan pinjaman termasuk mereka yang ditugaskan daripada beberapa buah kementerian dan jabatan termasuklah Radio Televisyen Brunei dan Jabatan Penerangan atas usaha gigih dan komitmen tinggi yang diberikan dalam menyediakan pelbagai keperluan dan dapat melicinkan lagi segala urusan kita di sepanjang permesyuaratan yang kita adakan.
Saya juga ingin menyatukan diri bersama-sama dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain pada menyembahkan sepenuh-penuhnya menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda bercemar duli untuk membuka rasmi Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Khamis, 9hb. Syaaban 1444H bersamaan dengan 2hb. Mac 2023M dan seterusnya berkenan mengurniakan titah pada Majlis tersebut, yang mana titah itu telah menjurus kepada perkara-perkara yang telah kita bincangkan sepanjang permesyuaratan yang kita lakukan.
Dalam pemerhatian saya, persidangan kita ini telah dapat kita adakan dalam suasana terbuka, penuh mesra dan saling hormat-menghormati, serta sedikit sebanyak telah dapat menjunjung apa yang tersirat dalam kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pembukaan Rasmi berkenaan, iaitu sebagai wadah strategik untuk memikirkan dan mencari impak yang positif untuk negara melalui pendekatan whole of government and whole of nation.
Persidangan kita kali ini juga dapat memperlihatkan salah satu kekuatan Majlis Mesyuarat Negara, seperti yang telah dapat kita saksikan sendiri, dalam mana Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan telah dapat hadir sama di Dewan yang mulia ini, bagi menjawab semua persoalan yang ditimbulkan mengenai perancangan dan hala tuju kementerian masing-masing secara terbuka, berhemah dan pada masa yang sama bersedia mendengarkan cadangan dan pandangan Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik dalam sama-sama membincangkan perkara-perkara yang berkepentingan untuk rakyat dan negara.
اْل َح ْمدِ ّ َ ّلِلِ kita juga bersyukur kerana kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam masih berupaya untuk menyediakan Peruntukan Belanjawan yang munasabah bagi Tahun Kewangan 2023/2024 bagi meneruskan projek-projek dan inisiatif-inisiatif pembangunan negara serta bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini.
Kita juga telah mendengar pengakuan daripada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan bahawa kerajaan baginda akan meneruskan perancangan-perancangan pembangunan sesudahnya selesai Rancangan Kemajuan Kesebelas yang ada ini. ان شاء هللا
Saya penuh berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian akan dapat meneruskan lagi permuzakarahan di luar Dewan dari masa ke semasa. Saya kira cadangan dan buah fikiran yang disampaikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berkenaan haruslah diberikan perhatian dan penelitian yang sewajarnya, sama ada sebagai pemikiran baharu atau sebagai menambahbaik usaha dan inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan di kementerian-kementerian berkenaan.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua dan berdoa semoga amal ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan yang mubarak ini akan diterima oleh هللا سبحانه وتعالىserta segala usaha murni yang dicurahkan dengan ikhlas akan mendapat rahmat, keberkatan dan keredhaan daripada هللا سبحانه وتعالىjua.
Dengan ucapan yang ringkas ini, maka mengikut peruntukan 35 (i) dari Peraturan Majlis Mesyuarat Negara, maka Majlis Mesyuarat Negara ini kita tangguhkan ke satu masa yang belum ditetapkan tarikhnya. ان شاء هللاkita akan berjumpa lagi.
Sekian,
ُعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاّ َو َب َركَاتُه َ سالَ ُم َّ َو ال.وباهلل التوفيق والهداية
(Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ditangguhkan)
DITANGGUHKAN
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.